Good Doctor

Good Doctor (굿 닥터)

Download Malay Subtitle

Specials

Release info

Good Doctor Ep9
A Commentary by Dazai

Tags

other
Published on: 2019-04-14
Downloads: 38
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Gyu Hyeon!

Gyu Hyeon!

Jangan datang dekat!

Gyu Hyeon, turun dan mari kita berbincang.

Gyu Hyeon, kenapa kamu tiba-tiba begini?

Saya cakap jangan datang dekat!

Jangan!

Gyu Hyeon... Tolong...

Kalau saya buat pembedahan, saya tak boleh menyanyi lagi.

Saya tak boleh menyanyi!

Bukan, Gyu Hyeon. Bukan begitu.

Betul, Gyu Hyeon. Apa yang mak kamu cakap betul.

Kami cuma buat rawatan saja.

Percaya kami dan turun.

Jangan tipu saya. Saya dah dengar semuanya!

Gyu Hyeon. Kamu tak rasa takut ke?

Saya tak takut mati langsung. Saya tak takut!

Saya takut... Saya tak nak keseorangan.

Walaupun abang dan arnab saya ada di Syurga...

saya tak rasa saya boleh ke sana.

Sebab saya dah lukakan ramai sangat orang.

Walaupun orang bencikan saya dan cakap saya bodoh...

saya masih nak hidup. Sekurang-kurangnya, ada orang lain disekeliling saya.

Tapi Gyu Hyeon, ramai orang sayangkan awak.

Saya cemburukan awak.

Jadi, awak tak sepatutnya buat begini.

Kalau awak mati, orang yang sayangkan awak semua akan sedih.

Sebab mereka tak boleh nak tengok awak walaupun mereka mahu.

Orang lain masih bencikan saya pun, saya masih hidup. Jadi, awak tak boleh mati.

Tambahan pula, awak masih ada mak dan ayah. Saya tak ada sejak kecil.

Saya nak panjat ke atas itu pun saya dah rasa takut.

Cepatlah turun. Saya semakin pening.

Gyu Hyeon.

Terima kasih, Gyu Hyeon.

Cepat bawa dia ke ER. Kita perlu mengeluarkan nanahnya dulu.

Ya.

Ketua Jabatan, pernahkah awak memberikan ubat Heta Vizen kepada pesakit?

Cakap saja yang awak ada berikannya. Dan jangan lupa cakap yang Pengarah juga tahu.

Siapa peduli kalau awak hilang lesen awak?

Saya... Saya akan berikan awak kedudukan tinggi di dalam hospital!

Awak ada berikannya atau tidak?

Saya tidak pernah memberikan Heta Vizen kepada pesakit.

Jadi, Profesor Gim Do Han. Awak pernah menggunakannya?

Tak pernah.

Jadi, saya akan tanya Pengarah. Awak tahu tak tentang penggunaan dadah ini?

Ubat Heta Vizen--

Saya Timbalan Pengarah.

Adakah ini cara awak menyiasat?

Kami cuma bertanyakan beberapa soalan.

Adakah awak pendakwaraya?

Bawa bukti kukuh dulu.

Kalau ini berlaku lagi, kami pun kena ambil tindakan juga.

Gyu Hyeon, ini bukan pembedahan.

Kami hanya akan mengeluarkan nanah dari leher kamu.

Jadi, jangan risau. Faham?

Jangan risau. Ianya akan berakhir dengan cepat. Saya mula.

Apa maksud awak?

Gyu Hyeon bukannya mendengar lagu. Tak ada lagu dalam pemain mp3 dia.

Gyu Hyeon bukannya gunakan mp3 itu untuk mendengar lagu.

Dia cuma tak mahu dengar apa-apa.

Jadi dia gunakan 'earphone' itu untuk menutup telinganya.

Saya pasti yang dia tak nak mendengar muzik juga.

Benda apa yang awak cakap ini?

