The first 200 lines.
[Kandungan berikut mungkin tak sesuai untuk penonton bawah usia 19 tahun.]
[Program ini merangkumi iklan maya dan tidak langsung.]
[Nama, perniagaan, tempat dan kejadian yang disebutkan di sini adalah rekaan.]
Jeong-hae.
Jeong-hae.
Jae-hun. Tolonglah anak saya.
Jeong-hae.
Subtitle bY iQIYI Resynced == ANANG KASWANDI ==
Hebat tajuk itu.
Apa itu "Kebangkitan Lelaki"?
"Lelaki yang kesuntukan masa yang mengimpikan naik ke puncak."
Itulah tema buku sajak ini.
Awak memang hebat.
Dengan kreativiti, lahir kesakitan yang hebat.
Awak sangat bijak.
Kebanyakan orang bandingkan kesakitan kreativiti
dengan kesakitan yang dialami oleh wanita bersalin.
Bila difikirkannya, bukankah Jeong-hae akan bersalin tak lama lagi?
Kami ada dua bulan lagi.
Saya tak sangka yang saya akan jadi seorang ayah.
Helo? Hei, Jae-hun. Ada apa? Kenapa awak tak datang?
Apa? Jeong-hae apa?
Hei, kawan.
Awak dah sampai.
Apa yang berlaku pada Jeong-hae?
Dia sepatutnya bersalin dua bulan lagi, Jae-hun.
Jangan risau. Semuanya baik-baik saja.
Apa yang berlaku? Bagaimana dengan ibunya?
Awak boleh masuk. Kedua-dua ibu dan anak sihat.
- Terima kasih. - Terima kasih.
Terima kasih.
Lihatlah hidung dan mulutnya.
Itu bukan manusia. Itu mesti anak patung.
Lihat, dia juga ada lubang hidung yang comel. Comelnya dia.
Kalau awak suka sangat budak-budak, kenapa tak dapatkan anak?
Saya dah ada Ji-uk. Dia saja yang saya perlukan.
Aduhai, tengoklah dia.
Ini mengingatkan saya pada masa...
...ketika Soo-a baru dilahirkan.
Terima kasih, Jae-hun.
Saya akan sentiasa ingat apa yang awak buat untuk kami hari ini.
Awak tak perlu berterima kasih pada saya.
Tentu sukar bagi si comel ini dan Jeong-hae.
Ba cak.
Mak, saya masak kari dengan ayah
selepas sekolah hari ini. Mak nak?
Ia sedap.
Saya letak banyak lobak merah.
Kenapa awak datang pada waktu begini?
Awak mahu makan
kari dengan saya?
Kari?
Sedap.
Kenapa dengan awak ini? Awak masak kari?
Bukan saya yang masak.
Yu-bin yang masak.
Yu-bin?
Ya, betul. Itu nama anak awak, Yu-bin.
Aduhai. Dia menakjubkan.
Betul.
Yu-bin masak untuk saya,
tapi saya tak makan.
Anak saya teruja dan masak ini untuk saya,
tapi, saya tak tengok pun.
Bukankah ia sangat sedap?
Saya tak sangka saya tak tengok pun
kari yang sedap ini.
Jeong-hae.
Ada sesuatu yang tak kena, bukan?
Nam Jeong-hae.
Hae-suk.
Boleh awak peluk saya?
Tolong peluk saya.
Jeong-hae...
Yu-bin
cedera.
Dan dia
dalam keadaan yang sangat serius.
Hae-suk,
saya takut.
Saya sangat takut.
Kamu tahu bila saya paling malu sebagai detektif?
Apabila saya tak dapat tangkap suspek.
Kamu tahu tak
kadang-kadang itu buat saya rasa lebih malu?
Apa dia?
Apabila saya hilang suspek yang saya sudah tangkap.
Tapi kamu tahu tak
sesuatu yang lebih memalukan daripada itu?
Apabila suspek yang hilang rupa-rupanya pesalah sebenar.
Itu yang buat saya rasa nak gila dan saya hilang akal.
Ada sebab kenapa mereka kata tekanan adalah pembunuh senyap.
Saya tak boleh bersemadi dengan aman kalau dah mati.
Kita akan cari petunjuk hari ini tak kira apa pun.
Tiada siapa boleh keluar dari sini sebelum kita jumpa bukti itu.
Faham?
Tae-uk.
Du-man, awak fikir saya buat begini demi kebaikan saya?
Tidak.
