The first 200 lines.
Terjemahan sari kata oleh Aman
BERDASARKAN NOVEL THE CHILDREN'S TRAIN KARYA VIOLA ARDONE
PEMAIN BIOLA SOLO - AMERIGO BENVENUTI 18 MAC 1994 PUKUL 8.30 MALAM
- Maestro. - Selamat malam.
Helo?
Hai, ibu.
Ya, saya baru sampai. Saya masih perlu bersiap.
Kenapa?
Bila?
Begitu.
Ya, sudah tentu.
Saya letak dulu. Saya akan telefon ibu selepas konsert.
Selamat tinggal.
Ya?
Selamat malam, Maestro.
Awak dah sedia?
Malam ini ada ramai penonton.
Awak dah pilih kasut?
Kenapa?
Ibu saya baru mati.
Awak nak batalkan konsert?
Tidak.
- Kita boleh batalkan, jika awak nak. - Tak apa, jangan risau.
Semuanya okey.
Maestro.
Silakan.
Matamu, sangat mempesonakan
Sinarannya lebih terang daripada bintang
Ia lebih gelap daripada kegelapan
Seperti dua keluhan
Setiap keluhan menyalakan
Api yang indah
Apabila ia masuk ke dalam jiwa
Ia takkan keluar
Tiada sesiapa boleh melupakanmu Mata yang dipenuhi kebijaksanaan
Amerigo!
Amerigo!
- Lari! - Amerigo!
Mana Amerigo?
- Saya tak nampak sesiapa! - Mustahil!
- Amerigo! Tidak! - Lari!
Amerigo!
Awak nampak Amerigo? Mana mungkin? Amerigo!
Amerigo!
Ibu?
Ibu?
- Ameri… - Ibu?
Amerigo, mana awak?
- Ibu? - Mana awak?
- Ibu? - Mana awak, Amerigo?
- Ibu… - Amerigo.
Awak tak apa-apa?
Awak buat ibu risau.
THE CHILDREN'S TRAIN
NAPLES 1946
Satu mata. Dua mata.
Tiada mata.
Satu mata.
Tiada mata.
Tiada mata.
- Bila mereka dapat lesen? - Dua bulan. Saya kena tunggu.
Hadiah utama!
Sudah-sudahlah mengira, Amerigo. Cepat sikit.
Kalau saya kira sampai 10, sesuatu yang baik akan berlaku.
- Kita nak ke mana? - Yang ini?
- Yang ini. - Satu saja.
- Nah. Awak pun nak piza? - Mari.
Amerigo, cepatlah.
- Helo. - Helo, puan.
- Pejabat komunis di sini? - Tingkat satu.
- Kosong. - Russo.
- Kosong. - Masih awal.
- Kosong. - Tak apa.
Kosong.
- Kosong… - Sikit-sikit cukuplah.
Desiano.
- Ke mana kita akan dihantar? - Speranza?
Itu nama saya!
Pergi.
Awak sedang bantu anak awak. Awak sangat berani.
Ramai tak percayakan kami.
Kami dah melawat banyak rumah. Tapi awak terus faham.
Sudahlah! Saya minta maaf.
Biarkan saja.
Biarkan saja. Lihat.
- Awak tahu ini apa? - Tak tahu.
Tak tahu? Ini pingat keberanian.
Pihak Jerman cuba letupkan Jambatan Sanità,
tapi kami selamatkannya.
Inilah hadiah saya.
Mereka patut beri awak kasut. Kasut awak dah berlubang.
Jom. Perangai dia memang teruk. Dia hukuman Tuhan.
Betulkah awak nak dia?
Saya cuma ada dia.
- Saya nak fikir dulu. - Sudah tentu.
Awak nak ke mana?
Kulit khinzir dan ricotta satu.
Baik, puan.
Nah, piza awak.
Terima kasih.
Terima kasih.
Awak dengar apa dia cakap?
Awak dah besar. Awak lapan tahun.
Situasi di sini…
Kita perlu cari jalan untuk…
- Awak tahu yang ibu… - Tak pandai berkata-kata.
Ya. Comotnya muka awak.
Mereka nak letak semua budak dalam sebuah kereta api.
Ada 200 orang budak.
Dua ratus? Ada ramai lagi. Kasihan budak-budak itu.
- Mereka akan bekerja di Amerika. - Mana ada.
Mereka orang Rusia, bukan Amerika.
