Release info

달리와-감자탕-Dali-and-the-Cocky-Prince-E08-NEXT-VIU
A Commentary by Hennessey

Tags

other
Published on: 2021-10-24
Downloads: 28
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

(Adakah Tidak Mustahil Untuk Beli Perasaan Seseorang?)

Bulan terang malam ini.

Itu lampu jalan.

Oh, begitu.

Lampu jalan.

- Selamat tinggal. - Ya. Selamat tinggal.

Tunggu!

Awak buat apa?

Awak nak pergi mana?

Pergi naik bas.

Adakah awak suruh saya...

hantar seorang wanita pulang sendirian naik bas pada waktu ini?

Lebih-lebih lagi beberapa saat lalu,

ada sesuatu yang besar jadi kepada awak.

Apa maksud awak?

Masuk dalam kereta saya.

Jangan jadikan saya orang jahat.

Saya lebih selesa naik bas. Saya akan naik bas saja.

Tidak!

Stesen bas betul-betul di depan sana jadi awak tak perlu risau...

Saya mabuk.

Apa?

Awak akan biarkan seseorang yang mabuk memandu?

Kalau awak biarkan,

awak akan didakwa kerana menolong dan bersubahat.

Saya nak hidupkan alat pandu arah.

Oh, betul.

Apa alamat rumah kawan yang awak tinggal bersamanya itu?

- Kenapa? - Oh Tuhan.

Mari pergi ke rumah kawan awak dulu.

Saya boleh panggil pemandu dari sana.

Oh, baik.

- Apa alamatnya? - Awak tak perlu masukkannya!

Saya tahu jalan untuk ke sana.

Bukanya saya nak menyakiti awak.

- Hei. - Hei...

Awak boleh cakap dulu.

Tak. Awak boleh cakap dulu.

"Ladies bust."

Apa?

Bukan, maksud saya "ladies first".

Wanita dulu.

Yang pertama.

Awak boleh cakap dulu.

Bibir awak...

Bibir saya?

Kenapa dengan bibir saya?

Lap bibir kerana ada gincu padanya.

Kita dah sampai. Awak boleh turun.

Terima kasih.

- Apa? - Apa?

Tunggu...

Bagaimana awak tahu saya tinggal di sini?

Awak cakap awak tinggal dengan Won Tak.

Awak cakap awak tak tahu di mana dia tinggal.

Sebenarnya...

Oh, Won Tak!

Hai!

Awak keluar untuk buang sampah?

Apa yang sedang berlaku?

Encik Jin mabuk, jadi saya memandu.

Apa?

Tidak. Bukan begitu.

Saya nak hantar dia balik sebab bahaya.

Sementara kita bercakap tentang itu, boleh awak hantar saya balik?

Saya tinggal bersama seorang kawan.

Rumah kawan saya.

Lupakannya.

Won Tak, awak boleh pulang dan berehat.

Mari pergi. Saya akan hantar awak balik.

Tidak, Encik Jin. Awak mabuk, jadi awak patut masuk dan berehat.

Won Tak akan hantar saya balik.

Betul?

Betul.

Selamat tinggal.

Oh Tuhan.

Oh Tuhan.

"Won Tak saya."

"Won Tak saya!"

Lepas cium saya sebentar tadi,

berani dia balik berpaut tangan dengan lelaki lain?

Saya takkan gosok gigi hari ini.

Kenapa saya lakukannya?

Kenapa?

Hormon?

Waktu ovulasi?

Adakah air mata dia...

buat hati saya rasa simpati?

Tidak, bukan itu sebabnya.

Kalau begitu mungkinkah...

Boleh saya masuk?

Ya. Awak boleh masuk.

Awak nak pergi ke suatu tempat?

Ia kecemasan, jadi saya perlu pergi sekarang.

Begitu.

Awak pasti semuanya baik-baik saja?

Ya, betul.

Kalau ada sesuatu yang mengganggu awak, beritahu saya.

Ketika di balai polis dan juga sebentar tadi...

saya curiga dengan awak berdua.

Apa maksud awak?

Adakah awak...

Adakah saya...

Adakah awak diugut oleh dia?

Apa?

Ugutan tak perlu jadi serumit itu.

Sama ada fizikal atau emosi,

itu adalah ugutan kalau awak rasa takut.

