The first 189 lines.
Dia bukan anak Hoepyeong-gun? Dia dilahirkan sebagai rakyat biasa?
Ayah!
Ayah kata tutup mulut kamu!
akan menjadi milik tuanku.
Anak ini lelaki sejati yang dikirim dari langit!
Dia raja baru semua orang!
[ Anak Heungseon-gun, Jae-hwang, sekarang Ikseong-gun yang naik takhta. ]
[ Dia akan menjadi Raja Agung Ikjong dan bakal raja kita! ]
Ayah! Apa yang ayah buat ini?
Tolonglah benarkan saya hidup dengan aman sampai bila-bila.
[ Maafkan kami, keluarga Jangdong Kim-moon. ]
Choi Chun-jung, awak tak guna
[ Awak sediakan semua ini tanpa pengetahuan saya? ]
[ Sifat paranoidnya takkan berhenti sehingga lawan dia mati. ]
Awak biarkan dia terlepas!
Choi Chun-jung!
Awak pergi ke Barat?
[ Tapi bagi saya untuk menjadi permaisuri... ]
Awak dilahirkan dengan takdir untuk menjadi permaisuri.
Awak akan cuba?
[ Ja Young yang kecil itu kalahkan Daewongun? ]
[ Pergi ke Ganghwa dan jumpa Kim Byung-woon. ]
[ Tapi kenapa awak tak tanya tentang puteri? ]
[ Ketakutan terbesar Daewongun... Dia akan datang... ]
Dia datang ke sini.
Sekarang, awak akan merasai takdir baru yang saya cipta.
untuk satu perlawanan terakhir!
Tempat ini menyeramkan. Mungkin hantu akan muncul.
Semua! Mak cik! Jin-sang!
Mak cik!
- Aduhai, Jin-sang! - Awak masih hidup!
- Apa khabar semua? - Awak nampak hebat!
Kakak!
Abang Jin-sang!
Guru Choi!
Guru Choi!
Aduhai! Guru Choi!
Guru Choi, saya sangka kita takkan berjumpa lagi!
Awak masih lagi kacak macam dulu!
Kenapa bising-bising ini?
Saya gembira melihat semua orang!
Saya sangat gembira dapat berjumpa dengan semua orang lagi.
Saya dah bercakap dengan anak pertama Daewongun, Lee Jae-myun.
Dia telah membuka kediaman awak secara rasmi.
Mak cik boleh kembali bekerja di kediamannya
dan Sami Merah boleh kekal di sini dan tilik nasib.
Bolehkah kita pulang ke Hanyang?
Saya perlukan bantuan awak.
Kamu berdua mesti jadi pengawal kami.
Kalau apa-apa berlaku, awak mesti tiupkan wisel dan beritahu saya.
Tiga tahun lalu, kita menderita kerana kekurangan pengawal.
Pengawal?
Peniup wisel?
Awak boleh harapkan kami, Guru Choi!
Siapa yang boleh menjaga awak lebih baik daripada kami?
Terima kasih.
Tuan!
Awak nampak lebih baik daripada sebelum ini.
Awak masih kacak. Kami sangat rindukan awak!
Kamu pergi ke kediaman Cik Puan Lee semalam?
[ Gojong Lee Jae-hwang, Raja ke-26 Dinasti Joseon ]
Ya, bonda ratu.
Kamu tak boleh lupa tugas seorang raja,
tapi...
Pastikan anak pertama kamu lahir dari dalam istana ini.
dari dalam istana ini.
Faham, tuanku?
Ya.
Tuanku, ada sepucuk surat daripada Tuan Daewonwee.
Dia meminta permaisuri segera kembali ke kediaman timur.
Apa yang kamu buat?
Kamu tak nampakkah beta sedang bercakap dengan raja dan permaisuri?
Ampunkan patik...
Tapi Tuan Daewonwee telah meminta saya untuk segera...
Apa?
Nampaknya Guktaegong kita tak menghormati beta, tuanku.
Dia tak peduli tentang masa beta dan hanya berharap beta ikut perintahnya.
Ayah tidak berniat untuk tidak menghormati bonda ratu.
Sebagai menantu, patik mesti jalankan tanggungjawab.
Tolonglah benarkan, tuanku.
Kamu boleh pergi.
Saya dengar awak cadangkan buku-buku
[ Seokgang, jamuan dan acara membaca yang diadakan oleh raja ]
untuk raja baca di Seokgang.
Saya cadangkan kitab Konfusianisme
dan tanya baginda tentang saranan saya.
Raja dengan gembira menerimanya.
Awak tak cadangkan apa-apa.
Awak telah melampaui batas sebagai seorang permaisuri.
