The first 200 lines.
SIRI ASLI NETFLIX
Bila musuh menyerang, awak lari.
Itu pengkhianatan.
Sekarang tiba masa untuk hancurkan otak awak.
Tolong, jangan bunuh saya!
Diam! Mati seperti seorang lelaki!
Tapi saya ada isteri dan keluarga.
Itulah balasan untuk pengecut.
Tolong perlahankan suara. Ada mesyuarat penting sekarang.
Maaf.
Mari pergi ke bilik cetak. Di sana, kamu takkan kacau sesiapa.
Ini merupakan undian tertutup.
Rakan-rakan sekerja awak tak akan belanja sebanyak ini
untuk 25 daerah saja.
Cuba pujuk dulu.
Isi penting ada dalam poket tuan.
Kalau kalian nak maklumat lebih terperinci,
kajian, statistik, hubungi saja Gillian atau saya.
Bila mahukan pertolongan, hubungi Doug.
Kalau bantuan tak berkesan, jumpa saya terus. Peter.
Saya akan berkempen di Pennsylvania.
Semua majlis saya minggu ini berada di daerah kawasan tadahan air,
saya akan berurusan dengan media.
Kalau ada yang nak telefon saya,
hubungi Christina, dia akan uruskan.
Sejujurnya Frank, bukan senang nak raih undi dengan modal 200 juta dolar.
Pelobi gas asli menentang habis-habisan.
Kita perlu ketengahkan isu pekerjaan.
Industri gerudi boleh beri kerja lebih banyak daripada rang ini.
Rang ini tak kacau kerja mereka.
Tapi memastikan kerja menggerudi lebih berhemah.
Ia juga menambah peluang pekerjaan.
SanCorp tanya saya pasal dana pemilihan semula.
Saya pun.
Mereka mahu tawarkan sumbangan daripada lapan syarikat gerudi.
- Remy Danton? - Ya.
Berapa ramai yang Remy hubungi?
Saya tahu, bukan mudah nak menolak habuan.
Tapi kalau Republikan menguasai persempadanan semula Pennsylvania,
kita akan kalah pada pilihan raya nanti
dan kamu semua akan hilang keahlian jawatan pengerusi.
Ini kelebihan yang Peter ada untuk kegunaan kita.
Kalau rang undang-undang ini gagal, dia mungkin gagal juga
dan kita berjuang untuk kekalkan kuasa majoriti kita di sini.
Ada apa-apa lagi?
Saya nak kiraan undian pertama pukul 4:00 petang esok.
Terima kasih banyak semua.
NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN
Menyeksakan.
22 kali perhentian dalam masa tiga hari.
Banyak tidur dalam bas.
Tak tidur pun. Saya cuma boleh buat kerja dalam bas saja.
Sebenarnya, Francis pernah buat jelajah bas pada tahun 1998
dan brek bas tersebut rosak ketika menuruni sebuah bukit.
Akhirnya kami tersadai di ladang tembakau.
Dia keluar dari kereta,
ketuk pintu rumah peladang,
tulis cek atas kerosakan tanaman
dan pinjam lori pikap supaya dia tak terlepas majlis yang seterusnya.
Waktu itu memang seronok.
Dia memandu. Saya duduk sebelah.
Semua pekerja duduk di belakang lori.
Kami berjaya sampai sepuluh minit awal.
Saya rasa saya patut tengok kiraan undi.
Hati-hati, tuan. Panas.
Awak dan naib presiden dapat liputan di seluruh negara.
Itu akan bantu raih undian.
Saya dah hubungi dia. Dia tak balas.
Tak pasti sama ada dia tahu pasal isi penting dalam rang itu.
Rasanya Jim memang tak nak pergi. Dia pergi pun sebab presiden dan saya.
Tak apa kalau dia tak tahu isi penting pun.
Orang nak lihat yang dia mesra rakyat.
Layan saja dia. Tunjuk dia sedikit...
- Oh, Tuhan! - Awak okey?
- Saya tak sengaja. - Okey, kita kena pergi.
- Maaf. - Tak apa.
Kena basuh dengan air sejuk saja.
Saya takkan tipu.
Saya menyampah dengan budak-budak.
Saya dah cakap.
Kamu tak boleh buat perangai di sini.
- Kamu kena bersikap matang. - Saya tahu.
Peter, kita kena bertolak sekarang.
Kita dah terlepas satu penerbangan sebab mesyuarat tadi.
Saya tempah satu pada pukul 9:25, tapi...
- Kita perlu hantar anak-anak ke sekolah. - Nanti tak sempat.
Kalau kita terlepas lagi, kita kena batalkan majlis pertama kita.
Nancy, boleh awak hantar mereka?
Saya kena siapkan paket makanan untuk beberapa ahli politik.
Maaf Peter, tapi saya ada mesyuarat dengan Greenpeace nanti.
- Saya perlukan pendapat mereka. - Di mana sekolahnya?
- Connecticut dan Q. - Saya boleh hantar.
Awak pasti?
Ya, dekat dengan pejabat saya.
Akta Tadahan Air ini
jelas membuktikan bahawa agenda antikapitalis
masih lagi rancak dan wujud dalam parti Demokrat.
Biar saya tunjuk apa yang sedang berlaku.
Ini adalah ahli Demokrat yang sama macam lembu dicucuk hidung
disebabkan hasutan fanatik alam sekitar tentang propaganda sains yang karut.
