Release info

어느 날 우리 집 현관으로 멸망이 들어왔다 Doom at Your Service E02 210511-NEXT-VIU
A Commentary by RuoXi
Ep. 2 [VIU Ver.] "Hold My Hand". Synced for NEXT. Runtime : 00:58:55. Enjoy.... ;). Check out My IG @ruo_xi_ss for subtitles updates ^^. Note : video download link in txt file or check my telegram channel at https://bit.ly/telchan. Sorry if the sub doesn'

Tags

other
Published on: 2021-05-11
Downloads: 12
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

"Semua watak, lokasi, organisasi, agama...

...dan kejadian dalam drama ini adalah rekaan semata-mata."

Dewa berpihak dengan saya.

Pilih. Adakah awak akan mati di sini sekarang juga?

Atau awak nak pegang tangan saya?

Jawapannya...

Saya.

Jangan lepaskan.

Jangan lepaskan melainkan awak nak mati sekarang.

"Episod 2"

Macam mana ini boleh terjadi?

Kita hanya putar balik masa.

Tidaklah sehebat mana. - Bukan itu.

Awak...

Macam mana saya nak cakap?

Saya sedang mencari istilah yang tidak kedengaran biadab.

Identiti saya? - Ya.

Awak curiga atau nak tahu?

Dua-dua bukan. Saya cuma bersikap rasional.

Tapi awak nampak tadi.

Awak sendiri alaminya. Terima sajalah.

Cakap memanglah senang.

Awak masih hidup sekarang. - Jadi?

Mula-mula Switzerland kemudian Itali di luar rumah awak.

Jadi?

Dalam mimpi awak, dalam kereta api dan di tempat kerja.

Awak tak ingat?

Saya ingat. Tapi tak masuk akal.

Saya rasa macam saya dah gila.

Okey. Tengok.

Apa?

Oh, Tuhan. - Lampu terpadam?

Kenapa dengan ini?

Bagaimana dengan ini?

Peliknya. Apa yang berlaku?

Kebetulan yang tepat pada masanya?

Apa yang berlaku? - Telefon saya dimatikan.

Kenapa ia tiba-tiba terpadam? - Ia takkan berhasil.

Bateri dah habis?

Kebetulan yang tepat pada masanya?

Begitu.

Awak ada kuasa elektrikkah?

Tengok. - Apa di langit itu?

Adakah itu komet?

Oh, Tuhan.

Ada komet tiba-tiba saja?

Okey. Saya faham, jadi, hentikan.

Kenapa? Bukan saya yang buat itu.

Saya ada kuasa elektrik.

Saya kata hentikan.

Hentikan.

Apa yang berlaku?

Bekalan elektrik dah pulih.

Saya bukannya baik sangat.

Telefon saya juga dah hidup semula.

Inilah yang awak masukkan ke dalam kontrak.

Ingat, saya jahat.

Saya perlu berhenti main-main dan pergi.

Tiba-tiba saja? - Ada benda menjengkelkan berlaku.

Anggap saja itu pertunjukan untuk memperingati kontrak kita.

Saya harap awak seronok.

Sebelum ini awak tak nak pegang. Sekarang tak nak lepaskan pula?

Awak kata jangan lepaskan.

Apa ini? - Janji saya.

Saya cakap saya akan pastikan awak tak rasa sakit.

Jangan relaks sangat.

Awak perlu mengecasnya sekali sehari sebelum tengah malam.

Caj semula? Bagaimana?

Dengan memegang tangan saya. - Apa? Kenapa?

Kalau-kalau awak lari.

Fikirkanlah satu hajat, Tak Dong Kyung.

Hei. Macam mana awak tahu nama saya?

Hei!

Maafkan saya.

Ya?

Awak ingat tak lintasan pejalan kaki tadi?

Awak tak ingat? - Tak. tak ingat.

Agaknya memang betul-betul tak berlaku.

Susah betul nak uruskan awak.

Saya akan bunuh awak tak lama lagi.

Saya dah kata jangan letak kereta awak di tempat saya...

...tapi awak tetap mencuba.

Malapetaka ialah nama tengah saya.

Buatlah sesuatu.

Saya asyik dengar suara bisikan.

Saya tak boleh tidur. Naik gila saya dibuatnya.

Mati. - Awak memang sampah.

Berhenti. - Penakut.

Mati. - Dia memang patut mati.

Matilah, pembunuh.

Penakut. - Mati.

Dia patut dicarik-carik!

