The first 200 lines.
Tolonglah, ayah.
Kwang Hoon sudah tak anggap Seo In Ae sebagai kekasih dia lagi.
Lagipun, dia mengandungkan anak adik Kwang Hoon.
Bila anak kami lahir nanti, mereka akan jadi sepupu.
Jadi ayah anggap sajalah Kwang Hoon pergi melawat isteri adik dia.
Kamu mahu ayah benarkan dia melawat?
Ya. Ya, ayah.
Kwang Hoon mesti tak mahu pergi.
Itu sebab ayah tak benarkan dia pergi.
Tolonglah, ayah. Benarkanlah
mereka berdua berjumpa.
Supaya Kwang Hoon ada sesuatu untuk
beritahu ketua parti pembangkang bila dia pergi ke Amerika.
Kamu tak perlu menangis sebab ini.
Ayah, saya merayu kepada ayah.
Semenjak saya lahir ke dunia ini,
ini kali pertama saya merayu untuk orang yang saya cintai.
Ayah saya sudah benarkan. Pergilah.
Saya okey saja.
Saya tak kisah pun.
Pergilah jumpa dia.
Lagipun, ketua parti pembangkang yang minta ini.
Betulkah Han Kwang Hoon dan Han Kwang Cheol ini
adik-beradik kandung?
Bukan tak ada kaitankah?
Dia dijemput ke Rumah Biru dan
Presiden sendiri pun sudah panggil dia wira.
Takkan dia tak telefon kamu?
Ada apa awak datang ke sini?
Sebelum saya beritahu, saya mahu cakap sesuatu.
Abang kamu buat lawatan ke penjara.
Buat lawatan?
Dia mungkin sedang jumpa Seo In Ae sekarang.
Saya belum lagi beritahu tujuan saya.
Apa? Awak mahu senjata lagi?
Biar saya terus terang saja.
Kamu kena jauhkan diri dari Se Kyung.
Apa?
Pengarah, awak banyak sangat masa terluangkah?
Itu hal peribadi saya.
Seo In Ae mengandungkan anak kamu sekarang.
Tapi Se Kyung masih tak percaya hal itu,
dan dia masih lagi berangan-angan.
Tak terukkah macam itu?
Kalau awak buat ini atas arahan orang lain,
jangan buat lagi.
Jangan jadi penyibuk.
Saya mahu awak tandatangan ini.
- Pak cik. - Se Kyung.
Kenapa pak cik ada di sini?
Pak cik mahu cakap apa?
Pak cik datang ke sini sebab apa?
Pak cik tak patut ada di sini.
Abang bawa surat dari ketua parti pembangkang.
Ketua parti pembangkang itu risau tentang keadaan awak di sini.
Dia suruh abang beri surat ini.
Ini mungkin jadi tali keselamatan awak.
Ya, abang tahu ia pelik.
Abang jadi penghantar surat pula.
Abang rasa inilah kehendak Tuhan.
Dia beri abang satu peluang untuk
bantu awak di sini.
Kenapa?
Kenapa abang datang ke sini lagi sekali?
Abang percaya inilah takdir.
Takdir?
Kita berpisah dan kita jumpa balik di sini sekarang.
Itulah takdir dan satu jawapan.
Jawapan...
Abang ada berdoa untuk awak setiap saat.
Setiap masa.
Tak kira apa situasi dan keadaannya,
awak mesti boleh atasi semua kesukaran dan mencapai kemenangan.
Tolong jangan cakap lagi.
Abang baliklah.
Masih lagi belum terlambat.
Awak jangan putus asa.
Beritahu dunia kebenarannya.
Kebenaran apa?
Kebenaran itu ada di depan kita sekarang.
Han Kwang Hoon yang dianggap sebagai wira negara,
dan Seo In Ae yang dihukum penjara sepuluh tahun.
Apa lagi kebenaran yang abang harapkan sekarang?
Saya tahan diri saya dari bercakap hal yang tak elok
sebab abang tak ada kaitan dengan saya lagi.
Baiklah.
Kalau ya pun,
kebenaran yang jadi pada awak. Kebenaran yang awak rahsiakan itu.
Awak kena beritahu dunia juga, bukan?
Supaya awak boleh terus hidup.
Tulis balik kenyataan itu.
Awak...
Awak, Seo In Ae...
Saya, Seo In Ae...
tak mungkin akan mengandungkan anak Han Kwang Cheol?
Abang mahu saya cakap hal itu mustahil, bukan?
Jangan sorokkan kebenaran.
Kalau saya dedah kebenaran,
abang akan balas dendam untuk sayakah?
Apa abang tak buat untuk ayah abang, abang mahu buat untuk sayakah?
Abang hilanglah
dari pandangan saya.
