Matt & Mou

Matt & Mou

Download Malay Subtitle

Release info

Matt & Mou (2019) Malaysia
A Commentary by kikywebsite

Tags

other
Published on: 2021-01-29
Downloads: 20
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Saya Matt. Dan hari ini, saya akan mati.

Tapi sebelum itu, anda perlu tahu cerita saya.

"Berdasarkan novel terlaris karya Wulanfadi"

Cerita saya tak pernah lepas daripada Mou.

Dan sebaiknya, anda perlu kenal Mou terlebih dulu.

-Matt, kamu nak bawa apa? -Biar mak yang bawa.

Nampak tu? Bilik kamu di atas.

Hebat, kan? Kamu dapat bilik sendiri di sini.

Ayuh.

Pergi!

Lebah itu sukakan awak sebab awak manis.

Jadi kamu perlu jerit, "pahit!" supaya lebah tak sukakan awak lagi.

Terima kasih. Saya Mouretta.

Saya Matthew, jiran baru awak.

Dan itu bilik saya yang baru.

Bilik awak berhadapan bilik saya. Ia bermakna kita akan jadi adik beradik.

Kita boleh jadi adik beradik sebab itu saja?

Boleh.

"Kenapa?"

"Saya sedih."

Mereka bergaduh lagi?

Sudah, jangan dengar.

Nyanyi.

Apa?

Nyanyilah, supaya saya tak dengar mereka bergaduh.

"Matt & Mou"

Matt, kamu dah nak tamat sekolah.

Bagaimana persiapan biasiswa ke Jerman itu?

Jadi pergi tak?

Kenapa?

Kamu berat nak tinggalkan Mou?

Kenapa Mou?

Ya, siapa tahu.

Kamu berat dan tak sanggup nak tinggalkan dia, kan?

Taklah.

"Belajar di Jerman"

Mou, awak tak mahu mohon?

Itu untuk pelajar pintar saja. Seperti Matt. Dia boleh lakukannya.

-Mou! -Aduhai! Saya pergi dulu.

-Mou, dengar dulu! Mou! -Apa?

Mou!

Mou.

Mou, dengar dulu. Saya tahu awak di sini. Tolong keluar, dengar dulu.

Jawab pertanyaan saya.

Saya tahu awak di sini, Mou. Tolonglah.

Mou, telefon awak berbunyi di sebelah tu.

Awak tak nak angkat?

Kenapa awak ni? Bising betul!

Apa? Mou?

Awak di sini? Jadi siapa di sebelah itu?

Maaf, ya! Salah orang. Saya cari Mou.

Kenapa awak ni? Ini tandas perempuan! Keluarlah!

-Jawab pertanyaan saya. -Jawab apa?

Apa lagi?

-Kenapa awak putuskan hubungan kita? -Sejak bila kita bercinta?

-Tapi kita rapat. -Saya rapat dengan semua lelaki.

-Tapi saya yang paling istimewa, kan? -Tak, semua pun istimewa.

Awak ingat ini martabak, semuanya istimewa?

Memang semua istimewa. Sudahlah, malu nanti kalau orang tahu!

-Diam dulu. -Saya malulah!

Ini antara kita berdua saja.

Budak lelaki lain tak boleh tahu, sebab ini tandas perempuan.

Mungkin kecuali dia.

Matt, saya cuma nak buat perbandingan.

Nampaknya tandas perempuan lebih bersih.

Tak macam tandas lelaki.

Apa awak buat di sini?

-Perbandingan... -Selain itu.

Dia tak mahu beritahu kenapa dia putuskan hubungan kami.

-Kamu berdua bercinta? -Tidak!

Tidak.

Baik, awak tak anggap saya teman lelaki awak, ya?

Okey, Dik. Sebenarnya...

-...kami bercinta. -Tidak!

Tidak. Kamu adik beradik. Tak mungkin bercinta, okey?

Tidak, kami baru saja bercinta. Betul tak, ayah?

-Ya, ibu. -Ayah ibu?

Kenapa kena panggil ayah ibu?

Macam dalam tabloid itu!

Mustahil. Jadi hubungan kita selama ini apa?

Awak ingat saya hanya timezone?

-Friendzone. -Ya, itulah.

Ayah Matt, kenapa lama sangat?

Nasib baik saya datang.

Habis kenapa cakap kita bercinta? Dah tak ada idea?

Kenapa awak kena rapat dengan lelaki seperti itu?

Ronnie, Connie, Mony, Dicky.

Tapi peliklah, Matt. Awak belum pernah bercinta.

Habis tu?

Jadi kenapa awak yang nasihatkan saya tentang hal lelaki?

Sebab saya amat mengenali awak.

Dan kaitannya adalah...

Saya tahu lelaki mana yang sesuai dengan awak.

-Lelaki macam mana? -Lelaki yang amat berbeza dengan awak.

Lelaki yang tak manja, tak malas dan tak emosi.

