The first 200 lines.
BERDASARKAN KISAH SEBENAR
Kita tak boleh ke rumah saya lagi. Ermanno akan balik dan pukul saya.
Elena, pergi ke rumah Marcella.
- Saya cuba hubungi dia. Dia tak jawab. - Cubalah lagi.
Pergi.
- Saya takkan tinggalkan awak. - Pergi!
Duduk di belakang mak.
Elena…
- Masuk. - Saya lebih rela berjalan.
Serahkan budak itu.
Berhenti!
Bagus! Syabas!
Ya, tapi beri saya masa sekejap.
Syabas.
Penggambaran dah tamat. Awak boleh kemas set.
Okey.
1 NOVEMBER 1978
Semua, tolong berundur.
Cepat, tolong berundur.
Tolong berundur.
- Apa tajuk filem ini? - Rom Tanpa Belas Kasihan.
Saya suka pelakon itu! Siapa lagi pelakon filem ini?
Saya, puan. Siapa lagi pelakonnya? Berundur.
Hati-hati.
Okey.
…bukan begitu. Tuang ke dalam penapis,
kemudian tambah segenggam garam.
Selepas awak letakkan semua lapisan di atasnya,
letakkan pula pinggan yang cantik di atasnya…
Oh Tuhan, saya benci politik.
Kita dengar hal sama selama berbulan-bulan.
…beberapa demonstrasi bantahan…
Puas hati?
Dia juga merungut tentang politik dan banyak mulut.
Aduhai, saya tak tahan dengan dia. Tunggu sekejap.
Filem dah bermula 10 minit lalu.
Tontonlah 10 minit pertama di tayangan seterusnya.
Saya masuk dulu. Terima kasih.
Jadi, seperti saya cakap tadi, taburkan garam di atas terung.
Apabila semua kelembapan keluar, barulah ia sedia dimasak.
Apa?
- Awak tak cemburu? - Tak juga.
Sayangnya, saya akan mendaftar ke universiti untuk belajar seni bina.
- Awak takkan diterima masuk. - Lihatlah nanti.
Tapi pihak zoo akan terima awak.
Burung botak kembali terbang,
dengan pantas, kaki terjulur, paruh panjangnya untuk mencabar ribut…
Ayat yang bagus, bukan?
Indah dan sangat mendalam.
Berhenti! Tidak, berhenti! Tidak!
Mengalah!
Saya menang!
Saya mengalah. Awak menang. Awak juara.
Saya menang!
Saya menang!
Baiklah.
- Awak akan sertai tentera? - Tentulah.
- Awak akan pergi jauh? - Apa pun, saya tetap akan pergi.
Tak, awak tak boleh ke mana-mana.
- Jangan jadi wira, awak takkan diterima. - Kenapa pula?
Sebab orang bijak dikecualikan daripada berkhidmat.
Ya, dan orang bodoh pula akan pergi berperang, bukan?
Jangan mengusik saya, okey?
Baiklah…
- Saya nak beritahu sesuatu. - Saya tak nak dengar.
Awak nak keluar merokok dengan saya?
Di koridor.
Tak nak.
- Begini… - Awak nak beri saya apa esok?
Rahsia.
Jangan beri gula-gula yang saya akan makan, kemudian lupa.
Saya nak sesuatu yang boleh bertahan lama. Sama seperti kita berdua.
Selama bertahun-tahun.
Ciumlah saya.
Apabila awak peluk saya, saya tak takutkan apa-apa,
walaupun perang.
Teruslah berada di sisi saya.
Saya tak tonton pengakhirannya. Saya cuma tonton 10 minit pertama.
- Saya tonton sampai habis. - Ya, awak tonton di tandas.
Tak, saya dalam teater.
Awak sibuk lihat orang di sebelah awak.
Dia orang baru.
- Dia comel. - Tunggu.
- Lelaki semalam lebih kacak. - Lelaki berambut perang itu?
Tak mungkin. Dia langsung tak kacak.
Dia cakap, "Tak apa, saya tak merokok."
Dia fikir dia kacak, dia cuma berlagak hebat.
Betul.
Awak nak rokok?
Terima kasih.
Kita mungkin pernah jumpa di sini. Awak kerap ke sini?
Tak, ini kali pertama.
Yakah?
Saya datang secara kebetulan.
Awak kerap ke sini?
Kadangkala, apabila saya nak tonton filem yang hebat.
Ikut saya?
Tunggu.
Apa?
Bukan di sini.
Jadi, kenapa awak masuk?
Untuk bersendirian dengan awak.
- Tapi awak bernafsu. - Sangat bernafsu.
Saya tak boleh buat di sini.
