The first 200 lines.
Tunggu di sini, jangan cakap apa-apa.
Aduhai. Awak merokok lagi?
Ingatkan dah berhenti.
Saya ingatkan awak nak bawa saya jumpa saksi.
Malah, saya ingat ada orang cakap besar tentangnya.
Ada sesuatu berlaku.
Bukankah ia selalu begitu?
Nampaknya awak tak cukup bukti untuk libatkan ejen saya.
Jangan begitu.
Awak tahu selok-belok bidang ini.
Dalam kes pengintipan syarikat macam ini,
kerajaan awak tak nak bekerjasama apabila mereka dapat manfaatnya.
Jadi kami tak ada pilihan.
Kami mesti tangkap pencuri itu.
Tak mungkin awak mahu bersusah payah hanya untuk Harrison.
Apa yang berlaku sebenarnya?
Si licik.
Okey. Tapi ada satu syarat.
- Okey. - Okey?
Saya minta masa untuk awak.
Jadi awak ada dua minggu untuk cari pembunuh Sophie
dan bawa balik fail rahsia yang dia nak beri kepada Helmes.
Dengar sini. Kita kena guna Harrison.
Kami perlukan kerjasama dia untuk berdepan dengan Helmes.
Okey.
Awak pakai kanta lekap?
Mata awak berkilauan.
Awak menangis semalam?
Tentulah tidak.
Ia memang beri kesan pada awak.
Ini bukan masa untuk menangis.
Saya dah kata jangan libatkan perasaan dalam kes ini.
Sebab itulah berlaku kesilapan.
Ya. Ada apa?
Agensi Perisikan Negara tak akan benarkan?
Apa yang awak cakapkan ini?
Okey.
[ Kami berterima kasih atas restu untuk permulaan kami. ]
Ah-reum.
Doo-lae...
Sophie...
Ya, Sophie.
Pengantin kita...
Kawan kita...
Bagaimana dia boleh ditimpa nasib begini?
Perkara yang tak diduga berlaku.
Awak tahu, ia berlaku, tapi tak keluar dalam berita.
Sophie seorang saintis terkenal.
Ada kisah berita tentang kebijaksanaannya
dan jadi saintis senior termuda di Makmal Kebangsaan.
Tengoklah laporan tentang kematiannya ini.
[ Saintis Genius Sophie Ahn Mati Akibat Dos Opioid Berlebihan ]
"Saintis Genius Sophie Ahn Mati Akibat Dos Opioid Berlebihan."
Adakah mereka maksudkan Sophie?
Saya dah tak jumpa artikel itu lagi. Ia telah dipadamkan.
Apa yang berlaku?
Awak kata awak nampak seseorang kejar dia.
Dia mungkin dibunuh.
Tapi pihak media kata dia terlebih dos.
"Sophie mula ambil opioid semasa belajar di luar negara."
"Sebelum majlis perkahwinannya, dia juga minum banyak."
Apa nama syarikat akhbar ini? Siapa wartawan itu?
Ditulis oleh Cheon Guk-gil?
Saya mahu ajar dia.
Sekejap, itu telefon saya.
Helo? Ini pejabat Parti Berita?
Saya nak bercakap dengan Hwang Chun-gil...
Maaf, maksud saya, Cheon Guk-gil. Boleh saya bercakap dengan dia?
Apa?
Dia sedang bercuti?
Kita terima arahan dari ibu pejabat.
Apa pula kali ini?
Mereka tak mahu media laporkan kematiannya
sebagai insiden yang misteri sebab itu menimbulkan sensasi.
Mereka lebih suka ia dilihat sebagai
terambil dos dadah berlebihan ketika berparti.
Itu pula tak timbulkan sensasi?
Kita akan dikritik negara-negara lain jika mereka tahu yang
ketua saintis kita dalam projek penyelidikan antarabangsa
cuba jual rahsia penyelidikan kepada pihak ketiga.
Sebab itulah agensi perisikan mahu menutupnya.
Mereka tak boleh buat begitu.
Kalau kita tak laporkan pencuri rahsia penting,
pencuri itu akan terlepas begitu saja.
Tak guna!
Okey.
Orang mati tak boleh bercakap.
Sekarang ini, kita perlu kumpulkan semua butiran dengan segera.
Young-gu, awak ada jumpa apa-apa?
Sophie Ahn. Warganegara, Korea Selatan.
Mempunyai PhD dalam Fizik dari Universiti Houston
dan Sarjana Muda dari Institut Teknologi Hong Kong.
Semasa menetap di Amerika,
[ Minta perlindungan saksi sebagai pertukaran maklumat tentang Helmes ]
dia dipilih sebagai ketua saintis
untuk projek enam negara EkoMatahari
yang menyelidik tenaga pelakuran nuklear.
Saya baca laporan penyelidikannya dan...
Apa yang awak tahu tentang fizik?
Ketua, Young-gu mungkin nampak bodoh,
tapi dia yang paling bijak di sini.
Dia lulusan KAIST.
Yakah?
Untuk menulis laporan tentang pelakuran nuklear,
awak perlu jadi saintis berdedikasi
yang hanya fokus pada kajian,
jadi saya tak faham kenapa dia jual rahsia...