Kita mungkin benci dosanya, tapi bukan pendosa.
Lelaki yang mati di sini
mungkin menjalani kehidupan yang teruk,
tapi, kita perlu cari pembunuhnya supaya dia boleh tinggalkan dunia ini.
Rohnya masih ada di sini dengan berdendam.
Kita hanya detektif.
Tapi, kita tetap detektif.
Jangan kita dimalukan dengan lebih teruk lagi.
Mari buat yang terbaik dan cari bukti hari ini
dan buktikan pada Jun-wu.
- Okey? - Ya, tuan.
- Ya, tuan. - Ya, tuan.
Du-man, bilik tidur utama. Bong-il, bilik air.
- Won-bae, bilik dobi. - Ya, tuan.
Aduhai. Saya tak tahu tentang ini.
Laut!
- Baiklah! - Aduhai.
Tengoklah dia.
Mereka sangat teruja seperti kanak-kanak.
Aduhai, seronoknya
untuk pergi ke pantai dengan awak.
- Yakah? - Ya.
- Jeong-hae. - Ya?
- Terima kasih. - Untuk apa?
Kerana bersama saya semasa hidup saya susah.
Awak tak perlu berterima kasih pada saya.
Awak yang sentiasa berada di sisi saya semasa saya dalam kesusahan.
Mari kita berjanji.
Janji?
Kita akan bersama sehingga kita mati.
Apa? Gelinya.
Orang lain mungkin salah faham.
Suruh mereka anggap apa saja.
Janji dengan saya.
Selepas awak jumpa lelaki yang baik dan ada anak yang comel,
janji yang persahabatan kita takkan berubah.
Saya rasa saya takkan berubah.
Jadi, pastikan awak tak berubah.
Baiklah.
Tak kira apa yang berlaku,
kita akan berada di sisi satu sama lain seperti hari ini.
Okey? Marilah.
Baiklah. Saya janji.
Yu-bin
cedera.
Dan dia
dalam keadaan serius.
Hei, budak. Yu-bin!
Yu-bin!
Yu-bin... Tunggu, Yu-bin kita.
Mana Yu-bin?
Jeong-hae.
Tolonglah, Jae-hun. Selamatkan anak saya, Yu-bin.
Tolong selamatkan Yu-bin.
Tolong selamatkan Yu-bin.
Apa semua ini?
Apa lagi? Roti harian kita.
Saya suruh hentikan.
Hentikan apa?
Awak dah selamatkan nyawa Yu-bin.
Saya akan beri awak makan seumur hidup.
Saya tarik balik. Hanya sehingga awak berkahwin.
Awak belum makan, bukan?
Mainlah dengan Yu-bin. Saya akan masak untuk awak.
Yu-bin, kamu ingat pak cik lagi? Bukakan untuk saya.
- Okey. - Itu dia. Ya.
Yu-bin, kamu ingat pak cik, bukan?
Dia pak cik yang selamatkan kamu. Mainlah dengan dia.
Rasanya pelik, bukan? Mula-mula memang pelik bagi saya.
Saya sangat terharu sepanjang hari.
Awak perlu ada anak untuk memahami perasaan ini.
Anggap saja dia anak awak sehingga awak ada anak sendiri.
Hei. Dia dah macam anak awak.
Pasti bahaya kalau bukan kerana awak.
Awak dah selamatkan keluarga kami.
Hentikan.
Hentikan apa?
Saya akan layan awak dengan baik seumur hidup saya. Okey?
Saya sayang awak, kawan.
Sudahlah. Sudahlah.
- Buatlah sesuatu tentang dia. - Mari sini, sayang.
Pak cik selamatkan nyawa kamu, Yu Bin.
Yu-bin kita...
Apa salah saya?
Apa salah saya?
Kenapa mereka lepaskan pada Yu-bin?
Dah jumpa.
Saya dah jumpa!
- Ada apa? - Awak jumpa sesuatu?
Jung Jae-hun cakap dia ada pasang kamera, bukan?
Ya. Kami dah sahkan yang dia pasang enam kamera kesemuanya.
Semuanya dah tak berfungsi.
Ya, itu dia.
Itu dia.
Tae-uk. Apa yang awak jumpa?
Kita hanya perlu buktikan
ia kamera yang sama
macam dalam rumah Jung Jae-hun.
Kalau ia kamera yang sama, kita hanya perlu
memulihkan fail video dari tarikh pembunuhan.
- Kemudian, permainan tamat. - Ya!
No comments yet. Be the first to leave one.