Release info

바람과 구름과 비 Wind Clouds and Rain E07 200607-NEXT-iQIYI
바람과 구름과 비 Wind and Cloud and Rain E07 200607-NEXT-iQIYI
바람과 구름과 비 Kingmaker:The Change of Destiny E07 200607-NEXT-iQIYI
A Commentary by RuoXi
Ep. 7 [iQIYI Ver.]. Synced for NEXT. Runtime > 01:00:39. Enjoy.... ;). Check out My IG @ruo_xi_ss for subtitles updates ^^. Note : video download link can be check my telegram channel at https://bit.ly/telchan. Sorry if the sub doesn't sync well since I u

Tags

other
Published on: 2020-06-07
Downloads: 6
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 196 lines.

Di dalam kediaman ini

saya boleh rasakan aura seorang raja.

Kamu tahu tak?

Apa yang dia buat di sini?

Bukankah awak Tuan Choi?

Tunggu apa lagi? Tangkap dia!

- Ya, tuan! - Berhenti!

Saya bercakap daripada pengalaman sendiri.

Dialah tukang tilik terbaik Joseon.

Dia tak pernah salah sebelum ini.

Sekarang, cakap sekali lagi.

Awak kata awak boleh rasakan aura seorang raja?

Ini semua mengarut daripada tukang tilik yang bodoh!

Ya, itu yang saya cakap.

Di sini, di kediaman ini ada raja yang seterusnya.

Tuhan yang akan menentukan raja yang seterusnya.

Raja ada aura yang berbeza!

Saya boleh rasakan auranya di sini!

Baiklah, mari kita dengar kata tukang tilik terbaik negara kita.

Baiklah, siapa yang mempunyai aura raja?

Keluarga Jangdong Kim-moon akan bunuh awak tak kira apa berlaku!

[ Di mana saja jalan berakhir, saya akan cipta jalan sendiri. ]

Lelaki hina macam saya, berani memandang naga.

Orang dengan aura raja dan dilahirkan untuk memerintah negara

ialah budak ini!

Kenapa kamu tercegat saja?

Berhenti!

Ada kanak-kanak di sini!

Berundur.

Penjenayah hina ini telah melakukan pakatan sulit, tuan!

Jika dia benar-benar melakukan pakatan menentang takhta,

tentu ada orang lain yang tolong dia.

Siapa lagi yang berpakat melakukan jenayah ini?

Itu...

Lelaki ini adalah anak kepada Choi Gyung,

musuh yang dibunuh oleh kerajaan!

Ayah saya terima hukuman kesalahannya dengan nyawanya sendiri

dan keluarga saya sudah hilang kehormatan dan harta!

Tetapi kes itu diselesaikan tanpa sebarang bukti.

Itu tidak adil!

Awak anak Choi Gyung?

Choi Gyung...

Dulu saya rapat dengan ayah awak.

Hanya kerana dia umumkan kerabat raja sebagai raja yang seterusnya

ketika majlis Kim-moon

tak menjamin dia akan dipenjarakan oleh anak angkat keluarga Kim?

Tambahan pula, leftenan tak dapat beri kenyataan

siapa yang berkonspirasi untuk buat apa sebenarnya.

Begitu.

Apa patut kita buat?

Serahkan dia kepada pengawal kerajaan.

Saya akan periksa lebih lanjut.

Tak boleh!

Lelaki ini telah melarikan diri dari penjara kita!

Berani awak!

Awak siapa nak bersuara?

Ikut arahan pegawai atasan.

Ikut saya.

Tuan puteri.

Ambil berat betul awak

terhadap penjenayah negeri.

Adakah awak membantu

dia melarikan diri dari penjara?

Suka hati awaklah nak fikir apa.

Awak takkan boleh pergi.

Selagi saya masih hidup,

awak takkan pergi dengan dia.

Jangan lupa tentang itu.

Benarkah?

Ya, saya pasti!

Maksud awak, tukang tilik nasib terbaik Joseon, Tuan Choi dah jumpa

raja yang seterusnya

dan tunduk hormat di depan semua orang?

Ya, tepat sekali.

Oh, Tuhan.

Tak sangkanya!

Dia tunduk hormat kepada raja yang seterusnya! Ini gila!

Cantiknya awak...

- Jangan buat kecoh! - Kita perlu sebarkan khabar angin ini!

Tuan Choi sangat berbakat!

Berbaris!

- Tunduk hormat! - Dia betul-betul lakukannya?

Bong-ryun!

Kamu tengok apa?

Tiada apa-apa, tuan.

Khabar angin yang tak berasas.

Kami terkejut, Permaisuri Balu.

Beta suruh cari dan guna penilik nasib,

bukannya cari dan diperdayakan olehnya.

Beta cuma perlukan seseorang untuk bercakap,

bukan seseorang yang menggunakan otak!

Menjunjung perintah, permaisuri. Patik akan uruskannya senyap-senyap.

Permaisuri Balu, puteri datang menghadap.

