Dreamgirls

Dreamgirls

Download Malay Subtitle

Release info

Dream Girls 2006 Bluray 720p AC3 x264-CHD
A Commentary by ShasyaLala
HBO Retail.

Tags

BluRay
x264
720p
720
AC3
HD
Published on: 2022-02-14
Downloads: 26
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Tuan-tuan dan puan-puan, Teater Detroit meneruskan...

pertandingan pertunjukan bakat kami yang terkenal...

dengan kumpulan Adik-beradik Stepp!

Awak semua tak boleh pergi.

Bagaimana dengan Jimmy dan juga rancangan itu?

Marty, saya tetap akan pergi.

Sayang, Jimmy memang macam itu.

Awak pun tahu dia tergila-gilakan awak.

- Dia itu gila-gila sikit. - Benarkah?

Sampaikan pesanan saya pada dia.

Beritahu dia saya tahu nombor telefon dia.

- Nombor telefon. - Beginilah, sayang.

Nombor telefon rumah dia di mana dia tinggal dengan isteri dia.

Mari pergi, Joann.

Awak tak perlu layan hal mengarut ini.

Tak guna.

Adik-beradik Stepp yang hebat! Mari dengar ulasan juri!

Baiklah.

Sekejap saja lagi, penghibur paling hebat di Detroit...

James "Thunder" Early...

akan mulakan jelajah antarabangsa di pentas ini malam ini!

Syabas.

Saya ada peluang terbaik untuk awak semua.

Jimmy Early perlukan penyanyi latar malam ini.

Berikan tepukan untuk Little Albert dan Tru-Tones!

- Maafkan saya, Encik... - Curtis Taylor Junior.

Saya tahu kami dah lambat...

tapi mak saya tak suka saya keluar waktu malam pada hujung minggu.

Jadi saya kena tunggu dia tidur dulu.

Dia cikgu sekolah rendah.

Awak ini siapa?

Deena Jones, ahli kumpulan Dreamettes.

Kumpulan awak sepatutnya yang kedua membuat persembahan.

Saya tak boleh keluar selagi mak saya belum tidur.

Itu masalah awak. Pertandingan dah habis.

Biar saya cakap sesuatu, kawan.

Beginilah.

Saya tahu awak orang baik dan awak bos mereka.

Saya tak mahu awak buat keputusan yang salah.

Tapi itu bukan sebabnya awak menceburi bidang ini, bukan?

- Tidak! - Itu bagus.

Jadi apa kata kita beri mereka peluang malam ini?

Kamu akan buat persembahan terakhir selepas Tiny Joe Dixon.

Terima kasih.

Maafkan saya. Tiny yang mana satu?

Sekarang kita akan saksikan persembahan Tiny Joe Dixon!

- Saya ada muzik untuk pemain dram. - Lepas ini giliran kami.

- Di mana Effie? - Saya ada di sini.

Saya perlu berehat. Di mana bilik persalinan kita?

Kita dah tak ada masa. Dua minit lagi giliran kita.

- Apa? - Cepat panaskan badan.

Pergi...

Habislah kita kalau kita tak dapat cari rambut palsu baru.

- Kenapa nak pakai rambut palsu? - Kita perlu gaya tersendiri.

- Pusingkan rambut palsu kita ini. - Apa?

Pusingkan cepat!

Deena, ia sungguh berlainan.

Gaya yang sofistikated. Cepat!

Depan atau belakang, ia tetap rambut palsu.

Kenapa dengan baju ini?

Ia tak menyerlahkan bentuk tubuh badan saya.

- Rambut palsu kita samakah? - Ya.

- Baju kita pun samakah? - Ya.

Jadi diam sajalah.

Saya rasa awak nampak cantik.

- Apa nama kumpulan awak? - Dreamettes.

Cantik.

Beri tepukan untuk Tiny Joe Dixon!

Untuk persembahan terakhir malam ini, yang berani...

- Creamettes! - Dreamettes!

Ayuh! Tepuk dengan lebih kuat.

Beri tepukan gemuruh untuk Dreamettes!

Saya suka persembahan tadi. Terima kasih.

Hei, encik.

Saya bertaruh lima dolar yang Dreamettes takkan menang.

Baiklah.

Mereka takkan menang pun.

Ingat, pemenang tahun ini akan dibayar untuk menyanyi...

di Teater Detroit selama seminggu!

Bintang yang bertuah dan berbakat ialah...

Encik Tiny Joe Dixon!

Kita takkan jadi terkenal?

Bukan untuk malam ini. Mari kita balik.

Kenapa?

Kerana saya penat dan kena bangun awal untuk pergi kerja.

Maksud saya, apa gunanya?

Lorrell, berapa umur kita masa kita mula menyanyi bersama-sama?

12 tahun.

CC, berapa banyak tarian yang awak dah reka untuk kami?

Ada berapa banyak lagu di dalam buku nota awak itu?

Entah, mungkin 100 lagu.

Effie, pernahkah awak jumpa orang yang menyanyi sehebat awak?

- Tak pernah. - Kita masih belum berjaya?

Jadi saya nak tanya awak.

