The first 200 lines.
- Perkhidmatan penuh. - Sentiasa yang terbaik.
Pada masyarakat, awak dianggap penjenayah.
Apa pendapat awak?
Saya tak kisah dipandang sebagai penjenayah.
Memang sukar. Saya lakukan jenayah sepanjang hidup.
- Menipu dan sebagainya. - Penipu?
Ya, penipu.
Saya rasa keadaan dah berubah.
Bukan mudah untuk bekerja keras dan beli rumah.
Sekarang, kita perlu fikir cara perhalusi sistem.
Itulah Impian Amerika zaman moden.
Berapa jumlah yang awak dapat?
Secara rasmi, 32 juta dolar.
Tapi realitinya, beberapa ratus juta dolar.
Itu bagus.
Ya. Kepakaran Trapani.
Awak akan buat lagi?
Saya selalu kembali ke tahap ini, kalau saya pasti saya akan dapat
30 juta dolar lakukan jenayah, adakah saya akan buat atau tak?
DUA PENGASAS PROJEK MATA WANG MAYA CENTRA DITANGKAP
Saya lebih cenderung ambil risiko.
Saya di New York Times buat liputan tentang mata wang kripto.
Saya seorang saja di syarikat akhbar itu yang anggap ia serius.
WARTAWAN NEW YORK TIMES
Kebanyakan penyunting menganggapnya sebagai jenaka.
Tugas saya untuk mengatakan,
"Sesuatu yang mencurigakan berlaku dan ia berbaloi dilaporkan."
Orang yang ambil berat akan Bitcoin sangat ambil berat akan Bitcoin.
Saya percaya Bitcoin. Saya memuja Bitcoin.
Saya mula tertarik dengannya.
Ia macam emas digital.
Saya dah jadi jutawan Bitcoin secara rasmi.
Kamu tak tahu ia amat bermakna bagi saya.
Ia menyentuh sesuatu dalam jiwa manusia.
Dapat 64 ribu dolar dalam masa beberapa hari tanpa bekerja.
Kemudian, pada pertengahan 2017,
tawaran syiling permulaan mula dapat populariti.
Setiap hari ada projek baru
yang mengumpul berpuluh-puluh juta dolar dalam semalaman saja.
Ia menjadi fenomena besar.
"WOLF OF WALL STREET" BERI AMARAN BITCOIN
Setiap hari saya nampak tiga atau empat tawaran mata wang kripto baru.
"Lebih bagus daripada Bitcoin. Kaya segera."
Kegilaan kripto berleluasa.
Masa depan sistem kewangan.
- Dia jadi jutawan pada usia 24 tahun. - ICO akan mengubah dunia.
Kita akan menulis sejarah.
Ia kegilaan ekonomi
yang tak pernah dilihat sebelum mata wang kripto.
Mungkin tiada apa-apa. Syarikat tak dipaksa
melakukan apa-apa selain membelanjakan wang itu.
ICO membenarkan sesiapa mula menjual
dan memasarkan produk kewangan tanpa akaun bank.
Penipuan dan pemalsuan muncul dengan banyak.
Sesiapa saja boleh cipta ICO
dan mereka lakukannya.
Centra merupakan contoh biasa barah mata wang kripto.
Kripto ialah bidang yang baru diterokai.
Tak dikawal selia oleh SEC.
Apabila jumpa pasaran begitu,
kami cuma perlu fikir cara mengeksploitasi pasaran itu.
Kami tak arif langsung tentang perniagaan ini.
Tapi itu semua tak penting. Ia terlalu mudah.
Kami menipu, kami mengecong,
kami raih berjuta-juta dolar.
Kini saya berdepan hukuman penjara lebih 100 tahun.
Sejak saya kecil, saya teringin nak jadi penjenayah.
Saya tak pernah kata, "Saya akan jadi doktor atau ahli sains."
Kalau boleh, saya akan tulis dalam buku tahunan, "Saya nak jadi penjenayah."
Patutlah.
Mak saya ibu tunggal dengan tiga orang anak lelaki.
Saya harap ayah saya ada, tapi dia tiada.
Dia sememangnya lelaki tak berguna. Itu saja.
Ray sentiasa berusaha keras.
Dia cuba jadi orang jalanan,
tapi dia bukan orang jalanan.
Dia dari Atlantic Beach.
Ada pantai di sana.
Ketika itu, kawasan itu dibanjiri OxyContin,
kami dah pun jadi penagih dadah.
Saya suka dia pada masa itu.
Ray antara kawan karib pertama saya.
Kami mula beli ubat preskripsi.
Kami jumpa budak yang curi pad preskripsi.
Pad preskripsi itu dicuri daripadanya.
Kami tulis 120 preskripsi OxyContin,
bawa preskripsi itu ke Walgreens.
Mereka beri kami ubat itu.
Sentiasa rasa hebat apabila dapat habuan pertama.
Kami amat bersemangat.
Kami ada pad preskripsi, inilah glic wang tanpa had.
Peti sejuk saya dipenuhi beribu-ribu pil.
Berapa pendapatan awak?
Kami dapat lima ribu dolar sehari, pada hari yang bagus.
Pada usia itu, awak jana wang sebanyak itu.
Awak guna beli apa?
Lebih dadah.
Hanya berseronok.
Kemudian…
Ray dapat masalah.
Dia ditahan dan polis jumpa botol dengan label
yang bukan namanya.
Polis tanya, dia cakap dapat daripada saya
dan orang lain yang mengisi preskripsi itu.