Lelaki yang tahu apa yang dia nak.

Dan juga yang tak selalu peduli tentang dirinya sendiri.

Seperti awak.

Kenapa macam saya pula?

Lelaki yang tak manja, tak ego, dan tahu apa yang dia nak. Macam awak.

Tapi bukan saya.

Ada lelaki di dunia ini yang seperti itu kecuali awak?

Ada.

Kalau tiada, saya akan bujang selamanya.

Awak carilah dulu.

-Di mana? -Lihat? Awak manja.

-Tolonglah carikan. -Lihat? Awak malas.

-Sombong. -Lihat? Awak emosi.

Habis, susah sangat nak cari teman lelaki.

Memanglah.

Sebab itu awak tiada teman wanita sampai sekarang.

Nak cari teman wanita macam mana, asyik jaga awak saja.

Benarkah? Kalau ada gadis mahu bersama awak, awak nak?

Kenapa tidak?

-Syukurlah. Saya ingatkan... -Ingatkan apa?

Saya ingatkan awak gay.

-Awak buat apa? -Jangan bergerak.

Saya tak nak awak ambil gambar saya. Tidak!

-Diam. -Mou, jangan.

-Mou, padam. -Tak nak! Mana boleh!

Sebab itu kalau ada gadis, awak perhatikanlah.

Ada ayah saya.

Kalau awak pergi, jangan balik lagi!

Selamat jalan, ayah. Saya amat sayangkan ayah!

-Mou, awak nak ke rumah saya? -Tak apa, saya dah biasa.

Hai, mak.

Hai, Matt.

Bau masam! Tunggu!

Bila Mou nak datang sini?

Mak perlukan bantuan dia ambil gambar semua jambangan bunga.

Mak nak muat naik semua gambar itu.

Mak sediakan makanan, dia akan datang.

Kalau begitu, baiklah. Mak akan siapkan makanan yang paling enak.

-Tapi kamu beritahu dia, ya? -Ya.

Ada bungkusan daripada ayah.

Akhirnya!

Okey, mak.

-Saya naik dulu. -Okey.

Mandi, ya!

Ke hadapan Matt, ayah kirimkan semua buku yang kamu perlukan.

Semoga ujian biasiswa kamu berjalan lancar.

Sebuah buku untuk mak kamu sebagai tanda rindu ayah kepada dia.

Dan sesuatu yang kamu pesan khas untuk Mou.

Salam sayang, ayah.

-Hei, Mou. -Ya, Matt?

-Ada bungkusan untuk awak dari Jerman. -Mana?

Berhenti.

Dapat.

"Hadiah hari lahir yang terlewat."

"Semoga impian awak jadi kenyataan. Salam sayang, Matt"

Terima kasih, Matt!

Saya dapat buku Humans!

Ya!

Buku kesukaan saya!

Mou.

"Matt, gambar saya di Instagram disukai oleh seorang jejaka yang hebat."

"Oh, ya! Akhirnya mak dan ayah saya nak bercerai."

Hei, Mou! Maaf, saya baru baca mesej awak.

Matt, lihat Instagram saya.

Gambar saya disukai dan dikomen oleh Reza Winata. Dia suka gambar saya.

Mou, awak tak apa-apa, kan?

Reza cakap gambar-gambar saya hebat dan mata saya tajam.

Mou, awak nak saya ke sana?

Awak dah lihat hantaran terakhir saya? Itu yang Reza suka sangat.

Mou!

Awak nak bermalam di sini?

Atau awak nak berbual? Saya boleh ke sana sekarang, ya?

Matt.

Reza ajak saya jumpa dia esok. Boleh tak?

-Mou! -Apa?

Tak apalah kalau awak tak nak dengar. Selamat tinggal!

Mou!

-Selamat pagi, mak cik. -Hai, Matt.

-Mou dah siap? -Apa?

Bukankah dia dengan kamu tadi?

Tidak.

Kita akan mengira sudut menggunakan formula sin dan kos.

Ini ada beberapa soalan.

Silakan.

Selesaikan soalan ini menggunakan formula perbezaan sudut.

Ya?

Silakan.

"Tolong saya, Matt! Saya perlukan awak. Tempat biasa!"

Faham, semua? Yang lain?

Sila selesaikan soalan ini. Ada yang boleh buat?

Silakan ke depan.

Tiada siapa yang boleh selesaikan soalan ini?

Ayuh!

Ayuh, siapa yang boleh?

-Cikgu. -Ya?

Saya nak ke tandas.

Hei, Mamat! Kamu jangan main-main dengan saya.

Kalau kamu nak ke tandas, selesaikan dulu soalan ini.

Okey.

Bawa sekali pemadam itu.

Ya, betul.

Boleh saya pergi sekarang?

Mou.

Saya tahu.

Dari awal lagi, kita dah tahu yang mak ayah awak akan bercerai.

Matt & Mou subtitles in other languages

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left