The first 200 lines.
"Sebaik-baik kamu semua ialah yang terbaik sikapnya kepada keluarganya,
akulah yang terbaik antara kamu semua terhadap keluargaku sendiri" ( At-Tirmizi)
Dengar sini, Ros...
saya rasa awak semakin berlembut setelah tinggal lama di Pulau Jawa.
Sekarang awak mudah bertolak ansur .
Ini tiada kaitan dengan tolak ansur, abang.
Ia demi kegembiraan keluarga kita.
Abang tak nampak riak muka Ita pada malam itu?
Dia hampir gila.
Nampaknya abang sangat "produktif"?
Anak kedua abang lima tahun
dan anak sulung abang dah lapan tahun.
Keluarga kami sempurna.
Betul. Pandai abang cari isteri.
Dia ada "insurans".
Sudahlah!
Abang dah rasa kambing panggang itu?
Sebab inilah orang menghadiri majlis perkahwinan.
Betul juga. Abang nak makan. Abang dah makan empat pinggan.
Ia sangat sedap.
Abang nak lagi?
Boleh abang rasa?
Bun, itu siapa?
Itu...
Itu Pipit, anak Mak Cik Rika.
Sebab inilah awak perlu menghadiri perjumpaan keluarga!
Sepupu, ya?
Ya.
Bun, tolong jaga dia!
Ambil pinggan ini.
Saya belum sempat makan apa-apa.
Ayuh, mak dah penat.
Pergi ikut ayah awak.
Itu alasan bodoh!
Ican, mari sini!
Ada apa, mak cik?
- Apa khabar? - Baik.
Awak tak risaukah melihat seorang demi seorang sepupu awak berkahwin?
Standard Barat awak tak sesuai dengan kita!
Tapi kita memang orang Barat.
Saya berasal dari Pulau Jawa Barat.
Jangan lawan cakap orang tua, kasihan ibu awak.
Dia teringin ada cucu perempuan.
Kasihan dia!
Terima kasih kerana bersimpati, tapi tak apa.
Saya belum ada cucu perempuan, sebab itulah saya mendoakannya.
Saya cuma rasa yang dia patut berkahwin.
Tentu sukar baginya kalau dapat anak apabila pada usia tua.
Ya, tapi tak usah kasihankan saya, awak buat saya rasa malu.
Maafkan saya.
Can.
Mari sini sebentar.
Saya nak pergi tambah makanan.
Kamu boleh ambil kemudian.
Sebentar.
Mak dah jumpa Mak Cik Len, anaknya sangat cantik!
Dia bekerja sebagai doktor di Maninjau.
Kita sembang esok sajalah, biar saya makan dulu.
Hei, apa khabar?
Syukurlah, saya sihat.
Saya nak perkenalkan anak kedua saya, Ican.
Dia dah berkahwin? Kita boleh perkenalkan kepada Nopi.
Boleh. Dia ada di sini?
Tadi dia di sini, sekarang dia tentu ada berdekatan...
Kamu dah nak balik?
Belum...
Saya cuma nak ambil udara segar.
Mak ingat isteri kamu dah nak balik.
Kenapa kamu tak suka majlis keluarga?
Bukan begitu, masalahnya Nathan tak boleh duduk diam-diam.
Nathan!
Biasalah kanak-kanak tak duduk diam,
tapi kalau orang dewasa tak duduk diam, itu memang luar biasa.
Tak apa, ini Mak Cik Len dari Pariaman.
Mak Cik Len.
Saya minta diri.
Baik.
Can...
Jangan berkawan dengan anak perempuannya.
Mak dah tengok dia, dia tak cantik dan dia hisap rokok.
Mak, jangan menilai orang berdasarkan rupa mereka,
tapi berdasarkan hatinya.
Jangan cakap begitu.
Tapi kami masih perlu tengok sama ada dia cantik atau tidak.
Mak. Saya perlu keluar sebentar.
- Nathan tak boleh duduk diam. - Baik.
- Sebentar, Can. - Okey, Nathan.
Mari kita minum kopi.
Baiklah.
- Ke mana awak pergi selepas ini? - Saya nak balik, nak ke mana lagi?
Awak kata nak minum kopi?
- Ayuh... - Awak nak ikut atau tidak?
- Itu siapa? - Di mana?
- Gadis itu. - Dia adik Asril.
- Saya pergi dulu. - Okey.
Hai.
Hai.
- Awak adik Asril? - Ya.
