The first 200 lines.
Saya tak tahu apa-apa lawak yang menarik sekarang. Yo... plait?
Apa tu? Kucing?
Kelakar, kan?
Saya dah cakap yang ianya kelakar.
Ya, sangat kelakar.
Jadi seterusnya... Apa lagi?
Jadi, saya...
Jangan lupakannya kali ni.
Kali ni, ianya benar.
Kalau awak nak larikan diri, lakukannya sekarang.
1... 2... 3.
Saya ingat awak nak kira sampai sepuluh.
Apa?
Hei, awak ingat itu...
Maafkan saya.
Apa yang kita akan lakukan sekarang?
Apa maksud awak?
Saya masih akan buat apa yang saya suka.
Apa?
- Apa yang awak nak berlaku? - Apa?
Itu sajakah yang awak boleh cakapkan?
Fikirkannya, macam mana perasaan awak yang sebenarnya terhadap saya.
Dalam minggu ni.
Kalau dalam minggu ni dah tak banyak hari yang tinggal.
Orang macam saya, apa lagi yang perlu difikirkan?
- Banyak yang perlu difikirkan. - Apa?
Baiklah.
Saya akan fikirkannya.
Sebab saya tak larikan diri.
Saya akan fikirkannya.
Berapa banyak saya sukakan awak.
Kenapa saya sukakan awak.
Jadi awak memang sukakan saya.
- Cuma sampai hujung minggu sahaja. - Itu sedikit...
Oppa.
Apa ni? Awak nak pergi mana dengan beg saya?
- Rumah kita. - Apa?
Kau akan tinggal dirumah aku.
Emak saya suruh bawa abang sekali.
Kebetulan abang tengah bergaduh dengan Mak cik, abang boleh tinggal di rumah saya.
Abang, awak tahu tak betapa terkejutnya saya bila dengar yang awak tinggal di sini selama ni?
Apa yang abang fikir abang sedang lakukan?
Macam mana abang boleh tinggal bersama perempuan ni walaupun pintu bilik abang tak boleh dikunci.
- Apa salahnya? - Tak boleh!
Abang tak boleh berfikir ke?
Mesti lah, saya boleh. Apa yang boleh berlaku?
- Saya pun tak mahu tinggal dengan dia, tapi... - Tak nak?
Kalau begitu, kenapa kamu bersama?
Mereka rapat.
Kami tak rapat. Kami cuma terserempak di depan.
Bukankah ianya kurang menyelesakan tinggal bersama?
Ya.
Awak dah melampau, Abang...
Walaupun awak tak ada sebarang perasaan terhadap dia,
wanita tak dapat menahan diri mereka semasa bersama abang.
Abang terlalu kacak, apa yang abang boleh buat?
Wanita tak dapat menolak abang.
Itu tidak benar.
Awak tak selesa dengan saya?
- Baiklah. - Sudahlah.
Sekarang macam mana? Kau ikut kami tak?
- Kau nak balik rumah ke? - Kau gila ke?
Abang, awak nak pergi mana? Abang ikut kami, kan?
Jun.
Apa ni?
Aku masih ada banyak benda nak cakap tapi dia pergi begitu sahaja.
Gambar perempuan tu ada tergantung dalam bilik dia.
Apa yang dia nak aku fikirkan?
Awak sangat cantik.
Kalau awak nak larikan diri, lakukannya sekarang.
1... 2... 3.
Tidak!
Dah jelas yang dia ni buaya darat. Bukankah dia kaki perempuan?
Apa yang nak dipertimbangkan? Tak ada apa yang nak dipertimbangkan.
Kalau awak nak larikan diri, lakukannya sekarang.
1... 2... 3.
Aku dah tak betul ke?
Saya dengar awak ada anak lelaki, kan?
Dia sama macam awak ke?
Ya..
Saya rasa kami tak berapa nak sama.
Walaupun kami bercerai semasa dia di universiti,
saya dan anak saya tinggal berasingan semenjak dia berumur 10 tahun, jadi kami tak berapa rapat.
Saya tak begitu memahami dia.
Ianya sangat bagus kalau satu hari nanti kita semua boleh berkumpul sekali.
Anak perempuan awak dan anak lelaki saya,
dan kita berdua.
Kita berempat semua sekali.
Tolong jangan datang lagi.
Jangan datang lagi.
Tidak.
Saya akan datang lagi esok.
Saya akan datang setiap hari.
Saya akan buat apa yang saya suka mulai sekarang.
Saya harap saya boleh duduk lama sikit,
tapi saya harus pergi sekarang.
Selamat malam.
