The first 200 lines.
CAPTIVATING THE KING
Kamu berdua…
saling mengenali?
Ya.
Kami amat rapat.
Betul tak?
Tuanku Raja Muda.
Adakah tuanku datang untuk bermain Go bersama dia?
Betul.
Kamu pun datang untuk bermain Go?
Ya.
Ampunkan patik, tapi tuanku perlu izinkan patik bermain hari ini.
Tapi beta sampai dulu sebelum kamu.
Patik yang sampai dulu.
Kami dah lama berjanji untuk bermain hari ini.
Awak beritahulah.
Ampunkan patik.
Ikutkan hati
beta nak bermain dulu,
tapi itu akan susahkan kamu, Mongwoo.
Beta akan mengalah hari ini.
Lain kali tiada alasan, faham?
Patik akan ingat.
Tuanku Raja Muda!
- Tolong ke tepi. - Awak yang ke tepi, cik.
Jika tidak…
saya akan beritahu semuanya kepada Raja Muda.
Jumpa lagi lain kali.
EPISOD 3
Siapakah nama awak?
Saya Hongjang.
Kami nak guna bilik ini. Tolong tinggalkan kami.
Cakap sajalah.
Hongjang tahu semuanya.
Awak tahu apa saya nak cakap sehingga begitu yakin?
Saya tunggu di luar.
Kamu berdua berbuallah.
Tuan Bendahara tahu
awak keluar berpakaian begini?
Lepaskan saya.
Jawab dulu.
Saya sedang disoal siasat?
Soal siasat?
Awak tahu apa jadi ketika soal siasat?
Jika awak dilaporkan berpakaian begini,
Para Majistret Hanseong akan tahan awak kerana ganggu ketenteraman awam
dengan tingkah laku buruk dan melampau.
Awak akan diseksa sehingga kulit tersiat dan berdarah.
Itu barulah soal siasat.
Awak faham
apa kesalahan yang awak buat?
Tuan Bendahara pun takkan dapat bantu menutup kesalahan awak.
Kegagalannya menjaga kelakuan anak gadisnya juga
akan meletakkan dia dalam bahaya.
Awak mengugut saya?
Jika kerisauan saya
kedengaran seperti ugutan, tak apalah.
Biar itu jadi ugutan agar saya boleh hentikan…
Cik Muda!
Cik Muda, apa yang berlaku?
Tiba-tiba dia alami sakit perut.
Jadi buah mulut jika panggil tabib,
maka biar hamba saja yang bawa dia balik.
Baiklah, Cik Muda.
Selamat jalan.
Bagaimana awak kenal
Raja Muda Jinhan?
"Mongwoo"?
Baginda panggil awak begitu.
Kamu nampak akrab.
Dia punca awak tolak pinangan saya?
Saya tolak pinangan awak
sebab awak pemain Go yang teruk, tak mendengar kata
serta membosankan dan tak tahu hormat orang.
Jangan salahkan orang lain atas kekurangan awak sendiri.
Apa cara untuk awak faham perasaan saya?
Awak masih pilih saya untuk dikahwini
walaupun sikap saya teruk dan melampau?
Hati saya tak pernah berubah.
Jika awak marah sekalipun, jangan sesekali merendahkan
perasaan saya terhadap awak.
Saya cuma cakap sebab risau. Berhenti sekarang juga.
Ada sebab
saya buat begini.
Adakah sebab itu
lebih penting daripada reputasi awak?
Itu lebih penting daripada maruah keluarga dan ayah awak?
Ini demi selamatkan orang.
Jika demi tujuan yang baik,
tentu awak takkan ragu-ragu untuk beritahu Tuan Bendahara.
Tuan Muda, saya Hongjang.
Saya bawa seorang hamba.
Awak nak buat apa?
Terpulang kepada awak.
Saya tak sangka saya terpaksa berhenti begini.
Awak memang tak boleh terus buat begini buat masa lama.
Awak dah buat semampunya.
Jangan terlalu kecewa.
