The first 200 lines.
Sarikata oleh Sanzoryu
255 BC Negeri Kebaratan China "Qin"
Hei.
Bukankah itu Panglima Ouki?
Salah seorang dari Enam Panglima Terulung Qin?
Beliau panglima yang bijak.
Memimpin tentera yang sangat besar, dialah panglima dalam kalangan panglima.
Hebatnya!
Dunia dalam huru-hara sejak zaman terdahulu,
ini adalah zaman Perang Kenegerian pada Musim Bunga dan Musim Luruh.
Tanah China yang besar dan luas ini telah dibahagikan kepada tujuh negeri.
Raja-raja setiap negeri mengutus panglima mereka berperang dengan negeri-negeri musuh.
Peperangan berdarah itu telah berulang-ulang selama lebih 500 tahun.
Kemudian, di negeri kebaratan Qin,
pertemuan dua anak muda
bakal membuat perubahan besar dalam sejarah.
Mari!
Mulai esok, kamu akan mula bekerja bila matahari terbit.
Faham?
Uruskan dia.
Aku Hyou.
Aku Shin.
Tak! Berapa kali kamu mahu aku katakan!?!
Aduh, aduh, aduh.
Aku habiskan banyak duit untuk beli kamu!
Aduh, aduh, aduh, aduh.
Sambung kerja kamu!
Aduh, aduh, aduh, aduh.
Hyou!
Ajarlah dia!
Haish! Aku dah ditipu dengan pedagang hamba tu rupanya...
Tak guna!
Aku akan lepaskan diri dari tempat ni tak lama lagi!
Itu mustahil, bukan?
Walaupun kalau seorang hamba itu menjadi dewasa, dia tetap juga hamba.
Anak seorang hamba juga adalah hamba.
Bila kau dah menjadi hamba, kau akan selamanya jadi hamba.
Tapi ada jalan keluar darinya.
Pedang itu.
Pedang?
Ini...
pedang?
Aduh!
Kenapa kau tiba-tiba pukul aku? -
Mulai dari sekarang, mari bertarung sebanyak 10,000 kali.
10,000 kali?
Berapa banyak tu?
Banyak kalilah! Mari!
Kalau kita bertarung 10,000 kali, kita boleh keluar dari sini?
Lebih daripada itu.
Kau boleh jadi Panglima Terulung di bawah syurgawi!
Panglima Terulung di bawah syurgawi??
Kalau kita bertarung dengan serius sebanyak 10,000 kali,
kita pasti boleh menjadi Panglima Terulung.
Aku juga akan menjadi Panglima Terulung di bawah syurgawi!
Mari berambus dari tempat ini bersama-sama!
Baiklah!
Kuat macam seladang!
Oh! Ada burung!
Iyalah! Macamlah aku boleh tertipu dengan itu!
Nanti dulu. Siapa tu?
Lakonan kau pun teruk juga!
Ini adalah perlawanan ke-1253 kita, dan sekarang aku dah
334 kali menang, 332 kali tewas dan 587 seri!
Dah setahun dah sejak kita berbeza 2 kemenangan!
Oh?
Kau pengsan?
Apa masalah kau, orang tua!
Semuanya salah kau!
Hentikan, hentikan, hentikan.
Dia dari keluarga yang berstatus agak tinggi!
Dari mana kamu berdua belajar berlawan pedang tu?
Kami tak belajar dari sesiapa!
Maaf mengganggu.
Nanti dulu! Hei, orang tua!
Jangan.
Kenapa pula?
Kenapa dengan budak-budak tu?
Pertemuan ini mungkin adalah apa yang diperlukan
untuk menjernihkan keadaan itu.
Apa?
Ampunkan saya.
Hyou...
Itu orang tua yang tadi.
Dia dah kembali. Sebentar ya.
Terima kasih atas kerja kerasmu.
Dik Hyou!
Dik Hyou! Jangan risau pasal ni.
Dik Hyou?
Lelaki itu dipanggil Tuan Shoubunkun.
Dia salah seorang menteri yang berkhidmat untuk raja.
Tuan Shoubunkun akan membayar untuk pembebasan kamu.
Macam tu rupanya!
Orang tua tu dah nampak kebolehan kita, huh!
Baiklah! Mari dengar apa dia nak kata!
