Release info

모던파머 Modern Farmer E11 141122
A Commentary by badh182
Malaysia Subbers Crew (MSC). Kunjungi website terbaru kami untuk subtitle terbaru : malaysub.com

Tags

other
Published on: 2016-03-06
Downloads: 28
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Kakak, mahu pergi mana ini?

Kakak mahu ambil khemah untuk pasar tani itu.

Seorangkah? Mahu saya ikut tak?

Tak perlu. Buat apa awak ikut?

Marilah kita pergi sekali.

Kakak cakap tak perlu.

Saya mahu juga, kakak. Mari pergi.

Mana ada belalang di sini?

Tangkap sajalah apa yang kamu jumpa.

Mana pula Hyeok itu sudah pergi ini?

Dia patutnya tolong kita tangkap belalang hari ini.

Sudahlah kena ambil alat muzik kita nanti.

Telefon dia pun tak jawab. Mungkin dia sedang tidur entah di mana.

- Saya pasti sangat. - Abang!

Abang!

Apa yang kamu kecohkan itu?

Saya datang bukan untuk jumpa abang. Apa?

Tapi tak nampak pun Abang Hyeok saya di sini.

Entahlah. Mungkin dia sedang tidur di mana-mana.

- Kenapa? - Abang tahu tak?

Abang semua sudah jadi popular!

Jadi popular? Kenapa?

Cuba tengok ini. Tengok.

Ayah!

Jangan ayah!

Kenapa pula video ini boleh tersebar di Internet?

Memalukan betul! Kena tunjuk pada kitakah?

Sudah ada sejuta orang tengok video ini.

Bukan hanya ada dalam laman web saja,

tapi semua kafe, blog dan twitter pun sudah tersebar!

Abang sudah jadi bintang popular!

Banyaklah bintang popular kamu.

Apa yang dibanggakan sangat itu?

Tapi, abang, itu promosi yang sangat bagus untuk Excellent Souls.

- Betul tak? - Sudahlah!

Siapa pula yang pergi letak di Internet ini?

Sudahlah. Lupakan saja tentang itu.

Mari kita cari belalang kita.

Ki Jun, pergi ke rumah Pak Cik Man Gu

untuk pinjam dua botol.

Botol itu buat apa?

Untuk jual kepada semua petani nanti,

sekurang-kurangnya kita kena ada dua botol belalang.

Yalah. Kenapalah saya yang kena buat kerja ini?

Kamu rasa orang Seoul nanti akan beli

bertih kacang dan belalang kitakah?

Mestilah akan beli. Saya yakin sangat.

Kita dari Seoul juga. Percaya saya.

Mari kita tangkap belalang lagi. Cepat!

- Tapi di sini mana ada? - Saya pun mahu tolong!

Kamu kena korek sedikit. Mesti mereka ada di bawah ini.

Abang, rumah Pak Cik Man Gu di mana?

- Tak tahu! Cari sendiri! - Kamu nampak belalangkah?

Saya takut belalang gigit saya!

Saya mahu cari di sana. Di sini tak ada.

Saya jumpa satu!

Apa awak buat di sini?

Awak cakap awak akan beri masa lagi kepada saya.

Saya di sini bukan sebab kamu.

Saya ada satu soalan mahu tanya kamu.

Mahu tanya apa?

Awak mahu menanam pada hujung minggu?

Ya. Saya suka udara bersih dan nyaman di sini dan kampung ini juga.

Lagipun dua orang budak saya ini

ada masalah kulit dan hujung minggu ini boleh...

Jangan asyik sumbat makanan ke dalam mulut kamu itu!

Jadi kami bertiga sudah mula menanam benih selada di sini semalam.

Tapi ia jadi macam ini bila kami datang ke sini pagi ini.

Apa sudah jadi sebenarnya?

Mahu berkebun tapi tak tahu apa-apa.

Awak rasa berkebun ini main-mainkah?

Ini kerja rusalah. Rusa yang buat!

Rusa? Rusa pun makan benda inikah?

Inilah yang mereka paling suka makan!

Kami pun banyak disusahkan oleh rusa sebelum ini.

Nasib baik ada dewa pekebun,

seorang yang begitu hebat dan berpengetahuan luas

sedang berdiri di depan awak. Ini senanglah.

Kita pakai campuran sabun kresol.

Awak letak saja campuran itu di sini dan rusa itu cakap, "Busuknya!"

Lepas itu, mereka takkan usik tanaman awak lagi.

Sekejap. Kamu boleh catat tak?

Saya cakap jangan makan lagi! Cepat tulis apa yang dia cakap tadi!

- Apa itu tadi? - Jadi apa saya cakap tadi, guna...

Sudahlah! Biar saya uruskan masalah awak untuk awak.

Awak cuma duduk diam-diam saja.

Tapi nada kamu tadi tiba-tiba sangat menjengkelkan saya untuk seketika.

Takkan kamu sudah lupa apa hubungan kita berdua ini?

Saya selalunya ialah bos kamu, jadi jangan cuba kurang ajar dengan saya.

Maafkan saya.

Macam kenallah.

Macam mana kalau Pen Ha ada? Saya tak mahu bertembung dengan dia.

Hantu! Mak cik buat saya terkejut!