Kenapa kita tak pernah berjumpa?
Saya kerap ke rumah awak untuk menemani mak saya dan Rostina kebelakangan ini.
Awak saudara Rostina?
Saya sepupunya.
- Ican. - Rike.
Mak cik pernah kata...
Awak bekerja dalam bidang periklanan, bukan?
Ya.
Awak tunggu siapa?
Mak saya, entah kenapa dia lambat sangat.
Ibu bapa memang begitu.
Mereka kata mahu balik, tapi mereka berbual dengan ramai orang.
Can, mana kereta?
Mak, sebentar.
Asril ada nombor telefon awak, bukan? Saya akan minta daripada dia.
- Can! - Ya!
Itu siapa?
Jangan buat benda-benda yang akan memulakan khabar angin.
Saya akan pergi ambil kereta.
Ayuh.
Allah berfirman, jangka hidup semua manusia telah ditetapkan.
Apabila masanya tiba,
ia tak boleh ditangguhkan walau sesaat,
atau mempercepatkannya.
Kita semua ada masa silam, masa kini dan masa depan.
Generasi sekarang, dahulu dan akan datang.
Semuanya ada masa dan cara tersendiri.
Itu baru?
Baguslah.
Memang bagus awak bersenam, awak akan lebih sihat.
Lelaki muda memang harus begitu.
Tengoklah, saya dah 65 tahun, tapi masih tegap!
Tapi ingat...
Jangan minum terlalu banyak kopi atau merokok.
Ia tak bagus untuk awak.
Awak boleh buat berapa kali?
Sebanyak mana yang saya nak.
Baguslah.
Buat lagi.
Selamat sejahtera.
Selamat sejahtera.
Saya ada kuih lagi.
- Boleh kami bawa balik? - Boleh.
- Syukurlah. - Bertuahnya kita.
Ican tak pernah ada hubungan serius dengan mana-mana wanita.
Dia dah 32 tahun sekarang...
Semasa saya usianya, saya dah ada dua orang anak.
Kami pulang dulu.
Dah bungkus kuih?
- Sudah. - Terima kasih.
Kita jumpa lagi semasa perjumpaan usrah seterusnya.
Kami dah kenyang.
Selamat sejahtera.
Selamat sejahtera.
Ros, mungkin Tuhan dah tunaikan doa awak.
Apa maksud awak?
Awak ingat lagi semasa Ican belajar di Bandung?
Awak selalu berdoa agar dia tak jatuh cinta dengan sesiapa.
Dan tak melakukan zina.
Mungkin Tuhan dah tunaikan permintaan awak,
jadi sekarang dia tak berminat dengan wanita.
Mengarutlah! Sudah tentu tidak!
Ros. Tuhan selalu mendengar doa ibu bapa.
Awak perlu tukar gaya hidup awak.
Can...
Kamu boleh buat drama yang lebih baik?
Syarikat kamu keluarkan filem, bukan?
Ya.
Tapi kami tak buat drama.
Kenapa?
Kamu boleh buat filem
tentang menantu yang sayangkan ibu mentuanya.
Ia tentu hebat.
Baiklah, nanti kami buat.
Drama yang mengisahkan ibu mentua yang sangat baik terhadap menantunya
dan ibu mentua itu berasal dari Padang.
Dia sangat cerewet!
Selamat sejahtera.
- Selamat sejahtera. - Selamat sejahtera.
Duduk dulu, sayang.
Saya bawa sup kambing kegemaran mak.
Saya masak sendiri.
Saya masukkan banyak rawan.
Ndoy kata mak sukakannya.
Kandungan kamu dah berapa bulan?
Syukurlah, ia dah enam bulan.
Semoga kamu sihat.
Makanan dah hampir siap, mak nak makan sekarang?
Kalau ia dah di atas meja,
suka hati maklah kalau mak nak makan sekarang atau esok.
Tinggalkan saja di situ. Nanti mak makanlah.
Mak...
Maya dah masak untuk mak, tak baik mak cakap begitu.
Cakap apa?
Dia sediakannya semasa mak sedang tonton TV,
mak cuma suruh dia tinggalkannya di situ.
Tapi mak tak patut cakap begitu kepadanya.
Kamu tak berhak cakap begitu kepada mak.
Perempuan itu dah mempengaruhi kamu!
Mak.
Cuba tukar saluran.
Iklan tak penting.
No comments yet. Be the first to leave one.