The first 200 lines.
"Semua watak, lokasi, organisasi, agama..."
"...dan kejadian dalam drama ini adalah rekaan semata-mata."
"Episod 11"
Beritahu saya semuanya.
Beritahu saya, Dong Kyung.
Saya nak terus hidup.
Saya benar-benar...
Saya betul-betul nak hidup.
Saya...
Saya nak hidup dengan awak, Sun Kyung...
...mak cik saya, Ji Na...
...dan dengan semua orang yang saya sayang.
Betul.
Saya benar-benar mahu...
Saya nak sangat hidup.
Saya juga.
Saya juga, Dong Kyung.
Saya nak hidup...
...supaya saya boleh...
Supaya saya boleh mati bersama awak.
Ketika saya dan Sun Kyung masih kecil...
...dia tanya saya ke mana ibu bapa kami menghilang.
Saya beritahu dia mereka ada di atas sana.
Tapi bila dia tanya kenapa mereka pergi...
...saya tak ada apa-apa nak beritahu dia.
Jadi suatu hari, saya duduk di sini tanpa henti.
Bila saya terus merenung langit, saya sedar.
Kita semua akan kembali ke tempat asal kita.
Orang kata jasad kita berasal dari bintang...
...sebab semua tenaga yang membentuk badan kita adalah dari bintang.
Jadi apabila kita kembali, lebih dalam ke masa lalu...
...pada dasarnya kita berasal dari tempat yang sama.
Kita semua kembali ke tempat yang sama...
...dan bertemu di sana lagi.
Jadi kita takkan terpisah.
Hei!
Bawa Lee Hyun ke sini sekarang juga.
Suruh dia minta maaf.
Mana En. Cha?
En. Cha!
Mana dia? Dia sepatutnya bekerja. - Dia bekerja di luar pejabat.
Telefon dia.
Aduhai.
Saya dengar awak dah burukkan keadaan.
Dia nak pergi jumpa pakar bedah plastik.
Saya hampir tak dapat halang dia.
Kenapa awak buat begitu? - Kenapa saya...
Hei, syarikat kita akan muflis dengan dia.
Jika kehilangan seorang penulis akan buat syarikat muflis...
...maksudnya syarikat ini memang akan gagal.
Hei!
"Hei", "Awak", "Itu". "Ini".
Saya dah kata jangan panggil orang begitu.
Apa pun, hubungi Lee Hyun sekarang.
Kalau dia tak boleh minta maaf, bayar sajalah laptop itu.
Potong saja daripada gaji saya.
Awak bayar?
Aduhai. Gaji awak bukan banyak pun. Kecil saja.
Jadi awak tahu yang awak beri saya gaji kecil.
Awak ingat kerja ini senang sebab awak dapat gaji...
...setiap bulan tanpa buat banyak perkara.
Pergi periksa pasaran kerja.
Ada ramai orang...
...yang sudi bekerja untuk gaji kecil awak itu.
Biar betul. Budak zaman sekarang memang tak sayang syarikat.
Awak patut anggap syarikat ini sebagai milik awak...
...dan bekerja seperti menguruskan perniagaan sendiri.
Awak patut berjimat-cermat macam awak guna duit sendiri.
Macam mana saya nak anggap ini syarikat saya sedangkan ia bukan?
Awak tak berjaya disebabkan sikap begitu.
En. Cha.
Awak tak nak jadi macam saya?
Awak nak tamatkan hidup awak selepas mendapat gaji...
...yang kecil ini sepanjang hidup awak?
Aduhai. Saya tak boleh bersabar dengan kerja mengarut ini.
Apa? - Tak boleh tahan kerja dungu ini.
Saya pasti awak faham maksud saya.
Saya nak berhenti.
Tolak harga komputer riba daripada gaji pemberhentian saya.
Aduhai. Gaji pemberhentian awak bukannya banyak pun.
Hei. Saya dah hidup 10 tahun lebih lama daripada awak.
Saya dah lihat ramai lelaki...
...menghancurkan hidup mereka kerana harga diri mereka yang kecil.
Memandangkan awak ketua kumpulan di sini...
...awak mesti fikir syarikat lain akan ambil awak bekerja.
Dengar sini, anak muda. Dunia luar tempat yang sukar.
Awak ada banyak cara untuk cakap yang awak dinosaur.
Hei, Cha Joo Ik.
Awak betul-betul nak berhenti?
Apa awak nak buat dengan hidup awak nanti?
Biar betul. Orang mungkin fikir ayah awak ada beberapa bangunan.
Apa? Macam mana awak tahu?
Apa?
Ayah saya memang memiliki bangunan.
Bangunan ini juga.
Ji Na datang ke sini semasa lawatan sekolah.
Ingat lagi hotel yang kita lalu tadi?
Di situlah dia tinggal.
Saya buat kerja sambilan untuk dapatkan duit belanja.
Kerja sambilan apa?
