Golden Kamuy

Golden Kamuy (ゴールデンカムイ)

Download Malay Subtitle

Release info

Golden Kamuy 2024 720p NF WEB-DL x264
A Commentary by rockfella

Tags

webdl
Published on: 2024-05-21
Downloads: 139
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

KANTO ORWA YAKU SAK NO ARANKEP SINEP KA ISAM

SEGALA YANG DATANG DARI SYURGA PASTI ADA TUJUANNYA

1904, TAHUN KE-37 MEIJI

Semasa perang Rusia-Jepun,

pertarungan di Bukit 203 Meter menjadi medan perang paling dahsyat.

Seramai 130,000 askar Jepun dikerah ke barisan hadapan

dengan tujuan menawan pangkalan tentera laut Rusia,

Pelabuhan Arthur.

Daripada yang cedera dan terkorban, 60,000 ialah askar Jepun ...

dan 46,000 askar Rusia.

Hampir tiada yang terselamat di medan perang dahsyat ini.

Masam.

Saya laparlah.

Saya sanggup makan mayat askar Rusia, tapi saya tak nak mati di sini.

Betul tak, Toraji?

Betul.

Tembak!

Tembak!

Tembak!

Tembak!

Tembak!

Serang!

Mara!

Benteng bobos!

Tidak!

Saichi!

Aku...

Dewa Sugimoto!

DUA TAHUN KEMUDIAN, HOKKAIDO

Apa cerita?

Tiada apa-apa.

Dari jauh saya datang hingga ke Hokkaido,

tempat jin bertendang, untuk cari sedikit harta.

Tapi sekelumit emas pun tiada di sini.

Saya dengar daripada askar-askar yang pulang.

Mereka gelar awak "Dewa Sugimoto", bukan?

Cedera parah sekalipun, awak tetap bangkit keesokan harinya.

Awak tak boleh dibunuh dengan bayonet atau mesingan.

Betulkah legenda itu?

Ya, nampaknya saya tak boleh mati.

Jadi, mana pingat awak?

Kalau saya tak hampir bunuh pegawai yang buat saya marah,

mungkin saya dah dapat Anugerah Lelayang Emas

dan menikmati persaraan saya sekarang ini.

Yakah?

Lantaklah.

Awak nak dengar cerita menarik?

Cerita tentang emas.

Emas?

Dulu, di Hokkaido,

banyak ketulan emas bersaiz kacang soya dapat dijumpai di sepanjang sungai.

Kerubut emas bak kata orang.

Untuk menentang penindasan dan rampasan tanah oleh tentera Jepun,

sekumpulan orang Ainu kumpul dana secara rahsia untuk bina tentera.

Emas yang mereka kumpul amat banyak.

Kemudian, ada seseorang mencuri semuanya.

Dengan membunuh semua orang Ainu.

Emas yang dicuri itu 200 Kan jumlahnya.

Nilainya 800,000 yen.

Selepas sembunyikan emas itu di suatu tempat di Hokkaido, dia ditahan

dan disumbat ke penjara.

Di neraka di hujung dunia, Penjara Abashiri.

Cakap!

Di mana emas itu?

Tak kira apa mereka buat padanya, dia tetap kunci mulut tentang emas itu.

Akhirnya, mereka kerat urat kakinya supaya dia takkan dapat larikan diri.

Dia ada rakan-rakan di luar penjara, tapi dia tak pernah utus surat.

Sebab pengawal akan mencurinya.

Dia tak boleh seludup nota kepada banduan yang akan dilepaskan juga.

Setiap inci badan mereka pengawal akan periksa.

Kalau awak dalam situasi itu, apa awak akan buat?

Macam mana awak nak beritahu lokasi harta karun kepada orang di luar?

Cepatlah cakap. Bagaimana caranya?

Dengan tatu.

Dia ambil arang semasa buat kerja penjara, campurkannya dengan air liur

dan suntik arang itu sedikit-sedikit dengan jarum tersembunyi.

Dia cacah kod lokasi harta tersembunyi itu pada badan banduan lain.

Rupa-rupanya, tatu-tatu semua banduan itu membentuk satu kod.

Kemudian, dia beritahu banduan-banduan itu,

"Lepas lari dari sini, saya akan beri separuh emas itu kepada yang berjaya."

Pemberontak yang dulunya askar legion dapat tahu tentang tatu itu.

Mereka paksa kumpulan banduan itu keluar, kononnya untuk pindahkan mereka.

Pihak tentera juga buru emas itu.

Tapi, inilah saat yang banduan-banduan itu nantikan.

Mereka bunuh semua askar di situ...

dan menghilangkan diri ke dalam hutan.

Apa jadi pada banduan-banduan yang terlepas dan emas itu?

Tiada orang tahu.

Jadi, semua itu cerita karut saja.

Sejuknya.

Toraji!

Saya terlebih cakap.

Awak nak tengok sama ada saya betul-betul kebal?

Nampaknya, itu bukan cerita karut.

Hei.

Beruang perang?