Kamu tak pernah tengok pupurkah?

Apa kamu buat di sini? Kamu mahu cari Pen Ha, ya?

Pen Ha tak ada di sini.

Bukan macam itulah.

Saya datang untuk pinjam botol plastik.

Botol plastik, ya?

Cuba tengok di stor itu. Mungkin ada di sana.

Baik, mak cik. Janganlah mak cik berkeliaran dengan muka macam itu.

Ini rumah mak ciklah!

Pergilah ambil botol kamu itu.

Mana botol plastik itu?

Di mana?

Saya sudah balik!

Habislah saya!

Mana saya patut sorok ini?

Bukan saja muka cantik, badan dia pun seksi...

Tidak! Ki Jun, apa yang kamu sedang bayangkan ini?

Tutup mata kamu!

Terima kasih, encik.

Kakak, semuanya sudah siap.

Yalah, menyusahkan saja. Mari kita balik.

Kakak, apa kata saya pula yang pandu?

Awak pandu? Tak mahu!

Kakak tak percaya pada awak lagi.

- Tak mahu! Kakak sudah takut! - Kakak!

Kakak ajarlah saya kali ini betul-betul.

Kakak cakap tak boleh!

Saya mahu!

Baiklah.

Awak yang tanggung kalau terlibat dalam kemalangan lagi.

Setuju!

Hyeok! Kenapa awak hanya jalan terus saja?

Maaf, ya. Maafkan saya.

Yalah. Kita kena bawa bertenang. Inilah peluang terakhir awak.

Kalau kita tak tabah, kita takkan sampai ke kampung kita.

Baiklah, kalau kita ambil jalan susur keluar ini,

kita masih lagi selamat.

Serius ini peluang terakhir kita.

Jangan gemuruh dan pasang lampu penunjuk.

Jangan gemuruh. Pasang lampu penunjuk.

Ya, macam itu. Syabas. Lampu sudah menyala.

Sekarang, bila tak ada kereta,

perlahan-lahan bergerak ke sebelah kanan.

Perlahan-lahan, tahu?

- Ya. - Sekejap.

Tunggu sekejap. Gerak ke kanan!

Saya tak berani! Mereka laju sangat!

- Saya tak berani! - Apa kita patut buat sekarang?

Bodohlah saya ini.

Kenapalah saya cakap saya suka minum Americano?

Sudah banyak hari saya minum kopi ini.

Nanti dulu.

Sedapnya.

Barulah saya suka.

Pak cik, boleh saya pinjam telefon pak cik?

- Telefon? Buat apa? - Adalah. Cepat sedikit.

Helo? Ayah, Eun Woo ini.

Ingat tak cikgu untuk sehari yang saya beritahu ayah itu?

Ayah akan datang, bukan?

Jangan risau. Saya takkan beritahu mak.

Baiklah, kita jumpa esok.

Pak cik, tolong jangan beritahu mak saya.

Ya, baiklah. Pak cik tahu.

Awak jangan memandai minta bawa lori lagi.

Baiklah, kakak. Maafkan saya.

Kakak, sana! Cuba tengok itu!

Apa pula yang awak mahu kakak tengok kali ini?

Macam-macamlah budak ini.

Lama tak tengok pantai! Cepatlah, kakak!

Kakak tak mahu kena air!

Mana boleh macam itu.

Janganlah!

Tak mahu! Kakak sudah cakap kakak tak mahu kena air.

Kita sudah sampai pantai. Kita kenalah main air.

Tapi kakak hanya mahu jalan-jalan saja.

Tapi kakak gembira tengok pantai ini sebab saya, bukan?

Awak ini. Muka tak tahu malu betul.

Awak tahu berapa tahun hidup saya dipendekkan disebabkan awak?

Maaf, kakak. Janganlah marah.

Amannya setiap kali tengok laut.

Sudah lama kakak tak datang ke sini.

Kakak sudah senyum. Betul tak?

Muka kakak masam sepanjang hari.

Baru saya nampak kakak tersenyum sekarang.

Berbaloi datang sini!

Macam tak ada orang, bukan?

Tak mungkin dia sudah musnahkan alat muzik kita, bukan?

Tapi mana Ki Jun ini? Kenapa lambat sangat ini?

Taklah, biarkan dia. Kita pergi saja ambil

- sebelum dia balik. Marilah. - Tak bolehkah kamu pergi seorang?

Pengecutlah kamu ini! Apalah kamu?

- Di sana! - Cepat ambil dan cabut.

Kita tak tahu apa akibatnya kalau kita tertangkap. Kamu pergi dulu.

- Kita sudah dapat. - Cepat.

Itu ularkah?

Ular? Bukanlah, macam belut saja.

Hyeok, sudah lewat ini. Mari kita balik.

Kakak, kita sudah ada di sini.

Apa kata kita makan sashimi?

- Sashimi? - Saya lapar, kakak.

Satu hidangan saja. Bolehlah.

Untuk apa? Baik kita balik dan makan saja.

Tengoklah itu! Kakak pun lapar, bukan?

Kakak, marilah kita makan.

Kita makan satu hidangan saja, tahu?

Okey!

Sashimi paling sedap bila makan di pantai.

More Malay subtitles for Modern Farmer (모던파머 / Modeonpameo)

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left