Release info

너의 밤이 되어줄게 Let Me Be Your Knight E10 220116-NEXT-iQIYI
A Commentary by RuoXi
Ep. 10 [iQIYI Ver.]. Synced for NEXT. Runtime : 01:01:12. Enjoy.... ;). Check out My IG @ruo_xi_ss for subtitles updates ^^. Note : For video download link check my telegram channel at https://bit.ly/telchan.

Tags

other
Published on: 2022-01-16
Downloads: 16
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 196 lines.

En. Yoon.

Saya nak cakap sesuatu.

Saya…

Saya tak seperti…

yang awak fikirkan.

- Sebenarnya… - Saya tahu apa yang awak nak cakap.

Apa?

"Awak tak kenal saya."

Awak akan cakap begitu untuk tolak saya sekali lagi, bukan?

Tak, bukan begitu.

Saya tahu ini takkan mengubah fikiran awak.

Saya tahu.

Ya, saya mengaku saya agak mengharapkannya.

Terima kasih sebab sediakan semua ini untuk hari jadi saya.

Tapi En. Yoon…

Saya tak boleh…

Saya tak boleh terima.

Awak akan balik minggu depan, bukan?

Boleh awak pertimbangkannya

dan beri jawapan pada waktu itu?

Saya rasa saya tak boleh hidup tanpa awak lagi.

Tapi kalau nak pergi juga,

awak boleh pulangkan kepada saya nanti.

Ya, En. Moon.

[ Tae-in ada dengan awak sekarang, Dr. Kang? ]

Ya, dia ada di sini.

Apa? Tentang Shin?

Ya, okey.

Kenapa dengan Shin?

Ada apa-apa berlakukah?

Shin dalam rancangan radio.

Tapi berita tentang dia bersama Chae Ji-yeon dah tersebar.

Apa awak cakap?

- Awak dah dengar? - Tak sangka betul.

Kami berjaya habiskan rakaman itu,

tapi risau tentang apa yang bakal berlaku.

Maafkan saya.

Ji-yeon, bangunan ini dikelilingi wartawan sekarang.

Apa kita nak buat?

Okey. Baiklah.

Pengawal ada di bawah. Cepat.

- Yakah? Kita patut cepat. - Mari.

Saya tak boleh tinggalkan dia.

Saya tak boleh buat begitu.

Jadi awak nak keluar sambil berpegangan tangan?

Shin, saya okey.

Agensi saya dah hantar bantuan. Jadi awak boleh pergi.

Kalau begitu saya akan tunggu sehingga mereka sampai.

Tolonglah.

- Shin. - Hei, Shin!

Shin, saya tak apa-apa.

Tolong pergi kalau awak nak tolong saya.

Saya minta maaf atas semua masalah ini.

Tak perlu minta maaf.

Awak kata bantuan akan sampai.

Awak pasti?

Mari.

Telefon saya apabila sampai rumah, okey?

- Hei! - Tunggu!

Kenapa dengan Chae Ji-yeon? Tak bolehkah dia hidup tanpa lelaki?

Yalah. Dia baru saja bercerai.

Sudahlah dengan penyanyi idola sepuluh tahun lebih muda.

Kenapa dia hidup begitu?

Kenapa pula tak boleh? Dia sedang berseronoklah.

Cemburunya saya.

Saya tak minum kopi, jadi saya mengantuk sekarang.

[ Saya tahu dia akan begini selepas kecoh tentang perkahwinannya. ]

[ - Dia tak malukah? - Yalah. Kalau saya jadi dia… ]

[ - Cemburunya saya. - Janda bercinta dengan penyanyi idola. ]

Awak tak okey pun.

Shin ada datang semula ke sini?

Tak pun.

Macam mana dengan Ji-yeon?

Dia pergi tak lama lepas awak.

Bila mereka nak keluar?

- Aduhai. - Mereka curi-curi keluar?

- Berapa lama lagi kita perlu tunggu? - Hei, mari cuba.

- Awak pasti? - Macam mana kalau tak menjadi?

- Hei, tengok! - Itu kereta Chae Ji-yeon!

Chae Ji-yeon! Betulkah awak dan Shin bercinta?

Dah berapa lama?

- Kamu bersama sebelum awak bercerai? - Tolong komen!

- Ji-yeon, apa perasaan awak? - Sejak bila kamu mula bercinta?

- Ji-yeon! - Tolong komen!

- Ji-yeon, beritahu kami! - Lihat sini!

- Tolong komen! - Ji-yeon!

- Beritahu! - Macam mana kamu berjumpa?

Tolong ke tepi supaya saya boleh lalu.

- Apa? Siapa dia? - Dia bukan Chae Ji-yeon.

- Bukan dia? - Apa ini?

- Tak guna. - Bukan dia?

Tak guna!

Kita dah selamat sekarang. Bangunlah.

Terima kasih.

