Release info

Another Oh Hae Young E16 160621
A Commentary by ilovemassu
Manually translated Eng-Malay by me. Maaf kalau ada kesilapan kecil.

Tags

other
Published on: 2017-01-04
Downloads: 38
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Siapa yang buat begini? Siapa yang buat begini?

Jika aku beritahu hal sebenar

kami masih boleh rasa gembira seperti sekarang?

Jika dia tahu yang aku akan mati tak lama lagi

bolehkah dia senyum pada ku

seperti sekarang?

Sampai aku mati... aku tak akan tinggalkan kau.

Aku berada di skala 100, bukan 89.

Aku harap kita semua akan kembali hidup tenang.

Aku harap tiada seorang pun yang masih berasa sakit hati.

Bukan Tae Jin, aku, atau dia...

Aku masih...

mahu tengok dia senyum.

Aku mahu dia semakin bahagia.

Aku masih rasa begitu.

Aku akan hantar kau ke ofis. Tidurlah 10 minit lagi.

Aku akan pergi ke rumah kau.

Wah. Aku terharu. OK.

Ma..maaf. Maafkan aku.

Kau OK? Oh tidak...

Kau pasti sangat terkejut. Aku tak sepatutnya buat begitu.

Maafkan aku.

Aku tak patut buat begini di awal pagi begini.

Kau mesti belum betul-betul bangun lagi.

Aku terkejutkan kau pula.

Aku hanya nak buat kau terharu, tapi lain pula jadinya.

Aku tak dapat bangun kerana terlalu terharu.

- Berapa lama kau menunggu di sini? - Dalam 10 minit?

Aku dah cakap yang aku akan pergi ambil kau. Kenapa datang ke sini?

Aku rasa bersalah kerana merajuk semalam.

Aku datang ke sini supaya kau tak perlu pergi.

Jangan risau pasal hal semalam.

Kadang-kadang, aku akan marah dan OK dengan sendiri kerana hal kecil.

Aku tahu aku tak patut buat begitu. Tapi semakin aku sayangkan kau, semakin aku begitu.

- Maafkan aku. - Kau tak buat salah pun.

Aku bersalah.

Aku bukan minta maaf kerana takut kau akan tinggalkan aku kerana merajuk.

Aku minta maaf kerana aku tahu aku bersalah.

Aku memang begini. Aku cepat minta maaf kalau aku buat kesilapan.

Aku tak tahu kenapa aku begitu bertuah.

Kerana aku sukakan kau dulu, aku dapatkan kau.

- Jangan beritahu orang begitu. - Tapi betullah, aku sukakan kau dulu.

Aku jatuh cinta pandang pertama, pilih kau, dan jadikan kau, aku punya.

Bagus tak?

Terima kasih kerana jatuh cinta dengan aku, semasa pandangan pertama. Jom.

Aku tak boleh cuba terkejutkan kau lagi.

Kerana bila kau terkejut, aku juga terkejut.

Jangan lakukannya pada perempuan lain. Bahaya. Terutama pada Kakak.

Dia akan bunuh aku. Aku tak akan buat begitu pada Pengarah Park.

- Naiklah. - Aku suka. Cara begini.

Soo Kyung. Sekejap.

Nanti... aku...

Soo Kyung. Ini bukan...

Omo. Apa kau buat ni?

- Jangan... - Kau suka begini?

Park Hoon gila! Terkejut aku!

Aku dah nampak semuanya. Aku nampak kau cium Soo Kyung.

- Kau berdua berciuman agak lama. - Tutup mulut kau.

Ada peguam dalam keluarga ini.

Itu buat aku rasa kuat, Abang Ipar.

Abang Ipar? Kau betul-betul nak mati?

Kau cakap kamu berdua sudah bercium. Kalau bercium, kau akan berkahwin.

Kalau kau berkahwin, kau akan jadi abang iparku.