Sebagai pemiutang awak, dia berhak atas duitnya.

Tapi dia masih tak boleh menganiaya awak seperti ini.

Kenapa awak memandu untuk si tak guna mabuk itu?

Betul. Dia pemiutang saya, dan saya penghutang.

- Apa? - Awak betul.

Hei. Awak dengar tak saya cakap?

Apa?

Ya, saya dengar.

Bagaimanapun,

walaupun dia pemiutang awak,

jangan biar dia layan awak dengan teruk.

Adakah awak perlukan bantuan saya?

Tak apa. Saya akan uruskannya.

Saya akan beritahu awak kalau ada apa-apa berlaku.

Sedarlah, Darli.

Saya tak percaya ini.

Adakah mereka beratur untuk lihat pameran kita?

Mereka bukan pemiutang kita?

Saya pun menampar muka saya...

untuk periksa adakah ini mimpi.

Oh Tuhan. Apa masalah awak?

Ini bukan mimpi, betul?

Helo, semua.

Cik Kim.

Tahniah.

Ya!

Oh Tuhan. Ini adalah perayaan!

Ya!

Apa-apa pun,

awak rasa siapa yang jemput selebriti dan pempengaruh?

Saya yakin mereka dengar tentangnya.

Betul, mereka mungkin mendengarnya.

Dia jadi sangat terkenal selepas sidang media.

Betul itu.

Semua orang cari perhiasan dan pakaian yang dia pakai.

Saya tak pernah lihat bintang sebelum ini.

Saya juga.

Mesti ada sebab kenapa mereka datang.

Kalau mereka pakai pakaian tertentu atau bawa beg tertentu,

jualan jenama itu akan meningkat.

Itu semua berkait dengan duit. Duit.

Adakah Tae Jin yang buat?

Dengar. Sebagai seseorang yang berkecimpung dalam bidang seni,

awak tak sepatutnya terlalu taasub dengan duit.

Memang betul duit itu penting,

tapi ada banyak perkara berharga di dunia ini yang tak dapat dibeli.

Ingat itu. Okey?

Bagaimanapun, sidang media buatkan mereka datang ke pameran kita...

tanpa kita perlu membayar mereka.

Oh Tuhan, dia mesti sangat bernilai dan membantu.

Awak adalah...

tangkal tuah kami.

Tolong jangan cakap begitu.

- Kim Darli! - Kim Darli!

- Kim Darli! - Kim Darli!

Tolong berhenti.

Kalian lakukan sebahagian besar kerjanya.

Kalau akan bersikap merendah diri begini,

kami tiada pilihan selain untuk bersorak lebih lagi.

- Mari lakukannya. - Baiklah.

- Kim Darli! - Kim Darli!

- Kim Darli! - Kim Darli!

- Kim Darli! - Kim Darli!

- Kim Darli! - Kim Darli!

- Kim Darli! - Kim Darli!

Helo.

- Kenapa... - Mari adakan mesyuarat.

Kita ada mesyuarat hari ini?

- Mari pergi. - Serius?

Tunggu.

Di mana buku nota saya?

Hei.

Kenapa awak tolak saya?

Kemudian kita akan merancang Kem Seni Cheongsong...

dengan Dondon F dan B.

Saya akan hantar bahan tersebut kepada mereka sebaik saja saya siap.

Saya akan melawat rumah anak yatim itu sendiri.

Apa yang seterusnya?

Saya mahu menawarkan perkhidmatan tertentu kepada pengunjung kita.

Untuk membantu ibu bapa menghargai karya...

tanpa perlu risau tentang anak-anak mereka,

bagaimana kalau kita buat kafe kanak-kanak kita sendiri?

Itu takkan berhasil.

Masyarakat mungkin sudah jadi lebih liberal sekarang,

tapi apa yang awak cakap? "Kiss cafe"?

Kenapa mereka perlu datang ke sini untuk bercium?

Maksud dia "kids cafe". Budak-budak.

Adakah sebutan saya seteruk itu?

Ia huruf D. "Kids cafe".

Bukan "kiss cafe". Ia "kids cafe."

Seterusnya hubungi Keith Haring...

Bagaimana awak boleh bercium tanpa ada hubungan?

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left