Di sini pula adalah mangsa-mangsa orang-orang tak guna itu,
golongan berpendapatan sederhana Amerika
yang hanya mahu bekerja keras
dan cari makan dalam industri penggerudian.
PETER RUSSO GABENOR?
Bagaimana dengan sikap hipokrit?
Berani Peter Russo nak ajar kita tentang kebersihan sungai
sedangkan dia mencemari dirinya dengan bahan kimia selama bertahun-tahun?
Selama ini, dia sibuk hisap dadah dan sangat menikmatinya.
Ini rang undang-undang terbesar dia pernah taja dalam enam tahun.
Satu negara cakap pasal itu. Apa cerita awak?
Kalau ia tak lulus, mungkin dia akan hilang sokongan
dari Persatuan Pembina Kapal.
Jadi, dia hilang sokongan. Tak menarik pun.
Mereka adalah faktor penting untuk raih undi di Philadelphia.
- Nampak macam kerja orang dalam. - Melainkan saya tahu kiraan undi.
Kiraan yang tepat. Tiada siapa tahu.
Tapi bila saya telefon pejabat kempen itu,
mereka tak jawab pun.
Sama juga pejabat Ketua Dewan.
Awak ada kenalan di pejabat Underwood?
Tak ada.
Tak kenal seorang pekerja pun?
Saya ingat, awak ada kenalan sebab awak beri maklumat Russo.
Maklumat itu bukan dari mereka.
Tapi Underwood yang uruskan kempen itu.
Saya minta maaf. Saya tak kenal sesiapa di sana.
Okey.
Hei, ini saya. Saya nak beritahu awak sesuatu.
Saya akan balik pukul 10:00. Jumpa saya di sana.
- Sarah yang buat. - Ia seekor katak.
Saya buat ini. Boleh mak cik teka?
- Seekor udang karang? - Bukan. Ia seekor kala jengking.
Ini untuk mak cik.
Sebagai balasan tempoh hari.
Cantik sangat.
Kenapa tak bawa ke sekolah dan tunjuk pada budak-budak di situ?
Atau beri kepada kawan-kawan.
Tak. Kami akan kena ejek nanti.
Kenapa?
Semua budak di sekolah benci kami.
Mereka cakap, ayah penagih dadah dan kami anak penagih dadah.
Saya cari "anak penagih dadah" di Internet.
Muka kami tak sama pun.
Mereka cakap ayah akan mati sebab dos berlebihan macam Amy Winehouse.
Kamu ada cakap tak yang ayah kamu takkan buat hal lagi?
Ya, kami dah cakap. Tapi mereka tak percaya.
Kamu ada cuba beritahu cikgu?
Tak boleh.
Kami akan makin dibenci nanti.
Kamu tak perlu peduli tentang apa yang orang lain fikir, betul tak?
Kalaulah ayah tak bertanding nak jadi gabenor.
Awak pernah pergi Allentown?
- Tak pernah. - Apa pendapat awak?
Senang nak letak kereta berbanding di New York.
Tapi susah nak cari bagel yang sedap.
Kami ganti dengan krim keju.
- Boleh kita mula? - Jika awak dah sedia.
Rang Tadahan Air awak.
Awak cari pasal dengan ahli Republikan, minyak, gas...
Beberapa orang akan kecewa bila nak buat benda baik.
Bukan beberapa saja.
Ada satu pakatan besar nak tengok rang undang-undang awak gagal.
Termasuklah ahli alam sekitar parti awak sendiri.
- Rang itu tak memadai. - Kami nak rang itu lulus.
Sebab itu kami cuba sepakat...
Betulkah awak ambil berat terhadap Sungai Delaware?
Kalau tak, saya takkan taja.
Sebelum ini, awak tak taja apa-apa undang-undang pun.
Saya sibuk di Kongres, uruskan hal-hal yang penting untuk kawasan saya.
Limbungan kapal itu.
- Saya pastikan ia kekal beroperasi. - Okey.
Itu baru satu.
Yang lain?
Kalau boleh, saya nak beri senarai kerja saya di Kongres.
Tapi masa tinggal 15 minit...
Pembangkang fikir, awak tak layak sebab awak kaki minum.
Saya amat terbuka terhadap kisah silam saya
dan saya dah buat yang terbaik untuk mengatasinya
dengan bertanggungjawab dan berterusan.
Saya lebih suka vodka berbanding scotch . Betulkan maklumat awak.
Adakah Akta Tadahan Air ini hanya satu helah untuk meraih perhatian
dan memperhebatkan transkrip awak
bagi bertanding jawatan gabenor?
Rakyat juga yang untung.
Memang ada peluang pekerjaan.
Bila Sungai Delaware dah kurang tercemar berbanding 50 tahun dulu,
pegang gelas berisi air sungai itu dan lihat betapa jernihnya air tersebut.
Itu yang jelajah bas saya mahu.
- Naib presiden akan sertai awak nanti? - Betul.
Kenapa lama sangat nak dapat sokongan dari dia?
Dia rasa, saya tak layak.
Bila dia tahu saya ada temu ramah dengan The New York Times ,
dia terus berubah fikiran.
Saya akan masukkan sekali.
Lebih baik kalau awak guna saja ayat-ayat saya.
Kalau saya tak rasa yang awak cuma menyusahkan,
saya mungkin suka awak.
Jika edaran awak laris macam The Wall Street Journal,
mungkin saya pun sama.
No comments yet. Be the first to leave one.