Tangan dan kaki mereka akan dipotong sebelum mereka dibakar. Kasihan mereka.
Orang Rusia makan budak.
Semua ini takkan berlaku jika Raja kita masih ada.
Kenapa awak pun sibuk? Awak tak ada anak.
Budak-budak bukan untuk dijual. Ini soal maruah!
Komunis nak tolong. Mereka nak beri kita harapan.
Mereka tak bertuhan. Mereka nak huru-harakan dunia.
Tak payah melebih-lebih.
Antonietta, awak pun nak jual anak awak? Tak sangka awak sama macam mereka.
Awak bukannya tak tahu situasi saya.
Suami saya terpaksa pergi Amerika untuk mencari rezeki.
Sudahlah, Antonietta. Amerika konon.
Jom.
Biarawati.
Antonietta. Awak penganut yang baik. Tuhan nampak semuanya.
Anak-anak bukan milik ibu dan ayah mereka. Mereka anak-anak Tuhan.
Apa yang kamu nak? Saya belum buat keputusan.
Tumpang lalu.
Biarawati pun nak membebel.
Di mana mereka semasa Luigi sakit?
- Ibu nak hantar saya ke Rusia? - Rusia?
Awak pun nak membebel?
Saya nak jumpa ayah di Amerika.
- Ayah awak lelaki yang baik. - Bila dia nak balik?
Nanti dia balik.
Lambat-laun.
Dengar sini baik-baik.
Wanita dan wain sama saja, okey?
Jika kita tak kawal mereka, mereka akan kawal kita.
Ikut cara Capa 'E Fierro. Kamu mesti jadi lelaki yang bebas.
- Faham? - Faham, Capa 'E Fierro.
Nah.
Nah.
- Ini pula? - Saya nak!
- Ini pula? Siapa cepat, dia dapat. - Saya nak!
- Saya dapat! - Saya dapat!
- Selamat pagi, Capa 'E Fierro. - Helo, Don Michele.
- Salam sejahtera. Selamat jalan. - Ya, selamat jalan.
Hei, budak. Mana ibu awak?
- Selamat pagi, Capa 'E Fierro. - Helo.
- Awak perlukan apa-apa? - Dua guni.
Nah.
KOPI COLOMBIA
Ini pula tanda terima kasih saya.
Jangan risau. Ada ruang di bawah katil.
Di atas katil awak? Ada ruang tak?
- Tiada kopi untuk saya? - Tunggu sekejap.
Awak pula? Bila awak nak ke Soviet?
- Awak peduli apa? - Hormatlah sikit!
Biarkan dia. Nanti mereka akan ajar awak jadi beradab di Siberia.
- Pergi. Kami nak berbual. - Saya sibuk.
Degilnya. Pergi cari kain buruk!
Pergi.
Jangan balik dengan bakul kosong.
Mari sini.
- Saya ingat awak nak kopi. - Saya nak awak, bukan kopi.
Diamlah sikit!
Kemeja-T, stoking, baju dalam, tuala dapur.
- Cadar lama, semua kami ambil. - Semua kami ambil.
Kalau mereka ada duit, mereka takkan jual awak.
Hei, tunggu sekejap.
- Ayah saya nak bawa saya ke Ischia. - Seronoknya.
- Helo, Solachianiello. - Hai, Amerigo.
Saya tembak nanti!
Campak di sini.
Saya tembak nanti!
Cubalah bau. Bawang. Bawang putih. Hei, pergi dari sini. Jangan sentuh.
Berapa harganya?
Semuanya berkualiti.
Hei, kami sedang bekerja. Janganlah kacau.
Bukan hari ini. Pergilah.
Roti saya roti paling sedap di Naples! Marilah beli!
Kacang buncis besar, kacang kuda. Marilah beli.
Pencuri!
- Mana? - Pencuri! Tangkap dia!
Jangan pegang. Pergi dari sini!
Cubalah rasa. Lembut tak? Lembut macam baldu.
Bulunya nampak macam ermin. Awak akan jadi bintang filem.
- Alida Valli. - Cantiknya.
Tiga ekor untuk 250 lire.
Baiklah, saya nak beli satu.
Nah.
- Kalau macam itu, saya pun nak satu. - Baiklah. Nah.
Terima kasih.
Terima kasih.
Api yang indah
Apabila ia masuk ke dalam jiwa Ia lebih gelap…
Amerigo, awak tak pandai pilih.
No comments yet. Be the first to leave one.