Sebab itukah dia ditinggalkan?
Oppa! Hai.
Su Min sihat?
- Saya akan jumpa awak nanti. - Baiklah.
Oppa.
Kenapa abang tinggalkan kami?
Kenapa awak ikut saya ke sini?
Abang kenal dia?
Aku terserempak dengan dia beberapa kali.
Macam mana abang boleh kenal dia?
Dia abang kawan saya.
Dia Han Tae Song, anak kedua kepada pemilik hotel ni, Kumpulan Ju Am.
Saya dengar dia nak bertunang. Itu mesti tunang dia.
Apa?
Abang kenal rapat ke dengan dia?
Tinggallah dirumah kami. Tak selesa tinggal di hotel.
Mi Ho, mulai sekarang jangan ikut saya.
Saya dah ada seseorang.
Jumpa lagi.
Seseorang?
Betul tu.
Ini kepunyaan perempuan tu. Dia kata dia akan datang mengambilnya dari saya, tapi rasanya dia terlupa.
Dia sangat tak bergaya.
Cincin dia pun tak ada stail.
Bukankah ini cincin lelaki?
Untuk siapa ni?
Lelaki tu?
Dia pulang ke rumah ke?
Dia pergi ke hotel ke?
Ataupun dia bersama perempuan tu?
Hotel! Dia mesti ada di hotel.
Ke mana lagi dia boleh pergi?
Dia sepatutnya dah telefon sekarang.
Lupakan. Aku pun takkan telefon.
=Awak dimana sekarang?=-
Apa ni?
Kenapa dia perlu telefon?
Dia hanya perlu balas mesej aku saja.
Helo.
Awak nak tahu sangat di mana saya berada sekarang?
Bukannya saya nak tahu sangat...
Kenapa? Awak risau yang saya bersama perempuan lain?
Kat sini tak ada minyak bijan ke?
Maksud awak, awak tak kisah kalau saya bersama perempuan lain, kan?
Sudahlah. Apa lagi yang boleh kita bualkan. Selamat tinggal.
Malah awak pergi ke Paris dengan perempuan lain, kan?
Apa? Itu bukan makan angin tapi ada pengambaran,
bersama dengan semua tenaga pekerja.
Oh begitu... habis tu... pengambaran tu... bukan, maksud saya percutian tu...
Perlukah saya balik ke sana sekarang?
Perlukah?
Alamak! Kejap.
Hei! Hei! Hei!
Alamak! macam mana, macam mana.
Macam mana ni...
=Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi...=-
=Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi...=-
Apa ni? Ada sesuatu yang berlaku kepada dia ke?
Jeong Ha Na. Buka pintu!
Jeong Ha Na. Buka pintu!
Hei, Jeong Ha Na! Awak boleh dengar saya tak? Buka pintu!
Hei, Jeong Ha Na! Awak boleh dengar saya tak? Buka pintu!
Sesuatu betul-betul terjadi ke?
Hei! Hei!
Apa yang aku buat ni?
Apa yang awak buat tu?
Maafkan saya.
Kenapa awak minta maaf? Itukan tugas mereka.
Ini dah lewat malam, awak tak rasa bersalah ke?
Kenapa awak buat begini?
Kenapa awak tak jawab telefon? Saya risaukan awak tadi.
Awak cedera teruk ke?
Saya tak tahu. Rasanya macam buku lali saya tergeliat.
Rambut awak basah. Macam mana kalau awak demam nanti?
Lain kali, jangan letak telefon macam tu.
Saya ingatkan ada sesuatu terjadi kepada awak sebab tu saya berlari macam orang gila.
Di mana peti pertolongan cemas?
Saya tak apa-apa, tak payah risau.
Awak pasti?
Ya.
Awak datang dari mana?
Hotel.
Awak tak nak balik kesana?
Tak, saya akan duduk disini.
Berulang-alik sangat memenatkan.
Awak gembira?
Tak lah.
Tapi awak tersenyum.
Saya tak senyum pun.
Tapi awak memang tersenyum.
Apa ni?
Sejak bila awak boleh tengok melalui sini?
Adakah... awak nampak semuanya?
Saya tak nampak apa-apa.
Apa yang awak buat ni?
Saya tak akan tengok. Tak ada apa yang nak di tengok pun.
Saya hanya melawak saja, kenapa awak beria sangat.
Hei. Tinggalkan yang ini. Tingkap.
Kenapa kita perlukan tingkap?
Mungkin nanti kita perlu hulurkan barang masing-masing.
Itu tak akan berlaku.
Sekejap.
Ini...
No comments yet. Be the first to leave one.