Siapa awak untuk cadangkan apa-apa?
Apa maksud ayah?
Membaca akan membantu raja kerana baginda berkuasa...
Awak rasa awak lebih berpendidikan daripada saya?
Awak duduk di situ
untuk cuba ajar ayah mentua awak?
Bukan itu maksud saya, saya rasa ayah dah salah faham.
Salah faham?
Maksud awak, saya tak faham situasi sekarang?
Macam mana boleh jadi begini?
Berani wanita hina ini beri pendapatnya,
menyalak macam anjing. Itu sendiri sukar dipercayai.
Tapi sekarang awak cakap saya salah faham? Permaisuri?
Saya tak berniat...
Berani awak melawan cakap saya, permaisuri!
Maafkan saya, ayah.
Ayah...
Bertenang.
Walaupun semasa dia rakyat biasa, dia selalu tolong saya dengan buku.
Saya minta pendapat dia dulu.
Kata-kata orang bodoh!
Kalau kamu nak cakap tentang kehidupan rakyat jelata,
ayah patut rotan kamu macam dulu
dan ajar kamu macam sebelum ini.
Itukah yang tuanku mahukan?
Permaisuri, jika awak melampaui batas lagi,
saya terpaksa mendidik awak dengan kasar dari awal.
Faham?
Ya, ayah.
Bawa permaisuri ke kediamannya.
Permaisuri itu bijak,
tapi degil dan berkeras dengan pendapat sendiri.
Sebelum kamu ada anak, kamu mesti musnahkan egonya
dan latih dia dengan baik, tuanku.
Dinda!
Jangan bersedih, dinda.
Ya.
Sekurang-kurangnya dinda belum lama berurusan dengan dia.
Kanda dah biasa dengan sikapnya yang sebenar seumur hidup kanda.
Dia akan sentiasa begitu, dinda mesti lupakannya.
Terima kasih kerana ambil berat tentang perasaan dinda.
Tapi...
Ada apa? Katakan sahaja.
Hanya kerana kanda dah berurusan dengan dia seumur hidup kanda,
tak bermakna kanda perlu terus berbuat begitu.
Apa? Kenapa dinda cakap begitu?
Jangan risau.
Dinda tak kata kanda patut jadi anak yang derhaka.
Dinda cuma nak kata yang ayah kanda bukan raja.
Dinda nak ingatkan yang kanda adalah raja kami.
Kanda tahu.
Kanda tahu itu.
Awak tak apa-apa?
Awak cedera?
Awak ikut saya?
Maaf, saya cuma risau.
Saya dengar Mihonsan boleh butakan mata. Saya risau lalu ikut awak.
Awak cedera!
- Tak apa. - Mana ada!
Mari, lukanya boleh dijangkiti kuman dalam cuaca panas begini.
Saya kata saya tak apa-apa.
Diam! Ikut saja saya dan jangan degil!
Ikut sini.
Maafkan saya.
Selama tiga tahun ini,
saya sendiri tak pernah jumpa dia.
Daewongun menyorokkannya di dalam istana.
Yeon Chi-seong berkata
tiga tahun lalu, kepalanya cedera parah
dan hilang ingatan sejak itu.
Selain itu, dia meminum Mihonsan.
Mihonsan dibuat dengan opium Dinasti Qing.
Ini semua salah saya.
Saya tak patut pergi tanpa awak pada malam itu.
Setiap malam sepanjang tiga tahun ini, saya menyesal.
Saya tak tahu apa yang awak cakapkan.
Walaupun awak tak ingat saya sekarang,
satu hari nanti awak akan ingat saya.
Saya ingat setiap memori kita dengan jelas.
Tak mungkin
hati awak boleh lupakan saya.
Ikatan kita takkan hilang.
Saya masih tak ingat apa-apa.
Semuanya
sangat mengelirukan.
Maafkan saya.
Semua orang mesti risau, mari pergi.
Awak habiskan seluruh hidup awak membesar dengan Choi Chun-jung?
Ya, tuan.
Jadi awak mesti tahu personalitinya dan pemikirannya
lebih baik berbanding orang lain.
Tentu sekali. Patutkah saya cari dia untuk tuan?
Tuan, jika tuan memanggil saya dan tanya soalan-soalan ini,
maknanya Choi Chun-jung dah kembali.
Betul.
Mungkin awak betul-betul boleh tangkap Choi Chun-jung untuk saya.
Kalau begitu, bukankah patut ada sekurang-kurangnya satu sebab untuk saya
menangkap Choi Chun-jung untuk tuan?
Berani awak minta balasan?
Jika saya perlu kalahkan Choi Chun-jung, saya perlu bahayakan nyawa saya.
No comments yet. Be the first to leave one.