Mary and Max

Mary and Max

Download Malay Subtitle

Release info

Ganool
A Commentary by robot_belang

Tags

ganool
Published on: 2019-04-29
Downloads: 49
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Mata Mary Dinkle

seperti warna lopak air yang penuh lumpur;

tanda lahirnya pula, seperti warna tahi.

Mary berasa sangat bosan pada petang Sabtu tersebut.

Mary berharap sangat dia ada seorang kawan yang boleh diajak main.

Cincin Jiwa kepunyaan Mary

yang dia dapat dalam kotak bijirin, adalah berwarna kelabu.

yang mana berdasarkan carta di kotak tersebut, bermaksud

sama ada Mary ini seorang yang kuat berfikir,

berazam tinggi, atau pun lapar.

Noblets adalah satu-satunya kawan yang Mary ada.

Noblets ini adalah kartun kegemarannya.

Ia bukanlah patung sebenar yang dibeli di kedai.

Tetapi cuma replika yang Mary buat sendiri daripada

bahan cengkerang siput, biji kayu, bola pompom,

dan juga dari tulang ayam yang selalu dimakan pada malam minggu.

Dia terpaksa membuat sendiri mainannya.

Dia paling suka ""shrinkies".

Iaitu paket jajan yang dikecutkan dalam ketuhar.

Ayah Mary bernama Noel Norman Dinkle.

Dia berkerja di kilang yang melekatkan tali pada uncang teh.

Dia memberitahu rakan sekelasnya

bahawa ayahnya boleh dapat sebanyak mana uncang teh yang dikehendaki.

"Earl Grey" adalah uncang teh kegemaran Mary.

Dia suka sebut, "Earl Grey,"

dan berharap satu hari nanti dapat kahwin dengan lelaki bernama Earl Grey.

Mereka akan tinggal dalam sebuah istana di Scotland,

dapat 9 orang anak, 2 ekor itik,

dan seekor anjing bernama Kevin.

Noel suka berehat di bangsal

dan minum Krim Irish.

Dia juga suka mengawet bangkai burung yang dia jumpa di tepi jalan.

Mary harap ayahnya dapat luang lebih masa dengan dia,

berbanding dengan kawan-kawan ayahnya yang sudah mati itu.

Mary juga harap dia ada abang dan kakak.

Ibu Mary memberitahunya bahawa dirinya terhasil sebab tak sengaja.

Macam mana seseorang boleh wujud secara tak sengaja?

Atuknya beritahu bahawa bayi wujud

daripada dasar gelas arak yang diminum oleh seorang ayah.

Bau atuknya dah nak sama macam bau jeruk bawang.

Atuknya ini adalah seorang

ahli kelab Frankston Ice Breakers selama 51 tahun.

Mereka berenang dalam musim sejuk untuk berasa lebih hidup.

Atuknya cakap berenang dalam air sejuk membuatkan putingnya mengeras.

Dia dah meninggal tahun lepas, ketika umurnya 74,

dan sahabat baiknya, Ken,

membacakan puisi sebagai penghormatan terakhir.

- "Dilahirkan di bangsal di sebuah bukit di Boronia,

Ralph telah melalui hidup yang panjang, kemudian mati disebabkan pneumonia."

Mary rindukan dia dan selalu tertanya-tanya

kenapa atuk dia minum ammonia.

Banyak benda yang buat Mary tertanya-tanya,

terutama sekali tentang ibunya, Vera Lorraine Dinkle.

Bagi Mary, Vera selalu kelihatan tak stabil.

Satu gerakan yang bagus.

Dan dia terkeluar!

Vera suka mendengar sukan kriket ketika dia sedang membuat kek.

Dan sherry sentiasa menjadi bahan utama resepinya.

Ibu Mary beritahu bahawa sherry ini adalah sejenis teh

untuk orang dewasa yang perlu sentiasa diuji rasanya.

Mary rasa ibu dia dah menguji sherry...

terlebih sangat.

Mary juga tak faham

kenapa Vera selalu meminjam.

Semalam, ibunya pinjam nugget ikan daripada rak nombor 6.

Dia beritahu Mary dia letak barang-barang dalam baju

kerana nak jimat beg plastik.

Vera ini memang seorang yang sangat rumit.

Ooh!

Mary berhenti mengelamun

lalu pergi mengambil ayam jantan belaannya daripada ditimpa hujan.

Ayahnya jumpa ayam jantan tu

di bahu jalan sebuah lebuhraya

selepas ia terjatuh daripada lori ayam.

Dia menamakannya "Ethel".

Masanya dah tiba untuk menonton The Noblets.

Dia sangat suka The Noblets,

sebab semua orang berwarna coklat, dan tinggal dalam teko,

dan ada ramai kawan.

Mary berkata dalam hati bahawa, tiada apa yang lebih bagus

daripada menghidu bau ayam jantan yang basah,

ketika rintik-rintik hujan menimpa atap,

sambil menikmati rasa susu pekat manis

yang diambil terus dari dalam tin,

ketika menonton rancangan kartun paling digemarinya.

Ah.

Sementara itu, seorang lelaki bernama Max Horowitz

juga sedang menonton The Noblets.

TV kecil milik Max ada gambar tapi tiada suara.

