The first 200 lines.
Ibu kota Liaodong iaitu Shenyang pula...
...akan jatuh...
...ke tangan tentera kita dalam masa 40 hari.
Patik membawa utusan dari Lee Sook Beon.
Semua persiapan telah dibuat.
Kami berkumpul berdekatan dengan makam permaisuri.
Sebaik saja keenam-enam batang dupa ini habis terbakar...
...ia akan bermula.
Persiapan telah dibuat. Patik pergi sekarang.
Beta serahkan Lee Bang Ji...
...pada kamu.
Baiklah, tuanku.
- Baginda raja cakap begitu? - Ya.
Keadaan baginda tak mengizinkan untuk baginda bertolak esok.
Oleh kerana baginda tak dapat bertolak pada esok hari...
...baginda telah bertitah agar tuan bertolak dahulu.
Esok kita hanya akan pergi ke Pyeongyang...
...jadi tak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan.
Baginda boleh bertolak selepas baginda sihat.
Baiklah.
Abang! Baju dah siap!
Mesti abang gembira.
Bila saya kembali, boleh tak...
...kita bina impian bersama?
Yeon Hee...
Tunggu di sini sebentar. Faham?
Baiklah.
Kenapa ini?
Tak ada apa-apa.
Baiklah.
Ddang Sae!
Kenapa awak masih belum pulang?
Kita akan bersama bila awak pulang.
Tapi sekarang pun penting juga.
Saya rasa lebih elok kalau awak pakai kalung ini.
Awak mesti kembali.
Saya pasti akan kembali.
Bukankah itu Nenek Myo Sang?
Betullah.
Bang Won dah mulakan rancangan!
Boon Yi, tolonglah nenek.
Tolong selamatkan Moo Hyul.
Hari inikah?
Putera Jeongan...
...akan bunuh Tuan Sam Bong?
Nampaknya begitulah.
Betul. Dia cakap...
...hari ini.
Kalau begitu, Bang Ji...
Tuan Sam Bong berada dalam bahaya!
Tolonglah nenek, Boon Yi.
Abang awak selamat.
Mereka akan...
...alihkan perhatian abang awak ke tempat lain.
Moo Hyul beritahu nenek.
Nenek pun manusia juga.
Nenek takkan diam saja kalau mereka ingin bunuh abang awak.
Kalau tak, nenek bukan manusia.
Apa perlu nenek buat?
Mereka hanya akan bunuh Tuan Sam Bong.
Tolong selamatkan Moo Hyul.
Bantulah nenek.
Nenek Myo Sang bersubahat dengan Putera Jeongan?
Kenapa Bancheon boleh terlibat dalam politik?
Bang Ji mungkin akan mati.
Dia pasti ada bersama dengan Tuan Sam Bong.
Mereka ada di kediaman Tuan Nam Eun.
Kita perlu ke sana.
Sebelum semua dupa itu terbakar...
...kita mesti alihkan perhatian Lee Bang Ji.
Yeon Hee.
Yeon Hee, selamatkan diri.
Ada sesuatu yang tak kena.
Bunyi pedang.
Bi Wol!
Tak sangka saya akan bertemu semula dengan ketua baru Hwasadan.
Awak datang sendiri.
Mana Yeon Hee?
Tak jauh dari sini.
Dia telah dibawa ke Boriam.
Lebih baik awak ke sana segera.
Awak akan bazirkan masa...
...jika bertarung dengan saya.
Tuan Ha Ryun telah tiba.
Kamu dah tiba.
Ya, tuanku.
Patik kembali bersama dengan tentera dari Yanggwangdo.
Patik telah tempatkan mereka di bawah arahan Lee Sook Beon.
Terima kasih.
Tuanku.
Apa ini?
Pada 26 Ogos...
...Jeong Do Jeon telah membuat rancangan...
...yang mengancam kerabat diraja.
Namun rancangan ini berjaya diketahui oleh tuanku...
...dan tuanku mengambil tindakan.
Apa semua ini?
