The first 200 lines.
Yeon Yang?
Mak?
Dia, bukan? Saya tak silap, bukan?
Mak...
Mak ada di sini.
Jadi, betullah dia Yeon Yang!
Gil Sun Mi tak ada di sini.
Sebagai...
...penghormatan buat Raja Wang Geon...
...kuil ini menjadi tempat penginapan...
...buat dayang yang telah bersara atau sakit tenat.
Boleh saya tahu tujuan...
...kedatangan tentera ke tempat begini?
Ini adalah siasatan berkenaan kematian...
...beberapa pegawai kerajaan.
Kalau begitu...
...tolong jalankan tugas tanpa mengganggu yang lain.
Jangan tinggalkan satu kawasan pun dan periksa dengan teliti.
- Baik! - Baik!
- Saya nak kamu berpecah! - Baik!
Periksa sini!
- Tak ada sesiapa di sini. - Di sini juga.
Kami tak temui sesiapa.
Periksa!
Tak ada di sini!
Di sini juga!
Kami tak temui apa-apa.
Saya pasti kita tak salah tengok tadi.
Tak mungkin kita berdua salah tengok.
Saya yakin itu Yeon Yang.
Tapi macam mana...
...dalam sekelip mata saja dia boleh hilang?
Dah bertahun saya cari dia...
...tapi bila dah di depan mata...
Kita berjaya tangkap seorang lelaki...
...yang datang bersama Gil Sun Mi.
Dia sedang disoal siasat.
Mungkin kita akan tahu sesuatu.
Angguk kepala awak, kalau awak nak buat pengakuan.
Awak nak saya seksa awak sampai awak mengangguk?
Tengok semua ini!
Ini semua permohonan...
...supaya kajian rasmi ditangguhkan buat sementara waktu.
Wilayah Yangkwang, Jeolla dan Gyeongsang...
...tak ada satu pun wilayah yang tertinggal.
Sebab itulah baginda raja juga telah menitahkan...
...agar hal ini dibincangkan semula.
Kita tak boleh tangguhkan kajian itu.
Sam Bong!
Tiga orang pegawai kita mati!
Mereka sedang menjalankan siasatan tentang kematian itu.
Tapi sekiranya disebabkan kes ini kita berhenti...
...itulah pembunuh pegawai itu mahukan.
Kita tak boleh biarkan negara ini dikawal oleh mereka.
Betul.
Kajian rasmi ini telah pun diperkenankan baginda raja.
Ia tak boleh ditangguhkan mengikut kehendak kita...
...ia juga bukan sesuatu yang patut ditangguhkan.
Ya, saya setuju!
Ia sudah tertangguh melebihi had masa.
Walaupun begitu...
...biarlah selepas kes pembunuhan ketiga-tiga pegawai ini selesai.
Itulah perkara yang patut kita dahulukan.
Betul! Kita patut dahulukan kes itu!
- Tak boleh! - Dengar sini!
Kenapa awak tak cakap walau sepatah pun?
Betulkah awak tak kisah...
...sekiranya rancangan ini gagal?
Di hujung reformasi ini!
Macam mana saya nak sokong awak...
...sedangkan saya tahu...
...apa yang akan berlaku di hujung reformasi ini.
Po Eun!
Bukan itu tujuan saya ingin melaksanakan reformasi ini!
Tapi ia jadi begitu dalam usaha saya untuk melaksanakan reformasi ini.
Po Eun.
Jika kita terlepas peluang kali ini...
...perubahan yang lebih besar daripada ini akan tiba.
Saya juga sedang berusaha. Percayalah.
Awak rasa siapa yang hantar surat...
...suruh awak ke gua itu tempoh hari?
Mereka...
...orang yang sama membunuh pegawai-pegawai itu.
Apa?
Maksudnya, awak tahu siapa mereka?
Siapa?
Moo Myung.
Moo Myung...
Moo Myung?
Maksud awak...
...Moo Myung yang wujud dalam khabar angin...
...sewaktu pemerintahan Raja Gongmin?
Mereka bukan khabar angin. Mereka memang wujud.
Mustahil.
Menurut Ho Jeong...
