Release info

오-나의-귀신님 Oh My Ghost E12 LIMO iQIYI
오-나의-귀신님 Oh My Ghost E13 LIMO iQIYI
오-나의-귀신님 Oh My Ghost E14 LIMO iQIYI
오-나의-귀신님 Oh My Ghost E15 LIMO iQIYI
오-나의-귀신님 Oh My Ghost E16 END LIMO iQIYI
A Commentary by ANANG2196

Tags

other
Published on: 2020-06-12
Downloads: 21
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Sub bY iQIYI

[Oh, ya. Saya tak boleh berundur dari sini.]

[Cef tengah panggil saya. Tunggu saya sebab dia risau.]

[Saya akan simpan. Saya akan buat apa yang termampu...]

- Cef. - Mana awak...

Kenapa awak macam ini?

Sebab awak, saya tidur tak lena...

Aduhai. Habislah.

Aduhai. Awak betul-betul dah jatuh hati kepada saya.

Kalau dah jatuh hati, susah untuk awak tak sukakan saya.

Dah macam paya. Saya rasa awak boleh lepaskan saya.

Tak mahu. Saya tak nak berjauhan dengan Cef.

Kenapa buat tengah-tengah jalan begini?

Perangai gila awak datang lagi?

Sebab awak tak benarkan saya sentuh awak.

Awak memang tak tetap pendirian.

[Apa patut kita buat sekarang? Terus begini?]

OH MY GHOST EPISOD 12

HOSPITAL

- Tuan Han! - Tuan Choi.

Tahniah sebab dah keluar hospital.

Kenapa bawa tauhu?

Saya bukannya masuk penjara.

Kata orang polis kena makan tauhu selepas keluar dari hospital.

Saya bawa tauhu organik.

Organik?

Biar saya tolong pegang beg.

Semakin saya fikir, semakin saya rasa malu.

Berani dia rompak pegawai polis?

Saya terlalu cuai.

Siaplah dia apabila saya tangkap dia nanti.

Dia dah burukkan reputasi saya sebagai seorang polis.

Saya akan bunuh dia.

Awak lapar tak?

Awak pasti tak suka makan makanan hospital.

- Sup hilangkan mabuk. - Okey, jom.

- Jom pergi makan. - Jom.

Saya tak suka duduk hospital.

Stu sosej darah tuan dah siap.

- Terima kasih. - Kami akan menikmatinya.

Pak cik risau apabila dapat tahu tuan masuk hospital.

Pak cik gembira lihat tuan dah sihat.

Saya pun gembira jumpa pak cik. Terima kasih.

- Makan banyak-banyak, ya. - Baiklah.

Makanlah perlahan-lahan.

Awak baru keluar hospital. Macam mana boleh begitu berselera?

Tuan pernah makan makanan hospital tak? Rasanya sangat teruk.

Makanan di sini sangat sedap. Saya terharulah.

Nah, makan yang saya punya.

Tuan patut beri saya daging.

Ya, ini dagingnya. Nah.

Saya kasihankan Eun-hee apabila teringatkannya.

Sebab kamera pengawasan itu...

Kita tiada saksi dan itu adalah petunjuk terakhir kita.

Tapi saya dirompak pula.

Macam tak masuk akal, bukan?

Awak dah buat yang terbaik.

Sebab itulah saya tak beritahu Eun-hee dan abang ipar saya.

Janganlah risau sangat.

Saya tetap risau.

- Makanlah. - Ya, awak juga.

- Hei, beratlah! - Apa?

Kenapa awak bawa kotak ini? Suruhlah orang lain buat.

Nanti belakang awak sakit pula.

- Saya okey. - Awak milik saya sekarang.

Apa?

Awak patut jaga badan awak.

Baik, Cef. Saya akan jaga badan saya.

- Kita pergi pasar bersama, ya. - Okey.

Tapi orang akan rasa pelik kalau kita asyik pergi bersama.

Jadi apabila saya beri isyarat, cakap awak sakit dan nak ke hospital.

Okey, tapi nak cakap sakit apa?

Nak cakap kaki saya terseliuh?

Atau disebabkan sekarang musim panas, muntah dan cirit-birit?

Suka hati awaklah.

Okey, saya akan pilih.

- Awak nampak berbeza hari ini. - Apa?

Apa yang pasti, ini bukan perangai gila awak.

Awak semakin berani.

Awak paling cantik apabila normal. Jumpa awak nanti.

Baik, Cef.

Apa?

- Ada apa? - Awak semua di sini?

Mereka buat apa?

- Mereka buat apa tadi? Apa? - Diamlah.

Saya rasa Cef dan Bong...

Mereka bercinta.

Apa...

Itu perasaan awak saja... Awal pagi dah cakap mengarut.

Tak masuk akal langsung.

Cef sedang khayalkah? Kenapa dia nak pilih Bong?

Ji-woong, saya sangat suka awak.

Tapi apa yang awak cakap itu peliklah.

Memang betul.

Saya nampak sendiri tadi.

Mereka di depan bilik rehat dan Cef cakap...

