The first 200 lines.
Murphy, tak nak ikut sekali?
Kenapa?
Kamu semua sedang berseronok?
Lupakan perkara itu. Ada kebaikan daripada kejadian ini.
Kita guna dia, kita juga menyebabkan dia mati.
Tak, kita tak bunuh dia.
Escobar yang bunuh dia.
Sekarang, kita kena cari penyangak itu.
Pandanglah dari sudut positif, okey?
Betul cakap Peña.
Ada hikmah di sebalik semua ini.
Salah seorang daripada pembunuh yang ditangkap lepas pembunuhan Lara Bonilla
mengaku Pablo yang mengarahkan pembunuhan itu.
Seorang ahli politik penting telah dibunuh
dan semua orang tahu itu angkara siapa.
Akhirnya, kerajaan Colombia terpaksa mengambil tindakan.
Pablo Escobar didakwa atas tuduhan membunuh Rodrigo Lara Bonilla.
DIKEHENDAKI GANJARAN $100,000
Colombia setuju melaksanakan perkara yang pengedar dadah takut.
Ekstradisi.
Sekarang, mana-mana warga Colombia yang seludup dadah ke Amerika,
boleh didakwa dan dipenjarakan di AS.
Walaupun mereka tak pernah menjejakkan kaki di Amerika.
PERJANJIAN EKSTRADISI
Ini membawa kepada segala perubahan.
Kalau kita pengedar dadah di Colombia,
hukuman penjara bermakna ada perempuan, tonton filem,
melepak dengan kawan-kawan...
Kalau anda pandai membodek, hukuman anda dapat dikurangkan.
Mengarut betul.
Tapi di Amerika, lain ceritanya.
Anda orang ketujuh terkaya di dunia?
Tiada siapa pun peduli.
Duduklah dalam bilik sel kecil, 23 jam sehari,
sama macam penjenayah lain.
Tempat macam neraka.
Sekarang, ada orang yang Pablo akan takut,
iaitu kami.
Ekstradisi tak bermakna apa-apa melainkan kita dapat tangkap dia.
Kalau kami bantu, dia akan ditangkap.
Baguslah. Orang putih datang menyelamat.
Dia cuma seorang, nak lawan dengan Amerika Syarikat.
Betul, tapi dia ada helikopter, pesawat, kenderaan, laluan untuk lari
dan ramai pemberi maklumat.
Kerajaan kami akan sediakan wang,
tenaga, senjata...
Awak cakap senanglah.
Tapi selama ini, Escobar sentiasa berada satu langkah di depan kita.
Tolonglah kami tangkap dia.
Saya takkan ditugaskan untuk kes ini. Jaramillo bencikan saya.
Itu biar saya yang uruskan.
Awak rasa esktradisi satu kemenangan.
Memang pun.
Escobar takkan pandang ringan hal ini.
Dia akan buat pertumpahan darah di Colombia.
Sekarang masa yang penting untuk kita bersatu.
Awak dah buat silap, sekarang nak cakap pasal perpaduan?
- Diamlah. - Apa masalah awak, Carlos?
Kenapa awak selalu bela dia?
Dia yang selamatkan adik awak, bukan?
Kita selamatkan dia bersama-sama.
Betul tak?
Kawan-kawan...
saya mencadangkan kita buat satu lagi organisasi
untuk menentang ketidakadilan ekstradisi.
Macam kata John Lennon,
- "Bersatulah, saudara dan saudari..." - Jangan nak melalutlah.
Okey, Jorge...
nama apa yang sesuai?
Mula-mula, "Maut Untuk Penculik",
kemudian, "Boleh Serah Balik".
Sekali lagi, mereka bersatu menentang musuh yang sama,
iaitu hukuman penjara di Amerika.
Tapi ini bukan macam pepatah "bersatu teguh, bercerai roboh".
Lebih kepada nak jaga kepentingan sendiri.
Seterusnya!
Gacha, seperti biasa,
buat keputusan untuk bunuh sesiapa yang cuba tangkap dia
sebagai langkah menentang ekstradisi.
Tembak!
Jadi dia ambil beberapa orang askar upahan Israel untuk berperang.
Seterusnya!
Lehder, macam biasa...
berkhayal dan sebar propaganda melalui radio.
Orang putih yang menggunakan dadah.
Jadi kenapa kita yang diekstradisi?
Tak pasti cara itu berkesan atau tak.
Lagipun, semua masalah kita...
SEDANG KE UDARA
...berpunca daripada orang putih imperialis itu!
Tak, duduk saja di situ.
Jangan bergerak.
Ochoa bersaudara pula,
mereka memilih firma PR yang mahal
dan telah ditipu,
sebab itulah kerja agensi PR.
"Lebih baik mati di Colombia daripada mati di Amerika."
Saya faham, Fabio. Saya faham.
Okey...
"Lebih baik mati di Colombia
daripada dipenjara di Amerika."
- Macam mana? - Saya sukakannya.
Bagus sekali.
Lepas awak bayar $50,000 lagi, kami akan siapkan logo awak.
Tak ada masalah.
