The first 112 lines.
Diterjemah oleh Rafiki
Kalau kamu ingin tahu siapa kamu...
... kamu tidak bersendirian.
Kamu bukanlah bapa saudara monyet.
Tapi kamu mempunyai keunikan.
kamu berasal dari mana, dan siapa nenek moyang kamu?
Salah.
Cuba teka lagi.
Betul tu.
Sejarah spesis lemur bermula 60 juta tahun yang lalu.
Kembali pada zaman dinosaur.
Jauh sebelum adanya monyet, kera, ataupun manusia.
Lemur adalah haiwan kecil yang aktif pada waktu malam.
Dan spesis mereka berjaya selamat dari asteroid yang membunuh dinosaur.
Mereka hidup di wilayah Afrika...
... ketika ribut yangi besar menenggelamkan pokok ke dasar lautan...
... dan mengubah keluarga lemur...
... menjadi salah satu peneroka terbesar yang ada dalam sejarah.
Lemur tiba di Madagascar.
Sebuah pulau terpencil yang luas...
Selama berjuta-juta tahun, tidak ada mamalia lain, bahkan burung.
Tanpa ancaman pemangsa...
... lemur muncul di siang hari.
Dan seiring waktu, mereka berevolusi dengan bentuk dan saiz yang baru.
Sementara nenek moyang mereka telah pupus di Afrika.
Tapi di Madagascar, Lemur bertahan hidup...
... Dan menjadi penguasa dari dunia baru yang megah.
Lemur adalah primat yang paling kuno yang masih hidup hingga saat ini.
Dan Madagascar adalah satu-satunya tempat tinggal mereka di Bumi.
Bagi para saintis yang ingin memelihara biodiversiti...
... Madagascar bagaikan pulau Harta Karun.
Dr. Patricia Wright adalah ahli primat dari Universiti Stony Brook di New York.
Dia adalah pakar mencari lemur yang luar biasa dan sukar ditangkap.
Sebagai saintis muda, tujuannya berubah dengan pengembaraan ke Madagascar.
Pada masa itu, negara itu mengalami perkembangan yang pesat.
Dan nasib lemur mula berubah.
Pertama kali saya datang ke Madagascar adalah untuk menyelesaikan misteri...
... mengenai lemur yang kami takut mengalami kepupusan.
Misi saya adalah mencari mereka.
Lemur pemakan buluh dulu pernah tinggal di Madagascar...
... tapi mereka sudah tidak kelihatan lagi dalam 50 tahun terakhir ini.
Saya mencari mereka berbulan-bulan tapi tidak berjaya.
Saya hampir menyerah, ketika Saya datang ke Ranomafana.
Tapi kemudian suatu pagi...
... di sanalah dia berada.
Dalam keadaan hidup.
Memakan makanan kegemarannya.
Batang buluh muda.
Setelah mencari lemur pemakan buluh...
... Patricia turut membantu menjadikan hutan hujan ini sebagai Taman Negara.
Dan dia menumpukan hidupnya untuk melindungi tempat-tempat liar di Madagascar.
Dan juga semua haiwan yang tinggal di sana.
Maksud Lemur adalah roh yang mengembara.
Dan ada perkara yang berbeza dengan lemur yang ada di hutan ini.
Lemur ini dianggap suci di Madagascar.
Ada sebuah kisah legenda mengenai dua saudara yang tinggal di hutan.
Satu pergi, dan menjadi manusia yang pertama.
Yang satu lagi tinggal, dan dia menjadi...
... Lemur Indri.
Dulu memang ada lemur yang berukuran seperi gorilla.
Tapi mereka diburu hingga pupus beberapa tahun lalu.
Lemur Indri adalah lemur terbesar yang pernah ada.
Lemur Indri hidup dalam sebuah kumpulan yang ada wilayah tersendiri.
Mereka saling bertukar maklumat dengan menggunakan suara mereka.
Tiap anggota keluarga memainkan peranan...
... dalam satu korus yang meredah jauh kedalam hutan .
Bunyi dari Lemur Indri dulunya sangat bingit di bahagian timur hutan hujan...
... tapi sekarang sudah mula lenyap.
Tak ada Lemur Indri yang pernah bertahan hidup di dalam kurungan.
kamu hanya boleh mencari salah satu daripada mereka di sini...
... di Madagascar.
Ranomafana berada di hujung Hutan Hujan kuno...
... di mana saya jumpa Lemur pemakan buluh.
Penduduk dari kampung ini mendapat keuntungan dengan adanya taman negara itu.
Tapi mereka tetap bergantung pada tanah ini untuk boleh bertahan hidup.
Sebelum saya menjadi saintis, saya pernah menjadi pekerja sosial di Brooklyn.
Sudah jadi sifat saya untuk menyelesaikan masalah.
Dan di Madagascar, manusia dan lemur ada masalah yang sama...
... persediaan keperluan sumber yang terhad.
Madagascar adalah salah satu tempat terakhir yang didiami oleh manusia.
Mereka membawa haiwan ternakan yang bernama Zebu...
... yang memerlukan tempat terbuka untuk menggembala.
Sejak kedatangan mereka, 2000 tahun yang lalu...
... manusia telah membakar hampir 90 peratus daripada hutan Madagascar.
Untuk mendapatkan tanah untuk menggembala dan bertani.
Setiap musim kemarau...
... ada banyak kebakaran di pulau ini.
Kebakaran berpunca dari tanah mereka, tetapi meluas tanpa kawalan...
... dan merebak ke dalam hutan di mana lemur hidup.
Ini merupakan ancaman terbesar bagi haiwan yang hidup di Madagascar.
Banyak spesies lemur berkurang ketika hutan mereka juga musnah.
Tapi salah satu spesies lemur bertahan hidup...
... dengan kemampuannya untuk menyesuaikan diri pada perubahan keadaan.
Di luar kawasan kebakaran...
... kumpulan lemur ekor cincin menemui tempat yang selamat.
Lemur ekor cincin hidup dalam sebuah kumpulan kecil.
Dan mudah mengamati perkara yang membuat lemur istimewa berbanding primat lain.
Lemur betina adalah ketua.
Pemimpin mereka memutuskan ke mana mereka pergi dan apa yang mereka makan.
Pemimpin kumpulan ini berjalan dengan tempang kerana tangannya patah...
... Tapi itu tak mempengaruhi kedudukannya sebagai pemimpin.
Bahkan betina yang tak terlalu banyak terlibat...
... masih lebih dominan dari para jantan.
Para lemur betina mewarisi kekuatan mereka dari induk betina mereka.
Mereka mempertahankannya melalui pengalaman dan juga tingkah laku.
Lemur ekor cincin pernah menguasai wilayah yang lebih luas di Madagascar.
Tapi dengan kedatangan manusia, lemur ekor cincin...
... kembali ke celah-celah rekahan dari alam ini.
Bagaikan lemur penjahat...
... mereka berada di hujung peradaban dan menyerang ladang yang ada.
Pada malam hari, permasalahan pada siang hari dilupakan.
Keluarga lemur ekor cincin bersatu dan tidur bagaikan satu bola lemur besar.
No comments yet. Be the first to leave one.