The first 197 lines.
Awak baru balik?
Seronok keluar dengan kawan-kawan?
Apa yang awak nak beritahu saya?
En. Yoon.
Maafkan saya.
Saya tak boleh terima ini.
- Sebenarnya, saya… - Kenapa tidak?
Sebab awak bukan Kang Sun-ju?
Macam mana awak…
Sebenarnya, nama saya ialah In Yoon-ju.
Kang Sun-ju ialah kakak saya.
Saya benar-benar minta maaf.
Saya memang nak beritahu awak. Saya memang nak beritahu.
Jangan cakap awak tak jumpa masa yang sesuai.
Awak ada banyak peluang untuk beritahu saya hal sebenar.
Kenapa awak tipu saya?
Kenapa?
Saya benar-benar perlukan
duit.
Akhirnya, ia tentang duit.
Awak sama saja macam orang lain.
Semua yang saya cakap bunyinya seperti alasan bagi awak. Ini salah saya.
Maafkan saya. Saya betul-betul minta maaf, En. Yoon.
Saya dah beritahu awak semuanya tentang saya.
Tapi awak… Awak!
Awak tak beritahu pun nama sebenar awak.
Tapi awak nak saya percaya yang awak rasa bersalah
dan percayakan kata-kata awak?
Jangan cuba nak menangis
kerana itu mungkin satu kepura-puraan.
Saya kembali semula.
Saya tak layak untuk menangis.
Sekejap. Jadi, awak bukan
Dr. Kang Sun-ju?
Maafkan saya, En. Moon.
Aduhai. Itu tak kelakar, Dr. Kang.
Awak buat lawak yang teruk sebelum meninggalkan Korea.
Dr. Kang Sun-ju ialah kembar saya.
Sebenarnya, kali pertama kita berjumpa di hotel,
saya ke sana untuk jumpa kakak saya.
Terima kasih kerana datang ke sini.
Saya risau awak tiada di sini hari ini.
- Saya rasa ada salah faham. - Kami mahu awak
jadi doktor peribadi kami.
Sekejap. Saya bukan Kang Sun-ju. Saya…
Jadi, kenapa awak tergamak berpura-pura sebagai kembar awak?
Saya benar-benar minta maaf.
Adakah Dr. Kang tahu apa yang awak dah buat?
Tak. Dia tak tahu.
Saya benar-benar perlukan duit.
Dia tiada kaitan dengan semua ini.
Aduhai.
Tunggu. Bagaimana ini boleh berlaku?
Saya akan buat apa saja untuk bayar semula 50 juta won yang awak bayar.
Kalau awak nak hubungi polis sekarang pun, saya tak boleh nak halang awak.
Saya akan terima segala keputusan awak dan tanggung akibatnya.
Tentang kejadian ini…
Saya takkan besarkan hal ini.
- Apa? - Apa yang penting,
saya tak boleh biarkan LUNA masuk akhbar untuk kes penipuan.
Tae-in tak tahu tentang ini, bukan?
Dr. Kang. Awak nak sarapan?
Yoon-ju, itu awakkah?
Cho-rong.
Baiklah. Silakan makan.
Saya tak apa-apa. Saya bukan…
Tadi itu bunyi ribut petirkah?
Ban kacang merah ini lebih sedap daripada yang awak beri saya.
Lain kali, beli dari kedai roti ini.
Ia sedap.
Roti pun rasa sedap walaupun pada masa-masa begini.
Kenapa awak tak tegur saya kali terakhir awak ke sini?
Macam mana dengan kakak awak yang tinggal di Amerika?
Awak dapat jumpa dia?
Aduhai.
Saya rasa ini mungkin saiz awak.
Aduhai. Pakailah kalau awak nak. Itu pun kalau awak nak.
Apabila fikiran kita bercelaru, tidurlah sepuas-puasnya.
Kalau awak dah selesai makan, tidurlah sekejap.
Kalau tiada tempat untuk dituju,
tinggal di sini selama yang awak mahu.
Tanpa ucap selamat tinggal?
Dia dah pergi sejak semalam lagi.
Saya rasa agak sedih.
Mungkin dia ada hal kecemasan.
Kontrak dia pun dah nak tamat.
Kenapa awak kejam sangat?
Baiklah. Saya tahu kamu semua sedih dia sudah tiada,
tapi keadaan Tae-in sudah lebih baik sekarang.
Kalau tiada apa-apa lagi,
saya naik dulu.
Baiklah.
- En. Moon. - Ya?
Tae-in tahu yang Dr. Kang dah pergi?
Ya. Tentulah dia tahu.
[ Dia datang ke pejabat saya pagi tadi, melutut dan merayu saya maafkan dia. ]
Tae-in.
Ada apa-apa berlaku kepada Dr. Kang malam tadi?
Apa yang awak nak tahu?
Dr. Kang sudah beritahu awak?
Jadi, awak sudah tahu?
Ya.
Dia rapat dengan saya disebabkan duit.