Rupa-rupanya awak antara banduan dalam cerita itu.

BANDUAN LEPAS LARI PENJARA ABASHIRI GOTO TAKECHIYO

Ainu...

Ke tepi.

Beruang perang masih boleh berjalan 10 langkah walaupun diracuni.

Dah mati?

Bulunya dah tak terpacak. Beruang itu dah mati.

Apa awak buat?

Buang daging di sekeliling anak panah beracun ini.

Kalau tak, rosaklah daging dan bulunya.

Lelaki itu dah mati?

Ya, saya jumpa dia ditimbus salji dan isi perutnya dimakan.

Tentu kerja beruang itu.

Beruang itu dari lubang itu.

Peliknya.

Beruang takkan terus makan selepas hibernasi sebab perutnya kecut.

Tengok ini. Perutnya kosong.

Jadi, beruang lain makan lelaki ini?

Matakarip saja makan daging pada musim ini.

Matakarip?

"Petualang musim sejuk" dalam bahasa Ainu.

Beruang yang tak sempat berhibernasi agresif dan berbahaya.

Kalau awak larikan mangsanya, ia akan kejar awak sampai dapat.

Tinggalkan mayat itu.

Tidak, saya tak boleh tinggalkannya.

Dia ahli keluarga atau kawan awak?

Bukan begitu.

Jadi, awak kena bunuh matakarip itu.

Kalau tak nak, tinggalkan lelaki ini.

Orang lemah akan dimakan.

Sebenarnya...

ada satu kisah menarik.

Kalau kisah itu betul, saya tak nak beruang makan dia.

Awak dah biasa buru beruang perang. Tolonglah saya.

Tapi mungkin susah nak percaya cerita itu.

Saya percaya.

Aca saya antara orang Ainu yang dibunuh di sana.

"Aca"?

Maksudnya "ayah".

Kumpul kayu api.

Kita panah beruang dengan cahaya unggun api.

Bangkainya kita gunakan sebagai umpan perangkap.

Tunggu sekejap.

Kenapa?

Tatunya terbelah di garis median badannya.

Begitulah kami tanda beruang dan rusa sebelum kami siat kulitnya.

Apa tujuannya?

Kulitnya perlu disiat.

Dia tak nak bahagikan emas itu pun.

Sekejap. Kalau kita siat kulitnya sebelum beruang datang...

Kita tiada masa.

Kumpul kayu api. Ambil sitat juga.

Ambil apa?

Sitat. Kulit kayu birch.

Ia banyak minyak dan terbakar lama. Sesuai dibuat obor.

Jangan tembak!

Jangan tembak! Nanti terkena saya!

Aku Dewa Sugimoto!

Awak masih hidup?

Saya terselamat lagi.

Aca saya juga tikam jantung beruang yang menindihnya.

Itu taktik berisiko pemburu Ainu yang bahayakan nyawa dan tangan.

Saya tak sangka awak tahu.

Saya tak tahu. Itu gerak hati saya saja.

Bagus juga orang Jepun ini.

Saya Sugimoto Saichi.

Saya Asirpa.

Dah lima tahun.

Badan ayah saya dan orang Ainu lain

telah dikerat-kerat dan bertaburan waktu dijumpai.

Saya tak tahu yang pembunuh ayah saya ada dalam Penjara Abashiri.

Nah, ini awak punya, Sugimoto.

Simpan sikit dalam kantung mes awak.

Apa ini?

Pundi hempedu beruang itu.

Kalau dah kering, boleh jadi ubat dan dijual mahal.

Tiada satu pun bahagian beruang terbazir.

Dagingnya dimakan, bulunya dijual.

Awak bunuh beruang ini. Ambillah bahagiannya.

Asirpa, awak boleh ambil juga.

Saya ada beruang satu lagi.

Orang Ainu tak makan beruang yang pernah bunuh manusia.

Beruang yang buat jahat akan jadi roh jahat, wen kamuy,

dan dihumban ke neraka teine pokna mosir.

Saya pun tak nak bunuh orang.

Jadi, kita masuk neraka kalau bunuh orang?

Saya akan dapat tempat istimewa dalam neraka.

Penjahat itu masih hidup dalam penjara.

Dia belum dihukum mati.

Tapi, apabila emas itu ditemukan, tamatlah hayatnya.

Awak cari emas itu bermakna awak balas dendam demi ayah awak.

Aca...

Saya akan buat kerja kotor. Awak kongsi saja pengetahuan awak.

Mari cari emas itu dengan saya.

Kalau kita bekerjasama, tentu kita tak dapat dihalang.

Saya cuma nak sebahagian kecil emas itu.

Kenapa awak perlukan wang?

Adalah sebabnya.

Baik, saya akan tolong awak, tapi...

janji sesuatu dengan saya.

Jangan bunuh orang.

Apa awak buat?

Kalau sandarkan batang kayu pada pokok tempat tupai cari makan,

tupai itu akan pilih cara turun paling mudah.

More Malay subtitles for Golden Kamuy

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left