The first 200 lines.
- Bagaimana keadaannya? - Memang baik, Murph.
Ia bukan X-15 tapi ia terbang dengan baik.
- Ya, ia sangat baik. - Hei, Chaddie yang tak guna.
Sesiapa saja boleh menjadi juruterbang di bandar ini.
Nampaknya tentera laut masih meluluskan juruterbang dengan mudah.
- Maafkan saya. - Maaf.
- Tak, saya yang silap. - Maaf.
Hei.
- Bukankah awak... - Rumah penginapan Tumbler. Malam Jumaat.
Awak bersama kawan awak.
- Suka menari? - Ya, dia suka berseronok.
- Ya, bukannya salah. - Bukan.
- Jadi, awak buat apa di sini? - Jadi, awak buat apa di sini?
- Awak dulu. - Saya cuma...
Gadis cantik seperti awak buat apa di sini?
- Teman lelaki awak seorang juruterbang? - Tidak.
- Saya datang seorang diri. - Okey.
Saya memang mahu menjadi juruterbang.
Betulkah?
Gadis cantik tak boleh menjadi juruterbang?
Memang boleh. Cuma saya tak kenal siapa yang mahu buat begitu.
Sekarang awak kenal.
Saya memang mahu menjadi juruterbang sejak kecil lagi.
Awak kenal sesiapa yang boleh mengajar?
Seseorang yang boleh mengajar saya pelajaran pertama?
Saya akan ke altitud yang baik untuk awak.
Itu dia.
Tempat duduk yang terbaik.
Sentiasa.
Awak akan benarkan saya mengemudi sekarang?
Lambat-laun awak akan belajar juga.
Jangan risau, okey?
Saya ada bersama awak.
Tolak.
Rumah menjadi lebih besar.
Tarik.
Rumah menjadi lebih kecil.
Jadikannya stabil.
Begitulah.
Okey, giliran awak.
Okey, saya mulakan.
Tarik. Rumah lebih kecil.
Awak nampak bagaimana awak mula hilang kelajuan?
Ya.
Okey, tolak ke bawah.
Tolakkan stereng. Kita akan menambah kelajuan.
- Inikah yang dipanggil menegun? - Ya.
Ke bawah. Tekan stereng ke dalam.
Awak buat apa?
Betulkah cara saya, Encik Juruterbang Tentera Laut?
Tak guna.
Buat sekali lagi.
AGENSI PENERBANGAN PERSEKUTUAN PELAN PENERBANGAN
Dah berapa lama awak menerbangkan pesawat?
725 jam jika awak ingin tahu.
Awak berjaya menipu saya.
Kenapa buat semua... Kenapa tak...
WANITA MILIK NIXON
DEMI UMAT MANUSIA
LAPORAN ISTIMEWA
Seluruh ahli politik Amerika bertanya,
"Adakah wanita Amerika ketinggalan berbanding wanita di Russia?"
Ini disebabkan pendaratan di bulan oleh angkasawan wanita, Anastasia Belikova,
yang telah menjadi terkenal dengan serta-merta di seluruh dunia.
Gambarnya di permukaan bulan yang tersenyum kegembiraan
telah menjadi imej ikonik, menghiasi muka hadapan
majalah dan surat khabar di seluruh dunia.
Belikova disamakan dengan Rosie, si Pemasang Rivet,
yang sehingga sekarang, imej Amerika yang unik
yang melambangkan kekuatan wanita pada tahun 1940-an.
Kejayaan terkini Soviet ini menimbulkan keraguan pada keutamaan NASA
sambil seluruh dunia meraikan
detik luar biasa dalam sejarah kaum wanita.
Kami mengubah peringkat ketiga Saturn V menjadi bengkel yang mengorbit.
Von Braun memanggilnya Skylab.
Kerja pembinaan sedang dijalankan di Huntsville.
Tapi masih sempat untuk mengubah trajektori proses pengubahsuaian itu.
Cadangannya sekarang ialah gunakan Skylab dan tanggalkan benda yang tak penting.
Kurangkan berat hingga kita ada modul habitat yang boleh dilancarkan
untuk pangkalan bulan kita yang kekal, Moonlab.
Berapa ramai askar boleh dimuatkan dalam benda itu?
Ia tak kelihatan begitu besar.
Ia akan dikawal oleh tiga angkasawan untuk peringkat pertama hingga
semua masalah kecil diselesaikan
dan kemudian akan ada penambahan selanjutnya untuk ketenteraan.
Apakah rancangan Pentagon berkenaan dengan itu?
Bilakah Moonlab akan bersedia?
Lebih kurang dua tahun.
Aduhai.
Mula-mula kita harus mencari tempat untuk mendaratkannya.
Okey.
Apollo 13, 14 dan 15 dah ditugaskan semula
untuk meninjau tapak-tapak berpotensi untuk pangkalan.
Kemudian kami akan menganalisa semua keputusan itu.
Kami lihat geologi, kajian perdagangan, belanjawan sumber, analisis sistem.
Ubah rancangan, kalian.
Saya ingat awak akan pulang esok.
Sepatutnya begitu tapi bos mengejutkan saya
dan saya rasa baik saya balik segera.
Boleh tinggalkan kami sebentar, Jeneral?
Ini tentu tak bagus.
Tentulah tak jika ia melibatkan Shorty Powers.
Saya amat disalahfahami.
