The first 200 lines.
DOCTOR CHA
KLINIK JELITAWAN
Hai.
Hai.
PEJABAT PENGARAH
KLINIK JELITAWAN PENGARAH
Awak buat apa?
- Selamat pagi. - Mahu saya pakaikan?
Kot sekarang jauh lebih cantik.
- Ini warna apa? - Mari sini. Saya nak pakai.
Aduhai. Mari saya pakaikan.
Amboi.
Rakaman habis lambat. Saya terpaksa bergegas ke sini.
Bergayanya.
Awak dijemput ke stesen TV untuk buat rakaman.
Awak ada janji temu?
Kenapa siap berdandan hari ini?
Hari beginilah saya patut berdandan.
Cantik? Ini baharu.
Yang paling penting, rupa.
Awak bersolek dalam gelap?
Kenapa? Saya beri lebih perhatian hari ini.
Jom. Kita minum kopi.
Aduhai. Kejam betul.
Saya nampak cantik.
Aduhai.
Hei, dah berkali saya suruh awak datang buat rawatan.
Kenapa degil?
Tak manis jika terima rawatan percuma.
Kalau begitu, awak boleh bayar.
Ibu mentua awak dah lebih 70 tahun,
tapi dia lebih kerap ke sini berbanding kedai runcit.
Hei, ibu mertua saya biasa dengan gaya hidup begitu.
Hei, teruk sangatkah?
Ya. Awak tak jaga makan?
Tengok. Kulit awak nampak kekuningan.
- Apa? - Mata awak macam jaundis.
Apa?
Saya cuma penat.
Saya tak sihat beberapa hari ini.
Aduhai.
Hei, abaikan sahaja. Ada berita baik?
- Berita apa? - Awak miliki segalanya
kecuali suami.
Suami? Jangan mengarutlah.
- Tak kelakar. - Awak akan jadi anak dara tua.
Bukankah awak lebih suci daripada saya?
Sudah lebih sepuluh tahun
sejak awak dan suami awak tidur berasingan.
Apa bezanya awak dengan anak dara?
Menyampah…
Hei, cinta antara suami isteri
bukan berasaskan hubungan fizikal semata-mata.
Anak dara tua macam awak tak tahu,
tapi alam perkahwinan itu sangat rumit.
Okey. Kalau begitu,
hadaplah suami awak seumur hidup.
Awak boleh hidup macam Candy, watak komik romantik itu.
Hei, jom buang jeragat dulu.
Kulit awak teruk sangat. Saya tak tahu dari mana nak mula.
Silakan, Cik Cha Candy.
Aduhai.
Orang lain berlumba-lumba nak jadi doktor.
Kenapa jadi suri rumah dan sia-siakan bakat awak?
Tak sayang lesen perubatan awak? Dah siap.
Saya tak rasa begitu.
Semasa awak sibuk rawat pesakit sampai berjaya buka klinik ini,
awak rasa saya goyang kaki sahaja?
Saya lahirkan dan besarkan dua orang anak dengan sebaiknya.
Awak berhempas-pulas belajar
dan gunakan kemahiran awak untuk diri awak.
Tapi bukankah pilihan untuk besarkan anak-anak
bermanfaat demi masa depan dan pembangunan negara ini?
Candy balik dulu.
Awak marah?
- Taklah. - Merajuk pula. Jeong-suk…
ANUGERAH PENCAPAIAN AKADEMIK BAEK MI-HEE
SURAT PELANTIKAN BAEK MI-HEE
EPISOD 1
KLINIK, KLINIK PEMBEDAHAN PLASTIK
Orang lain berlumba-lumba nak jadi doktor.
Kenapa jadi suri rumah dan sia-siakan bakat awak?
Tak sayang lesen perubatan awak?
Hei, awak okey?
Tarik nafas. Tolong!
Tolong! Ada doktor di sini?
Ada doktor?
Tiada doktor di sini?
Saya doktor…
Dia! Dia kata dia doktor!
Ada doktor!
- Tolong dia. - Tak.
Bukan. Maksud saya…
Aduhai.
Pinjam. Angkat kepala.
Cuba bertahan.
Intubasi.
Hubungi ambulans!
Encik, tolong bangun!
Hubungi ambulans!
Encik, berhenti!
Kami akan ke hospital berdekatan.
