Ride or Die

Ride or Die

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

Ride or Die S01E04 The Spanish Prisoner 1080p WEBRip 10Bit DDP5 1 x265-NeoNoir
A Commentary by chargephoton88

Tags

webdl
Published on: 2026-08-21
Downloads: 0
Hearing Impaired: No
FPS: 23.976

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Saya perlu cari Billy Donovan.

Dia sedang lari.

Sebelum ini dalam Ride or Die…

Pasport Donovan dikesan di lapangan terbang peribadi.

Laluan penerbangan menuju ke utara Sepanyol, rumah perlindungan dia.

Kalau kita ikut jalan ini…

- Mereka curi £24 juta saya. - Alamak.

Pergi cari mereka.

Topeng untuk agensi pembunuhan.

Apa yang susah sangat nak faham?

Hapuskan dia.

Mereka jumpa kita!

- Kita kena turun sekarang! - Apa maksud awak, turun? Lompat?

Saya biasanya tak buat begini.

Tapi kalau awak nak buat lagi, cakaplah.

Saya boleh masukkan nombor saya dalam telefon awak.

Alamak.

Dia masih hidup.

RUMAH ANAK YATIM ST. MARY

Terima kasih, Ibu Pendeta, kerana luangkan masa.

Kami dapati selepas umur tertentu, semakin sukar untuk meninggalkan sistem.

Maaf, Ibu Pendeta.

Mereka yang terlalu muda untuk mengingati masa bersama kami

memiliki peluang tertinggi untuk dipilih.

Jangan tersinggung kalau dia tak mahu cakap dengan awak, dia…

bermasalah.

Tak semuanya ada di dalam fail.

Perangai dia makin menjadi-jadi sejak dia dipulangkan.

Dipulangkan?

Semua anak-anak kami mengimpikan untuk dipilih.

Apabila mereka dijadikan anak angkat dan dihantar pulang semula…

ada sesuatu dalam diri mereka yang hilang.

Harapan.

Helo.

Boleh saya duduk?

Empat tuduhan membakar, tiga mencuri,

dua kecurian besar, satu pecah masuk rumah,

satu melawan tangkapan.

Tapi saya diberitahu awak ada IQ yang luar biasa.

Siapa ajar awak bahasa Perancis?

Saya belajar sendiri.

Bukan susah pun.

Dah berapa lama awak di sini?

Keluar masuk seumur hidup saya.

"Selepas umur tertentu, semakin sukar untuk mereka meninggalkan sistem."

Tiada sesiapa mahu ambil anak angkat macam saya.

Saya tak nak ambil awak sebagai anak angkat.

Mestilah.

- Tapi saya nak tawarkan biasiswa. - Biasiswa apa?

Program vokasional untuk kanak-kanak berbakat.

Ada latihan olahraga yang intensif,

bahasa, bentuk pendidikan baharu,

- rutin yang sangat ketat… - Kenapa saya?

Awak tahu apa yang saya nampak dalam diri awak?

Tak hiraukan pihak berkuasa,

- kecenderungan sosiopatik… - Potensi.

Awak boleh jadi seorang yang…

luar biasa.

Tak mahu.

Okey.

Itu saja?

Ya.

Itu saja.

Saya difahamkan yang awak…

dipulangkan.

Tak patut buat begitu terhadap kanak-kanak.

Tiada sesiapa dalam program saya yang pernah dipulangkan.

Jangan lari!

Ya, saya mahu.

SEPANYOL

Suruh dia bercakap.

- Ini arahan. Buat sekarang. - Helo, Whiptail.

Jangan buat begini.

Jangan bunuh Debbie.

Bukan saya. Awak puncanya.

Dia takkan bercakap atau beritahu apa-apa.

Tolonglah keluarkan dia daripada senarai pembunuhan.

Semua orang yang awak hantar untuk bunuh dia akan mati.

Saya faham yang itu.

Awak langgar peraturan kita dan bunuh orang sendiri untuk lindungi orang awam.

Siapa Debbie Claybourne bagi awak?

Jangan tipu saya.

Dia…

Cakap.

Dia kawan saya.

Saya tak ajar awakkah? Ikatan emosi buat kita lemah.

Awak takkan tahan dengan kerja kita, hidup yang kita bina dengan…

- kawan. - Tapi saya berjaya.

Saya berjaya.

Awak tak tahu apa-apa tentang dia.

Awak tak tahu dia wujud.

Sebab itu jadi begini.

Saya tahu tentang dia dan dia tahu tentang saya.

Pilihlah kawan awak.

Saya akan batalkan arahan itu.

Tapi awak pandai-pandailah.

Apa?

Tidak.

