Release info

Another Oh Hae Young E08 160524
A Commentary by ilovemassu
Eng-Malay manually translated by me. Sync with most version. Jangan lupa rate ya!

Tags

other
Published on: 2016-11-23
Downloads: 38
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

[Episod 8: Aku menangis kerananya, bukan keranamu]

Aku ingat lakonanku sangat baik.

Terlalu baik hingga mampu menipu diriku sendiri, yang diriku bukanlah menyedihkan.

Tapi, aku tak mampu untuk menipumu.

Aku sudah berlakon begini sepanjang hidupku.

Jadi aku tak mungkin dapat berhenti. Tengok? Aku tersenyum lagi.

Maksud kataku dulu itu, aku akan kahwinimu walau apa pun terjadi.

Sebab kesiankan ku?

Kasihan itu satu emosi yang aku rasa terhadap semua yang aku sayang.

Aku juga kesiankan Hoon dan kakak ku.

Sebab aku sayangkan mereka.

Aku tak suka orang lain kasihankan ku.

Lebih-lebih lagi, orang yang aku cintai.

Baguslah kalau begitu. Bagus kau tinggalkan aku dulu.

Aku bukan nak salahkan kau.

Dan aku bukan cakap yang kita perlu sambung semula hubungan kita.

Mengingati orang yang aku sangat cintai

sebagai memori yang buruk.

Aku tak boleh buat begitu.

Aku harap kita boleh jadi orang asing antara kita.

Supaya kita berdua tak akan marah setiap kali teringat antara satu sama lain.

Kita memang tak punya sebarang hubungan.

Kalau kita terjumpa di jalanan, boleh kau sapa aku macam tiada apa terjadi?

Kau tak boleh.

Orang kata, kita akan ingat seseorang dari perasaan yang mereka tinggalkan.

Mari kita cipta semula saat-saat terakhir kita.

Jom main ping-pong bersama.

Main ping-pong untuk 10 kali saja.

- Jangan nak mulakan apa-apa. - Bukan begitu.

Pada hari ke 10 kita bermain bersama

mari kita pergi minum bir dan kemudian, kita ikut jalan masing-masing.

Aku tak akan menempel pada mu.

Ada beberapa orang lelaki lain yang sukakan aku

dan antara mereka semua, ada seseorang yang aku suka.

Tapi...

Aku mahu uruskan perasaanku pada mu sebelum aku meneruskan hidupku.

Bau yang ada pada dirimu.

Aku hampir ter-emosi.

Aku lega kita bertemu hari ini.

Kita sepatutnya buat begini lebih awal.

Baguslah.

Bye.

Aku menang. Aku menang lagi! Aku sudah beri peluang pada kau.

Berilah aku peluang untuk menang. Satu kali saja.

Hadiah apa yang aku nak hari ni ya?

Jom ke pantai.

Jom pergi ke pantai. Marilah. Cepat!

- Jom. - Jom!

Serius...

Hadiah apa hari ini...

Kali ini, aku mahu...

Kau menyanyi untukku.

Berikan aku peluang terakhir. Betul-betul terakhir.

- Nyanyi sajalah untukku sekali. - Berikan aku peluang terakhir.

Serius. Baiklah. Satu kali saja lagi.

Kau sungguh menakjubkan. Kau sudah berjaya akhirnya.

Beritahu aku. Apa hadiah yang kau mahu hari ini.

Mari...

kita kahwin.

Betul ni?

Kau serius, kan?

Betul-betul?

Han Tae Jin sudah dibebaskan.

Tapi bagaimana kau tahu hal ni?

Dia ada telefon kau ke apa?

Kalau begitu, bagaimana kau tahu?

Mungkin kamu semua pernah makan semasa kecil dulu.

Roti salad.

Kerana makanan Korea selalunya masin dan pedas

kita kekurangan rasa segar dan manis secara keseluruhannya.

Ada orang akan terfikir, "Kenapa mahu sediakan roti di restoren makanan Korea?"

Tapi roti salad dan castella

juga diingati oleh golongan generasi berumur juga.

Roti salad yang penuh dengan buahan segar.

Mungkin ini boleh menjadi menu pengenalan Meja Bermusim kita?

Bagus.

Orang Korea paling sukakan sup.

Sup daging lembu dan rumpai laut. Sup daging lembu dan lobak putih.

Tapi belum ada mana-mana restoren yang pakar dalam penyediaan semua sup ini.

Sebagai sebuah restoren untuk keluarga di Korea

jika kita sediakan yang terbaik sebaik yang disediakan oleh ibu kita

bukankah hidangan Meja Bermusim kita akan lebih dikenali?

Mereka akan bayar untuk makanan sebegitu?

Aku cakap berhenti fikirkan pasal nasi!

Sekarang, sup pula?

Kau nak melawan aku?

Nasi dan sup adalah makanan penting untuk orang Korea.

Dan makanan sampingan membantu...

Adakah orang datang ke restoren famili untuk makan nasi dan sup?

Kita patut mengekalkan perkara asas.

Jadi...

Kau cakap yang kita tak tahu apa itu perkara asas?

Kau mungkin fikir yang kau tak boleh menyesuaikan diri dengan

rakan sekerja yang belajar diluar negara.

Jadi kau ingin katakan bahawa kau adalah orang yang berazam untuk satu-satu perkara?

Kau ingin cipta imej begini pada diri kau sendiri?

Usahamu tak akan berjaya denganku. Perhatikan trend semasa.

Cepat pergi perhatikannya. Kecuali kau nak dipecat.