Mati! - Mati.

Bagaimana rasanya?

Saya hadapinya setiap hari.

Tolong bunuh saya! Saya merayu!

Tiga orang yang awak tikam mati.

Dua orang masih koma.

Tapi awak hidup dan sihat. Awak patut berterima kasih pada saya.

Itu bukan rancangan saya.

Bukan.

Hidup tak berjalan seperti yang dirancang.

Saya akan berhenti di sini hari ini.

Saya dapat kontrak yang bagus hari ini, jadi saya rasa gembira.

Awak siapa?

Awak pernah dengar ungkapan ini?

"Saya yang pertama dan terakhir. Permulaan dan pengakhiran."

Itulah saya. Yang terakhir. Penamat.

Hei!

Kenapa awak buat saya begini? Apa yang awak nak?

Malapetaka.

"Jo Tak Guna"

Kenapa dia telefon saya?

Hei. Saya tahu awak takkan percaya apa yang saya nak cakap...

...tapi dengar dulu saya nak cakap tanpa buat...

Helo?

Ji Na!

Ji Na!

Kenapa ini?

Ada halnya? Kenapa ini?

Saya akan mati.

Apa? - Saya akan mati!

Kenapa?

Tunggu. Jangan-jangan...

Saya kehilangan semuanya.

Ia kehendak Tuhan.

Penulisan saya macam sampah, jadi Tuhan telah memadamkannya.

Mereka patut buat sebelum saya siapkannya.

Kenapa dengan komet itu?

Kenapa elektrik terputus?

Apa lagi?

Itu petanda saya patut mati.

Jaga diri. Selamat tinggal.

Kenapa awak perlu mati?

Ini semua salah si tak guna itu.

Si tak guna?

Siapa? Bill Gates.

Adalah seseorang. Apa pun...

Ji Na!

Duduklah dulu. Okey?

Jangan berkelakuan macam amatur.

Awak lebih tahu apa yang awak patut buat dalam situasi ini.

Entahlah. Patutkah saya mati?

Hanya ada satu penyelesaian, Cik Na.

Apa?

Tulis sekali lagi dalam masa sejam.

Apa? Nota bunuh diri saya?

Bab itu.

Bab itu?

Saya nak ke bumbung.

Habiskan bab awak dulu.

Tapi apa gunanya?

Tiada siapa sukakannya.

Orang di syarikat pun bukannya suka sangat, bukan?

Apa kata mereka? Berterus teranglah.

Ia membosankan.

Saya tak rasa dia arif tentang soal percintaan.

Protagonis lelaki terlalu biasa.

Bilangan bacaan semakin menurun.

Tapi apabila pembaca perlu bayar untuk baca sesebuah cerita...

...angkanya jatuh kepada separuh secara purata.

Jung Min, awak nak tak keluar dengan protagonis lelaki itu?

Apa? - Saya tak nak.

Saya akan minta dia kurangkan bilangan bab...

...dan tamatkan segera.

Sudah tentu. Mari tamatkan yang ini.

Kita tengok apa perkembangan dia dalam cerita seterusnya.

Mereka kata berbaloi untuk tunggu dan lihat.

Jangan tipu saya! Angka bacaan jatuh kepada separuh.

Separuh pembaca berhenti membaca...

...apabila mereka perlu bayar untuk bab itu.

Betul juga.

Jadi tulis saja, okey?

Kalau awak terlepas waktu muat naik...

...yang lagi separuh itu pun akan hilang juga.

Nah.

Awak dah makan?

Itu bukan makanan sebenar.

Ia mengenyangkan.

Saya tiada masa nak menulis, apatah lagi memasak.

Ini lebih sedap daripada makanan yang saya masak...

...dari segi rasa dan khasiat.

Ji Na...

Dari mana saya patut mula?

Apa? Awak ada cakap sesuatu?

Saya nak ke kedai serbaneka.

Okey.

Helo.

"En. Jung Dang Myun"

Helo, En. Jung. Apa boleh saya bantu?

Awak yang perlukan bantuan, Cik Tak Dong Kyung.

Kenapa awak panggil nama penuh saya?

Ada kesilapankah dalam muat naik?

Awak takut?

Saya telefon sebagai doktor, bukan penulis.

Saya telefon untuk ugut awak.

Saya faham. Begitu.

Awak mungkin rasa sihat sekarang.

Tapi nanti akan jadi sangat sakit sampai awak rasa nak mati.

Ini bukan ugutan, ini hakikat.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left