Release info

위대한 유혹자 E06 180319 720p-NEXT
A Commentary by izrin96

Tags

720p
720
Published on: 2019-04-14
Downloads: 51
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Tidak mungkin. Lihat pakaian dia.

Adakah ibu bapanya mendera dia di rumah?

Dia langsung tidak akan tahu yang dia pelik.

Dia tiada kawan.

Nampaknya begitulah.

Bukankah awak berkawan dengan Eun Tae Hee?

Bagaimana orangnya?

Sebenarnya, apabila kawan saya, Tae Hee...

lihat ada lelaki menunggu dia di jalan yang dia biasa guna…

Kenapa dengan dia ini?

Dia bencikan itu.

Jika...

Saya berada di depan apartment awak. Saya akan tunggu hingga awak turun.

Jika seorang lelaki tunggu sepanjang malam…

Mungkinkah tiada seorang pun lelaki pernah meluahkan perasaan padanya?

Tidak, Kyung Joo cakap dia juga popular di Jerman.

Lelaki yang Kyung Joo suka rupa-rupanya menyukai Tae Hee.

Dia cakap itu pembawa malang antara mereka.

Nasib baik, mereka masih dapat berkawan baik…

kerana Tae Hee tidak pernah berminat untuk bercinta.

Dia tidak minat untuk bercinta.

Tetapi kenapa Kyung Joo berkongsi segala-galanya dengan awak?

Jadi apa yang awak beritahu dia di atas bas?

Itu ialah awak?

Bukankah itu cukup untuk mengatakan yang kita ditakdirkan bersama?

Saya okey asalkan awak tidak cedera.

Habis, kenapa awak turun bas? Awak sepatutnya ikut dia.

Awak kata dia baik.

Oleh sebab saya turun tanpa banyak cakap,

dia tentu akan rasa bersalah.

Saya setuju.

Dia akan kurang berhati-hati dengan awak bila jumpa awak lain kali.

Betullah itu.

Jadi adakah awak akan jumpa dia selepas ini…

di perpustakaan daerah?

Adakah awak akan ikut dia lagi?

Seperti satu kebetulan lagi?

Bila kebetulan berulang, dia akan rasa seperti itu takdir.

Akhirnya dia akan percaya itu takdir.

Kenapa? Sebab dia mahu percaya pada takdir.

Hei. Itu tidak meyakinkan.

Memeluk dia dari belakang hanya kelihatan romantik di TV.

Ia ketinggalan zaman.

Satu sentuhan bersamaan dengan 100 perkataan.

45 darjah dari sudut pandangannya.

Rahang yang terletak cantik.

Aduh. Pastikan awak tunjuk dia itu.

Tunggu. Apa nama dia semula?

Eun Tae Hee. Cuba ingat nama dia.

Eun Tae Hee, ya.

Jika penggoda hebat kita, Kwon Si Hyun...

boleh buat sedikit kaedah lakonan,

wajah kacaknya sudah cukup untuk memerintah dunia.

Betul?

Hei, apa maksud awak saya tidak boleh berlakon?

Saya mungkin akhirnya akan jatuh cinta dengan dia, awak tahu.

Cermin muka awak.

Mata awak seperti cermin milik ibu tiri Cinderalla.

Mata awak penuh dengan kejujuran. Saya boleh lihat dalam diri awak.

Tidak mengapa.

Tiada wanita boleh merenung mata saya kerana itu akan…

- membuatkan hatinya berbunga-bunga. - Cukuplah.

Balik sebelum makan tengah hari.

Kenapa? Saya patut makan tengah hari dengan dia untuk mendekatinya.

Hidangan terbaik untuk memulakan perhubungan…

ialah sarapan lewat pagi selepas meniduri gadis itu.

Awak tidak boleh. Awak seperti orang tidak waras ketika makan.

Kalau begitu...

Bagaimana dengan minum di siang hari? Dia boleh minum sebanyak…

lapan gelas. Lapan…

Lapan botol?

- Itu simbol infiniti. - Saya tahu, ia kumpulan idola.

Adakah awak tidak tahu istilah, "Infiniti"?

Istilah matematik, infiniti?

Adakah itu maksudnya?

- Adakah awak tahu itu juga? - Saya?

Saya tidak percaya yang saya berkawan dengan orang dungu.

Apa yang saya buat di sini? Masih terlalu awal.

Baiklah.

Aduh, ini sungguh pahit. Kenapa orang minum ini?

Bolehkah awak buat sesuatu?

- Hei. - Apa?

Awak mahu beritahu saya sesuatu?

Jika tidak, saya mahu pergi.

Makan...

tengah hari dengan saya.

Saya sungguh lapar.

Awak nampak seperti menikmati tidur awak.

Saya tidak cukup tidur kerana sibuk berpindah.

- Awak tinggal di kawasan ini? - Ya.

- Awak sering ke perpustakaan? - Ya.

Tetapi awak datang untuk jumpa saya hari ini.

Betullah itu.

Oh, tidak.

Saya telah tertangkap.

Sebenarnya, saya pernah datang beberapa kali sebelum ini.

Saya ingat saya boleh jumpa awak di sini.

Pertama kali saya nampak awak ketika awak turun di depan perpustakaan.

Awak nampak seperti menikmati tidur awak masa itu.

Saya tidak tertidur.

Saya akan tunjukkan cara mudah untuk makan.