...Lee In Gyum juga dah lama mencuba untuk jejaki mereka.
Sama ada ini kerja Moo Myung atau bukan...
...ada kuasa yang cuba...
...untuk menghalang rancangan reformasi tanah itu!
Ujian datang bertubi-tubi.
Sampai tiga masalah yang perlu ditangani.
Siasatan tak berjalan dengan lancar.
Diikuti dengan rancangan reformasi tanah yang semakin sukar.
Ditambah pula...
...dengan rancangan kami yang sudah diketahui oleh Po Eun.
Tak.
Sebenarnya ada satu masalah saja.
Moo Myung! Moo Myung masalahnya.
Kamu dah siasat kuil itu?
Dayang dari zaman Raja Gongmin dah tak ada lagi di sana.
Tak ada siapa tahu tentang wanita bernama Yeon Yang itu.
Tapi...
...mak memang ada di kuil itu.
Saya nampak dia bantu nenek itu.
Mustahil mereka boleh hilang begitu saja.
Saya yakin...
...kuil itu mempunyai laluan rahsia seperti di Dohwajeon...
...dan sami di sana mesti bantu mereka.
Kalau kita tangkap dan soal siasat ketua sami...
...bukankah kita akan dapat jawapannya?
Kita tak boleh buat begitu.
Tiga nyawa yang tak bersalah mati begitu saja.
Kenapa kita tak boleh buat begitu?
Bang Ji.
Pencarian mak awak...
...dan pencarian Moo Myung tak ada beza pun.
Tapi...
...kamu mesti ingat semua ini melibatkan seluruh rancangan kita.
Saya faham perasaan awak. Tapi...
...sekiranya sukar untuk awak kawal perasaan...
...macam mana kalau awak serahkan hal mak awak ini pada kami?
Abang.
Kenapa ini?
Boon Yi.
Mak...
...masih hidup.
Siapa cakap?
Bukan begitu.
Abang sendiri nampak.
Sewaktu abang kejar Gil Sun Mi di Geumwol...
...abang nampak mak di sana.
Abang nampak mak?
Boon Yi.
Sekarang...
...kita boleh cari mak dan jumpa dia.
Salah seorang daripada pengikut Moo Myung itu...
...sedang disoal siasat di Soongoonbu.
Tapi...
...pergerakan itu tak berpusat.
Maksudnya, dia cuma tahu ketuanya.
Tapi kalau kita terus berusaha, kita pasti akan jumpa petunjuk.
Kita boleh cari mak.
Abang takkan berputus asa lagi.
Saya takut.
Tak ada apa yang perlu awak takutkan.
Boon Yi.
Abang...
...bukan lagi abang awak yang dulu.
Percayalah pada abang.
Abang pasti...
...akan musnahkan Moo Myung yang telah menculik mak...
...dan abang akan selamatkan mak.
Mungkin...
...mak tak perlu diselamatkan pun.
Apa maksud awak?
Apa maksud awak ini, Boon Yi?
Mak...
...bukan diculik.
Mereka tak culik mak.
Malam itu...
Saya sendiri nampak pada malam mak hilangkan diri itu.
Abang tidur tapi saya nampak.
Awak nampak apa?
Waktu itu awak cakap awak tak tahu apa-apa.
Sebab setelah sekian lama...
...saya fikir ia cuma sebuah mimpi.
Saya percaya yang saya cuma bermimpi.
Mereka yang bernama, tak akan hilang.
Mereka yang bernama...
...tak akan hilang.
Beginikah cara hidup awak?
Saya tak pernah jumpa awak.
Ya. Sebab saya milik Cheonmyunjo.
Keesokan hari...
...saya dengar...
Awak dah fikir masak-masak?
Waktu itu, mak...
Mak jawab macam ini.
Saya akan...
...putuskan hubungan dengan anak-anak saya.
Pagi itu...
...saya cari mak sambil menangis.
Tapi mak dah tak ada.
Waktu itu, abang cakap...
...yang mak diculik.
Saya mahu...
Saya mahu percaya kata-kata abang.
Saya...
...berharap yang mak tak tinggalkan kita.
Tapi dia menghilangkan diri...
No comments yet. Be the first to leave one.