Hei, awak tak baca buku komik?
Semua penjahat adalah saintis keji yang cuba letupkan dunia.
Seolah-olah PhD dalam sains buat mereka jadi jahat.
Kita tak boleh biarkan saintis-saintis gila ini keluar dari makmal mereka.
Sebab itulah saya paling takut dengan saintis.
Sebab itu jugalah saya tak benarkan Young-gu buat bertugas di lapangan.
Awak boleh cari lelaki miang daripada tangan mereka yang bersih.
Pengintip yang berkemahiran adalah pakar menyamar.
Penyamaran apa yang lebih baik daripada
jadi saintis yang berdedikasi pada penyelidikannya?
Bagaimana dia boleh terlibat dengan pengintipan syarikat?
Kerja kita adalah untuk membuka rahsia dia.
Ya. Saya rasa Sophie ada rahsia besar.
Rahsia apa yang dia ada?
Lelaki lain? Masalah duit? Masalah keluarga?
Lelaki yang ada masalah duit atau isu duit melibatkan lelaki.
Lelaki yang ada masalah keluarga atau keluarga yang ada masalah dengannya.
Tidak, Sophie takkan ada masalah begitu.
Awak silap. Semua orang ada rahsia.
Hidup awak boleh bergantung pada rahsia yang disimpan.
Tapi rahsia ini sangat besar
sehingga dia tak dapat menghalangnya daripada tersebar.
Dan itu menyebabkan kematiannya.
Maksud awak, rahsia itu yang membunuhnya?
Atau tidak.
Sophie buat kajian sepanjang hidupnya. Itu saja yang dia tahu.
Orang seperti itu senang dimanipulasi.
Dia pelajar terbaik sepanjang hayatnya dan dipanggil genius oleh rakan-rakannya.
Ibu bapa dia buka pusat tuisyen di Daechi-dong.
Disebabkan reputasi anak mereka, mereka dapat menarik perhatian
ramai pelajar dan buat banyak duit.
Tapi beberapa tahun lalu,
ayah dia rugi besar dalam penipuan harta tanah.
[ Pusat tuisyen berjaya. Penipuan harta tanah ]
Ketika itulah Sophie
pinjam duit daripada semua orang.
Dia juga terbitkan buku dan mula berikan kuliah.
Tunggu sekejap.
Sophie ada tubuhkan syarikat sendiri pada masa itu, bukan?
Cari dari mana dia dapat modal untuk tubuhkan syarikat.
Periksa kewangan ibu bapa dia juga.
Ada masalah kewangan tak semestinya boleh buat orang jual rahsia.
Tapi ia juga ada kemungkinan.
Bagaimana dengan suaminya? Dia?
Dia juga belajar di Institut Teknologi Hong Kong.
Alibinya telah diperiksa.
Ketika ini, dia dah ke luar negara.
Dia kembali ke Amerika sedangkan tunang dia dibunuh?
Benarkah?
Siapa yang buat begitu? Kejamnya.
Okey.
Apabila seorang isteri dibunuh,
si suami menjadi suspek utama.
Kenapa dia buat begitu?
Keluarga dia kaya-raya.
Adakah ia jenayah disebabkan nafsu?
Penghendap itu.
Sophie sedang dihendap.
Tak ada bukti yang dia penghendap.
Seo-ra akan bawa semua bukti
yang dia kumpul di rumah, kelab dan tempat pembunuhan.
Siasat kalau lelaki itu terlibat dengan mana-mana kes lain.
Cuba lihat ini.
Cari setiap panggilan yang dibuat dari telefon itu.
Saya tak jumpa banyak. Saya rasa dia ada telefon kedua.
Ji-hun, e-mel mana yang Sophie guna untuk hubungi awak?
Dr. Philip Yoon ada alamat e-mel dia.
Dia yang beritahu kita dulu.
Philip dan Sophie ialah rakan sekerja di Houston.
Awak ada cara untuk hubungi Philip?
- Ada. - Okey.
Siasat latar belakang semua orang yang terlibat dengan Sophie.
Bercakap tentang itu...
Kita ada individu yang berkepentingan
betul-betul di depan mata kita.
Awak yang pilih gambar itu, Young-gu?
Tukar.
Sisi mukanya yang sebelah lagi lebih cantik.
Apa awak cakap? Awak jumpa Ji-hun?
Kenapa awak buat begitu?
Awak ceraikan dia dan kata awak takkan bercakap dengan dia lagi.
Jadi awak tak patut jumpa dia lagi.
Kenapa awak perlu jumpa dia lagi? Dalam banyak-banyak tempat, di Jeju?
Saya takkan jumpa dia dalam situasi biasa.
Jadi, bagaimana keadaan dia? Dia masih sama?
Dia buat persembahan sambil tersenyum lebar di mukanya.
Sibukkan diri memang bagus.
Dia gunakan badan untuk bekerja.
Cari duit semasa buat kerja berat tak teruk.
Dia berpeluh-peluh.
Di parti bujang Sophie.
Dia penghibur lelaki.
- Apa? - Ada gambar?
No comments yet. Be the first to leave one.