BOLEH SERAH BALIK
Oh ya, inilah logo yang mereka dapat dengan berharga $50,000.
Dalam pilihan raya presiden seterusnya,
ekstradisi menjadi isu utama bagi calon-calon yang bertanding.
Siapa yang boleh dibeli, mereka beli.
Siapa yang boleh diugut, mereka ugut.
Tapi Luis Carlos Galán tak boleh dibeli atau diugut.
Jadi, oleh kerana dia tak dapat dibeli,
tak dapat ditakutkan,
Escobar pun guna alat tulis baru dan mahal dia...
untuk tulis surat kepada Galán.
GALÁN UNTUK PRESIDEN
"Sebagai penutup, saya mahu menyatakan tentangan sekeras-kerasnya
terhadap campur tangan Amerika Utara yang tidak sepatutnya
dalam cara yang melibatkan pencabulan secara terang-terangan
ke atas kedaulatan tanah air kita."
Berani betul dia.
Escobar ini tak tahu malu.
Amerika Syarikat berhasrat
untuk menyokong awak bertanding sebagai presiden, En. Galán.
Tapi kalau kita dakwa mereka
di Amerika sekalipun,
kami tak boleh bawa mereka ke sana tanpa persetujuan Colombia.
Kami nak tahu apa pandangan awak tentang ekstradisi.
Pengurus kempen saya, Dr. Gaviria,
tak mahu saya tersalah cakap.
Amerika mahu Pablo Escobar untuk membuktikan mereka menang,
sedangkan dengan jelas, mereka kalah.
Saya akan buat terbaik untuk Colombia.
Kalau awak sokong ekstradisi, awak akan jadi boneka mereka...
dan sampai situ saja riwayat awak.
Saya tak peduli tentang Amerika,
tapi saya tetap akan sokong ekstradisi.
Lagipun, kalau orang putih itu nak ambil pembunuh itu dari negara ini,
biarlah mereka ambil.
Oleh sebab dia tak dapat Galán,
Pablo menghubungi ramai hakim negara.
Dia fikir, undang-undang itu takkan beri kesan apa-apa
kalau tak ada hakim yang mahu melaksanakannya.
"Semasa menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak kami
dan berkira-kira untuk menghantar dia memenuhi takdirnya di Amerika,
ingatlah bahawa kami, Boleh Serah Balik, menjatuhkan hukuman ke atas anda
dan hukumannya jauh lebih berat."
Semua hakim berasa takut dan terancam
sehinggakan prosedur mahkamah khas terpaksa ditubuhkan.
Buat kali pertama dalam sejarah Colombia,
orang baik
yang terpaksa menyembunyikan wajah dengan topeng.
Defendan, sila berdiri.
Kamu telah dibicarakan dan didakwa mengedar kokaina.
Kamu akan diserahkan kepada DEA serta-merta...
untuk diekstradisi ke Amerika Syarikat.
Walaupun dia memberi ancaman, ramai yang berani menentangnya.
Seperti yang dijangka,
apabila pen gagal,
Pablo sentiasa bersedia dengan pedang.
Dalam keganasan seperti ini,
kita fikir semua orang di Colombia
pasti mahu penangkapan Escobar dilakukan dengan segera, bukan?
Fikir sekali lagi.
Komunis.
Mereka ancaman sebenar keselamatan negara ini.
Maaf saya mencelah,
kokaina telah membunuh lebih ramai orang Amerika daripada askar Soviet.
Kita ada FARC,
M-19, EPL dan ELN,
semuanya disokong oleh Soviet dan Cuba.
Maaf Ejen Peña, tapi sumber tentera kami terarah kepada masalah Amerika
dan awak tak perlu ingatkan kami.
Komunis.
Ingat mereka lagi?
Dengan Reagan sebagai presiden, tentulah susah kita nak lupa.
Ini kata-kata beliau,
Mereka adalah fokus kejahatan dalam dunia moden.
Empayar jahat Soviet adalah obsesi Reagan, sejak dulu lagi.
Di Hollywood, dia menamakan beberapa pelakon sebagai penyokong komunis.
Di Washington pula, dia mewujudkan Doktrin Reagan,
bagi melawan komunis yang disokong oleh Soviet di seluruh dunia.
RUMAH PUTIH
Pengedar dadah tak penting.
Kalau nak tarik perhatian negara terkaya di dunia,
kita kenalah kejar komunis.
Puan, kalau CIA dan Kumpulan Tentera menyediakan aset,
kerajaan Colombia akan cari Escobar.
Kita bercakap untuk menumpaskan perdagangan kokaina
dan menyelamatkan beribu nyawa...
Puan.
CIA setuju dengan Kumpulan Tentera.
Pablo Escobar bukan lagi ahli kongres.
Dia cuma seorang pengedar dadah Colombia yang diburu
dan oleh sebab itu, dia bukan ancaman langsung terhadap
kepentingan strategik negara di Amerika Selatan.
CIA tidak mahu terlibat...
dalam masalah polis tempatan.
Biar kerajaan Colombia tangkap dia.
No comments yet. Be the first to leave one.