Servant

Servant

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

Servant S01E04 Bear 720p 10bit WEBRip 2CH x265 HEVC-PSA
A Commentary by Radio4ctiv

Tags

webrip
web
720p
720
BRip
x265
HEVC
2CH
Published on: 2019-12-09
Downloads: 59
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 158 lines.

Beruntung kita dapat gadis itu.

Disebabkan gajinya murah, tak bermakna dia boleh dipercayai.

Saya akan tanya awak sekali lagi. Bayi siapa itu?

Itu bayi awak, Jericho.

Awak rasa ini satu ugutan?

Dia bersusah-payah datang ke sini dan menyembunyikan jejaknya.

Lebih lama dia tinggal di sini, lebih teruk ia akan menjejaskan awak.

Kami berada di rumah Grayson.

Awak tentu mahu lihat ini sendiri.

Tunggu. Apa itu? Di dinding.

Jika awak mahu mengapa-apakan Dorothy, awak perlu berdepan dengan saya.

Itu bayi orang lain, Julian.

Apabila kita tahu dari mana dia datang, kita akan buat apa yang patut.

Saya bau air kencing.

Biar saya lihat.

Tapi bilakah masanya?

Bilik air bawah di rumah ayah saya.

Yakah?

Kita berasmara dengan tergesa-gesa. Saya lebih baik sepanjang hujung minggu.

Awak boleh kata apa saja yang awak mahu, sayang.

Saya perlu ke pejabat. Kita boleh lihat tarikh nanti.

Kita perlu bertemu bidan. Saya dengar bidan berpengalaman cepat dipilih.

Ini akan memerlukan belanja yang besar, bukan?

Awak akan menyedihkan Harry.

Harry?

Bukankah tak elok untuk menamakan bayi seawal ini?

Awak boleh namakan anak kedua. Anak perempuan.

Saya akan bergaduh dengannya. Saya dapat rasakannya.

Harry.

Baiklah.

Syabas, Harry.

- Kenapa awak tak tidur? - Kenapa awak tak tidur?

Boleh awak lihat dia?

Monitor dihidupkan.

Saya tahu tapi kalau saya masuk ke sana, saya perlu menyusukan dia.

Tolonglah.

Pakai sesuatu.

Hai. Okey. Tak mengapa.

Tak mengapa.

Dia okey?

Ya.

Budak baik.

Ada orang tidur dengan lena.

Sepanjang malam.

Apa awak akan buat hari ini?

Aiskrim udang karang.

Awak sebut pun dah tak menyelerakan, bagaimana mahu makan?

Untuk mencabar prasangka orang ramai.

Ia adalah prasangka.

Bukanlah.

Saya memandu sendiri hari ini.

Saya mahu ke lokasi yang terpencil.

Jika awak mahu mengajak orang datang, saya boleh bergaul.

Bukan malam ini.

Kita dah membosankan.

Leanne akan anggap kita tiada kawan.

Saya pasti awak ada ramai kawan, Dorothy.

Jumpa awak nanti.

Ada pelbagai jenis wira.

Daripada juruterbang kepada pekerja kecemasan di jalanan.

Tapi kita jarang fikirkan pekerja bandar kita

yang bekerja di rangkaian terowong di bawah tapak kaki kita.

Gumpalan kotoran.

Bebola seberat dua tan ini yang terdiri daripada minyak masak dan tisu

ialah satu ancaman kepada sistem kumbahan bandar kita.

Jadi, saya akan habiskan masa

bersama wira-wira yang memastikan terowong bandar kita tak tersumbat.

Syabas.

Helo.

Leanne? Boleh awak turun ke bawah?

Hei, bagaimana dengan kerja awak?

Awak tak tonton?

Awak dah merakamnya.

Itu dia. Orang yang menggembirakan saya.

Jika mak tak berbau busuk, mak akan mendukung awak.

Ya, betul.

Awak panggil saya, Dorothy?

Ya. Awak ada rancangan esok?

Tiada rancangan.

Bagus kerana rakan sekerja saya mahu bertemu si kecil ini,

jadi saya mahu membawanya.

Tak boleh.

Apa yang awak mahu buat? Bawa dia turun ke pembetung?

Saya ingat awak tak tonton.

Saya dapat lihat penghujungnya.

Tidak. Dia dah berumur 18 minggu.

Dia dah bersedia untuk bergaul

dan Leanne boleh menjaga dia sementara saya bekerja.

Apa pendapat awak, Leanne?

Awak boleh lihat bagaimana kerja di rangkaian televisyen.

Saya sukakannya.

Jadi, itulah keputusannya.

Saya mahu mandi. Boleh tolong bawakan dia ke atas?

Hei, budak kecil.

Okey.

Kita bencikan orang yang buat begitu kepada kita.

Mahu orang melihat anak mereka. Tekanan untuk kata sesuatu yang baik.

"Rupanya sama seperti awak."

Awak masih ingat Rosy Dorchester?

Kita ingat bayinya ada sindrom Down. Sehinggalah kita lihat suaminya.

Ya, tapi tiada apa yang perlu dirisaukan kerana Jericho sempurna.

Bagi kita.

Kita tak tahu apa orang akan fikirkan.

Apa mereka akan kata tentang kita di belakang kita?

Awak cuba membuat saya susah hati?

Saya cuba menghalang awak menjadi orang yang awak benci.

Tapi saya mahu tunjukkan dia.

Kita akan tunjukkan.

Apabila tiba masanya.

Sekarang dia sangat lemah.

Paru-parunya yang kecil.

Boleh awak keluar?

Saya mahu memakai baju.

Sudah banyak kali saya lihat awak berbogel.

Saya tak rasa yakin sekarang.

Tolonglah faham, boleh?

Mungkin betul kata awak.

Yakah?

Tentang Jericho.

Saya tahu betapa awak sayangkan dia dan mahu melindunginya.

Dia masih kecil.

Marilah.

Saya akan beritahu mereka yang dia tak sihat.

Okey.

- Cakap selamat malam, ayah. - Selamat malam.

Selamat malam.

Marilah tidur. Mak tahu awak penat.

Sungguh baik. Tidurkan awak.

Awalnya awak bangun.

Saya tak tahu pukul berapa kereta awak tiba.

- Awak perlu cakap dengan Leanne. - Tentang apa?

Jelaskan kenapa saya memungkiri janji.

Saya rasa dia tak sabar untuk keluar.

Biarlah dia rasa kecewa.

Janganlah membuat dia marah.

Dia ahli keluarga ini sekarang.

Baiklah, saya akan terangkan dengan baik yang

saya yang tak membenarkan Jericho keluar.

Terima kasih.

Ada sesuatu dalam mata saya?

Tak guna!

Apa?

Ubat gigi. Awak meludah ubat gigi ke dalam mata saya.

Hei.

Awak tak boleh mengikut dia.

Masuk!

Sine Qua Non, Syrah.

Saya memesannya pada bulan Januari.

Jangan tercegat saja, bukalah.

Ya Tuhanku. Awak dapat rasanya?

Tidak. Saya perlu berjumpa doktor.

Saya rasa saya ada kanser tulang.

Di mana orang pelik itu?

Dalam biliknya. Saya boleh tunjukkan apa yang dia buat jika awak mahu lihat.

Awak memang licik.

Awak dah lihat dia berbogel?

Kenapa itu soalan pertama awak?

Bolehkah kita merakamnya sebagai bukti?

More Malay subtitles for Servant

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left