The first 200 lines.
Sekar. Nama saya Mira Adhiwirya.
Ini suami saya, Wisnu.
Terima kasih kerana datang.
Kami ada kerja, kerana itu kami balik lewat.
Jemputlah masuk.
Ikut sini.
Zora berbeza daripada kanak-kanak lain.
Doktor kata dia mengalami gangguan mental.
ADHD.
Gangguan Kurang Tumpuan dan Hiperaktif.
Dia perlukan terapi untuk sembuh.
Tapi IQ dia tinggi.
Dia boleh melukis, menyanyi dan menari.
Tapi dia selalu bercakap dengan rakan khayalannya.
Namanya Widuri.
Dia kata Widuri seorang wanita hamil.
Saya ingat yang arwah En. Agus, ketua pembantu rumah kami,
kenal ibu awak.
Tapi memandangkan ibu awak dah tiada,
saya cuba hubungi awak.
Kami nak awak beritahu kami jika ia benar
yang Zora
ada rakan khayalan atau…
Boleh saya jumpa Zora?
Boleh.
Tapi dia dah tidur.
Zora, apa awak buat?
Saya main sorok-sorok!
Saya nak cari Widuri.
Sayang, mari sini.
Kami nak kenalkan kawan kami. Mari sini.
Namanya Pn. Sekar.
- Hai, Zora. - Hai, Pn. Sekar.
Seronoknya awak main sorok-sorok.
Boleh saya main sekali?
Boleh. Tapi awak nampak Widuri?
Tiada siapa boleh nampak dia.
Nak cuba?
Okey, saya akan cari di sana.
Awak pun cari, okey?
Aura Zora berwarna ungu gelap.
Dia indigo.
Indigo?
Seseorang yang ada deria keenam.
Maksud awak, dia macam awak?
Ya, nampaknya dia dilahirkan begitu.
Apabila dia semakin besar,
dia akan mula nampak dan berkomunikasi dengan makhluk ghaib.
Zora?
Di sini, Pn. Sekar.
- Saya tak jumpa Widuri. - Saya pun sama.
Tapi saya dengar dia di sini.
Awak dengar?
Jika dia hentak kaki, baru kita boleh cari.
Awak dengar tak?
Saya dengar bunyinya di sini.
Mungkin dia ada di sana.
Saya rasa dia dalam bilik saya.
Biar saya masuk.
Pn. Sekar?
Pn. Sekar?
Zora!
- Zora! - Zora!
- Zora! - Zora!
- Zora! - Zora!
Sayang, Zora.
- Kenapa, Sayang? - Kenapa?
Ibu…
Cepat ambil kit pertolongan cemas!
Makhluk ghaib ini nak memasuki badan Zora.
Jangan risau, sayang.
Saya nak anak saya jadi normal macam kanak-kanak lain.
Boleh awak ambil kuasa Zora?
Bolehkah?
Walau siapa pun yang cuba merasuk dia,
tolong halau mereka.
Tolonglah kami, Sekar.
Halang dia jadi indigo.
Buat dia lupa semua yang dia alami sebagai indigo.
Tolonglah kami. Tolonglah.
En. Yudi.
Awak rasa kita boleh teruskan pembinaan?
Bukankah kawasan ini agak padat, En. Yudi?
Bertenang, tuan-tuan.
Semuanya boleh diuruskan.
Asalkan syarikat kita terus berkembang
dan jadi yang terbaik.
Betul tak, Aksa?
- Betul. - Betul cakap awak.
Aksa.
Itu Zora?
Ya, encik.
Pewaris yang tak mahu duit daripada syarikatnya.
Saya tak sangka orang begitu masih wujud.
Betul tak?
Okey, semua.
Kita perlu fokus kepada projek ini.
Okey?
Kita mesti berjaya.
GALERI SENI ZORA "PAMERAN SENI"
SENI 1
Saya selalu luahkan perasaan dan emosi tentang dunia melalui lukisan saya.
Peperangan.
Pergaduhan.
Bencana alam.