In Ae, kenapa?
Awak okeykah?
In Ae, kenapa ini? In Ae.
Pengawal!
Pengawal!
In Ae...
Kita mula dengan satu tumbukan dulu, Kwang Cheol.
Memang dia patut kena pun.
Bersedialah, orang tak guna!
Apa hak abang untuk datang ke sini?
Berapa banyak lagi abang mahu lukakan hati In Ae?
Kamu cakap kamu akan jaga In Ae. Kamu sudah janji.
Kamu mahu biar In Ae mati dalam penjarakah?
Bila kamu akan guna kuasa Son Jeong Mok itu?
Walaupun hukumannya 10 tahun,
kenapa kamu tak buat pelepasan perubatan?
Itu sajakah yang abang boleh cakap sekarang?
Abang sudah khianati dia untuk impian abang itu.
Abang sudah ada pun apa yang abang mahu selama ini!
Sekarang abang sudah jadi wira negara,
abang mahu berlagak di depan In Ae pulakah?
Abang ini manusia atau bukan?
Memang! Abang bukan manusia!
Abang sudah buat banyak persediaan!
Kenapa?
Sebab abang mahu selamatkan In Ae.
Siapa yang abang mahu selamatkan?
Apa yang abang buat selama ini?
Kalau abang seorang manusia,
abang patut padamkan In Ae sepenuhnya dari fikiran abang itu.
Ke hadapan Seo In Ae.
Dunia dengan undang-undang yang sangat kejam ini
telah buat kamu dimasukkan ke penjara.
Tapi satu hari nanti, mereka akan buat pengakuan
bahawa keputusan yang mereka keluarkan ialah satu pembohongan.
Sebab kamu manusia sejati, kamu tak mahu terima ketidakadilan.
Kamu ada keberanian untuk tegakkan keadilan itu.
Saya memang faham betapa sukarnya perjuangan yang dilaungkan ini.
Tetapi era yang kejam ini pasti akan berakhir selamanya.
Teruslah tabah, Seo In Ae.
Tahniah, puan. Puan akan dapat anak lelaki.
Dia membesar dengan sangat baik.
Terima kasih.
Selagi puan jaga diri baik-baik,
puan akan lahirkan bayi yang sihat.
Ayah kamu mesti gembira sangat dengan berita ini.
Helo.
Gembiralah, abang. Hye Jin akan lahirkan anak lelaki.
Lelaki?
Mestilah abang gembira.
Saya cepat telefon abang sebab saya tahu abang mesti gembira.
Baguslah. Kwang Hoon macam mana?
Saya rasa dia sibuk dengan penyiaran.
- Dia tak sampai lagi. - Cepat bawa Hye Jin balik ke rumah.
Saya tahulah. Abang pun balik awal, ya?
- Kita kenalah raikan. - Mestilah.
Ya, akhirnya dapat cucu lelaki.
Lelaki!
Ini saja yang saya boleh buat.
Saya tak ada kuasa untuk halang In Ae balik semula ke penjara.
Tapi, abang ada.
Mesti Chun Tae Woong boleh buat sesuatu tentang ini.
Saya dengar Rumah Biru sudah iktiraf abang.
Abang kena buat sesuatu!
Dia akan hidup kalau dia balik rumah.
Buatlah sesuatu.
Pelawat tak dibenarkan masuk. Sila keluar sekarang.
Saya keluarga dia.
Saya ayah anak dia.
Apa gunanya kuasa yang abang dapat itu?
Keluarkanlah dia cepat.
In Ae.
Macam mana, In Ae? Okeykah?
Kita di hospital sekarang. Kamu okey tak?
Kita di hospital.
Tadi ada orang datang melawat.
Ada orang datang tadi.
Ya.
Abang datang tadi.
Apa kamu sudah buat?
Kenapa kamu biar abang melawat saya
dan tengok saya macan ini?
Kamu ini sudah hampir mati. Kenapa kisah tentang itu?
Kamu patutnya halang dia.
Kenapa biar dia tengok keadaan saya sekarang?
Hantarlah saya balik ke penjara.
Biar saya mati saja di dalam itu.
Kenapa saya harus buat macam itu?
Kenapa?
Sebab kamu tak dapat jadi wira macam dia?
Jadi kamu mahu mati dalam penjara
sebagai pengorbanan untuk demokrasi?
Kamu pun sama saja.
Kamu mahu sangatkah jadi wira sampai kamu sudah hilang akal?
Ya, abang dan kamu, dua-duanya hebat.
Tapi perasaan mahu jadi wira kamu berdua itu boleh dikira satu dosa.
Bukan, kamu berdua berlagak kononnya macam wira,
tapi bagi saya kamu berdua pengecut!
No comments yet. Be the first to leave one.