Maafkan saya.

Aduhai.

Dia tiba-tiba keluar dari lif.

Saya rasa dia memang dah hilang akal.

Saya pasti dia bersamanya sekarang.

Saya tak percaya dia bersamanya ketika khabar angin tersebar.

Tak guna.

- Shin, budak ini… - Kenapa? Dia tak jawab telefon?

En. Moon nak buat apa sekarang?

Pertama, saya perlu pastikan semua artikel itu diturunkan.

Hei, cuba cari di mana Shin berada.

Baiklah.

Dia kata dia takkan rosakkan LUNA. Jadi kenapa buat begini?

Sekejap. Ini tempat kita pergi bercuti, bukan?

[ "Shin dari LUNA dan Pelakon Chae Ji-yeon Bercinta Walaupun Berbeza 10 Tahun" ]

Siapa yang ambil gambar ini?

Entahlah. Ini bukan jadual rasmi kita pun.

Macam mana gambar ini boleh diambil?

Mungkin orang yang lalu-lalang atau paparazi.

Saya pun akan ambil gambar selebriti yang berjalan bersama pada waktu malam.

Sakitnya kepala saya.

Kalau mereka tulis artikel tentang mereka hilang bersama…

Aduhai. Apa kita nak buat, Tae-in?

Awak rasa lebih baik sekarang?

Sekejap, rumah saya bukan di sini.

Awak tak boleh balik. Tentu ramai wartawan di sana.

Habis itu?

Saya belum fikir sejauh itu lagi,

tapi biar saya fikir dulu.

Kita nak ikut jalan mana?

Kiri atau kanan?

Pilih satu.

Awak tak jawab, jadi saya akan pilih kiri.

Jangan jawab.

[ Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Tinggalkan pesanan… ]

Aduhai. Terkejut saya.

Apa awak buat di sini?

Awak pula? Kenapa awak keluar dari bilik itu?

Saya nak cari tempat yang dia mungkin pergi.

Macam mana dengan awak?

Saya?

Saya nak keluar ambil angin.

Hei, Tae-in.

Nampaknya kita tak boleh tidur malam ini. Apa kata kita minum?

Baiklah.

Dah lama kita tak minum bersama.

- Yakah? - Sebelum kita debut,

kita selalu minum bersama di bar khemah.

Kita kena buat macam-macam untuk pastikan Shin tak ikut.

Betul. Dia baru saja

umur 18 tahun pada waktu itu, bukan?

Dia tak pernah dengar cakap kita, ingat tak?

Dia belajar untuk berkelakuan baik selepas kita debut.

Ketika kita bertiga jadi pelatih…

Aduhai.

Ketika itu kita tahu segalanya tentang satu sama lain

walaupun kita tak nak pun tahu.

Sebab kita tinggal di rumah besar sekarang?

Saya tak tahu Shin ada kekasih.

Awak tahu tak?

Saya pun tak tahu.

Dah lama kita tak bincang hal peribadi.

Saya fikir lebih mudah begitu,

tapi nampaknya ia boleh jadi mengecewakan dalam situasi begini.

Saya terlalu sibuk tentang muzik

sehingga terlupa yang saya patut fikirkan benda lain juga.

Tae-in.

Awak tahu tak yang awak dah berubah?

Macam mana?

Itu cuma pendapat saya.

Saya lebih suka awak begini.

dan beri jawapan pada waktu itu?

Saya rasa saya tak boleh hidup tanpa awak lagi.

Tapi kalau nak pergi juga,

awak boleh pulangkan kepada saya nanti.

[ Cik In Yoon-ju, bayaran faedah awak dah tertunggak. ]

[ akan meningkat setiap hari. Awak pasti awak boleh uruskannya? ]

Apa? Kenapa tak boleh buka?

Serahkannya kepada saya. Saya boleh buat sendiri.

Saya pernah buat sekali.

Tapi itu dah terlalu lama.

Aduhai, tempat ini kosong.

Menakutkan pula.

Kita lari daripada orang ramai

dan sekarang awak takut sebab tak ada orang di sini?

Kalau awak tak begitu takut,

apa kata kita pergi bersiar dan hirup udara segar?

Apa yang awak fikirkan?

Kita patut

beritahu semua orang tentang hubungan kita.

Lebih mudah begitu.

Awak fikir itu lebih mudah?

Ada saja yang memerhati di semua tempat,

tapi sekurang-kurangnya kita tak perlu bersembunyi lagi.

Ia tak semudah itu, Shin.

Saya tahu.

Tapi saya rasa lebih mudah daripada berpura-pura

jadi orang asing.

[ Telefon ini telah dimatikan. Sila tinggalkan pesanan selepas… ]

Dia sengaja tutup telefon?

Saya rasa Ji-yeon pun buat begitu.

Di mana mereka? Telefon bimbit mereka pula dimatikan!

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left