Dear Fair Lady Kong Shim

Dear Fair Lady Kong Shim

Download Malay Subtitle

Release info

미녀 공심이-Beautiful Gong Shim E16 NEXT VIU
미녀 공심이-Beautiful Gong Shim E17 NEXT VIU
미녀 공심이-Beautiful Gong Shim E18 NEXT VIU
미녀 공심이-Beautiful Gong Shim E19 NEXT VIU
미녀 공심이-Beautiful Gong Shim E20 END NEXT VIU
A Commentary by ANANG2196

Tags

other
Published on: 2020-06-19
Downloads: 19
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Sub bY VIU

- Dan Tae. - Ya, Joon Soo.

Saya baru pulang dari perjalanan perniagaan saya.

Awak tidak lupa janji kita, bukan?

Sudah tentu tidak.

Saya menunggu awak. Bila kita harus berjumpa?

Bagaimana dengan malam ini?

Saya baik sahaja. Bagaimana jika 6 petang?

Baik.

Saya memilih untuk berjumpa di tempat yang senyap.

Saya jumpa awak pukul 6 petang nanti.

(Pusat Informasi Genetik Manusia)

(Keputusan Ujian Genetik Paterniti)

(Anak Yang Hilang: Seok Joon Pyo)

Bila saya berjumpa Joon Soo nanti, saya akan beritahu segalanya.

Saya akan beritahu dia bahawa saya adalah Joon Pyo...

dan ibunya adalah suspek.

Itu akan mengakhiri segalanya.

Joon Soo tidak perlu lakukan jenayah untuk ibunya.

Saya rasa..

itu adalah yang terbaik.

(Anak Yang Hilang: Seok Joon Pyo)

Dan Tae.

Ini saya.

Shim.

Marilah masuk.

Cuba shake bijirin campuran.

Saya belinya semasa dalam perjalanan pulang dari pasar. Ia sangat sedap.

Wah. Terima kasih banyak.

Kenapa awak kata begitu?

Saya rasa seperti orang tua sejak kebelakangan ini...

jadi saya cuba menjadi comel.

Jangan, jangan pernah buat begitu lagi.

Baiklah.

Cepat minum ia sebelum ia cair.

Baiklah.

Ia sangat sedap dan lazat.

Bolehkah jika saya minta awak pertolongan?

Boleh, silakan.

Sebenarnya...

saya baru menghantar resume ke satu syarikat.

Dan mereka menerima permohonan saya.

Benarkah?

Tahniah.

Perkaranya adalah, saya ada temuduga akan datang.

Jadi bolehkah awak menyoal soalan untuk temuduga?

Sudah tentu. Awak telah belikan saya minuman.

Duduk.

Mereka kata sekarang...

majikan biasanya beri tekanan kepada penemuduga dengan soalan susah...

Adakah awak okey jika saya tanyakan soalan secara kasar?

Sudah tentu.

Saya sudah bersedia. Awak boleh menyoal saya sekarang.

Cik Gong, awak mengambil jurusan hortikultur.

Tapi mengapa awak memohon untuk menjadi pereka?

Sejak saya kecil, saya selalu ingin menjadi seorang pereka.

Tetapi keluarga saya tidak mampu menghantar saya ke kelas seni.

Saya terpaksa melepaskan cita-cita saya.

Walau bagaimanapun, saya masih merasakan diri saya...

sebagai artis yang berbakat.

Jika Tuan mengambil saya...

saya akan kerja dengan bersemangat dan lakukan yang terbaik.

Kenapa awak terfikir untuk belajar di sini?

Awak fikir ini sekolah?

Maaf?

Gred awak ketika sekolah agak teruk.

Skor TOEIC juga teruk.

Kenapa gred awak teruk?

Saya mengaku gred saya agak rendah...

sebab saya terpaksa bekerja sambilan...

untuk biayai yuran pengajian saya sendiri.

Bagaimanapun, saya percaya saya banyak belajar melalui pengalaman.

Jika awak rajin belajar dan dapat biasiswa...

tidakkah awak dapat membayar yuran awak juga?

Saya rasa awak tidak dapat biasiswa bukan...

kerana awak tidak belajar dengan rajin.

Saya rasa awak bukanlah sebijak itu.

Cik Gong?

Kenapa awak mengenggam tangan?

Tidak, Tuan.

Saya cuma gementar.

Permohonan awak menunjukkan yang awak selalu bertukar kerja.

Apakah sebabnya?

Syarikat yang pertama jatuh muflis pada hari saya diterima.

Kemudian, saya dipecat pada kerja kedua saya.

Untuk tempat kerja ketiga saya...

pengurus cawangan larikan diri bersama semua duit.

Jadi, saya meletakkan jawatan tanpa rela.

Tidakkah itu bermakna awak tidak dapat mencari kerja yang betul?

Saya anggap wajah marah awak adalah jawapan untuk semua soalan saya.

Shim, saya sudah beritahu yang saya akan menanyakan soalan yang kasar.

Awak jangan mudah cepat marah. Tolong berhenti mencekik saya.

Minta maaf.

Tiba-tiba saya merasa sangat marah.

Shim.