Presiden rasa ia satu kepentingan bagi negara
untuk Amerika menyamai Soviet
dalam pencapaian hebatnya iaitu membawa wanita ke bulan.
Maksud awak jumlah pengundi wanitanya berkurangan.
Sekarang ini, Nixon mahu kita bawa wanita ke bulan.
- Berambut perang lebih baik. - Awak tentu bergurau.
- Bagaimana dengan Moonlab? - Kenapa?
Pangkalan bulan kita.
Itu nama yang teruk.
Ini mengarut, Tom.
Kita hampir dapat mengalahkan Soviet buat kali pertama. Kita tak boleh terus...
Membina pangkalan di bulan masih keutamaan kita
tapi begitu juga dengan meletakkan angkasawan wanita di bulan.
Kedua-duanya sangat penting.
Ada sesiapa beritahu presiden yang kita tiada angkasawan wanita?
Saya rasa dia sedar.
Setiap akhbar, majalah, rancangan temu bual dan siaran berita
membicarakannya setiap hari.
Tak boleh letakkan wanita di bulan begitu saja. Dia haruslah seorang angkasawan.
Ada prosedur, latihan, ujian.
Saya tak boleh melatih seorang wanita saja.
Saya perlukan sekurang-kurangnya 20 calon untuk mencari seorang yang layak.
Tolonglah, Deke.
Ini cuma sesuatu untuk pembantah pembebasan wanita dan The New York Times.
Awak tak perlu lakukan semua proses itu.
Cari saja juruterbang wanita yang cantik, pakaikannya sut angkasa,
ajar dia cara menuruni tangga dan ambil gambarnya.
Tiada siapa boleh memasuki kapal angkasa dalam program ini tanpa pengesahan saya.
Jika itu berubah, saya akan meletak jawatan.
Saya rasa kita semua termasuk presiden tak sukakan liputan media yang teruk
akibat daripada peletakan jawatan En. Slayton.
Tak mengapa.
Awak mahu melatih 20 wanita untuk mencari seorang? Silakan.
Wartawan memanggil mereka Mercury 13.
Semuanya ialah juruterbang berpengalaman
dengan beratus atau beribu jam waktu penerbangan.
Semua yang lulus keseluruhan ujian fizikal dan psikologikal
menjadi angkasawan lelaki Mercury Seven yang asal.
Program itu ditamatkan sebelum latihan penerbangan mereka di Pensacola.
Saya masih ingat.
John Glenn sangat bencikan semua itu.
Glenn dah tak terbang lagi.
Dia seorang Demokrat, jadi pendapatnya tak penting.
Ada antara wanita ini yang masih lagi juruterbang? Sepuluh tahun lalu?
Ia dihentikan tujuh tahun yang lalu.
Daripada 13 juruterbang itu, hanya dua yang masih aktif.
Yang lain berhenti kerana anak-anak, suami dan lain-lain lagi.
Siapa yang tinggal?
Molly Cobb.
Mencipta rekod penerbangan untuk penerbangan solo jarak jauh,
memenangi anugerah perlumbaan, cekap dalam semua enjin pesawat
dan tempat pertama dalam kelasnya dalam Mercury 13
tapi dia bukan orang yang presiden inginkan.
Apa maksud awak?
Dia agak kasar.
Kita perlukan Marlo Thomas, bukan Danny Thomas.
Aduhai, Shorty. Ini bukan pertandingan ratu cantik.
Presiden mahukan wanita yang menarik
untuk jadi Gadis Bulan Amerika yang pertama.
"Gadis Bulan"?
- Saya sedang siapkan kenyataan rasmi. - Teruskan.
Mungkin dia akan bernasib baik dan menjadi model Bulanan Majalah Playboy.
Tapi sekarang ini...
Patty Doyle.
Seorang lagi ahli Mercury 13 yang masih menerbangkan helikopter.
Dia lulus ujian Mercury dengan cemerlang.
Tempat kedua dalam kelasnya di belakang Cobb.
Dia boleh diterima.
Danielle Poole.
Dua puluh lima tahun, ijazah dalam matematik dan sains...
Hebat. Dia diterima.
Tunggu. Saya takkan menerima dia hanya kerana dia berkulit hitam.
Itulah sebab awak kena menerima dia.
Saya tak perlukan Jesse Jackson
atau Ralph Abernathy dengan geng kulit hitamnya membuat kekecohan di sini.
Kali ini kita selangkah di hadapan.
Dia ada 1,500 jam waktu penerbangan, lesen juruterbang komersial
dan dia bekerja di NASA.
Dia seorang jurutera di kalangan wanita di bahagian komputer.
Awak nampak?
Baiklah.
Okey, itulah kumpulan kita.
Belum lagi.
Apa lagi?
Baru saja bercakap dengan Ron Ziegler.
Siapa?
Setiausaha media Rumah Putih. Ini tak bagus juga.
Ziegler teringat sebuah artikel beberapa tahun yang lalu
dan menunjukkannya kepada presiden yang rasa ia satu idea yang bagus.
Idea yang bagus?
CINTA DI UDARA PASANGAN STEVEN MEMANDU KAPAL TERBANG
Gordo akan marah.
Seriuslah, Shorty.
Saya serius. Cuba fikirkan.
Kita tiada John Glenn dalam kumpulan itu, malah jauh bezanya.
Entahlah. Ada antara mereka seperti dah mula menjadi botak.
Siapa dalam kumpulan ini gadis kesukaan Amerika?
No comments yet. Be the first to leave one.