Ini bukan merepek. Semasa saya kecil, saya tak nak dengar budak lain mengejek saya...

Jadi saya selalu tutup telinga.

Tapi... Betul awak tak nak dia buat pembedahan?

Tak. Sememangnya tidak.

Ini tak boleh. Tak boleh.

Awak kena melawan ini.

Melawannya dengan menggunakan apa?

Saya dah hilang kesedaran diri saya.

Itu bukan salah awak. Awak lakukannya untuk Pak Si On.

Itu cuma alasan.

Saya boleh gunakan cara lain untuk memastikan Si On terus di sini.

Salah saya sebab membuat keputusan terlalu terburu-buru.

Biarkan Timbalan Pengarah selesaikannya.

Tak ada isu bertimbang rasa di sini.

Do Han, saya harap awak tak gagal.

Sebagai seorang mak, macam mana dia boleh buat bodoh saja selepas apa yang berlaku tadi?

Betul itu. Mak orang lain mesti akan lakukannya tak kira apa berlaku.

Saya rasa dia terlalu obses dengan pasukan nyanyian itu.

Dan dia anggap dirinya mak...

Rasanya ada mak yang jualkan anak dia untuk 300 guni beras.

Itu bukan satu nilai yang kecil.

Satu guni beras beratnya dalam 144 kg.

300 guni darab 144 kg bersamaan 43200 kg, atau 43.2 tan.

Sekarang, dalam satu guni beras ada 20 kg.

Itu maksudnya ada 2160 guni.

Kalau kita kira harag seguni beras adalah 40 ribu Won...

2160 darab 40 ribu Won, ianya akan jadi 86,400,000 Won.

Di pasaraya, mereka jual 20 kg guni beras dengan harga 18 ribu Won.

Begitukah?

Saya boleh gunakan cara lain untuk mengekalkan Si On di sini.

Awak nak jumpa saya ke?

Suruh Pak Si On datang jumpa saya.

Awak nak beritahu dia hari ini ke?

- Sila fikir lagi. - Fikir tentang apa?

Apa yang awak nampak tadi...

Doktor Pak tak buat apa-apa kesalahan. Dia baru mula nak belajar.

Ada 10 ribu keputusan untuk dibuat oleh doktor bedah sebaik saja ada kecemasan.

Dan awak nak saya lihat kebolehan dia dengan benda itu sahaja?

Berapa lama awak nak tunggu dia sampai dia pandai membuat keputusan?

Setahun? 10 tahun?

Itu tiada siapa tahu. Tapi masih ada harapan.

Saya nak hantar dia ke bahagian lain, supaya dia tak hilang harapan itu.

Awak menakutkan saya!

Apa yang awak buat?

Awak nak aiskrim?

Taknak, pergi!

Aiskrim ini terbahagi kepada dua.

Nah...

Awak tak faham apa yang saya cakap? Saya cakap...

Wah, belulang dan luka.

Apa?

Tangan Ketua Jabatan ada belulang dan luka.

Saya paling cemburu dengan tangan yang ada belulang dan luka.

Ianya tangan yang dah buat banyak pembedahan.

Luka Ketua Bahagian lebih banyak daripada luka Profesor dan Dr. Cha.

Saya nak cepat-cepat jadi doktor,

dan mempunyai banyak belulang dan luka seperti Ketua Jabatan.

Itu impian saya.

Apa yang awak cakap ini?

Jangan merepek, cepat pergi!

Selamat makan.

Saya pasti yang ianya kerja Pengarah Eksekutif Lee.

Kami dah buang semua laporan dadah yang digunakan.

Ya. Macam mana dengan Kementerian Makanan dan Dadah?

Baik. Saya faham.

Terima kasih.

Apa yang awak fikirkan?

Apa? Saya terfikirkan apa yang Pak Si On cakap tadi.

Saya rasa kasihan pada dia.

Lagipun, saya tak pernah bencikan dia.

