Specials

Release info

You're beautiful ep8
A Commentary by Dazai

Tags

other
Published on: 2019-04-07
Downloads: 36
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 153 lines.

Mi Nam

Ya, itu pun dia!

Perasaan inilah yang saya nak. lni dah mencukupi

-la jauh berbeza. -Ya

Pengurus Ma. Adakah Go Mi Nam sakit?

Saya tak tahu, Apa telah berlaku?

Mi Nam

Kenapa? Ada apa-apa berlaku sebelum rakaman?

Apa harus kita buat? Kamu nampak macam mana perasaan Mi Nam meletup?

ltulah sebabnya saya tanya kamu!

Saya suruh dia nyanyikan lagu kamu dengan perasaan cinta yang meletup

Agaknya, ia memang dah meletup

Apa?

Saya rasa, hatinya berganjak kerana Kang Shin Woo

Go Mi Nam

Agak pelik dia balik bersama Shin Woo kerana dah lama dia enggan balik

Mengapa pula dia suka pada Shin Woo? Dia patut suka pada saya

Tae Kyun apa yang patut kita buat?

Di mana dia?

Abang Shin Woo, maafkan saya

Kenapa ni?

Jangan pergi

Baik biarkan dia berseorangan

Mi Nam di mana?

Dia pergi tenangkan diri

Saya nak ikut dia tapi rasanya baik biarkan dia berseorangan saja

Dia tak beritahu kamu apa-apa?

Kata dia, dia hadapi kesukaran

Mesti dia rasa tertekan kerana itu rakaman pertamanya

Agaknya, dia tak tahu apa-apa pun

Patut tak saya bercakap dengan Mi Nam? Tae Kyung!

Kenapa pula kamu tanya saya?

Kita kan dalam pihak yang sama

Saya tak pernah anggap yang saya ni sehaluan dengan kamu dan Go Mi Nam

Kamu selesaikan ini sendiri

Cinta Go Mi Nam meletup kerana Kang Shin Woo?

Perbuatan melampau tu yang mengejutkan!

Ketua biarawati...

Dah semakin ketara perasaan saya ni

Saya nak jadi orang halimunan supaya orang lain tak nampak perasaan saya ni

Kalau saya hilang dengan perlahan-lahan

Tak ada orang akan perasan, kan?

Go Mi Nam!

Jeremi. Kamu nampak saya?

Mestilah saya nampak

Sejak tadi, saya asyik tengok kamu

Saya tak hilang kerana Jeremi nampak saya

Kamu takkan boleh menghilangkan diri

Sebab kita akan adakan parti untuk sesi rakaman pertama kamu

Helo...

Go Mi Nam, cepat bertegur sapa!

Helo!

Jeremi, kamu memang suka membuat sambutan

Sambutan merupakan sesuatu yang menggembirakan

Tapi, kamu tak gembira, kan? Go Mi Nam?

Minta maaf

Betulkah?

Kalau macam itu saya akan biarkan kamu menangis sekuat hati

Betul ni saya tak dapat tahan'air mata saya

Pedas, kan?

Kepedasan makanan di sini terbahagi kepada 10 peringkat

lni peringkat ke 8

Apa kata kita mencabarnya sehingga habis?

Saya terima cabaran ni!

Saya nak cairkan ni dengan aiskrim

Kita memang hebat

Kalau ada 11 peringkat kita pun boleh tumpaskannya

Mestilah! Kita pasti boleh habiskan semua ini!

lni biskut!

Go Mi-nam, kamu dah penat menangis

Lepas ini, saya akan buat kamu ketawa pula

Ayuh

Jeremi, ini memang seronok!

Yang seterusnya lagi seronok

Helo, kalian, saya cintai kamu!

Sila menantikan album kami yang keenam

Bas ini adalah rahsia yang paling bernilai yang pernah saya temui

Saya hanya beritahu kamu saja

Betul cakap kamu, memang tak ramai orang di sini

Bas ini mengambil masa 1 jam untuk membuat satu pusingan

Bila saya rasa sedih, saya akan naik bas ini

Hati saya akan kembali tenang selepas tu

Hati saya pun akan tenang selepas ini?