Ketidakadilan, kemiskinan, kejahatan.
Semua ini berlaku kerana ketamakan dan keangkuhan manusia
yang tak pernah rasa puas.
Saya harap melalui lukisan saya,
saya boleh menyentuh hati ramai orang
supaya kita semua ingat
kita boleh buat apa saja untuk jadikan dunia lebih baik
dan aman.
Selain hasil kerja saya, kami juga ada karya artis lain.
Ada di sana. Silakan.
Seperti patung ini.
Ini karya Gending Wiyogo.
Inilah patung yang terkenal itu.
Mereka kata
warna merah di bibirnya ialah darah seorang wanita Jawa.
Apabila tiada sesiapa di sini, ia akan hidup. Betulkah?
Mereka kata ia dirasuk.
Itu cuma mitos. Saya tak pernah lihat ia hidup.
Tapi apabila tempat ini ditutup,
patung ini disimpan dalam bilik bersuhu rendah
untuk mengekalkan kualitinya.
- Maaf saya tak jawab panggilan awak. - Tak apa.
Bagaimana mesyuarat tadi?
Pembinaan Surabaya akan diteruskan.
Bila awak nak letak jawatan?
Saya tak nak membebel, Aksa.
Saya nak awak berjaya, tapi bukan dengan Adhiwirya.
Awak ada tawaran kerja lain.
Dengar sini.
Sepanjang hidup saya, datuk, ibu dan ayah saya sibuk bekerja.
Saya letih melihatnya.
Syarikat itu takkan berhenti berkembang.
Mereka sanggup buat perkara yang tak bermoral.
Aksa.
En. Yudi dan pengarah lain bekerja untuk ibu dan ayah saya. Mereka sama saja.
Mereka semua tamak.
- Saya tak nak awak… - Saya faham.
Jangan cakap tentang hal kerja di sini.
Saya gembira awak sedang fokus kepada galeri awak.
Tapi jangan sibuk sangat. Perkahwinan kita lima bulan lagi.
- Sekejap. - Ya.
Helo?
Ya, sayalah orangnya.
Ya, saya kakak Ninda.
Sudah empat hari Ninda enggan hadiri kelasnya.
Jadi dia perlu ambil kelas tambahan.
Tapi hari ini dia enggan datang ke kelas.
Dia kata setiap kali dia cuba fokus belajar,
ada sesuatu mengganggu fikirannya.
Dia kata ada seseorang menghantui dia setiap malam.
Ingatan dia tentang orang itu mengganggu tumpuannya.
Dia juga kata
sudah empat hari dia tak boleh tidur.
Dia hanya boleh tidur di bilik sakit.
Tapi apabila dia bangun, dia jadi histeria.
Encik!
Encik!
Encik!
Encik! Halang bas itu!
Encik!
Encik, berhenti! Jangan biar bas itu pergi!
Encik!
Encik!
Encik!
Suruh bas itu berhenti!
- Bertenang. - Encik!
Saya rasa Ninda perlu berehat di rumah.
Dia juga perlukan perhatian.
- Terima kasih, encik. - Sama-sama.
Jom.
Awak perlu makan ubat.
Kalau tak, awak takkan sembuh.
Ninda.
Kakak.
Saya dengar suara.
Kadangkala suara itu jauh,
tapi kadangkala saya dengar bisikannya di telinga saya.
Saya juga nampak
orang.
Kadangkala ia hanya bayang-bayang.
Tapi kadangkala, ia nyata. Macam saya nampak kakak.
Di rumah lama kita.
Di mana-mana.
Kebelakangan ini…
setiap malam…
saya nampak seseorang berdiri di sudut itu.
Saya tak nampak sangat…
tapi dia
seorang wanita.
Dia asyik panggil saya pada waktu malam.
Awak ingat pesan doktor?
Pesakit skizofrenia perlu makan ubat mereka.
Jika tidak, awak tak boleh bezakan realiti dan imaginasi.
Tapi ini benar, kakak.
Semuanya bermula pada hari itu.
No comments yet. Be the first to leave one.