The first 200 lines.
AKU TAK TAHU
Ella.
Tunggu.
Okey. Marilah.
Bagus.
AKU TAK TAHU
Apa yang ada dengan diriku
AKU TAK TAHU CARA UNTUK PERGI KE TEMPAT YANG AKU TUJU
AKU SELALU MUNCUL DI TEMPAT YANG AKU SUDAH PERGI
JAMBATAN MANHATTAN
AKU TAK TAHU
SIAPA DIRIKU
AKU TAK TAHU APAKAH BENDANYA... APA YANG ADA PADA DIRIKU?
Aku tak tahu apakah bendanya
Apa yang ada pada diriku
Aku tak tahu cara untuk pergi Ke tempat yang aku tuju
Aku selalu muncul Di tempat yang aku sudah pergi
Aku tak tahu mana arah ke atas
Aku tak jelas
Tapi aku tahu aku tersangkut di tengah Kerana bergerak terlalu perlahan
Hanya berdiri di sini
Aku tak tahu apa-apa
Maaf. Saya bukan mahu mengganggu.
Betul. Tapi awak ada perentas...
Siapa awak?
Maaf. Saya Ethan.
Saya baru menyewa ruang sebelah,
jadi rasanya, saya jiran awak.
Awak tak boleh... Ini ruang peribadi...
Siapa yang mengintip orang begini?
Awak biarkan pintu awak terbuka.
- Saya mahu bersendirian. - Jelas sekali.
- Saya tak ada perentas pemanjangan. - Baik.
Lagu itu memang indah.
Ia teruk.
Apa yang awak tahu?
Awak tak tahu apa-apa.
Hei.
Terima kasih.
Bess.
- "Terbaik"? - Bukan. Bess.
Nama saya ialah Bess. Memandangkan awak tak tanya.
Bess.
Ya.
Ya, terima kasih. Saya mahu minum, Ethan.
Awak pasti awak tak mahu bawanya pergi?
Kerana saya tahu awak mahukan privasi awak.
Saya minta maaf. Saya tahu saya...
- Biasanya saya bukan begitu. - Biasanya, awak bagaimana?
Saya tak suka orang mendengar lagu yang saya tulis.
- Sampai bila-bila? - Ia untuk saya.
Saya berjanji dengan diri saya untuk siapkan lagu itu malam ini.
Saya faham.
Tolong jangan biarkan saya mengganggu awak.
Ya.
TEMPAT SIMPANAN SJB
Kenapa awak pilih penari tua?
Gaya yang lemah lembut. Siapa yang boleh lakukannya?
Kenapa memilih gaya itu?
Mungkin kerana saya dibesarkan oleh datuk saya.
Dia...
Ya. Dia selalu menonton Turner Classics selepas kami tiba di sini.
Lelaki yang bijak.
Jadi, Bess,
kenapa awak menulis lagu jika tak mahu orang mendengarnya?
Saya dapat bayaran dengan menyanyi lagu orang lain.
Saya menulis lirik untuk diri sendiri seperti sebuah diari.
Jadi, awak suka berahsia.
Awak menyanyikannya secara rahsia dan bukan di luar sana. Ya.
Ya. Saya pernah cuba.
Orang tak sukakannya.
Lagu yang saya dengar tadi sungguh istimewa.
Jika saya seorang penonton, saya mahu dengarnya lagi.
Mereka tak mahu dengar dan tunjukkan dengan sangat jelas.
Itu kenangan yang saya harap saya dapat lupakan satu hari nanti.
Awak tak nampak seperti orang yang mendengar pendapat orang lain.
Kadangkala saya rasa saya patut dilahirkan 50 tahun yang lalu.
Saya faham.
Ya. Kita ialah penari tango tua itu.
Ya. Jika dibandingkan dengan lagu yang orang dengar sekarang,
saya rasa lagu saya seperti satu kesungguhan.
Sekarang waktu yang sinis.
Saya rasa ia memerlukan keberanian.
Aku tak tahu apakah bendanya
Apa yang ada pada dirimu
Bagaimana kau takutkan aku? Kau tak kata apa-apa
Bagaimana kau melakukannya?
Dari mana kau datang?
Ke mana kau akan pergi?
Jika aku sepatutnya bergerak Ke arahmu
Bagaimana aku akan tahu?
Aku tak tahu apa-apa
Ya.
Okey, saya main ini bersama datuk saya untuk membaiki bahasa Inggerisnya.
Dengan hanya satu perkataan, siapakah awak?
Alamak, hanya satu perkataan?
Saint C's?
Saya mencurinya dari tempat kerja.
Jangan beritahu Santa Cecilia.
Sudah tentulah awak bekerja di tempat yang dinamakan sempena penaung santa muzik.
KUCAR-KACIR
"Kucar-kacir." Bess yang kucar-kacir.
Bukan keseluruhan diri awak.
SUKA MENYANYI
Helo.
Apa? Ya Tuhanku. Biar saya uruskan. Saya minta maaf.
- Awak okey? Awak perlukan bantuan? - Saya okey.
Tumpang lalu. Saya minta maaf. Louie.
Tumpang lalu. Louie! Louie, kaunselor awak hubungi saya.
