The first 200 lines.
SEBUAH SIRI NETFLIX
Awak orang Korea?
Awak orang Korea?
Ini karya Lautrec.
Eun-pyo.
Saya bosan.
Helo.
IJAZAH SARJANA SAINT-ÉPIANNE BEAUX-ARTS
- Tahniah. - Terima kasih. Saya sangat gembira.
- Tahniah. - Ya.
Tahniah, Eun-pyo.
Syabas.
Terima kasih.
- Cium dia. - Cium dia.
- Cium dia. - Cium dia.
- Cium dia. - Cium dia.
- Cium dia. - Cium dia.
Eun-pyo.
Eun-pyo.
Macam mana kita boleh berjumpa lagi di sini?
Doktor Kim Hyeon-jeong.
Sila datang ke bilik rawatan segera.
Dong-ju, jom.
Awak okey?
Duduk diam-diam. Jangan begini.
Turunkan kaki.
Betulkah awak tak perlu buat pemeriksaan lanjut?
Saya okey.
Awak juga patut balik terus. Saya boleh naik teksi saja.
Tak. Saya tak boleh buat begitu.
Jin-ha ada beritahu, dia jumpa awak secara kebetulan.
Ya, kebetulan. Tak sangka, bukan?
Kenapa mak cakap pelik?
Dong-ju, turunkan kaki.
Kenapa mak cakap bahasa pelik?
Kamu patut duduk diam-diam.
Jaga diri.
Hubungi saya kalau perlukan bantuan.
Ya.
Dong-ju yang comel.
- Jumpa lagi. - Ya.
ORANG DEWASA TIDAK BERKAWAN TANPA MOTIF
Ayah!
Ayah!
Ayah!
- Sebentar. Ayah letih. - Ayah.
- Kamu sihat? - Ayah.
- Hei, Eun-pyo. - Ayah.
Kamu pergi ke mana?
Kamu pergi ke mana?
Ayah mengantuk.
- Aduhai. - Cuba kalahkan ayah!
Kamu tak lapar? Kamu nak pergi makan?
- Ya. - Ya.
Ayah pergi panggil mak. Ayah akan
suruh mak masak. Tunggu sebentar.
- Okey. - Bermainlah.
Eun-pyo, awak tak nak masak?
Saya lapar.
Dong-seok, biar saya baling kali ini.
Oh, ya. Awak letak di mana seluar dalam Adios saya?
Saya cari sebelum mandi, tapi tak jumpa.
Awak tidur?
Sayangnya.
Saya nak makan stu kimchi daging khinzir.
Dua, tiga!
Awak fikir saya pembantu rumah di sini?
Apa?
Awak tak peduli pun saya dah berbaring walaupun belum lewat malam.
Pertama kali balik ke rumah ini, awak suruh saya masak dan tanya seluar dalam.
Kenapa? Ada apa-apa berlaku?
Sudahlah. Jangan berpura-pura tanya kalau tak berminat nak tahu.
Kenapa?
Awak sakit?
Nasi ada di dalam periuk dan lauk di dalam peti sejuk.
Masaklah telur untuk anak-anak.
Tapi…
- Di mana seluar dalam Adios… - Jangan kacau sayalah!
Okey, maaf. Tidurlah.
Satu, dua, tiga!
HARI KELAS TERBUKA IBU BAPA
- Helo. - Helo. Terima kasih.
Helo.
Aduhai, profesor dah datang.
Hari ini dia nak ajar apa pula?
Apa hubungan dia dan ayah Henry?
Mereka saling mengenali?
Entahlah.
Tak mungkinlah.
Dia cuma pengsan untuk berpura-pura lemah.
Chun-hui, dia dah bayar ganti rugi violin?
Dia tanya sama ada boleh bayar secara ansuran.
Macam pinjaman?
Ada lagi orang tak tahu malu.
Bukankah dia patut diajar betul-betul?
Kenapa perlu buat begitu?
Mak Cik Jahat, itu tak baik.
Itu kali pertama saya dengar orang panggil saya begitu.
Teruk betul.
Mereka dah keluar.
Jul-pin, jangan lari! Nanti terjatuh!
- Anak-anak awak sangat pandai melukis. - Ya.
Itu lukisan Su-in.
Dia pandai melukis juga?
Dia mewarisi bakat ibunya.