Apa gunanya?

Kamu tak perlu masuk pertandingan amatur...

kerana kamu bukan amatur.

Kamu hanya perlukan satu peluang dan saya akan berikan kepada kamu.

30 dolar seorang untuk jadi...

penyanyi latar Encik Jimmy Early malam ini.

Jimmy Early?

Termasuk 10 minggu membuat persembahan bersama dia...

bermula pagi esok dengan bayaran 400 dolar seminggu.

- 400 dolar? - Ya.

- Betulkah ini? - Saya tak tipu.

Encik Early upah mak cik saya untuk jaga kamu...

sepanjang kamu berjauhan dari rumah.

Mak saya tentu suka!

Effie, awak dengar itu?

Kita akan jadi penyanyi latar Jimmy Early!

Saya tak mahu jadi penyanyi latar.

Kita cuma nyanyi beberapa baris saja.

Tak mahu.

Effie, ini mungkin peluang terbaik kita.

Menjadi penyanyi latar hanyalah satu perangkap.

Maafkan saya, kami tak boleh terima tawaran awak itu.

Baiklah.

Saya tahu nyanyian awak hebat. Awak sendiri pun tahu.

Awak juga cukup berbakat. Malah awak cantik dan seksi.

Tapi itu saja tak cukup.

Gadis macam awak perlu dilindungi dan itulah tujuan saya.

Awak kena percaya pada saya.

Saya takkan hampakan awak.

Bagaimana, Effie?

Setujulah, Effie.

- Encik... - Curtis Taylor Junior.

Curtis Taylor Junior.

Pengurus kami kata...

kami akan jadi penyanyi latar Jimmy Early malam ini!

Saya sayang awak!

Bidang ini memang ada jatuh bangunnya!

Anda sudah bersedia untuk "Thunder Man"?

Dia takkan keluar selagi belum dengar tepukan gemuruh anda!

Sudah tiba masanya.

Marty, saya dah kata jangan letak mayones.

Berapa kali saya kena beritahu jangan letak mayones...

dalam sandwic ayam!

Kita ada masalah yang lebih besar.

Saya dah kata jangan ganggu wanita yang kerja dengan awak.

Ada ramai wanita lain.

Saya tak ada masa nak cari. Saya asyik bekerja saja.

Ya, kerana Marty selalu paksa awak bekerja.

Itu sebabnya awak selalu beri saya sandwic yang salah.

Ayuh dapatkan wang itu sekarang.

- Semuanya dah sedia? - Jimmy dah ambil dua orang gadis.

Mereka berkumpulan. Mesti ambil ketiga-tiganya.

Siapa dia ini?

Klien saya sentiasa kerja bersama.

Saya kenal awak.

Awak yang jual kereta Cadillac pada saya.

Ya, saya juga ada firma pengurusan.

Saya ada perniagaan kereta Cadillac di Woodward Avenue.

Ya, kereta saya perlukan penalaan.

Saya hanya perlukan dua orang penyanyi latar.

Maaf, kami nak dua orang saja.

Itu mereka?

Semuanya akan berjalan lancar.

Gadis-gadis.

Terima kasih banyak. Kamu telah selamatkan saya.

Saya melutut di depan kamu.

Terima kasih banyak, saya akan buat apa saja untuk kamu.

Apa-apa saja.

Apa awak mahu saya buat untuk awak?

Sebenarnya, Encik Early...

Awak boleh ajar kami menyanyikan lagu itu.

Cuba nyanyi rangkap itu.

Ayuh, sayang.

Suara awak memang hebat.

Di belakang sana itu Harlem. Di depan ini Hollywood.

Kedatangan awak ke Hollywood tak dialu-alukan.

Nyalakan lampu!

Kita tengok gadis mana akan ikut saya balik malam ini.

Siapa nak duduk di atas riba saya?

Saya macam tak percaya ini semua terjadi kepada saya.

Keajaiban selalu terjadi di dalam dunia RnB.

- Apa maknanya itu? - Hebat dan bertenaga.

- Encik Early, awak ini gilalah. - Panggil saya Jimmy.

Awak memang hebat.

Rasanya sangat hebat, maksudnya janggal.

Awak dah berkahwin, bukan?

Semua orang dah tahu.

Jadi jangan sentuh saya!

Akan ambil masa dua minggu.

"Pusat Kereta Terpakai"

Warna tempat duduknya biru pudar. Padan dengan baju biru awak itu.

- Saya minta diri sekejap. - Baiklah.

Wayne, mari ikut saya.

- Saya suka kereta itu. - Ya.

Hai.

- Hai. - Bagaimana boleh saya bantu?

Warna biru pudar itu sesuai dengan baju biru awak.

Lebih baik kalau awak...

Pemalu macam awak?

Lelaki suka wanita begitu.

Saya tak berminat pada lelaki, Deena.

Apa yang awak semua bualkan?

Curtis, kami ingin tahu...

awak juga curang pada isteri awak macam Jimmy Early?

Hei, Effie! Saya tak kenal dia.

Betul cakap Deena itu. Itu bukan urusan kami.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left