Adakah awak mempunyai masalah menahan kemarahan?

Awak hampir bunuh saya.

Awak tidak boleh begini semasa temuduga yang sebenar.

Saya tidak mahu buat lagi. Saya pergi dulu.

- Tunggu. - Apa?

Shim.

Jika awak ada masa malam ini, boleh kita jumpa?

Saya minta maaf saya marah awak.

Temuduga ini buat saya tertekan.

Di mana?

Kita jumpa di sini atas bumbung.

Saya tidak kisah jika pergi ke taman juga.

Pukul berapa kita mahu berjumpa?

Saya akan jumpa Joon Soo malam ini, jadi saya jumpa awak selepas itu.

Boleh saya telefon awak selepas berjumpa dengannya?

Boleh.

Tapi ada sebabkah awak berjumpa dengan saya...

selepas berjumpa Pengarah Seok?

Itu cuma arahan.

Saya rasa awak tidak akan beritahu saya.

Baiklah. Saya jumpa awak malam ini.

Ya. Jumpa nanti.

Apa agaknya?

Apa yang dia mahu cakapkan?

Shim.

Malam ini...

saya akan terangkan kepada awak...

mengapa saya tidak beritahu awak apa-apa.

Saya juga akan beritahu awak bahawa saya bukan Ahn Dan Tae...

tetapi Seok Joon Pyo.

Hey, Joon Soo.

Kenapa awak buat kami menunggu lama?

Cepat beritahu kami. Ini sungguh mengecewakan.

Aduhai.

Tae Cheol, tidakkah ini mengecewakan?

Maaf?

Betul. Ya.

Saya tidak percaya Dan Tae bukan Joon Pyo.

Saya yakin dia adalah Joon Pyo.

Saya tidak percaya.

Joon Soo.

Apa yang awak sedang lakukan? Semua orang menunggu awak.

Cepat. Saya tidak boleh menunggu lama. Beritahu sahaja.

Apa yang saya ingin sampaikan hari ini...

ialah saya akan menghantar surat peletakkan jawatan...

ke syarikat.

- Aduhai. - Joon Soo.

Apa yang awak cakapkan ini?

Kenapa awak berbuat begitu? Ini syarikat kita.

Beritahu saya betul-betul.

Apa yang berlaku?

Saya mahu memulakan perniagaan saya sendiri.

Saya tidak mahu bekerja dengan minda sambil lewa...

sebagai ahli keluarga Kumpulan Star.

Oleh itu, saya mahu...

cabar diri dan berjaya atas usaha sendiri.

Adakah awak berkata mahu mulakan perniagaan sendiri...

sepenuhnya luar dari syarikat kita?

Ya.

Oh Tuhan, saya tidak faham apa yang dia cakapkan.

Mengapa awak mengambil jalan yang sukar?

Joon Soo, ada sesuatu yang berlakukah?

Ini tidak masuk akal.

Maafkan saya.

Saya akan letak jawatan esok.

- Kenapa. Kenapa dia... - Aduhai.

- Hei, Joon Soo. - Sayang.

Oh. Oh.

Oh Tuhan.

(Keputusan Ujian Genetik Paterniti)

Sila gunakan tuala ini.

Terima kasih.

- Saya sudah jumpa, Dan Tae. - Baik.

Letakkan ia di sini.

Baik.

Dan Tae, kenapa awak mahukan berus gigi saya?

Ia harus sama dengan berus gigi dari kedai awak.

- Untuk apa awak perlukannya? - Awak guna ini, bukan?

Ya, saya baru gunakannya seminggu.

Baik. Nanti saya dapatkan yang terbaru untuk awak.

Tae Cheol. Kenapa dengan Joon Soo?

Dia adalah waris syarikat ini. Mengapa dia meletakkan jawatan?

Ada sesuatu yang berlaku di tempat kerja?

Tiada apa-apa yang berlaku.

Jadi, mengapa dia berhenti?

Mungkin dia berasa terlalu selesa kebelakangan ini.

Mungkin.

Bagaimana jika Ibu terjumpa Joon Pyo pada waktu kritikal begini?

Memandangkan kita bercakap mengenai Joon Pyo...

Awak ingat Ahn Soo Yong, bukan?

Awak bercakap mengenai kawan awak di tentera...

yang kehilangan Joon Pyo semasa dia menjaganya, bukan?

Betul. Saya sudah tahu di mana Soo Yong sekarang.

Dia sedang koma dan berada di hospital sekarang.

- Apa yang berlaku? - Manalah saya tahu?

Saya tidak tahu jika dia sedang melawan penyakit atau kemalangan.

Tae Cheol.

Bagaimaka jika dia kembali?

Jika dia sedar dan beritahu perkara sebenar mengenai Joon Pyo...

awak dan saya akan mengalami masalah besar.

Ahn Dan Tae adalah anaknya.

Dia akan beritahu Ahn Dan Tae segalanya bila dia sedar.

Mestilah.

Masa Soo Yong kehilangan Joon Pyo, awak suruh saya biarkan sahaja.

Saya seorang sahaja yang tahu itu. Jangan lupa itu, ya?

More Malay subtitles for Dear Fair Lady Kong Shim

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left