Inilah yang akan direkodkan dalam sejarah...
...dan inilah yang berlaku sekarang.
Mohon tuanku lihat muka surat seterusnya.
Jeong Do Jeon...
...yang cuba melarikan diri telah berjaya ditangkap.
Akhirnya dia melutut...
...dan merayu di hadapan Putera Jeongan.
Putera Jeongan telah mencela perbuatan Jeong Do Jeon...
...dan Jeong Do Jeon mati di pancung.
Ya. Inilah sejarah...
...yang akan bermula dari sekarang.
Sekiranya semua berjalan dengan lancar...
...lepas ini guru akan ambil alih tugas merekod ayahanda.
Tuanku, Bang Ji dah pergi.
Mari kita mulakan sekarang.
Beta akan guna senjata ini.
Tuan ada di sini rupanya.
Bila difikirkan semula...
...sukar untuk saya percaya.
Pada awalnya ia sekadar cakap kosong saja.
Tak sangka kita akan benar-benar menawan Liaodong.
Kita masih tak tahu lagi.
Sekiranya Zhu Di tak pergi ke utara...
...kita terpaksa hentikan ekspedisi ini.
Saya pasti semuanya akan berjalan lancar.
Reformasi tanah, revolusi menukar dinasti...
...penyatuan tentera...
...semua yang bermula hanya sekadar impian...
...semuanya telah menjadi kenyataan.
Jauh perjalanan kita untuk kita dapat semua ini.
Kenapa kamu ke mari?
Mana Bang Ji?
Apa yang berlaku? Kenapa dengan Bang Ji?
Putera Jeongan telah mengumpul bala tentera.
- Apa? - Apa maksud kamu?
Bala tentera?
Bunyi apa di luar itu?
Apa?
Bunyi apa?
Tak ada sesiapa pun di sini.
Park Po!
Ya, tuanku! Ketua Panglima Park Po.
- Moo Hyul! - Ya, tuanku.
Pahlawan Moo Hyul!
Putera Jeongan akan menyerang. Kawal tempat ini!
Tuan!
Kita diserang! Selamatkan diri!
Mana Bang Ji?
Dari tadi saya tak nampak Bang Ji.
Tuan, kita mesti pergi dari sini.
Jangan dekat!
Ddang Sae!
Yeon Hee...
Lee Bang Ji.
Kalau awak cuba bertindak...
...dia akan mati.
Awak tak patut berada di sini sekarang.
Pergi lekas, Ddang Sae!
Kalau awak bertindak, saya akan bunuh dia.
Awak masih tak tahu lagi?
Mereka alihkan perhatian awak untuk bunuh Sam Bong.
Sebab itu...
...pergilah cepat!
Lee Bang Ji!
Saya tak nak bunuh dia.
Awak hanya perlu tunggu di sini.
Tak boleh!
Shim Hyo Saeng!
Hei, dia ini siapa?
Tuanku, dia ialah Lee Geun!
Bang Won, ini Lee Geun!
Ddang Sae, pergi! Tuan Sam Bong dalam bahaya!
Saya bersumpah!
Kalau awak bertindak, saya akan bunuh dia.
Awak boleh bunuh saya...
...tapi awak takkan dapat selamatkan dia.
Yeon Hee...
Ddang Sae...
Yeon Hee...
Bukan salah awak.
Ini semua bukan salah awak.
Dunia ini yang tak betul.
Ingat ini.
Bukan salah...
...awak.
Jangan cakap apa-apa.
Yeon Hee...
Bukan...
...kerana awak gagal...
...lindungi saya.
Pergi...
...dan lindungilah...
...impian saya.
Ddang Sae...
...pergi...
...lekas.
Tidak.
Macam mana dengan mereka berdua ini?
Park Po.
Hantar tentera ke semua jalan menuju ke Sookjeongmun.
Pastikan kamu berjaya cari...
...Jeong Do Jeon dan Nam Eun. Faham?
Baiklah.
No comments yet. Be the first to leave one.