The first 200 lines.
HOTEL PARK MADISON BANDAR RAYA NEW YORK
2:06 PAGI
Kate? Itu pun awak.
Awak sepatutnya tidur.
Semua klien, Martin. Mereka godam semua klien.
Kita dah hubungi semua klien.
Siapa yang buat begini kepada kita?
Semuanya akan selesai.
Betulkah?
Alice baru hubungi.
Katanya, kita pakar mengelak orang lain daripada diperkatakan,
tapi kita semakin hangat diperkatakan.
Dia memang patut risau.
Kalau begitu, gajinya perlu dinaikkan.
Dia nak tahu tentang Cresswell.
Dia memang seperti yang kita sangka.
BERDASARKAN SIRI 'FALSE FLAG'
DICIPTA OLEH AMIT COHEN MARIA FELDMAN
Ayuh. Ayuh, Dora. Bagus.
Dora. Dora!
Berhenti!
Dora.
Tiada komen rasmi
berikutan kejutan terbaharu dalam kes penculikan Leo Newman.
Setelah penggodaman teratur terhadap klien syarikat PR terkemuka Cooper Newman,
mesej yang mendesak ibu Leo, Katherine, untuk "beritahu hal sebenar,"
telah muncul dalam papan tanda digital dan papan iklan
di kedua-dua negara.
Selain itu, tiada komen tentang lelaki yang dikenali sebagai Eric Cresswell,
yang turut muncul dalam video tuntutan terbaharu penggodam itu.
Pukul berapa mereka hilang?
…tekanan akan semakin memuncak…
Tak tahu, sebab mereka tidak diawasi.
…dan bercakap sendiri dengan penculik…
melainkan jika pihak berkuasa UK dan AS yang menyiasat kes ini
mendapat penemuan penting berkaitan lokasi Leo.
Saya akan hubungi awak nanti. Kami cuma ada pangkalan data.
- Okey, ada apa-apa lagi? Okey. - Baik-baik saja. Ya, masih ada di sini.
Nanti saya hubungi awak lagi.
- Apa maklumat awak dapat? - Pengesahan yang kotej itu
ialah tempat tinggal di UK milik lelaki yang ditemui mati di jambatan itu.
Tahu identitinya?
Samuel Brolin,
menurut jiran dan syarikat utiliti.
Tapi rumah itu dimiliki oleh sebuah syarikat di Israel.
Jadi, itu nama samaran. Apa lagi yang jirannya katakan?
- "Kenapa kamu tak datang lebih awal?" - Kenapa kita lambat?
Apa saja panggilan tak dianggap mustahak jika tak berkait dengan mayat.
Dia beritahu siapa mereka?
Dia cam Tilson dan McAllister, tapi tak nampak yang lain.
Mereka bakar keretanya apabila ditinggalkan
tapi pegawai tempat kejadian temui darah dalam kereta Brolin dan rumah itu.
Masih belum tahu ia darah siapa.
Tapi, maklumat itu lebih berguna daripada di sini.
Saya tahu apa yang berlaku di sini.
Oh, ya?
Mereka cuba ke luar negara tapi masalah berlaku.
Apa buktinya?
SEMPADAN POLIS DILARANG MASUK
- Kita di padang terbang. - Kita tak tahu jika mereka ada di sini.
Atau jika mereka rancang untuk naiki pesawat.
Oh, Tuhan. Mereka melarikan diri!
Jika mereka berada di sini sekali pun, tentu mereka didesak.
Kita tahu Tilson berjumpa McAllister
dan kita tahu Monique bukan sebahagian daripada kumpulan penculik itu.
Mungkin sebab itu dia mati.
Awak sangka Natalie Thompson akan biarkan dia dibunuh?
Mungkin dia tak dapat yakinkan adiknya.
Bagi saya, awak pandang rendah terhadap mereka
sejak awal lagi.
- Saya pandang rendah pada awak juga. - Apa maksud awak?
Saya bekas tentera, Scott. Saya pernah lihat operasi sebegini.
Lokasi ini telah dibersihkan. Tiada kelongsong peluru, kesan tayar.
Ada kesan tembakan pada dinding dan lantai, tapi tiada darah
- selain darah Monique. - Apa awak cuba katakan?
Sejak awal lagi awak mahu mereka dihantar ke Amerika
kemudian langkau saya untuk batalkan pengawasan.
Sebab saya tahu Tilson akan cuba tinggalkan negara ini!
Saya faham awak rasa bertanggungjawab, okey, tapi saya FBI, bukan CIA.
Awak sangka saya hantar orang untuk tangkap mereka?
Jika betul, mereka dah lama dibawa ke tempat rahsia.
Kita kesuntukan masa.
Mereka takkan berada di kotej desa.
Mereka yang bersalah. Bukan kami! Hei, saya belum habis cakap!
Bukankah kita patut cari mereka?
Langkah seterusnya ialah dapatkan pasport, jadi saya perlukan gambar.
Hei, boleh saya ambilkan? Saya boleh ambilkan.
Mungkin kita patut benarkan dia membantu.
Saya masih tak tahu apa kegunaan dia.
Jangan tersinggung, tapi awak pun tak begitu mesra.
Saya mudah bergaul dengan orang lain.
Orang ramai suka bercakap dengan saya. Mereka suka saya.
- Saya tak suka awak. - Awak terkecuali.
Kamu suka dia?
Ya.
Ya, saya suka dia.
Siapa jumpa kereta yang kita baru curi?
Selepas gambar siap, kamu bertiga naik kereta api ke London.
Saya perlukan 80,000 sebelum pukul 10:00 pagi.
Hantar arahan kepada nombor ini menggunakan aplikasi yang saya katakan.
- Sebelum pukul 10:00? - Awak gila?