Awak tak buat apa-apa sedangkan awak tahu?
Saya tak nak rosakkan peluang dia
untuk beritahu awak hal yang sebenarnya dan minta supaya awak faham.
Supaya saya faham?
Semuanya adalah penipuan. Awak nak suruh saya faham?
Betulkah itu yang awak fikirkan?
Tentu awak lebih tahu betapa bekerja kerasnya Dr. Kang cuba untuk bantu awak.
Kalau seorang penipu bekerja keras, maksudnya dia bukan seorang penipu?
Tae-in. Awak pun tahu dia bukan orang begitu.
Saya percayakan seorang penipu sepertinya selama sebulan.
Awak takkan faham perasaan saya.
Tae-in dah batalkan latihan hari ini.
Apa? Walaupun dia seorang yang ikut peraturan?
Dia berkelakuan pelik.
Adakah ia berpunca daripada pemergian Dr. Kang?
Betul. Peliklah Dr. Kang pergi begitu saja tanpa ucap selamat tinggal.
Tae-in pun berkelakuan pelik.
Ada apa-apa berlaku antara mereka yang kita tak tahu?
Hei, Shin. Awak tahu apa-apa?
Maknanya, tiada latihan untuk hari ini. Betul tak?
Dia tak endahkan saya sekarang.
Kita pun patut berehat juga hari ini.
[ 20 Aktiviti untuk Dilakukan Bersama untuk Merawat Tidur Sambil Berjalan ]
- Yoo-chan. - Terkejut saya!
Awak tak tahu ketuk pintu dulu?
Saya dah biasa masuk ke bilik ini tanpa mengetuk pintu.
Apa? Kenapa awak di sini?
Saya akan tidur di sini malam ini.
Tak sangka betul. Awak nak sangat dapatkan bilik awak semula.
Saja. Aneh rasanya apabila saya perlu tidur seorang diri.
Oh, ya.
Ada sesuatu yang tak kena.
Apa dia?
Saya masuk ke bilik saya.
Beg pakaian Dr. Kang masih di sana.
Dia tinggalkan beg pakaian di sini?
Ya.
Jadi, saya tak boleh duduk di bilik itu sebab saya rasa dia akan balik semula.
Apa yang penting sangat sampai dia keluar tanpa membawa beg pakaiannya?
Tanpa ucapan selamat tinggal?
Itu yang pelik.
Betul. Saya dah cakap.
Apa kata kita mesej dia?
Bolehkah?
Apabila difikirkan balik, berjalan dalam tidur bukan satu perkara yang teruk.
Disebabkan itu, kita berjumpa.
Saya dah beritahu awak semuanya tentang saya.
Tapi awak… Awak!
Awak tak beritahu pun nama sebenar awak.
[ Tolong hubungi saya. Saya harap awak tak kisah. ]
[ Dr. Kang, awak di Amerika sekarang? Kenapa awak tak ucap selamat tinggal? ]
[ Bila awak nak ambil beg pakaian awak? Awak akan datang semula? ]
[ Dr. Kang, saya sedih awak pergi secara tiba-tiba. ]
[ Tapi saya akan telefon awak apabila kami ke sana. ]
Awak nak ke mana? Awak patut tidur.
Kenapa muka awak begitu?
Ada sesuatu yang tak kena?
Bukankah awak ada bercerita tentang adik yang awak tinggalkan di Korea?
Ya, adik kembar saya.
Kembar…
Kembar.
Begitu rupanya. Betul.
Awak patut tanya khabar adik kembar awak.
Maaf.
Saya dah ambil terlalu banyak masa awak.
Tak apa. Dulu kami adik-beradik, tapi sekarang tidak lagi.
Saya ada keluarga baru, jadi…
Apa? Ini gambar awak?
Awak kenal saya?
Awak kenal mak saya?
Aduhai. Tengoklah awak. Hyun-woo kembali sebagai lelaki dewasa.
Tunggu.
Ini.
Bagaimana awak ada gambar ini?
Mak Hyun-woo berikan ini kepada saya sebelum dia pergi.
Dia dah pergi? Ke mana?
Dia nak saya berikan ini kepada anaknya kalau dia kembali semula.
Nah. Ini alamat mak awak sekarang.
Nah.
[ Anak Kim Min-ja, Seo Hyun-woo, Rumah Penjagaan Neulpureun Miteum ]
Ia jarang berlaku kepada orang seusia dia.
Dia menghidap demensia walaupun pada usia yang muda.
Tiada ahli keluarga yang melawatnya.
Sejak dia datang ke sini, dia asyik termenung saja.
Saya rasa dia sedang menunggu selama ini.
Puan.
Anak awak ada di sini. Tengok.
Mak.
Saya anak mak.
Ambillah.
Itu kegemaran anak saya.
Saya sangat rindukan mak.
Saya dah cakap.
Ia mungkin tidak seperti yang awak jangkakan.
No comments yet. Be the first to leave one.