The first 117 lines.
SEBUAH SIRI NETFLIX
Hei.
Saya Josefine.
Siapa nama kamu?
Comelnya kamu.
Kamu bersendirian?
Anjing yang baik.
Tunggu.
Bertenang.
Baiklah.
Josefine, ayuh. Mari pergi.
- Kongsi dengan adik kamu. - Saya tak beli untuk dia!
Comel anjing itu,
tapi jangan pegang anjing orang. Kita dah bincangkan dulu.
Tapi inilah anjing yang saya mahu, mak!
Kamu boleh bela anjing apabila kamu besar.
Mak kata begitu tahun lepas. Tahun ini pun.
Bila saya cukup besar?
Usah tanya ayah. Ayah bercuti.
- Mak buat keputusan. - Tak mungkin!
Mak.
Sayang, ia tanggungjawab besar. Kamu masih budak.
Betul tak? Tapi kami beli hadiah Krismas yang hebat untuk kamu.
Kamu tentu suka. Mari.
Josefine, masuk.
Cuti Krismas. Kita perlu naik feri.
Tolong kembali ke kereta anda.
- Buta teknologi? - Ia tak ikut arahan.
- Ayah betulkan. - Perlu beli kereta baharu?
- Perlu cari kerja? - Apa maksudnya?
- Budak tak guna. - Jangan begitu.
Biarlah. Kamu tahu…
- Ayah tak naik pangkat pun sejak dulu. - Cukup!
- Ayah yang perlu cari kerja baharu. - Kamu terasa?
- Ayah yang tinggikan suara. - Diam.
Tanya arah.
Tempat ini teruk.
Sekejap. Biar saya tanya arah.
Hai.
Kami mencari 1, Skovvangen. GPS kami rosak, awak tahu…
Ia di seberang pulau. Ikut jalan pantai.
Bagus. Jalan pantai. Awak dengar?
- Bagus. Terima kasih. - Terima kasih.
- Selamat Hari Krismas. - Saya okey tadi.
Maaflah.
Betul jalan ini? Dia kata "jalan pantai".
Lebih mudah jika menyeberangi pulau.
Ada pekan di sini?
- Di mana semua kedai? - Kedai?
- Mana yang lain? - Apa?
- Orang lain, ayah. - Kenapa perlukan orang?
Kami ada. Kamu sambut Krismas bersama keluarga.
Ayah bawa Curious George. Kamu suka ia dulu.
"Saya suka monyet comel."
Lucunya ayah.
Abang kamu suka Curious George semasa kecil.
Dia tak pakai baju dan buang air besar di lantai.
- Apa yang lucu? - Jangan ejek dia!
Mari berseronok.
Oh, seronoknya untuk menaiki
- Ayuh, semua! - Nyanyilah.
Ayuh, Jose.
Nyanyilah, budak muram.
Loceng bergerincing
Ayuh, Jose.
- Hentikan! - Apa masalah kamu, budak kecil?
- Macamlah abang besar. - Menjengkelkan.
- Anak-anak! - Jangan gaduh dalam kereta.
- Semua okey? - Apa yang berlaku?
Apa itu?
Itu tar?
Tar nampak begitu?
Mungkin itu minyak.
Mungkin terjadi di atas feri?
Kereta pun bercalar.
Itu mungkin calar lama.
Banyak lagi di sini!
Sayang? Jangan merayau, okey? Tunggu di sini.
Nampak pagar itu?
Mads, ada orang.
Hei!
Pergi dari situ! Sekarang!
Josefine, ayuh.
- Jangan biar dia merayau di sana. - Saya tahu.
- Kamu tak boleh berhenti di sini. - Tak, cuma…
Dengar,
saya hentikan kereta sekejap. Saya fikir kami langgar sesuatu.
Saya minta maaf.
Mari, sayang.
Ambil anak-anak dan masuk ke kereta.
- Kami langgar lubang. Biar saya periksa… - Ini jalan persendirian.
Jika awak tak suka orang berhenti, pasanglah papan tanda.
Awak pernah terfikir?
Maafkan saya. Kami tak tahu. Ini percutian Krismas kami.
- Saya Charlotte Svane… - Baguslah. Pergi.
Kami mencari 1, Skovvangen. Saya rasa ia di depan saja?
Ikut jalan pantai.
Baiklah.
Terima kasih.
Ada apa di sebalik pagar?
Ayuh, Josefine. Masuk ke dalam kereta.
Bukankah kita bertuah dapat bertemu lelaki itu?
Dia suruh ikut jalan pantai, sayang.
Itulah yang ayah selalu cakap.
Orang kampung baik. Sangat baik.
Baiklah, ini…
Ia mungkin tak sama seperti gambar.
- Ada elektrik tak? - Tak.
Ayah akan gali lubang di belakang untuk kamu buang air besar.
Biar betul? Tentu ayah bergurau.
Cakaplah kita tak bayar penuh untuk ini.
Sayang? Mari.
Cuba lagi, sayang.
- Ia tak berfungsi. - Sekarang?
Ruang tamu saja.
- Boleh saya guna bilik itu? - Itu bilik Kasper.
Kamu di sebelah bilik kami.
No comments yet. Be the first to leave one.