Jangan tanya soalan jika tak nak tahu jawapannya.
- Awak godam Cooper Newman PR. - Ia ambil masa berminggu-minggu.
Awak yang nak ikut. Awak nak jumpa Martin Copeland atau tidak?
- Okey. - Buat apa saja. Pukul 10:00.
Jangan kecewakan saya.
Kita jumpa semula pukul 3:30 petang di Taman Battersea, okey?
- Bagaimana dengan saya? - Awak ikut saya.
- Kenapa? - Sebab saya tak percayakan awak.
Jangan hubungi ahli keluarga kamu.
Perbuatan kamu akan turut menjejaskan saya. Ikut saja arahan.
Walau apa pun, kamu takkan jumpa ahli keluarga kamu lagi. Okey?
Setelah sampai ke London, beli pakaian baharu dan tukar gaya rambut.
Jika mahu ke lapangan terbang, kita perlu ubah penampilan.
Ulang. Cepat.
- Jadi lelaki yang tak dicurigai. - Atau wanita.
Jangan tarik perhatian atau hilang kawalan.
Sentiasa berpasangan. Pasangan jarang ditahan.
Terutamanya jika bertengkar.
Sentiasa ada matlamat.
Apa saja matlamat, selain lari daripada polis.
Jangan jadi orang pertama atau terakhir. Kita akan mudah diingati.
Cuba pura-pura jadi sebahagian daripada kumpulan besar.
Jangan bertentangan mata. Jangan terlibat dalam pergaduhan bodoh.
Jika ada orang tanya, beri jawapan ringkas
dan fikirkan orang yang kita kenal.
Kita akan dapat ingat butirannya.
Jangan lupa,
kita fikir orang lain berminat tentang kita,
tapi sebenarnya, mereka cuma berminat tentang diri mereka.
Jadi, berlagak tenang. Jangan cemas.
Kamu akan terlepas tanpa masalah.
Apa "hal sebenar" yang penculik mahukan?
Jika Katherine Newman tahu, dia bijak berpura-pura sebaliknya.
Sokongan terhadap gerakan Beritahu Hal Sebenar semakin meningkat.
Petang semalam, sebuah kumpulan tak dikenali menggodam skrin iklan
di London Underground.
Rakaman ini diambil di luar ibu pejabat Cooper Newman, Chicago beberapa jam lalu.
Terdapat beberapa insiden vandalisme sama dilaporkan di serata negara
serta di seluruh dunia,
memandangkan mesej Beritahu Hal Sebenar telah menjadi satu tuntutan.
BERITA TERGEMPAR SOKONGAN MENINGKAT TERHADAP BHS
Vandalisme. Godaman. Mereka takkan dapat raih simpati orang ramai.
Agak ironi yang mereka mahukan kebenaran tapi memakai topeng, bukan?
Alice patut risau.
Kita pun tahu betapa seriusnya hal ini.
Hei, ada banyak komen positif dalam talian.
Saya tahu. Awak suruh Caitlin tunjukkan kepada saya.
Dia tak beritahu pula kebanyakan kandungan itu dijana
oleh orang yang bekerja untuk kita.
Dia tak perlu beritahu.
Kita sedang berperang, Kate. Strateginya sama saja.
Saya faham.
Tadi awak hubungi IOP Energy. Apa Amy cakap?
Dia mahu bercakap dengan awak saja.
Saya takkan tinggalkan New York tanpa Leo.
Jika dia nak jumpa saya, dia boleh datang ke sini.
Dia akan sampai tengah hari nanti.
Jika Cresswell masih hidup sekali pun,
dia dah cuba sedaya upaya bersembunyi selama 25 tahun ini.
Bagaimana dengan kajiannya?
Tiada sesiapa dapat melihatnya.
Tiada sesiapa.
Percayalah cakap saya, Kate. Hal ini sudah diuruskan bertahun-tahun lalu.
Jika dia dapat dijumpai, kita patut ke sana dulu.
Jadi, bagaimana awak boleh bekerja dalam bidang ini?
Saya tahu awak bekas tentera, tapi,
awak tentera, separa tentera, atau…
Boleh beritahu saya di mana kita akan berhenti?
Saya nak tengokkan susur keluar.
Tiada jawapan? Okey.
Dengar sini, Sean.
Bapa saya benci saya tapi saya rapat dengan ibu saya
dan saya nak beritahu dia yang saya okey sebelum kita pergi.
- Jadi, boleh saya… - Jika tak diam, saya akan tembak awak.
Gunakan pembesar suara.
- Tuan? - Awak di mana?
Mahu pulang ke ibu pejabat. Tempat kejadian dibersihkan.
Saya dapat perkembangan daripada pihak forensik di kotej.
Cap jari sepadan dengan kelima-lima suspek.
Saya gunakan pembesar suara, tuan.
Hai, ini Scott.
Hai, Scott. Mereka juga temui kesan darah milik dua orang.
Satu milik Monique Thompson, satu lagi milik Eddie Walker.
Kami akan cari di hospital. Ada maklumat tentang pemilik rumah itu?
Kami dah minta bantuan agensi di seluruh dunia.
Tapi keutamaan kita ialah mencari kelima-lima suspek.
Betul. Maklumkan sebarang perkembangan.
Jika mereka bersama-sama, tentu mudah nak jejak mereka.
Tak semudah jika mereka diletakkan di bawah pengawasan.
Kita sudah tiba di Stesen Discot.
Ini laluan pertukaran ke Hereford,
Banbury dan Oxford.
BERITAHU HAL SEBENAR
Jika ini stesen anda…
Apa perkembangan?
Okey. Saya dah masuk akaun luar negara dan dah dapat duitnya.
Sekarang bahagian rumit pula.
Biar betul?
Apa dia buat?
No comments yet. Be the first to leave one.