Kau tak perlu berkahwin dengan setiap perempuan yang kau cium. Kalau begitu, kau sudah berkahwin dengan beribu perempuan.

Kau ni kolotlah.

Apa ni? Jadi, kau tak akan berkahwin dengannya?

Aku sudah terdesak. Jangan beri aku tekanan aku lagi.

Sesuatu yang teruk mungkin berlaku.

Sekarang, aku guna otak lebih daripada semasa aku ambil ujian undang-undang.

Aku sedang cuba fikir bagaimana nak selesaikannya.

Aku cuba jadi logikal dan rasional.

Jika kau terus buat aku marah begini

aku mungkin akan buat keputusan untuk lemaskan diri dengan semangkuk air!

- Bertenang. - Keluar.

- Masuk ke dalam bilik sebegitu awal... - OK. Aku faham.

- Keluar! Sekarang! - OK. Aku faham.

Tengok ini! Tengok ini! Si bodoh Jin Sang cium

Park Soo Kyung!

- Park Hoon. Keluar. - Aku bukan kurang ajar dengannya.

- Aku tak cakap perkara kurang ajar,kan? - Keluar!

Susah untuk kau lemaskan diri dengan semangkuk air.

Fikir elok-elok.

Aku sudah habis berfikir.

Setelah kau buat keputusan, kita boleh kongsikannya.

Apa keputusan kau?

Kita boleh berbincang lepas kau buat keputusan.

Keputusan apa yang kau buat? Boleh kau beritahu aku dulu?

Aku tak boleh buat keputusan. Tak boleh buat.

Tolonglah buat untuk aku.

Beritahu saja dia perkara sebenar. Tentang semuanya.

"Aku dapat lihat saat kematianku."

"Kerana perasaan aku terhadap kau terlalu kuat"

"ia telah merentasi masa dan diperlihatkan sekarang."

"Oleh sebab itu aku tahu mengenai kau sebelum kita berjumpa lagi.."

Jika dia tak percaya, aku akan bercakap dengannya.

Aku akan cakap, "Ia mungkin susah untuk percaya, tapi perkara begini boleh terjadi."

Aku akan beritahu dia semuanya.

Lepas itu...

kau boleh cuba membuat rancangan dengannya.

Beritahu dia, "Han Tae Jin sedang cuba untuk bunuh aku kerana terlalu marah."

"Apa perlu aku buat? Ada satu cara saja untuk selamatkan diriku."

"Mari kita berpura-pura berpisah."

"Jadi, dia tak ada sebab untuk bunuh aku."

"Kita berpura-pura berpisah dan bersama kembali nanti."

Apa yang kau mengarut tu?

Kita perlu selamatkan nyawanya dulu.

Logik kau tak masuk akal.

Yang dia nampak sekarang, dia sudah berpisah dengan perempuan itu.

Jadi, walaupun mereka sudah berpisah, lelaki itu tetap akan cuba bunuh dia.

- Begitu ke? - Tunggu di luar.

Susahnya. Aku tak tahu apa yang betul.

Bagaimana perasaan kau?

Aku rasa tenang. Aku juga tak sangka.

Jadi, ini jalan yang betul.

Jangan risau. Jika kau risau, kau akan takut.

Situasi kau sekarang adalah akibat daripada perbuatan kau sebelum ini.

Kau sedang berhadapan dengan akibat daripada

mengabaikan perbuatan itu kerana takut dan risau.

Situasi akan berulang sehingga kau memilih cinta.

Setelah kau memilih cinta, oleh kerana kau sudah belajar daripada kesilapan,

situasi itu akan terpadam dalam senario hidupmu.

Itulah sebabnya senario hidupmu sedang berubah.

Kau sudah nampak bagaimana ia berubah, kan?

Nak ke mana?

Aku sudah cakap, jangan sapa aku bila kita berjumpa.

Tukar kasut itu.

Langkah kau kedengaran tak selesa.

Menahan diri aku daripada memeluk kau, buat aku sakit.