Terima kasih sebab cakap begitu.
Adakah Raja Muda
buat awak berat hati?
Saya takkan dapat tunaikan janji kepadanya.
Tiada apa boleh dibuat.
Tapi…
entah kenapa hati saya begitu sakit.
Sudah tentulah.
Ini melibatkan perasaan, mustahil hati awak tak sakit.
Cik Muda.
Waktu beta ajak dia main Go,
dia beri seribu alasan untuk elak bermain.
Tapi dengan Kim Myung-ha,
dia siap buat perjanjian awal waktu nak main, bukan?
Apa yang dia rahsiakan daripada beta, tentu dia beritahu Kim Myung-ha.
Dia…
Dia pun tahu namanya?
Tak apa jika tak tahu namanya sampai bila-bila pun.
Tuanku, patik Sang-hwa.
Patik bawakan teh.
Letaklah di situ.
Nampaknya ada yang tak kena.
Tidak.
Jangan pura-pura faham sedangkan kamu tak pandai main.
Baiklah, tuanku.
Tapi…
kenapa tuanku nampak murka?
Ada sesuatu berlaku antara tuanku dan Mongwoo?
Jangan-jangan…
dia hilang lagi?
Aduhai.
Beta langsung tak berpeluang untuk duduk di depan meja Go pun.
Dia dah ada janji,
jadi beta pulang saja.
Kenapa?
Apa maksud bunyi kurang sopan itu?
Ampunkan patik. Tiada apa-apa.
Apa?
Berani betul kamu?
Yalah. Begini…
Tuanku berdukacita dan hampa
sebab tak sempat letak satu buah pun sedangkan tuanku dah teruja ke sana.
Tuanku begitu menyukainya?
Ya, beta suka.
Beta bukan cuma suka biasa.
Beta amat menyukai dia.
Di mata patik, dia hanya penjudi biasa.
Apa yang tuanku suka tentang dia?
Dia percayakan beta
waktu tiada siapa percaya.
Ketika orang lain berpaling tadah dan merejam beta,
dia melawan demi beta.
Patik pun ada.
Kamu orang kanan beta, Sang-hwa.
Patutkah patik cari dan heret dia ke sini?
Biarkan saja.
Kami berjanji untuk jumpa pada hari
Bagaimana jika dia lupa dan tak tepati janji?
Dia takkan lupa.
Beta ada benda yang dia benar-benar mahukan.
Ampun tuanku, tuanku baru masuk ke istana?
Ya.
Patik minta diri.
Tunggu…
Permainan Go hari itu menyeronokkan?
Sebenarnya,
kami tak dapat bermain.
Dia…
Mongwoo tiba-tiba ada hal mustahak,
jadi dia perlu keluar dari kota.
Kami ucap selamat tinggal selepas tuanku pergi.
Hal mustahak?
Dia ditimpa kemalangan?
Patik pun tak tahu sebab dia tak beritahu.
Namun,
katanya dia mungkin tak dapat kembali buat masa lama.
MONGWOO
Mulai sekarang,
nama kamu Mongwoo.
Manghyeongjiu
Mongwoo.
Kamu gembira?
Sudah tentulah.
Hati saya senang sehingga saya hampir nak menari.
Tolong simpan dahulu.
Patik akan ambil semula
apabila hujan gerimis turun lain kali.
Katanya dia mungkin tak dapat kembali buat masa lama.
Tak kisahlah.
Kami dah berjanji,
jadi beta tunggu saja.
Buka gerbang!
Ada laporan mustahak dari Uiju!
Ampun tuanku.
Bentara Malam mohon menghadap segera.
Izinkan dia masuk.
Panggil semua pegawai Majlis Pertahanan Sempadan sekarang!
Baiklah, tuanku!
Kenapa Tuanku Raja panggil Majlis Pertahanan Sempadan?
Ada laporan dari Uiju.
Seangkatan tentera Qing ditempatkan di sempadan
dengan sebahagiannya menceroboh Uiju.
No comments yet. Be the first to leave one.