The first 200 lines.
1645 - LAUTAN ATLANTIK 25 BATU DARI PANTAI SEPANYOL
SEPTEMBER 2009
Walter, terdapat 30 juta di sini.
Kita tak boleh tunggu di sini sepanjang hari. Pihak kastam...
Kita kekal di sini sehingga tugas selesai.
James, kita selamat sekarang tapi takkan bertahan lama.
Ada tanda?
Tidak.
Tapi masih ada satu lagi yang perlu diperiksa.
Baik, aku akan masuk.
Tidak, kau takkan lepas dengan semua peralatan ini.
Itu bukan masalah
Dia tak boleh menyelam dengan bebas. Ia di atas cerun.
Dia buat pilihannya sendiri.
Dah berapa lama dia di bawah?
Dua minit.
Craig, kau boleh nampak James?
Tak, mungkin dia menjumpa satu lagi...
Kau risau tentang aku, Walter?
Itu bermakna seperti aku risau, James.
Kalau kau tak risau tadi, kau akan mulai risau sekarang.
Naikkannya ke atas. Bawa ia pulang.
Sangkar seterusnya dalam perjalanan.
Jatuhkannya sekarang.
Kru Atlantis, ini Kastam Sepanyol.
Angkat tangan dan bersedia untuk berlabuh.
Keputusan kami tak boleh disangkal.
"The Virgin of Guadalupe" adalah kapal Sepanyol...
...dan peninggalannya ditemui di dalam wilayah Sepanyol.
Dakwaan En. Moreland mengatakan bahawa undang-undang penyelamatan adalah tak masuk akal.
Ini adalah rompakan.
Tuntutan Sepanyol ke atas hak milik itu adalah satu-satunya rompakan di sini.
Saya bersama kru-kru saya melabur bertahun-tahun di dalam pencarian...
En. Moreland, awak tidak memberikan sebarang kontrak daripada pemilik...
...juga kebenaran utk menyelamatkan artifak dari pihak berkuasa Sepanyol.
Kargo artifak yang diselamatkan oleh Kumpulan Atlantic...
...adalah hak mutlak kerajaan Diraja Sepanyol.
Pasti ada sesuatu yang boleh dilakukan oleh kerajaan.
Aku sukakan kau,
tapi aku tolong kau atas permintaan Ratu.
Permintaan Ratu adalah separuh dari hasil carian.
Sekarang satu sen pun dia tak dapat.
Baginda akan lupakannya.
Bagaimana kalau tak terus lupakannya?
Kita dah kalah. Kita tak boleh masuk campur.
- Kita kalah di mahkamah. Bagaimana kalau... - Berhenti. Aku tak nak dengar.
Kita ada beberapa minggu sebelum para pengkaji diberikan akses penuh.
Berapa lama sebelum mereka sedar apa yang mereka miliki?
Masih nak berjuang?
Kenapa kitak tak jalani saja hidup kita?
Aku dah jalani hidup aku setiap hari.
Maksud aku hidup sebenar, yang normal.
Kau tahu dah berapa kali aku ke Paris?
53.
Dan berapa kali aku mendaki Menara Eiffel?
Tak pernah.
Mendaki Menara Eiffel?
Macam itu ke jalani hidup yang normal?
Ia dah berakhir, Walter. Kau dengar ke mana mereka nak pindahkannya.
MADRID MAY 2010
Arah sini.
Selamat pagi.
Selamat pagi. Kami akan ambil alih dari sini.
UNIVERSITI CAMBRIDGE JUNE 2010
Hai.
Maaf saya terlewat.
Tidak mengapa. Silakan duduk.
Saya harap tiada orang lain mendahului kami pagi ini.
- Awak adalah yang pertama. - Baguslah!
Ini adalah jawatan yang unik bagi pelajar berumur 22 tahun.
Tapi sangat sesuai dengan budak genius yang mencetuskan idea...
...membantu Syarikat Best Oil menyelesaikan masalah tumpahan minyak di Teluk Mexico.
Penduduk.
Maafkan saya?
Saya bukan membantu Syarikat Best Oil.
Saya membantu penduduk yang terjejas disebabkan masalah yang berpunca dari Best Oil.
Ya, sudah tentu.
Tapi apa yang paling penting di sini adalah idea awak itu yang menyelesaikan masalah tersebut.
Pemikiran seperti itulah yang kami cari.
Terima kasih.. Oh, terima kasih.
Jadi apa yang kami boleh tawarkan...
... ialah gaji permulaan sebanyak $400,000.
Satu sudut pejabat.
Perkongsian saham syarikat.
Suatu pasukan yang bekerja di bawah seliaan awak.
Saya rasa saya pernah hantar suatu projek kepada kamu?
Tentang penggalian telaga?
Di kawasan gurun.
Dengan jumlah pelaburan yang sederhana,
kamu boleh pergi jauh...
...menyelesaikan masalah air di Sahel.
Ya, sudah tentu, suatu projek yang menakjubkan.
Tapi awak tak hubungi saya semula.
Itu bukan kawasan kami.
Kamu tahu tak bagaimana malunya ini kepada ayah?