Pertama sekali, tulang di belakang dan perut…

Buang tulang besar di hujung kedua-duanya dahulu.

Kemudian awak boleh menikmati ikan ini.

Makanlah.

Ini kegemaran awak. Awak tidak dapat selalu makan ini di Jerman.

Saya rasa ibu benar-benar tidak akan datang.

Awak tahu dia tidak meninggalkan tanur bila dia mula membakar.

Kita patut cuba memahami dia.

Itulah yang saya mahu cakap. Kenapa dia harus membakar hari ini?

Lupakan sahaja apa saya cakap.

Awak tidak patut minta maaf.

Awak tidak suka ikan timah.

Adakah awak mahu masakan lain?

Saya dengar banyak cerita tentang awak.

Seorang jejaka popular di Sekolah Tinggi Joosung.

Awak lelaki yang pelajar dari sekolah lain juga...

datang mahu melihat.

Saya tidak percaya yang Kyung Joo beritahu awak itu.

Mari, makan.

Tetapi dia cakap saya mesti berhati-hati.

Awak seorang pengacau…

yang sanggup buat apa sahaja jika itu boleh buat gadis tergoda.

Awak nampak saya pertama kali di atas bas.

Awak guna surat awak sebagai umpan awak dan itu tidak masuk akal.

Adakah ini cara awak goda ibu Kyung Joo?

Saya tidak perlu guna taktik kebudakan-budakan ini dengan dia.

Barangkali, awak tidak dengar keseluruhan cerita.

Patutkah saya beritahu awak butirannya?

Butiran tentang bagaimana kami telah berseronok?

Tidak, itu tidak perlu.

Saya tidak mahu menghabiskan masa lagi dengan seseorang…

yang mempermainkan hati orang.

Saya harap saya tidak akan jumpa awak lagi.

Kenapa dengan skirt itu? Ia terlalu panjang.

Itu bukan gaya awak.

Anggap ini pakaian seragam bertempur saya.

Saya sudah tahu jenis keluarga ini.

Awak takkan meleteri teman wanita awak kerana skirtnya terlalu pendek.

Saya suka itu tentang awak.

Saya patut saman orang yang merungut tentang ukuran skirt wanita.

Itu pelanggaran hak asasi manusia.

Tunggu, saya tahu siapa sesuai jadi teman wanita awak.

Apa?

Saya tidur sendirian malam semalam.

Saya tidak bercakap tentang awak tidur...

dengan ramai wanita sebelum berkawan dengan mereka.

Apa yang dia sedang cakap?

Hei, kenapa?

Awak cakap tentang siapa?

Adakah saya sedang bercinta dengan seseorang?

Si tidak waras Lee Se Joo? Kenapa?

Dia sangat hebat kerana dia tidak waras.

Se Joo suka wanita yang bagaimana?

Tidak tahu. Saya tidak ambil peduli…

Sebenarnya, bukanlah saya tidak peduli.

Seseorang yang lebih kurang seperti awak.

Awak patut menyerahkan sahaja negara awak, bukan kawan awak.

Saya bukan suruh awak bercinta dengan dia.

Keluar dengan dia sekali sehaja. Awak pun bukan sibuk.

Saya lelaki yang sibuk.

Saya ada ramai gadis untuk berjumpa.

Saya akan bawa awak keluar hospital.

Secara sah, melalui pejabat setiausaha.

- Ini. - Terima kasih.

Saya ahli kemanusiaan.

Saya boleh menyayangi setiap manusia.

Tetapi bukan Kyung Joo.

Pertama sekali, awak perlu dekati ibu Hye Jeong...

untuk berjumpa dengan dia.

Keluarganya seperti itu.

Perkara paling penting ialah awak perlu mengikut fesyen.

Dia fikir dia Meryl Streep dalam "The Devil Wears Prada".

Selamat datang.

Oh Tuhan, akhirnya awak sampai.

Terima kasih kerana mengundang saya.

Oh Tuhan, sungguh cantik.

Syabas.

Hye Jeong, awak belajar main seperti itu dengan begitu cepat.

Hebatlah.

Kekuatan tangan awak, saya maksudkan.

Awak patut minta Soo Ji ajar awak banyak lagi.

Awak akan berjaya jika awak mencuba lebih bersungguh-sungguh.

Tentu hebat jika awak berdua boleh menonton konsert klasik bersama.

Ya, jika kami ada masa.

Saya sedih tidak dapat melihat awak buat persembahan di Malam Penyokong.

Apa-apa pun, awak kelihatan seperti tidak tahu-menahu…

yang ibu awak akan berkahwin.

Saya tertanya-tanya kenapa awak tidak bertanya.

Ia merupakan acara kejutan, jadi saya pura-pura tidak tahu.

Ibu saya memang comel seperti itu.

Begitu. Dia suka main-main.

Kalau begitu, boleh saya minta awak mainkan satu lagu?

Penipu yang hebat. Awak langsung tidak mengerdipkan mata.

Saya minta maaf.

Boleh saya mainkan untuk awak lain kali menggunakan selo saya?

Saya tahu ibu saya biarkan awak buat apa-apa sahaja,

jadi awak mesti fikir saya boleh dilayan begitu juga.

Sudah tentu. Lebih selesa menggunakan selo awak sendiri.

Saya kedengaran sangat jahil.

More Malay subtitles for Tempted

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left