The first 200 lines.
SEBUAH SIRI NETFLIX
POLIS
- Kenapa? - Apa yang berlaku?
Ya Tuhan.
Macam mana ini boleh terjadi di kejiranan kita?
FORENSIK POLIS
Kenapa tiba-tiba saja?
Boleh sesiapa jelaskan apa yang berlaku?
- Itu suaminya? - Aduhai.
Kasihan dia.
Itu suaminya?
- Malang betul nasibnya. - Aduhai.
- Polis patut buat sesuatu, bukan? - Ya.
Aduhai, apa dia nak buat sekarang?
Ada orang jatuh dan mati di sini.
23 SEPTEMBER JUMAAT
KOMUNITI PEMANDANGAN YANG INDAH
Ada ramai orang.
Polis juga ada. Kecoh betul.
- Kemalangankah? - Saya dengar bunuh diri.
- Di mana? - Apa yang berlaku?
- Di mana? - Di mana?
Blok 901. Blok rumah saya.
Katanya penghuni aras 25.
- Emper? - Ada apa?
Siapa?
- Saya dengar wanita muda. - Suaminya sedang periksa di luar.
Suaminya menangis.
- Anak macam mana? - Aduhai.
- Ya. - Kenapa jadi begitu?
AMBULANS POLIS
FORENSIK
Takutnya!
Geon-u, apa awak buat?
Kumpul bahan berita.
GARISAN POLIS
Apa yang berlaku?
Betulkah mak Henry? Betulkah?
Saya…
Saya rasa ini salah saya.
Chun-hui.
Saya rasa ini salah saya.
Mungkin salah saya.
Saya rasa ini salah saya.
Apa saya patut buat?
SURAT DARIPADA SI MATI
STILNOX UBAT PSIKOAKTIF
Sebenarnya saya
bercinta dengan Louis ketika di Perancis.
Tapi Jin-ha
asyik salah faham terhadap kami berdua.
Sebab itu kami bergaduh besar
dan saya cakap tak mahu jumpa dia lagi.
Jadi…
kamu berdua tak bercinta semula?
Tidak.
Tidak.
Tapi…
Louis
mencari penulis siluman,
jadi kami bekerja bersama.
Kalau Jin-ha tahu…
Kalau itu sebabnya…
maksudnya saya bertanggungjawab…
Eun-pyo!
Eun-pyo.
Bernafas perlahan-lahan.
Bernafas perlahan-lahan. Awak alami hiperventilasi.
Bernafas perlahan-lahan.
Awak okey?
Awak okey?
Chun-hui.
Saya sangat takut, Chun-hui. Saya tak tahu nak buat apa.
Apa saya patut buat?
- Apa saya patut buat? - Eun-pyo.
Eun-pyo.
Eun-pyo, pandang saya.
Ini bukan salah awak.
Ini bukan salah awak.
Kalau awak buat salah pun, awak tak patut mati sebab itu.
Itu pilihan Jin-ha, bukan salah awak.
Jangan fikir begitu, okey?
Buat masa ini…
jangan beritahu sesiapa tentang kisah lalu.
Jangan beritahu dengan terperinci kepada polis.
Jangan beritahu jiran-jiran langsung.
Mereka akan gunakan kejadian ini untuk reka cerita.
Jadi jangan beri sebab untuk orang lain curiga, faham?
- Terima kasih. - Awak dah bekerja keras.
Siapa saksi pertama yang temui mangsa?
Penduduk di sini. Sebentar, ya?
Tak apa. Saya cari sendiri.
Menurut unit forensik, tiada tanda-tanda pecah masuk.
Tiada kesan pergelutan juga.
Masa kematian sukar ditentukan sebab hujan.
Berdasarkan lebam dan kekakuan mayat, mungkin berlaku pada pukul 2:00 pagi.
Semua kesan hilang sebab hujan.
Kalau lihat tempat dia jatuh,
dia seperti jatuh tanpa halangan.
Tiada harapan untuk selamat.
Kami sangka dia mabuk, tapi tiada kesan dia minum alkohol.
Okey.
Anaknya masih kecil, kenapa dia buat begini?
Helo, ini Inspektor Senior Jung, Unit Jenayah Berat.
Betulkah ini nombor telefon pelapor pertama?