HENRY MATAHARI TERBENAM
JUNG DONG-SEOK RUMAH KAMI
Anak awak.
Aduhai, Dong-seok.
Nampaknya dia tergesa-gesa siapkan untuk segera keluar.
Aduhai, helo!
Kamu berdua sangat secocok.
- Aduhai. - Helo.
- Helo. - Helo.
- Mereka sangat sepadan. - Ya.
Eun-pyo.
Saya dengar awak sakit.
Selain itu, kenapa awak tak beritahu saya awak jumpa Louis?
Apabila difikirkan semula,
saya tak sempat beritahu yang Louis ialah ayah Henry.
Tentu awak terkejut, bukan?
Awak okey?
Ya.
Awak dah buat pemeriksaan lanjut?
Ya. Doktor cakap saya ada anemia pernisius.
Kenapa?
Awak begitu penat?
Saya terlalu memaksa diri kebelakangan ini.
Adakah sebab awak banyak mengajar?
Bagus sebab jadi profesor, tapi awak perlu utamakan kesihatan.
Helo, mak Henry.
Saya adik sepupu Eun-pyo dan mak Su-in.
Sebelum ini kita pernah bertugas untuk kelab bersama.
Yakah?
Saya kawan baik Eun-pyo.
Yakah?
Dia tak beritahu saya yang dia ada kawan yang hebat.
Tak baiklah.
Jul-pin.
Okey. Hari ini, kita akan belajar tentang jumlah keseluruhan.
Okey.
Di dalam sebuah bakul,
- ada sepuluh keping coklat. - Ya.
Ada tiga buah bakul.
Selain itu, tiga keping coklat terjatuh.
Jung Dong-seok, pandang depan.
Ikan di rumah awak tidur pada waktu siang atau malam?
Jung Dong-seok.
Dong-seok dah tahu tentang jumlah keseluruhan jadi kamu bermain, bukan?
Dong-seok, cuba beritahu berapa jumlah coklat ini?
Pandang ke sana.
Ada 495 keping.
Dong-seok, fokuslah.
Apa? Dia selalu begitu.
Jangan begitu.
Sebab itu cikgu minta kamu fokus, Jung Dong-seok.
Jadi Henry tahu jawapannya?
Ya. 33 keping.
Betul. 33. Jumlahnya 33 keping.
- Aduhai, anak-anak kita sangat comel. - Macam mana boleh dapat 33 keping?
Ada berapa bakul yang mengandungi sepuluh keping coklat?
- Tiga! - Tiga!
- Selamat tinggal! - Selamat tinggal!
BUKA PERLAHAN-LAHAN
Dong-seok, mak dah nampak.
Kamu patut fokus ketika belajar.
Lepaslah!
Aduhai.
Dong-seok ada sikap yang bagus. Dia ceria.
Sama macam awak ketika muda.
Oh, ya.
Ibu bapa awak sihat, bukan?
Mereka masih mengusahakan kedai cat?
Anda boleh klik laman sesawang sekolah
atau buat permohonan di pejabat sendiri.
Saya dah jelaskan serba sedikit tentang semuanya.
Sekarang masa untuk memilih ketua semester kedua.
Saya mahu ucapkan terima kasih terlebih dahulu
kepada Pn. Kim yang bekerja keras bagi semester lepas.
Bagi penggantinya…
Cikgu.
Sepanjang menjadi ketua semester lepas, ada beberapa perkara yang belum selesai
kerana sibuk menguruskan agenda lain.
Program pembersihan hutan dan debat Jungse Chungse
yang mendapat sokongan ramai ibu belum dapat dilaksanakan.
Projek Perlindungan Makanan Sekolah juga belum selesai.
Jadi kalau boleh, saya mencadangkan
agar saya mengetuai semester ini juga.
Apa?
Yakah?
Begitu, ya?
Jadi macam mana? Adakah orang lain juga bersetuju?
Maaf.
Saya mak Jae-bin.
Saya nak suarakan satu pendapat.
Yeong-mi dah bekerja keras demi kita sepanjang satu semester.
Tapi tak sopan pula kalau minta dia ketuai untuk satu lagi semester.
Jadi bagi mengubah suasana semester seterusnya,
apa kata kita minta Pn. Byeon menjadi ketua?
- Apa? - Itu cadangan saya.
No comments yet. Be the first to leave one.