Saya Enea. Siapa nama awak?
- Pietro. - Pietro. Cantik nama awak.
Sejujurnya, saya tak rasa nak buat. Bukan di sini.
Jadi, di mana?
Entah.
Awak tak suka saya?
Bukan begitu…
Saya suka awak, sebab itu saya enggan buat di sini…
Jantung awak berdegup kencang.
Awak dah gila?
Maaf.
TANDAS
Jumpa di sini esok?
Baiklah.
- Jumpa lagi, Titti. - Filem itu mengharukan, bukan?
- Kenapa? - Penonton keluar dengan wajah sugul.
Ia sangat hebat.
- Awak tak tonton sampai habis pun. - Saya akan tonton esok.
Kami tak tayangkannya esok. Kami tukar filem setiap hari.
Tentulah, filem hari ini lebih hebat daripada minggu lalu.
Tak syak lagi.
- Awak masih bekerja di set filem? - Di beberapa set.
Saya masih belajar, kadangkala saya jadi sukarelawan di set.
Betulkah?
Baguslah, bertuahnya awak. Saya teringin berlakon dalam filem.
Saya nak jadi pelakon.
Jika awak mengarah filem sendiri nanti, hubungilah saya.
Saya harap.
- Jumpa esok. - Hei.
Tolong kawal diri. Awak sangat bising di dalam tadi.
Diamlah, tentu awak berharap awak boleh buat bising seperti mereka.
Jumpa lagi, Titti.
Awak dah selesai uruskan akaun? Jadi, pergilah.
Ayah?
Maaf, saya lewat.
Jadi? Bagaimana filem tadi?
- Hebat. Sangat… - Romantik.
Tentu mak suka.
Ia telah disahkan. Mereka benarkan mak keluar.
Jantung baru.
Kita perlu lihat reaksinya kepada tubuh tua ini.
Jangan melebih-lebih. Cuma satu injap.
Prosedurnya mudah.
- Itu yang mereka beritahu awak. - Saya tahu.
Saya pelajar perubatan.
Betul.
Maaf, doktor.
Selamat petang.
Kami di dapur.
- Saya rasa saya akan tidur di rumah awak. - Kenapa?
Catherine mengugut untuk pindah semula ke sini.
Ini rumah dia juga.
Suaminya teruk, tapi dia sangat kacak.
Selamat petang, Carlo.
Saya sangat menyukainya kali ini.
Saya juga.
Jadi, betullah. Awak tak menipu.
Betulkah kamu tak buat apa-apa?
Saya tak suka lelaki begitu.
Dia pemalu dan cuai.
- Saya rasa itu kali pertama dia. - Ya, tapi dia tetap ikut awak ke tandas.
Dia bernafsu, tapi dia enggan buat.
Kalau begitu, tentu dia takkan datang lagi.
Alice, dia kata, "Jumpa di sini esok."
- Saya hampir pasti dia akan datang. - Hampir.
Itu saja kemungkinannya.
Saya asyik fikirkan dia.
Saya perlu cari tempat lain, dia enggan buat di tandas.
Tiada siapa yang suka buat di tandas.
- Ingat, kita ada kelas tengah hari esok. - Saya akan cakap saya sakit.
Jika awak terus begini, awak akan dibuang.
Tak salah pun jadi sukarela di set sekali-sekala,
tapi awak buat terlalu kerap.
Saya takkan dibuang, saya terlalu berbakat.
Kalaulah saya ada sedikit keyakinan awak, saya pasti boleh ubah hidup saya.
Saya juga, dengan badan dan punggung begitu.
Seksis tak guna.
Bermalamlah di sini.
Kita belum selesai lagi, tapi awak sibuk bercakap tentang dia.
Tak nak, fikiran awak di tempat lain.
Apa saya nak buat malam ini tanpa awak?
Fikirkan dia dan melancap.
Pergilah.
Adele, awak perlu dengar cakap saya.
Jangan telefon dia balik, jangan terlalu berkepit.
Dalam percintaan, awak perlu jual mahal.
Tak, ikut cara saya. Apabila mereka jatuh cinta, saya lari.
Mereka selalu pujuk dengan hadiah.
Ya, tunggu sekejap.
Boleh saya masuk untuk lihat jika ada orang tunggu saya?
Sebab saya nak cepat.
- Kekasih awak tiada. - Kenapa? Awak tahu siapa dia?
Ade', nanti saya telefon.
Lelaki paling kacak semalam. Dah lama saya tak nampak lelaki begitu.
- Tapi kami tak keluar bersama. - Jadi? Saya ada radar.
Saya perasan segalanya.
No comments yet. Be the first to leave one.