MAK SEON-HO
MAK CHANG-IK
AWAK NAMPAK SUAMINYA?
BAGAIMANA JIKA HARGA RUMAH JATUH?
PARK YUN-JU
DIA SANGAT TINGGI
SUAMI ORANG
Helo.
Helo, awak okey? Tentu awak terkejut.
Kenapa awak buang sampah pada waktu itu?
Eun-pyo, awak bertenang dulu.
Kalau ada pil penenang di rumah, makanlah.
Mungkin sekarang awak okey, tapi malam ini awak mungkin akan mengigau.
Okey.
Saya perlu ambil keterangan, datang ke balai dulu.
Jangan memandu. Naik teksi, okey?
Nombor yang anda dail tidak dapat…
Kenapa dia tak jawab panggilan?
Kenapa?
Eun-pyo yang buat laporan dahulu.
Apa? Lapor apa?
Tentang…
Sayang, isteri majikan awak dah mati.
Katanya dia terjun dari aras 25.
Hubungan mereka tak baik? Dia tak cakap apa-apa ketika pergi kerja?
Apa saya patut buat?
Aduhai.
SEMUA TAHU TENTANG RATU EMPER?
PADAM HANTARAN INI? PADAM
IBU-IBU DI SINI KETERLALUAN SEPERTI KEJIRANAN INI.
SUKAR TINGGAL DI SANGWE-DONG KERANA SESETENGAH IBU-IBU
SAYA JUGA RASA BEGITU
Adakah awak bercakap tentang Ratu Emper?
Saya juga fikir begitu, setiap kali nampak dia.
Bukankah suami selalu menyebelahi orang lain?
Ratu Emper selalu bawa suaminya ke mana-mana seperti hiasan.
Keluarga begitu lebih mencurigakan.
PANGGILAN MASUK
Helo.
Ketika awak pergi kerja dengan bos awak,
ada dia cakap apa-apa tentang isterinya?
Tentang apa?
Tentang hubungan mereka tak baik
atau dia selalu ingin bunuh diri.
Dia pernah cakap tentang perkara begitu?
Chun-hui.
Adakah awak
ada kaitan…
Apa yang awak cakap?
RUANG SEMBANG INI AKAN DITUTUP SEMENTARA. SEMUA DIMINTA KELUAR
KELUAR DARI RUANG SEMBANG
Kenapa awak buat begitu?
Macam mana saya nak hidup sekarang?
Macam mana saya nak jumpa awak lagi?
Saya yang bersalah.
Saya minta maaf, Jin-ha.
Saya minta maaf.
Saya yang bersalah.
Saya sangat sedih.
Ketika insan yang baik hati itu datang minta bantuan kita,
apa kita buat?
Benar-benar…
Memang teruk.
Macam mana dia boleh pilih cara itu sedangkan masih ada anak kecil?
- Betul. - Apa lagi yang tak cukup?
Awak tahulah.
Bukankah sudah jelas?
Betul, bukan?
Tengok rupa suami dia pun dah tahu.
Suaminya terlalu kacak.
- Saya kasihankan anaknya. - Ya.
- Betul. - Lelaki begitu…
Saya dah tak boleh bersabar mendengar perbualan kamu.
Tolonglah berhenti, okey?
Apa maksud awak?
Awak tak tahu kenapa mak Henry bunuh diri?
- Manalah saya tahu. - Saya tahu.
Kamu semua cemburukan dia, jadi kamu mengata dan gunakan dia.
Kamu juga sebarkan berita palsu.
Kamu tak rasa malu?
Apa yang awak cakap?
Salah saya kalau masyarakat bersikap begitu?
Saya boleh koyakkan mulut awak.
- Aduhai. - Alamak.
- Aduhai, Yeong-mi. - Berhenti merepek.
- Aduhai. - Berani awak cakap begitu?
Aduhai, kamu sangat kejam. Jangan masuk campur hal dia.
Awak pandang rendah pada saya? Merepek betul.
Cik, tolong isi semula kopi ini.
- Aduhai, geramnya. - Biar betul?
- Merepek betul. - Tarik nafas.
Aduhai.
- Hai. - Hai.
Apa yang berlaku?
Saya baru saja berbual di telefon dengannya kelmarin.
No comments yet. Be the first to leave one.