Mulai sekarang, kumpulan kau tidak akan terlibat dengan

pembaharuan menu kita.

- Maafkan saya... - Kenapa?

Ia adalah idea Penolong Pengarah Oh untuk buka restoren famili makanan Korea.

Bila orang lain mahu buka restoren ala Barat

hanya dia seorang yang cadangkan untuk buka restoren Korea.

- Itulah yang menyebabkan kita sampai ke tahap ini. - Sesiapa pun boleh beri idea.

Pihak atasan yang akan buat keputusan.

Jangan fikir jika idea kau dipilih kau akan diberi keistimewaan.

Tapi dia tak pernah berbangga diri

walaupun ia merupakan ideanya. Sekali pun tak pernah.

Kalau dia menunjuk-nunjuk dan beritahu semua orang tentangnya

dia pasti akan dinaikkan pangkat.

Dia seorang yang profesional.

Aku sepatutnya membantunya memberitahu orang lain.

Dia perlu berjuang untuk dirinya sendiri.

Kau patut risaukan dirimu sendiri. Hm?

Hae Young! Hae Young.

Kau tak ada apa-apa rancangan hari ni, kan? Mari minum denganku.

Aku ada temujanji lain.

Lagi?

Nak minum bersama aku esok?

- Kenapa kau nak minum denganku? - Saja.

- Aku rasa mahu minum bersama kau. - Kenapa?

Walaupun kita terlibat dengan keadaan yang janggal begini

ia bukanlah salah sesiapa.

Samada di pejabat mahupun dengan Do Kyung.

Aku berjumpa dengan Do Kyung sekejap tengahari tadi.

Kenapa kau beritahu aku semua ini?

Aku takut ia akan melukakan perasaan kau kalau kau dapat tahu daripada Do Kyung.

Kami bercadang untuk terus bertemu lagi selepas ini.

Ada beberapa perkara yang Do Kyung dan aku perlu uruskan.

Tak mengapa, kan?

Tidak. Tak boleh.

Kenapa kau asyik telefon aku? Tadi, aku dalam mesyuarat.

Kenapa kau asyik tanya baju apa yang dipakai Oh Hae Young hari ni?

Kau berdua sedang dating ke apa?

Betul. Baju warna biru langit.

- Kenapa kau asyik tanya pasal dia? - Okey.

Lama tak jumpa.

Ya. Lama betul tak jumpa.

- Bagus dapat jumpa kau. - Kau okey, kan?

Kau tahu kan... Aku macam selalu saja.

Ya. Aku okey saja.

Aku nak balik rumah daripada pejabat.

Kita patut keluar makan bersama bila-bila masa...

Aku rasa itu akan sedikit janggal kan...

- Betullah... - Mari makan bersama.

Tak. Tak. Aku tak maksudkan apa-apa.

Aku saja cakap, memang tabiat aku begitu. Jangan fikir apa-apa tentangnya.

Aku akan hubungi kau. Nanti kita makan bersama.

Batalkan saja perkahwinan kita.

Maafkan ku. Aku tak fikir aku cukup menyintaimu untuk mengahwinimu..

Ada apa-apa yang ku buat salah?

- Tak ada. - Kenapa??

Aku tak tahan melihat cara kau makan.

Tapi boleh tak aku cakap aku yang membatalkan perkahwinan ini?

Tolong beritahu orang lain yang aku yang tak mahu berkahwin.

Tolong beritahu begitu.

Aku rasa amat malu.

Tandasnya juga luas. Bagus tempat ni.

- Nombor telefon lamanya masih boleh diguna, kan? - Ya.

Saya sudah aktifkan kembali akaunnya.

- Bagus. Kau boleh balik. - Okey.

- Aku dengar ibumu ada di sini sekarang. - Hati-hati dengan apa yang kau beritahunya.

Aku beritahunya dulu, aku pergi melancong.

Aku faham.

Kalau kau tahu yang kau akan dibebaskan secepat ini

kau boleh minta Cik Hae Young untuk tunggu kau.

Cik! Cik!

Cik! Cik!

- Omo! - Cik! Cik!

Oh Hae Young!

Oh Hae Young!

Mana kau nak pergi?

- Hah? - Mana kau nak pergi?

Aku nak pergi makan.

Apa yang aku nak makan tadi?

- Berhentilah makan. - Kau pun makanlah. Sedap ni.

Cukuplah tu makan.

Tapi kan...

Kau perasan tak yang kau berkelakuan pelik hari ni?

Kau cakap kau tak sukakan aku.

Jadi kenapa kau duduk di sini?

Ini yang membuat aku keliru.

Sebab kau nampak sedang bersusah hati.

Mana kau tahu?

Kenapa kau fikir aku sedang susah hati?

Macamlah kau tahu apa yang berlaku.

Kau memang tahu.

Kau ada letakkan peranti pendengaran padaku?

Kalau kau buat begitu pun..

tak mungkin kau tahu suara siapa yang kau dengar tu.

- Apa semua ni? - Aku hanya ternampak kau masa aku lalu di situ tadi.

Kau nak bunuh diri dengan dilanggar kereta?

Kau tak fikir dengan betul.

Aku ingat lampu pejalan kaki sudah bertukar hijau.

Tak ada apa yang serius.

Aku hanya terjumpa bekas tunangku.

Dalam banyak-banyak hari. Pada hari yang aku berpakaian begini...

Aku tak basuh pun rambutku hari ni.

Serius.

More Malay subtitles for Another Miss Oh

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left