Kami dengar awak doktor.
Boleh ikut kami?
Awak tak rasa dia agak pelik?
Betul? Dia kata dia doktor,
tapi awak nampak dia menggigil tadi?
Kita kesuntukan masa.
Baiklah, ayuh.
HOSPITAL UNIVERSITI SEOMYEONG DOKTOR ROY KIM
Saya pakar bedah. Saya ikut sama.
LMA tak boleh masuk sebab tekak bengkak.
Macam mana?
Tolong saya. Apa patut kita buat?
Doktor.
Sebentar.
Encik.
Masih ada nadi. Perlu buat trakeotomi.
Baiklah.
Beri antiseptik.
Beg Ambu.
Encik, dah sedar?
Jika boleh dengar, gerakkan tangan.
Doktor, awak berjaya!
Syukur! Doktor, awak berjaya bantu dia!
PUSAT RAWATAN KECEMASAN
Maaf bertanya. Apa pekerjaan awak?
Apa?
Saya dengar awak doktor.
Ya.
Itu salah.
Kakitangan perubatan sahaja boleh beri rawatan.
Begini.
Awak mungkin tak percaya,
tapi memang betul saya doktor.
Tapi sudah 20 tahun saya tinggalkan bidang ini,
jadi saya tergamam apabila hadapi kejadian begini.
Maafkan saya.
Ini hari yang bertuah.
Sebab pesakit itu jumpa awak.
Awak sangat hebat.
Saya minta diri dulu.
Apa topik persidangan minggu ini?
Pembedahan robotik untuk kanser rektum.
Profesor, apa tindakan untuk pesakit Na Tae-gyeong?
Teliti Hemovac
dan periksa kemurungan dengan psikiatri.
Baiklah.
Profesor, kes pertama persidangan,
patutkah kita letak kes Jeon Sang-hyeok?
Tak, kes pertama, pembedahan Kim Jae-hui.
Baiklah.
- Pergi dulu. - Baiklah.
Saya terkejut setiap kali nampak Jung-min.
Dia tak ubah seperti awak waktu muda dulu.
Bukankah saya lebih kacak?
Kita patut lebih berwaspada.
Susahlah jika anak awak tahu. Betul tak?
- Kita makan bersama? - Tak boleh. Ada janji temu.
- Janji temu apa? - Kenapa? Takut saya jumpa lelaki lain?
- Saya takkan beritahu. - Okey.
Saya pergi dulu.
NOTIS SEMINAR GANGNAM, 7:00 MALAM
Encik, tolong bangun!
Hubungi ambulans!
Maaf bertanya. Apa pekerjaan awak?
- Apa? - Saya dengar awak doktor.
- Ya. - Itu salah.
Kakitangan perubatan sahaja boleh beri rawatan.
Mak baru balik bersenam?
- Ya. Kamu baru sampai? - Ya.
- Aduhai. Boleh buatkan jus? - Boleh.
Saya dah buat lebih awal. Saya ambilkan.
Aduhai. Hei, jus kena segar. Tak segar jika dibuat lebih awal.
Maaf, mak.
Saya buat awal sebab ada hal di luar.
Hari ini sahaja.
- Oh, ya. Mak. - Apa?
Terima kasih pinjamkan baju dan beg.
- Saya hantar cuci. - Okey.
Mak akan makan di luar. Tak perlu risau.
Okey.
Pengarah Baek baik-baik sahaja?
Ya.
- Dia buang jeragat saya, mak. - Bagus.
Klinik baharu itu dua kali ganda lebih besar
dan ia dihias dengan sangat cantik.
Jadi kamu iri hati?
Tentulah. Dia muncul di kaca TV.
Dia hebat.
Walaupun berjaya, kaya dan masyhur,
tapi sia-sia jika wanita tak berkeluarga.
Dr. Baek selalu bercuti di luar negara?
Itu bukan percutian. Dia tak bersuami, tiada anak.
Dia merayau-rayau naik kapal terbang sebab rasa kosong.
Sekarang memanglah nampak dia berjaya,
tapi tunggu sepuluh tahun.
Dia akan nampak menyedihkan.
Kamu jauh lebih bertuah. Ada sepasang anak.
Jangan mengarut. Aduhai.
No comments yet. Be the first to leave one.