Shin, kamu pergi kerja dalam pondok itu!
Mari, dik Hyou. Mari, dik Hyou.
Hyou.
Mulai esok, kamu akan bekerja di Istana Diraja.
Kamu akan pergi ke sana sekarang. Pergi bersiap.
Saya akan bekerja di Istana Diraja?
Bagi anak yatim zaman perang seperti kamu,
peluang besar sebegini takkan datang lagi.
Jadi, tolong ambil Shin juga.
Shin?
Shin kuat seperti saya. Dia pasti akan berguna.
Aku akan ambil seorang saja, iaitu kamu, Hyou.
Dik Hyou, terima saja permintaannya.
Ia satu kebanggaan bekerja di Istana Diraja.
Tolong benarkan saya memikirkan tentangnya selama sehari.
Hyou!
Baiklah.
Kau ada dengar tadi, bukan?
Kita dah berlatih bersungguh-sungguh selama ini supaya kita boleh menuju lebih tinggi.
Supaya kita boleh menjadi...
Panglima Terulung di bawah syurgawi.
Tapi...
Aku tak boleh jadi satu-satunya yang mendapat jalan mudah--
Bodoh! Jangan menolaknya kerana aku--
Aku bukan mahu mengatakan itu, Shin.
Aku akan pergi.
Pergilah.
Hyou.
Shin.
Kita berdua menuju ke matlamat yang sama!
Aku akan mengatasi kau tak lama lagi!
Kita akan sambung pertarungan ini di lain masa.
Jangan berlatih ala kadar ya.
Kau tunggu sajalah, Hyou!
Shin, ini hanya perpisahan sementara.
Kau tunggu sajalah, Hyou.
Aku akan menjadi sangat kuat!
Aku akan jadi sangat kuat dan akan keluar dari tempat ini!
Tak guna!
Tunggu aku, Hyou.
Aku akan kejar ke tahap kau!
Aku dah pulang, Shin.
Hyou!!
Hei! Hei!
Kenapa?
Bertahan!
Buka mata kau! Cepatlah! Buka mata kau!
Apa yang terjadi, Shin? Ada pencuri ke?
Riten! Panggil tabib!
Hyou...
Apa semua darah tu?
Aku tak perlukan tabib.
Aku gembira dapat mendengar suara kau buat kali terakhir.
Kali terakhir?
Jangan berguraulah!
Hyou!
Di Istana Diraja tu, adik si raja telah memulakan suatu pemberontakan.
Mereka akan mengikut jejak darah aku...
dan akan tiba di sini tak lama lagi.
Riten...
Bila itu terjadi...
Beritahu mereka ada orang asing pecah masuk ke dalam pondok kamu dan mati...
Biarkan jasad aku seperti ini...
Aku takkan biarkan mereka sentuh kau!
Aku takkan biarkan sesiapa pergi dari sini hidup-hidup!
Aku gembira mendengar semangat itu.
Tapi...
Aku ingin meminta pertolongan kau.
Pergi ke sana.
Peta?
Ia berdekatan Kampung Kokuhi.
Aku datang ke sini untuk berikan kau peta ni.
Pergi ke sana sekarang!
Apa ni?
Apa yang berlaku?
Aku tak faham langsung!
Dengar sini!
Shin!
Aku amanahkan ini pada kau!
Aku faham...
Aku akan lakukannya, jadi janganlah mati!!!
Bukankah kau kata kita berdua akan menjadi Panglima Terulung di bawah syurgawi?!
Kita berdua menjadi Panglima Terulung bersama-sama...
Kita akan menjadi Panglima Terulung.
Shin...
Kita setanding dalam kekuatan dan hati.
Kita adalah satu dalam tubuh dan jiwa.
Kalau kau berjuang di dunia...
aku akan berada di sisi kau juga.
Shin...
Bawa aku...
bersama kau merentasi dunia.
Hyou...
Hyou...
HYOU!!!
Aku akan bunuh mereka...
Aku akan bunuh mereka semua...
Shin!
Aku amanahkan ini pada kau!
Dia ada di situ?
Masuk dalam.
Lelaki ni palsu.
Apa?
Jangan memalukan puak kau yang merupakan pembunuh upahan selama 200 tahun.
Panglima Saji.
No comments yet. Be the first to leave one.