Mestilah! Bas kesayangan saya ni bagaikan magic

Jumpa lagi 1 jam kemudian

Betulkah hati saya akan tenang dalam masa 1 jam ini?

Untuk 1 jam ni, Go Mi Nam, saya suka pada kamu

Baguslah kamu dah berseronok bersama Jeremi

Mesti semua orang terkejut kerana saya keluar begitu saja

Minta maaf

Tak apa. Nyanyian kamu baik tadi

Suara kamu semasa rakaman tadi memang baik

Tapi kamu patut cuba kawal emosi kamu tu

Kalau melebih, ianya akan mendatangkan masalah

Saya tak dapat kawal perasaan dengan baik?

Saya sedang mencari jalan untuk kamu mengawalnya

Kamu pernah dengar tentang titik tekanan?

Bila kamu rasa sangat lapar, tekan pada telinga kamu

Bila kamu terasa nak buang air besar, tekan bahagian ni

Dan bila kamu nak pergi ke nombor 2

Dan juga, bila kamu terasa mengantuk, tekan sini

Rasanya saya pernah dengar tentang ini

Macam ini, bila kamu tak dapat kawal emosi kamu...

Hidung... tekan hidung kamu macam ini

Sini?

Betul!

Bila kamu tak dapat mengawal emosi kamu

Atau jantung kamu berdegup dengan cepat bila kamu jumpa seseorang

Tekan bahagian ni dengan kuat

Kalau orang lain nampak, bukankah ini nampak pelik?

Tak. Walaupun nampak pelik, ianya memang berkesan

Tekan dengan kuat-kuat macam ni bila tak dapat kawalkan emosi lagi

Ia akan beransur baik nanti

Pengurus Ma

Terima kasih kerana beri nasihat kepada saya

Sama-sama

Saya akan mengingatinya

Dia betul-betul percayakan saya, tapi saya...

Minta maaf

Tapi sekurang-kurangnya kalau dia buat macam tu

Orang lain takkan perasan perasaan dia

Go Mi Nam, mari sini

Saya dah tolong kamu fikirkan jalan penyelesaian

Apa yang kamu sedang buat?

Saya sedang tekan titik tekanan

Titik tekanan?

lnilah apa yang perlu saya buat

Jangan risau tentang saya, teruskan dengan apa yang kamu nak cakap

Kamu sedang bergurau dengan saya?

Kamu cuba memimik khinzir yang kejar saya tu, kan?

Kamu ni bagaikan arnab yang menakutkan! Berani kamu memimik sebagai khinzir?

Bukan macam tu

Saya takkan buat lagi

Jangan gerakkan tangan kamu. Dengar sini. Siaplah kalau kamu alihkan tangan kamu

Dengar baik-baik. Arnab khinzir

Saya akan beritahu kamu jalan yang patut kamu ambil

Pertama sekali, Kamu patut beritahu Shin Woo yang kamu ni seorang perempuan

Kenapa?

Dengar kata kamu suka pada Kang Shin Woo

Mestilah saya rasa terkejut selepas dengar tentang ini

Tapi selepas befikir, saya dah dapat cari ikhtiar

Go Mi Nam

Saya akan serahkan kamu kepada Kang Shin Woo

lanya bukan macam itu. Kamu dah salah faham

Tangan!

Cuma ada 2 kemungkinan kalau kamu beritahu dia

Pertama, dia akan terima kamu

Walaupun kamu rasa bersalah pada Shin Woo bukankah bagus kalau kamu boleh meluahkan perasaan kamu?

lanya bagus untuk saya kerana saya boleh lepaskan diri daripada kamu

Yang kedua, dia takkan terima kamu

Walaupun ini cuma akan mendatangkan kebaikan pada saya

Kalau itu berlaku, kamu hanya perlu merayu pada Shin Woo saja

Kalau kamu gunakan separuh daripada kegigihan kamu sepertimana dengan saya, mesti kamu boleh bersama dengan dia

More Malay subtitles for You Are Beautiful

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left