Maafkan aku. Tapi inilah perasaan aku sebenarnya.

Jika kau masih memilih ketakutan, senario kau tak akan berubah.

Bertenang dan hadapinya.

Aku juga ingin tahu kesudahan kau.

- Jumpa kau lagi. - OK.

Kenapa kau cuba mempengaruhinya? Dia sudah memilih jalan yang benar.

Bunyi drif selari tak dengan video?

Kejap lagi aku sampai. Aku akan tengok sendiri.OK.

Ini yang encik pesan.

Terima kasih.

Kau pernah cakap yang memegang sejambak bunga adalah sangat memalukan.

Kenapa dengan muka kau? Kau OK?

Tak ada apa.

Kau juga cakap yang kau tak suka tengok perempuan menangis.

Tapi Hae Young banyak menangis.

Aku faham. Dia istimewa.

Perempuan yang sangat jujur seperti Hae Young sangat sesuai dengan kau.

Perempuan yang akan mencintai dengan mendalam dan tanpa rasa malu.

Perempuan begitu sesuai dengan kau.

Kau berdua pasangan yang padan. Tahniah.

Terima kasih.

Aku sengaja berlagak cool kerana aku mahu diingati sebagai perempuan yang baik.

Aku bergurau saja. Jom naik.

Kau tak rasa Pen. Pengurus Oh semakin cantik kebelakangan ini?

Pen. Pengurus Oh bukanlah cantik sangat.

- Maksud aku, dia cantik, tapi... - Siapa paling cantik?

- Jangan cakap pasal nilah. - Pen. Pengurus Oh, kau yang paling cantik.

Kau selalu melampau...

Kau selalu menumpang kesenangan orang.

Kenapa ada bunga?

Boleh hatiku bergetar sekarang?

Selalunya...

jika ada jambangan bunga atas meja aku, aku fikir

"Mesti tersalah hantar lagi. Ini mesti Ketua Oh yang punya."

Itu yang selalu aku fikir.

Tapi, yang ini aku rasa seperti...

aku yang punya.

Kad pun tak ada!

Jika ditinggalkan oleh orang penghantar, mesti ada kadnya!

Jika ini... Jika ini...

Jika ini dihantar oleh lelaki itu, aku mampu buat apa saja hari ini!

Aku fikir kau akan kecoh. Jadi, aku tinggalkan saja bunga itu.

Dia datang ke sini. Dia sepatutnya tunjukkan mukanya.

Aku tak mahu balas mesej kau. Aku malu.

Aku lagi bagus daripada Jang Gook Young?

Jauh lebih baik.

Jambangan bunga ini aku punya.

Pakai kad nama kau elok-elok.

- Kau OK? - Kau tak apa-apa?

Sekarang, sakit sangat.

Kau tahukan, ini sangat sakit.

Buat aku berpeluh.

Wanginya.

Aku mahu nikmati saat ini sendirian.

- Jom pergi. Jalan. 0- Aku cemburu.

Studio rakamannya akan di sita samada hari ini atau esok.

Apa lagi?

Kau tak rancang perkara lain?

Kau hanya akan rampas satu bangunan sahaja daripadanya.

Rumahnya belum dipasarkan lagi

Kau sangat cool .

Aku dengar syarikat kau maju setelah kau hilang hak miliknya.

Jadi kau berkerja keras untuk rakan kongsi kau?

Sebab itu kau berhenti lepas dapat bangunannya?

Kau sangat cool . Tak mengapa kalau begitu.

Aku boleh berhenti rasa bersalah pada kau, sekarang, kan?

Jika aku tak tarik balik duit aku

lepas dengar cakap Park Do Kyung

kau akan masih ada kereta dengan seorang pemandu.

Kau akan hidup begitu.

Aku hanya rasa bersalah kerana aku fikir semuanya salah aku.

Aku hanya ingin menolong kau.

More Malay subtitles for Another Miss Oh

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left