Kerja biasa saja.
Ia cara untuk saya cipta kenangan semasa saya di sekolah.
Aduhai. Bagus kerja sambilan itu.
Saya tak pernah lihat sesiapa lompat melepasi tembok...
...sehebat dia.
Dia kata dia suka saya semasa kali pertama kami berjumpa.
Apa yang dia suka tentang awak?
Dia suka saya kerana personaliti saya yang periang.
Apa pun, kami bertukar-tukar nombor dan kekal berhubung.
Dia juga suruh saya memohon ke sekolah yang sama dengannya.
Tapi awak tak tahukah betapa bijaknya saya?
Saya dapat masuk ke sekolahnya begitu saja.
Makanan kita dah sampai.
Hebatnya.
Nampak sedap. Terima kasih untuk makanan ini.
Tengoklah awak makan.
Awak tahu berapa kali Sun Kyung ubah fikiran...
...tentang apa yang dia nak jadi?
Suatu hari, dia mahu jadi begini.
Keesokan harinya, dia nak jadi sesuatu yang lain.
Tapi awak tahu apa yang kelakar? Setiap kali pun dia maksudkannya.
Tapi akhirnya, saya yang kena menghadapinya.
Sun Kyung ke kafe siber selepas beritahu saya dia pergi belajar.
Tugas saya ialah mencari dia di merata tempat.
Macam semua ahli keluarga awak sama ada dikejar atau mengejar.
Orang yang selalu dikejar akhirnya akan tertangkap.
Awak nampak macam mana mak cik saya tangkap saya, bukan?
Saya pernah heret Sun Kyung dengan telinganya.
Helo!
Hai.
Apa?
Tak ada apa-apa.
Semasa mak cik dan pak cik saya bercinta...
...mereka terjumpa Sun Kyung di jalan seperti ini.
Sun Kyung telefon saya hari itu...
...dan menangis sambil berkata kami akan kehilangan mak cik kami.
Jadi awak tahu apa yang saya buat?
Saya pergi cari kerja.
Saya fikir saya patut cepat-cepat cari duit...
...untuk bantu mak cik saya berkahwin dengan segera.
Saya mula bekerja di syarikat penerbitan...
...kerana mereka hubungi saya dulu.
Tapi tak sangka saya akan bekerja lama di sana.
Apa kaitan wang yang awak dapat...
...dengan mak cik awak yang nak berkahwin?
Saya perlu pandai cari duit...
...supaya mak cik saya rasa tenang untuk jalani hidup sendiri...
...bila memikirkan saya dah dewasa.
Kalau tak, seumur hidup dia akan jaga kami.
Jadi beritahu saya. Awak dah besar?
Tak, saya masih membesar.
Saya tak lagi keseorangan.
Saya pernah nampak dolfin di sini.
Kemudiannya, saya dapat tahu yang ia dolfin hidung botol Indo-Pasifik.
Ia spesies yang terancam. Sedih, bukan?
Saya tak boleh kata itu bukan salah saya...
...tapi manusia juga perlu berusaha menjaganya.
Ya, betul. Ini salah kami.
Tapi untuk pengetahuan awak, saya tak salahkan awak.
Kenapa awak ketawa?
Sebab saya rasa ia kelakar.
Apa yang kelakar?
Awak.
Apa yang kelakar tentang saya?
Apa yang kelakar tentang saya?
Kita akan ke suatu tempat bersama-sama.
Sambil kita bersimpati dan saling mencintai.
Kita laluinya bersama.
Ada sesuatu yang mengganggu awak?
Apa kata kita bertaruh?
Pemenang boleh minta apa saja yang dia nak daripada orang lain.
Apa yang awak nak? - Kereta awak.
Atau...
...mungkin benda lain.
Baiklah. Mari kita lakukannya.
Beritahu saya.
Apa yang awak nak?
Lain kalilah.
Saya akan beritahu bila ada sesuatu yang saya nak.
Kenapa? Awak masih tak nak apa-apa daripada saya?
Awak minta kereta saya, bukan?
Ambillah.
Jangan beri pada saya macam awak layan saya dengan baik.
Saya akan memenanginya.
Lain kalilah.
Saya akan beritahu bila ada sesuatu yang saya nak.
Selamat datang...
Mari kita keluar bersama.
Apa? - Mari kita berjanji temu tiga kali.
Saya nak tahu jika ini cuma mainan perasaan...
...atau saya memang masih sukakan awak.
Mari putuskan selepas tiga janji temu.
Baiklah. - Jangan telefon saya dulu.
Serta jangan datang tanpa telefon dulu.
Okey.
Saya yang akan telefon, jadi tunggu sehingga saya telefon.
Baiklah, saya tunggu.
Mungkin akan ambil masa. - Saya tetap akan tunggu.
Saya pergi dulu.
Saya akan tunggu, okey?
No comments yet. Be the first to leave one.