Tidak, tolonglah.

Saya akan buat tugas itu, saya akan uruskan Billy Donovan.

Buat pilihan. Dia atau saya.

Selesaikan tugas itu. Awak ada 24 jam atau awak dipecat.

Okey. Kita ada…

€7,

40 sen, satu pudina merah jambu.

Awak okey?

Ya, saya okey.

David dah balas?

Belum, tapi saya tahu yang dia dah baca.

"Saya tahu tentang geng Albania itu."

Tolonglah. Pulangkan semula telefon saya.

Saya tahu tentang geng Albania itu!

JAWAB

Di mana…

Awak bunuh mereka.

Ya.

Awak buat saya begini.

Tidak, saya tenangkan awak. Awak sendiri yang buat.

Awak terlalu takut, terlanggar dinding lalu pengsan.

Saya di mana? Apa awak nak?

- Apa awak panggil isteri awak? - Apa?

Isteri awak. Apa awak panggil dia?

Apabila awak di rumah, berpelukan,

nama timangan atau apa-apa saja.

Isteri awak?

"D." Saya panggil dia "D".

Saya suka.

Tunggu, apa awak nak?

Awak bercakap dengan isteri saya? Awak bercakap dengan Debbie? Debbie!

D. Jangan perbesarkan isu ini lagi. Saya uruskan.

"Lagi awak tak tahu, lagi bagus"?

- "Lagi awak tak tahu, lagi bagus"? - Tak guna.

Memang tak guna.

Dia sekat saya.

- Dia sekat saya. - Apa?

Kita perlu cari Billy sekarang!

Biar saya tengok.

BELI - JUAL - TUKAR

Berapa boleh dapat?

Jacques Boucher, Interpol.

Kami tak jangka tuan datang. Keadaan dah terkawal.

Kereta api ini lintas laluan antarabangsa. Tunjukkan kepada saya.

Kami belum pindahkan mayat, forensik dalam perjalanan.

Kami dah kira semua penumpang, kecuali dua orang wanita.

Veronica Gillingsby dan Susan Stewart.

Mereka menaiki kereta api di Calais. Kami tiada rekod mereka turun.

- Awak rasa mereka pergi ke mana? - Kami tak tahu.

Berlaku pergaduhan, tiada saksi.

Tapi macam tuan boleh lihat…

Tak guna.

Matilah saya.

Saya bekerja untuk sebuah agensi pembunuhan rahsia

dan saya bawa pulang seorang wanita dari sebuah bar.

Itu peraturan asas.

Mereka ajar satu seminar tentang perkara ini.

Saya ditipu.

Fikiran awak tak waras, okey?

Perisian yang dia letak dalam telefon awak,

saya tak pernah tengok benda begitu.

Dia memang profesional.

- Mereka akan bunuh saya. - Okey.

Jadi, kita jangan beritahu mereka.

- "Kita"? - Ya, "kita".

Kalau awak mati, saya tak boleh jumpa Pengarah.

Dia mesti tinggalkan cap jari atau DNA.

Dia sentuh apa-apa?

Selain daripada… Faham-fahamlah.

Saya tak nak basuh pinggan awak.

Dia minum kopi.

Bagus.

Nasib baik saya tak pasang cucian eko senyap selama tiga jam.

Saya akan dapatkan semula cap jari ini secepat mungkin.

Mungkin Whiptail telefon. Sepanjang malam saya cuba hubungi dia.

Ini Sam.

Tunggu, perlahan sikit. Apa?

Ya. Saya akan masuk.

Agensi hantar seorang pembunuh upahan untuk bunuh rakan Whiptail.

Apa yang berlaku?

Awak rasa apa yang berlaku?

Itu hadiah untuk cucu-cucu saya.

Dia ada pasport wanita-wanita yang hilang itu.

"Veronica Gillingsby…"

Siapa awak?

Betul, tak ada bilik hotel.

Kami ada wang tunai. Saya dapat €4,000 jual cincin kahwin saya.

Tolak kos dua cawan kopi,

dua pasu terracotta dan sekantung sabun berbentuk lemon.

Kami datang dari jauh. Jadi, di mana hotel terbaik awak?

Bandar ini tak ada hotel. Cuma ada hostel.

Tapi…

Saya ada bilik untuk kamu. Dua katil, untuk malam ini, 12 dolar.

Okey.

Baiklah. Ini untuk kamu.

Gelang kawan baik.

Sebab kamu berdua kawan baik, bukan?

Okey.

Ayuh.

Anak tangga rosak, jadi hati-hati naik tangga.

Kami ada bilik mandi umum di sebelah kiri…

- Awak nampak? - Apa?

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left