- Betul? - Ya.
- Kamu semua dapat masalah? - Ya. Saya.
Saya berulang-alik ke mahkamah selama dua tahun.
Apa hukuman Ray?
Tiada apa-apa.
Kenapa?
Dia beri maklumat kepada polis dan dia terlepas.
Saya terkejut dia ada tatu "kesetiaan" di tulang rusuknya,
dan dia tak pernah setia dengan kawan-kawannya.
Saya kecewa dia jadi begini.
Ray memang keji.
Seks, dadah, wang. Apa-apa saja yang membebaskan endorfin,
saya akan terus dapatkannya.
Saya bijak buat wang dalam apa-apa juga bidang.
Apabila Bert beri idea perniagaan yang sah,
saya berminat.
Saya kenal Ray sejak gred tiga.
Dia memang suka wang. Dia taasub akan wang.
Itulah cinta sejatinya.
Itulah Ray.
Bert selalu berniaga kereta. Jadi, dia arif akan pasaran.
Kami buka Miami Exotics iaitu perniagaan sewa kereta.
Kereta mewah.
Rolls Royce, Lamborghini.
Ini peralihan saya untuk memiliki syarikat yang sah.
Saya dah buat banyak penipuan dan macam-macam lagi,
tapi saya belum arif akan perniagaan.
Tapi Bert kenal orang yang sesuai dan saya juga kenal dia.
Jadi, kami bawa masuk Sorbee.
RAKAN NIAGA RAY
Sorbee ialah budak sekolah tinggi yang saya benci.
Dia budak yang bijak,
tapi dia bukan budak yang saya percaya atau suka.
Ray dan Sorbee tak pernah berkawan. Mereka sentiasa saling membenci.
Caranya licik dan dia fikir dia sangat hebat.
Dia nak penampilan hebat, tapi kedengaran nerda.
Dia terkenal sebagai penipu atau pengecong.
Dia bukan jenis orang yang saya suka. Tapi dia berguna.
Saya dan Bert sangat bagus dalam hubungan. Kami memiliki
karisma yang boleh menjana wang.
Jadi, Sorbee amat bermanfaat kepada saya.
Biar dia bekerja sepanjang hari di dalam bilik.
Bukannya semua orang pandai buat perkara yang sama.
Berapa wang yang awak dapat dengan penipuan ini?
Lebih kurang setengah juta dolar.
Ray hubungi saya dan dia kata, "Kami cuma perlukan dana."
IBU RAY
Jadi, dia jumpa ibu bapa saya.
Dia kata dia akan jadi kaya sejak dia boleh bercakap.
Mungkin kerana pengaruh ayah saya.
Ayah saya seorang yang baik dan dia sentiasa menjaga keluarga saya.
Semasa membesar, hanya datuk tokoh bapa saya.
Kami panggil dia Pop.
DATUK RAY
Datuk saya seorang yang hebat.
Buat jenayah tak bermakna kita jahat.
Saya pandang datuk saya seperti dia ketua gengster terbesar.
Dia mampu menyara keluarga saya dari segi kewangan.
Saya fikir, "Saya akan jadi penjenayah dan sara keluarga saya juga."
Saya tak pasti dia nampak beg bimbit penuh wang tunai macam saya.
Awak nampak beg bimbit penuh wang?
Ya.
Apa maksud awak? Dia anggota mafia?
Tak, saya lebih mafia daripada dia.
Bill terlibat dalam perniagaan lif.
Saya dan Bill ke Florida untuk melawat Ray.
Jumpa rakan-rakan kongsinya.
Dia nampak saya gembira. Itu penting bagi dia.
Mereka percaya saya dan kata,
"Ini satu peluang. Buatlah apa yang kamu mampu."
Bill akan buat apa-apa saja untuk Ray. Dialah tokoh bapa Ray.
Datuk saya tandatangani pinjaman suku juta dolar
dengan cagar rumahnya, baris kredit ekuiti rumah,
untuk beri saya peluang memulakan perniagaan ini.
Kami ambil peluang itu, cuba buat perniagaan yang sah.
Perniagaan ini jana keuntungan kira-kira 60 ribu dolar sebulan.
Kami sewakan kereta kepada Rick Ross, kepada semua orang.
Saya pulang, penuhkan almari di apartmen cantik saya
dengan kasut-kasut dan barang-barang yang saya beli.
Inilah glic wang tanpa had sekali lagi.
Saya bangga akan dia. Dia berjaya dalam hidupnya.
Itu sangat bagus. Kami tak perlu bimbang.
Saya cuma menikmati hidup. Memandu kereta yang kami nak.
Saat yang indah, semuanya menyeronokkan.
Masalahnya, perbelanjaan tak terkawal.
Syarikat menjana keuntungan 60 ribu dolar dibahagi tiga,
tapi kami terlebih belanja setiap bulan.
AKAUN ANDA TERTUNGGAK
Saya buat pinjaman lagi, kira-kira setengah juta dolar.
Semua ahli keluarga saya, Mak saudara, mak, suami mak, nenek,
bersama-sama menandatangani pinjaman kereta atau pinjaman kad kredit.
Saya nampak Sorbee dalam Instagram.
Dia muat naik gambar percutian di Bahamas.
Ketika itulah saya fikir, "Apa budak ini buat?"
Jelas sekali, ada sesuatu yang tak kena.
Percutian, hotel.
No comments yet. Be the first to leave one.