Beta tak perintahkan kamu datang. Kenapa kamu ada di sini?

Patik ada semasa kejadian itu.

Patik rasa patik patut beritahu apa yang patik nampak, jadi patik datang.

Kamu juga nampak apa-apa dalam diri budak itu?

Ya, patik nampak.

Maksud puteri...

Cakap! Apa yang kamu nampak?

kekuatan dan kuasa besar dalam dirinya.

Benarkah itu yang kamu nampak?

Tanpa sebarang keraguan?

Ya, sudah tentu.

Anak kedua Heungseon-gun, Jae-hwang akan selamat

dengan beban kehebatan itu.

Beta tak tahu nak percaya apa.

Permaisuri Balu perintahkan Choi Chun-jung menghadap!

Tanya dia dan dengar kata-katanya

dan gunakan dia untuk kebaikan permaisuri!

Datang ke depan dan tunduk hormat, penjenayah.

Berhenti.

Pengawal diraja elit.

Patik, Chun-jung daripada Keluarga Choi, datang menghadap tuanku.

Beta pernah dengar tentang kelakuan aneh dan luar biasa kamu.

Beritahu beta mengapa kamu melakukan Hoksemumin

[ Hoksemumin, orang melakukan huru-hara dan memperdaya rakyat dengan penipuan ]

dan kamu buat semua ini untuk siapa.

Tuanku, patik lakukan

semua itu untuk selamatkan nyawa tuanku.

Macam mana penjenayah hina macam kamu boleh selamatkan beta?

Tuanku ada kekuatan dan kuasa, yang hidup dan bernafas.

Tuanku ada kuasa sepenuhnya

dan mewariskannya kepada keturunan tuanku.

Seorang lelaki yang hidup untuk memegang kuasa selama-lamanya.

Tuankulah raja yang sebenar.

Patik mengembara ke seluruh negara

untuk membantu memastikan kuasa tuanku diserahkan kepada pewaris sah.

Supaya legasi tuanku akan kekal selamanya.

Beta boleh potong lidah kamu yang bijak itu bila-bila masa saja.

Macam mana kamu boleh tolong beta dengan ramalan seperti itu?

Arnab yang bijak menggali tiga lubang, Permaisuri Balu.

[ Gyotosamgul Arnab licik menggali tiga lubang ]

Maksudnya, kamu sediakan yang kedua?

Kalau takut kalah untuk yang kedua, saya akan sediakan yang ketiga.

Saya hidup untuk melindungi legasi raja selama-lamanya.

Dengan lidah yang bijak ini.

Penjenayah Choi Chun-jung

perlu kembali ke kediamannya, bersedia dan mematuhi undang-undang.

Inilah hukuman yang beta berikan kepada kamu.

Menjunjung kasih, tuanku!

Tuan.

Selepas insiden itu, saya rasa ada salah faham antara kita.

- Hamba Jang! - Ya, tuan.

Awak jaga rumah ini dengan teruk.

Saya boleh dengar bunyi tikus berdecit di bawah lantai.

Maaf, saya akan bekerja keras.

Apabila menghapuskan tikus, awak mesti bunuh anak-anaknya juga.

Dengan itu, barulah awak boleh hentikan masalah yang lebih besar.

Ayah setuju?

Tolonglah faham, tuan!

Saya tak tahu apa-apa.

Tukang tilik itu bertindak sendiri!

Tuan Choi!

Dia nampak sangat berguna.

Tuan! Tolonglah, ini cuma salah faham!

Tuan.

Tolonglah, ini cuma salah faham...

Tuan.

Tolonglah, ini cuma salah faham...

Tuan.

Tolonglah, ini cuma salah faham...

Tuan.

Jae-hwang...

Kamu tahu apa yang ayah buat

untuk tanam datuk kamu di Jewangjiji, Gunung Gayasan?

Saya dengar ayah bakar tokong yang pernah ada di sini.

Tepat sekali!

Ayah minta Buddha berpindah ke tempat lain!

Jewangjiji ini

milik saya, Heungseon!

Ia milik Heungseon!

Bukan itu saja.

Ayah dah kalahkan hantu yang menghantui

tempat ini selama 500 tahun.

Jae-hwang.

Selepas ayah pindahkan kubur datuk kamu ke sini,

beberapa tahun kemudian, kamu dilahirkan.

Apa?

Anak ayah, Jae-hwang.

Kamu dilahirkan dengan

aura raja.

Ayah, macam mana saya...

Jangan risau.

Ayah kamu ini akan sentiasa melindungi kamu.

Ayah akan bimbing kamu melepasi gunung yang curam

dan ombak besar itu.

Kamu cuma

berjalan saja di haluan yang ayah bentangkan untuk kamu.

Dan

sentiasa merendah diri

dan tunggu masa yang sesuai.

Kamu faham?

[ Orang dengan aura raja dan dilahirkan untuk memerintah negara ]

ialah budak ini!

Tuan. Tolonglah. Ini satu salah faham.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left