TV besarnya pula, ada suara tapi tiada gambar.

Max berumur 44 tahun dan dia suka Noblets kerana

mereka tinggal dalam masyarakat yang unik,

dan juga kerana mereka ramai kawan.

Max ada masalah susah nak tidur.

Jadi dia menghabiskan masa malam dengan menonton TV

dan menangkap makanan untuk ikan.

Dia mengingatkan dirinya bahawa itu adalah lalat ke-6

yang berjaya ditangkapnya untuk malam ini.

Dia tak tahu sama ada dia patut masuk tidur dan kira biri-biri

atau makan satu lagi hot dog coklat.

Dia fikir dia patut mencuba kedua-duanya.

Tapi ia tak berkesan.

Sudah pun 6 jam 12 minit

semenjak Henry yang ke-8 mati.

Kematian Henry membuatkan hidup Max serba tidak kena.

Hidupnya terumbang-ambing

dan lagi cepat dia dapat ikan baru, lagi bagus.

Esok dia akan pergi ke kedai haiwan untuk membeli

Henry yang ke-9.

Berikutnya.

Hari ni hari membeli-belah

dan Mary duduk dengan diam sementara ibunya...

meminjam beberapa sampul surat.

Untuk mengisi masa, mata Mary melilau-lilau

dan mengira berapa banyak benda yang berwarna coklat.

Ada pita pelekat, gelang getah,

dan buku telefon yang ada gambar seorang perempuan

sedang berdiri di tasik berwarna coklat sambil tangannya memegang api.

"Orang Amerika ni banyak nama yang pelik-pelik,"

kata Mary Daisy Dinkle di dalam hati,

Rockefeller dan Finkelstein adalah antara nama-nama yang lucu.

Dia berfikir macam mana agaknya rupa mereka itu.

Berapa umur mereka, dan adakah mereka sudah berkahwin,

dan sudahkah mereka jumpa bayi dalam gelas arak mereka.

Mungkin di Amerika, mereka jumpa bayi di tempat lain.

Hmm.

Mereka minum banyak minuman gas.

Mungkin mereka jumpa bayi di dalam tin air gas.

Tapi rasanya tak sebab bayi tak muat nak keluar dari lubang tin air gas.

ding!

Mary dapat satu idea.

Dia nak tulis surat kepada orang Amerika.

Dan nak tanya di sana bayi datang dari mana?

Dia pilih Encik M. Horowitz.

Puan Dinkle!

Mari sini!

Vera Dinkle!

Jangan lari!

"Kepada Encik M. Horowitz,

"Nama saya Mary Daisy Dinkle,

"dan umur saya 8 tahun 3 bulan, dan 9 hari.

"Coklat adalah warna kegemaran saya,

"dan makanan kegemaran saya adalah susu pekat manis,

"diikuti dengan coklat.

"Saya ada ayam jantan bernama Ethel yang rupanya begini.

Dia tak bertelur, tapi rasanya satu hari nanti dia boleh."

pop!

"Ibu saya suka merokok, sukan kriket, dan sherry,

"dan ayah saya suka main dengan burung mati di bangsalnya.

"Dari mana bayi datang di Amerika?

"Adakah dari tin air gas?

"Di Australia, mereka datang daripada gelas arak.

"Ini lukisan gambar saya

"Saya tak pandai lukis telinga, tapi pandai lukis gigi.

"Amat bagus sekali kalau awak boleh balas surat ini

"dan jadi kawan saya.

"Yang benar,

"Mary Daisy Dinkle.

"P.S., Saya harap awak suka

"coklat yang saya hantar bersama.

Ia dipanggil Cherry Ripe."

Mm-mm-mm.

Selamat tinggal, surat!

Jangan lupa balas.

Max benci hari Khamis,

iaitu hari perjumpaan mingguan Overeaters Anonymous

dan malam ini dia rasa tak berapa selesa

sebab dia dah makan dua ketul hot dog coklat

dalam perjalanannya ke sana.

Baik, kelas.

Makan coklat sudah melanggar peraturan kita.

Malam itu Max rasa lebih tak selesa

sebab Marjorie Butterworth suka jeling-jeling pada dia.

Kelas bersurai.

Max ada masalah untuk faham

isyarat badan seseorang.

Macam mana dia tak faham bersenam, begitulah dia tak faham konsep menggatal.

Max merasakan majoriti orang di sekeliling amat mengelirukan.

Tapi Max tak sedar pun

yang pada malam itu

akan menjadi malam yang paling mengelirukan baginya.

Hmm.

Dia baca surat Mary 4 kali...

dan kemudian dia buat apa yang dia biasa buat

apabila berhadapan dengan sesuatu yang baru dan stress.

Sifat Max yang lemah semangat itu

sekali lagi menjadi lebih teruk pada malam itu.

Dan setelah merenung ke luar jendela selama 18 jam

dia akhirnya membuat keputusan.

ding!

ding!

ding!

ding!

Ah!

"Kepada Mary Daisy Dinkle,

"terima kasih atas surat yang diberi,

"yang mana saya buka dan baca pada pukul 9:17 malam,

"selepas kelas Overeaters Anonymous saya.

"Saya cuba untuk kurus,

"kerana doktor psikiatri saya, Dr. Bernard Hazelhof,

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left