Lapan syarikat antarabangsa terbaik,
dan kamu tolak mereka mentah-mentah?
Kerana saya tak mahu mengikuti jejak ayah...
...sertai syarikat korporat tak guna seperti Big Oil?
Saya hanya berterus-terang dengan mereka, ayah.
Dan minat mereka cuma tidak selari dengan minat saya.
Ya, sudah tentu.
Minat kamu.
Jadi apa yang kamu minat?
Hidangan utama kamu...
Bersihkan sos di baju kamu dan datang kepadaku.
Selamat menjamu selera.
Lihat, Thom, kamu dan ayah lelaki dewasa.
Kamu boleh buat apa saja yang kamu suka dengan hidup kamu, tapi kamu masih perlukan kerja yang sebenar.
Selamatkan dunia jika itu yang kamu minat. Tapi tiada yang percuma, Thom.
Dan syarikat-syarikat itu menawarkan peluang seumur hidup.
Jangan bazirkannya.
- Kamu nak ke mana? - Ambil udara segar.
Tuan? Kot tuan.
Terima kasih.
Saya... saya tak...
Thom, mari berbual dengan saya sebelum kamu bazirkan hidup kamu
Tak, saya ok sekarang, sebenarnya.
Saya akan kembali.
Hai.
Hai.
Hello... Saya...
Adakah awak...
...dihasilkan oleh bengkel di Vietnam pada semua...
Claudia!
Claudia Valenti sedang menguruskan pameran mengenai Romantika di Sepanyol
Selamat petang.
Siapa itu?
Pembantu saya yang baru.
Awak akan terbang ke Madrid esok, kan?
Sebab itulah saya datang.
Awak lupa tanda tangan permintaan rasmi untuk pemeriksaan.
Maafkan saya.
Tak mengapa, lupakannya.
Di sini.
Baik.
Dan di sini.
- Terima kasih - Sama-sama.
- Semoga selamat sampai. - Jumpa lagi.
Sekarang kalian semua, saya akan...
Kenapa awak buat begitu?
Buat apa?
Awak curi dompet dia.
Saya fikir awak yang lakukannya.
Periksa kocek awak.
Apa yang awak buat?
Ok, saya mungkin terlalu bosan,
tapi saya tak nak terlibat dalam hal ini. Ok? Terima kasih.
Lihat. Awak boleh pulangkanya semula.
Beritahu dia yang awak temuinya di lantai.
Dan kekal sebagai rakyat yang patuh undang-undang.
Buat ayah awak bangga. Tak mengapa.
Atau?
Jadi rakan subahat dan ikut saya.
Hujan lebat betul,
Nampak meja itu?
Tunggu saya di sana.
Bersama-sama dengan mesej suara ayah awak...
...awak akan dengar beberapa tawaran dari syarikat minyak terkemuka dengan tawaran yang lumayan.
Beer.
Jangan bimbangkan Lorraine. Dia boleh jaga diri sendiri.
Oh, sekarang Lorraine pula?
Cukuplah dengan perkara mengarut "Cloak and Dagger" itu. Apa maksud semua ini?
Saya Walter Moreland.
Saya pemilik kepada perniagaan menyelamatkan barangan antik.
Dan saya ada satu tawaran pekerjaan.
Saya mahu awak bantu memecah masuk...
...ke dalam sebuah bilik kebal yang paling selamat di dunia.
Ok, sangat bagus.
Adakah saya kelihatan seperti Danny Ocean?
Dia ialah...
Saya seorang jurutera.
Dan idea awak menamatkan krisis di Teluk.
Di mana orang lain nampak masalah, awak nampak penyelesaian.
Sama juga dengan masalah saya.
Saya lihat tugas mustahil,
awak mungkin nampak cara untuk mengatasinya.
Saya fikir awak perlukan pemecah peti besi, seseorang yg memang buat kerja itu.
Pencuri yang mahu merompak sebuah bank hari ini, mereka gunakan papan kekunci dan modem.
Bagus, buatlah macam itu.
Saya bukan pencuri.
Oh betul ke? Bagaimana awak tahu?
Baik, bilik kebal itu, bagaimana ia berfungsi, apakah ia sebenarnya.
Kami langsung tak boleh buat apa-apa.
Selama 80 tahun tiada sesiapa pernah lakukannya.
Ia pernah digelar suatu keajaiban kejuruteraan.
Tapi kami langsung tak tahu apa maksudnya.
Saya perlukan buah fikiran awak.
Sebab saya bukan saja mencari penyelesaian kepada masalah.
Saya tak tahu apa masalahnya.
Apa yang membuatkan awak fikir bahawa saya akan lakukannya?
Selain daripada membuatkan awak kaya yang mana awak sangkakan mustahil...
...untuk pertama kalinya hari ini...
...seseorang berjaya mendapatkan perhatian awak.
Masa depan awak telah memanggil.
Keajaiban kejuruteran di Bank of Spain.
Kejuruteraan kurun ke-19. Teka-teki yang tidak pernah diselesaikan.
Mekanisma mustahil.
Ayah, ini saya.
Cuma nak bagitahu yang saya akan pergi.
No comments yet. Be the first to leave one.