Apa awak buat? Dah lepas masa perintah berkurung. Awak tahu peraturannya.
- Itu peraturan yang teruk. - Awak bersetuju dengannya.
Saya tak bersetuju dengan perjanjian itu.
Itu mengarut. Awak dah berjanji dengan kaunselor awak.
Sharon Clifford akan muncul dalam kumpulan teater malam ini.
Dia baru meninggalkan Aladdin selepas jadi pelakon ganti
selama tiga tahun, dua bulan dan tiga hari.
Jika bertuah, saya boleh dapat tandatangannya.
Louie, kita dah bersusah payah untuk masukkan awak ke tempat itu.
Awak mahu dibuang selepas bulan pertama?
Itu dia. Sharon! Sharon, di sini! Di sini!
Tahniah, Cik Clifford, untuk malam yang penting ini.
Keajaiban yang ajaib.
Tulis, "Kepada Louie."
Sayalah, Louie.
"Kepada Louie dan Bess."
- Itu kakak saya, Bess. - Hai.
- Terima kasih, Louie. - Sama-sama.
Saya beritahu dia. Saya kata...
Apa yang saya kata?
Saya kata, "Awak tak boleh pergi, Louie."
- Bukan itu yang awak katakan. - Apa yang saya kata?
Saya kata, "Awak akan mendapat masalah, Louie."
Itu juga bukan apa yang awak katakan.
Mereka akan menghalau dia. Saya dah panggil penyelia di tingkat enam.
Kenapa awak panggil penyelia?
Awak semua cemburu kerana saya dapat tandatangan Sharon Clifford.
Siapa Sharon Clifford?
Apa yang ada di atas kepala awak?
Jangan takut. Ia cuma kit di rumah Clairol.
Awak rasa bagaimana saya kelihatan seperti 50 tahun? Saya dah 112 tahun.
Saya tak sangka saya akan dapat panggilan lewat malam.
Saya gembira awak balik dengan selamat, Louie.
Louie juga gembira dia dah balik dengan selamat. Maaf kerana awak terpaksa turun.
Louie, awak faham apa tujuan perintah berkurung?
- Dia faham. - Tak, saya bercakap dengan Louie.
Saya mahu balik, Bess.
Awak dah ada di rumah. Inilah rumah baru awak sekarang.
Saya tahu awak perlu sesuaikan diri.
Awak tinggal bersama kakak dan ayah awak selama ini
tapi awak dah dewasa dan dah sedia untuk hidup berdikari.
Belum lagi.
Bess juga dah bersedia untuk hidup berdikari.
- Selamat malam, Elaine. - Louie.
Saya tak mahu tinggal bersama Phil, Ted dan Zack.
Saya mahu tinggal bersama awak semula, Bess.
Itu membuatkan saya sedih, Louie.
Saya mahu masuk ke bilik saya dan tutup pintu.
Dah lewat.
Sekarang, saya mahu dengar awak kata, Louie,
yang awak faham perintah berkurung ini untuk keselamatan awak
dan ini takkan berlaku lagi.
Jika saya kata saya faham, awak akan pergi?
Jika awak faham.
Nampak? Dia faham. Kita semua faham.
Terima kasih, Louie.
Selamat malam, semua.
Esok ialah hari yang baru.
Tentulah.
Tapi awak patut menyedarinya.
Bess, awak mahu ikut?
Bess, ada 82 perkataan dalam lagu baru awak.
Itu tak mencukupi. Lagu biasa ada 165 perkataan.
Betul. Sebab itu saya perlu siapkannya.
- Belum lagi. - Ya.
Kita akan ketinggalan ramalan cuaca untuk lima hari bagi kawasan bandar besar.
Saya tak mahu menonton Saluran Cuaca.
Saya mahu tonton dokumentari tentang pementasan orang Hungary, Liliom
yang menjadi rujukan muzikal Carousel!
- Dia kuasai TV. Tiada siapa yang minat. - Ia tak menarik.
- Itu yang saya cuba katakan. - "Tak menarik"?
Awak nampak kenapa saya tak boleh tinggal di sini, Bess?
Bagaimana kalau awak semua tonton ramalan cuaca
dan kemudian bahagian kedua dokumentari itu?
Selesai. Kita okey?
Awak mahu pergi?
Awak tak mahu menontonnya bersama saya?
Kita suka Carousel. Betul, Bess?
Betul.
Nampak? Dia mahu menontonnya, Phil. Keajaiban yang ajaib.
Sekarang, sebagai bonus dan pratonton,
saya dan Bess akan menyanyikan lagu kegemaran saya daripada Carousel.
Anakku Bill
Aku akan pastikan dia menggunakan namaku Aku akan pastikan
Dia akan membesar seperti pokok Dengan kepalanya mendongak
Dan kakinya yang takkan berganjak
Kau takkan nampak sesiapa yang berani untuk mencuba
Untuk mengarahnya atau membuatnya ke hulu ke hilir
Tiada pembuli buncit dengan mata geleber Akan dapat mengarahnya
TINGKAT 6
Bagaimanapun... Saya cuba pergi sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
No comments yet. Be the first to leave one.