"Bong, awak semakin berani."

- "Jumpa nanti." - Alihkan kepala awak.

- Alihkannya. - Okey.

Kepala mereka mungkin terhantuk.

Siapa yang berkasih sayang begini?

Awak ingat ini peragaan fesyen Andre Kim?

Geramnya saya dengan awak, Min-soo.

Suasana di antara mereka... Sangat romantik.

Diamlah.

Buat saja kerja awak sebagai pelayan.

Kalau awak nak reka cerita fiksyen, cubalah buat kisah yang boleh dipercayai.

Hei, mari sini.

Betulkah awak tak tahu

Cef bercinta dengan siapa sekarang?

Siapa?

Orang yang paling rapat dengannya adalah orang yang paling tak dijangka.

Apa awak nak buat sekarang? Awak kena lepaskan bidadari awak.

Bidadari... Produser Lee?

Tepat sekali!

Saya dapat rasakan hubungan antara mereka berdua di sini.

Apabila saya tunjuk ke arah mereka...

Ia akan bercantum.

Sebab itulah saya bawa Bong balik dengan saya tempoh hari.

- Macam itu... - Yakah?

Itu imaginasi awak saja, bukan? Awak sendiri tak pasti.

Saya sangat yakin.

Saya tak pernah salah sebelum ini.

Tapi apa awak cakap? Cef dan Bong?

Kalau betullah Cef dan Bong sedang bercinta...

Saya akan... Saya...

Saya akan jadi Sida-sida Heo.

Apa?

Saya pergi sediakan rawatan kecantikan dulu, ya.

Ikut hati rasa nak kasi awak.

Hei, bangun. Mari makan.

Saya pergi majlis pengebumian dan bawa balik makanan dari sana.

Hei, jangan jadi dungu.

Walaupun awak bersedih begini, lelaki bertenaga itu takkan tahu pun.

Aduhai...

Awak sepatutnya sedar diri.

Kenapa libatkan diri dalam situasi yang tak sepatutnya?

Awak cuma hantu.

Awak dah tak boleh tamatkan dendam perawan awak lagi.

Kita buat upacara untuk si mati sajalah sekarang.

Saya akan buat yang terbaik supaya ia mudah dan tak menyakitkan, okey?

Hei, mulut awak dah kena gamkah?

Sebelum ini awak banyak cakap dan tak pernah diam.

Awak patut jawab apabila orang bercakap dengan awak.

Aduhai, suka hati awaklah.

Awak boleh baring dan mereput di situ.

Oh, Tuhan.

NA BONG-SUN

CEF KANG

JANGAN MAKAN TERLALU BANYAK.

OKEY.

Sedapnya.

Mesej apa itu?

- Siapa yang hantar? - Tiada apa.

Kenapa lelaki dewasa nak sembunyikan mesejnya?

Sesuatu yang baik sedang berlaku, bukan?

- Apa maksud awak? Tiada apalah. - Boleh nampak dari wajah Cef.

Tengok! Tertulis "Sedang Bercinta" di sini.

- Seronok, ya? - Saya dah cakap bukan.

Kenapa awak tak percaya?

Saya dah habis makan.

Saya nak ke pasar. Jadi awak semua buat persiapan.

Baik, Cef.

Kenapa?

Kaki saya terseliuh tadi.

Terseliuh teruk jugalah. Saya nak ke hospital sekejap.

- Alamak! Tak boleh jadi. - Aduh!

Banyak yang nak dibuat selepas makan. Awak memang tak guna, Bong!

Pergi dan balik secepat mungkin.

Baik, Penolong Cef. Saya minta maaf.

- Aduh! Sakitnya. - Apa patut kita buat?

- Macam mana ini? - Apa patut kita buat?

Sakit sangat.

Aduhai, pening kepala saya!

- Meremang bulu roma saya. - Apa?

Awak nampak tak dia berlakon?

Semasa dia di sini, dia pegang kaki kirinya.

Tapi semasa dia berjalan ke sana, dia pegang kaki kanan pula.

Penolong Cef, dia sengaja buat begitu untuk ikut Cef ke pasar.

Taklah.

Awak semua salah! Salah!

Macam mana awak nak hidup kalau tak pandai melihat?

Saya memang nampak!

Saya dah cakap awak salah! Lelaki tua tak guna!

Terang sangatkah?

Cantik.

- Cef, biar saya tolong bawa. - Tak apa. Saya kuat.

Tengok otot saya.

Cuba pegang.

- Memang kuat. - Mana?

Awak tak jumpa? Di sinilah. Hari ini otot saya tersorok sedikit.

Selalunya saya nampak sasa.

Saya sentuh sekali lagi dan otot Cef ada di sini. Sangat hebat.

- Hebat, bukan? - Ya.

Awak patut lepaskan rambut apabila kita keluar.

- Yakah? - Awak nampak cantik.

Yakah? Okey.

Macam itulah. Sangat cantik.

- Hei, Sun-woo! - Hei!

Beli barang?

More Malay subtitles for Oh My Ghostess

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left