Tapi dia mesti fikir begitu.

Saya juga rasa bersalah.

Kenapa dengan awak berdua ini sedangkan awak tahu keadaan dia?

Ini tak berkaitan dengan keadaan dia.

Binatang pun tahu bila dibenci.

Walaupun Pak Si On susah untuk berkomunikasi dan dia banyak timbulkan masalah...

Tapi dia bukannya orang yang jahat.

Hei. Membuat masalah menjadikan dia orang jahat.

Macamlah awak tak pernah buat masalah.

Kenapa dia cakap begitu pada saya?

Masalah dengan Kementerian Makanan dan Dadah sepatutnya dah selesai hari ini.

Sudahlah. Awak tak perlu masuk campur urusan hospital.

Kalau Pengarah berhenti cuma disebabkan ini...

Apa akan berlaku dengan segala kerja keras awak?

Kalau saya buat salah, saya sepatutnya bertanggungjawab dan berhenti.

Macam mana dengan pelajar yang menghormati awak?

Dan Dr. Pak yang menganggap awak macam ayahnya?

Awak akan melukakan mereka semua.

Tak. Pemergian saya adalah pembelajaran terakhir pengajaran saya.

Ambil kertas kerja yang awak berikan pada saya dan pergi.

Kalau awak menolak, ianya akan jadi isu yang lebih besar.

Selepas saya melihat awak pergi, saya juga akan pergi.

Selepas awak selesai dengan Gyu Hyeon, pergi ke bahagian lain.

Ke Jabatan Patologi Klinikal.

Saya dah bercakap dengan profesor di sana.

Ini surat cadangan saya. Awak simpan baik-baik.

Awak tak nak ambil?

Saya tak nak ambilnya.

Saya nak jadi doktor bedah pediatrik. Saya tak nak pergi ke bahagian lain.

Awak cuba melawan saya ke?

Saya tak melawan. Saya cuma beritahu impian saya.

Menjadi doktor bedah adalah impian yang tak mungkin terjadi buat awak.

Jabatan Patologi Klinikal adalah impian yang lebih nyata.

Saya tak tahu tentang itu.

Saya nak jadi seorang doktor bedah.

Awak tak faham apa yang saya cakapkan?

Saya tahu awak tak sukakan saya.

Tapi, saya tak kisah pun kalau awak tak suka saya.

Tolong biarkan saya terus berada di sini.

Dengarlah cakap saya!

Saya ada suruh awak berhenti jadi doktor ke?

Awak fikir doktor itu cuma dengan menjadi doktor bedah?

Ini untuk kebaikan awak, jadi ikutlah!

Profesor, awak patut cakap dengan dia nanti.

Pak Si On.

Ya.

Profesor bukan buat begitu sebab dia bencikan awak. Awak tahu, kan?

Tak, dia nak tukarkan saya sebab dia bencikan saya.

Lagu seterusnya ialah Nocturne Chopin, Op. 2, No. 2.

Sila masuk.

Si On. Kamu dengar apa yang saya nak cakap.

Baik.

Kamu akan ada di hospital walaupun saya dah tak ada, kan?

Jawablah.

Awak nak pergi ke mana-mana ke?

Bukan... Saya cuma bertanya.

Kalau awak tak ada, saya akan jadi sangat sedih. Sangat sedih.

Si On. Kamu dah cukup besar dan tidak mengapa tanpa tanpa bantuan saya.

Tak. Saya masih belum matang.

Tak. Cara kamu layan pesakit... kamu bukannya tak matang lagi.

Saya belajar daripada kamu.

Sebab itu saya cakap kamu dah matang.

Sama ada saya ada atau tidak, ianya dah tak penting buat kamu.

Macam saya jadi kawan dengan kamu...

Kamu juga kena jadi kawan dengan budak-budak yang sakit itu.

Faham?

Macam awak cakap, saya akan berkawan dengan mereka.

More Malay subtitles for Good Doctor

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left