The first 200 lines.
Subtitle bY iQIYI Resynced == ANANG KASWANDI ==
[Kandungan berikut mungkin tak sesuai untuk penonton bawah usia 19 tahun.]
[Program ini merangkumi iklan maya dan tidak langsung.]
[Nama, perniagaan, tempat dan kejadian yang disebutkan di sini adalah rekaan.]
Saya akan beri apa yang awak nak.
- Jangan awak berani. Berhenti! - Saya akan
buat awak bahagia, okey?
- Hentikan. - Jangan bergerak.
- Lepaskan. - Jangan bergerak!
Berhenti!
Apa awak buat di sini?
Awak nak matikah?
Satu panggilan kepada polis,
hidup awak juga akan berakhir.
Betul.
Bukan saja hidup awak,
tapi hidup dia juga akan berakhir.
Pasti seronok melihatnya.
Satu panggilan kepada polis,
hidup saya akan berakhir.
- Hidup dia juga musnah. - Ya.
Baiklah. Kalau awak boleh buat, teruskanlah.
Tapi sebaik saja awak keluar dari rumah ini,
awak akan hilang tanpa dikesan.
[Episod Akhir: Kebenaran di Sebalik Kes 2]
"Potong dadu lobak merah, bawang dan lada kembung,"
"kemudian, goreng kilas. Perasakan dengan garam.
Aduhai. Macam mana nak potong dan buat ia nampak sedap?
Mak pasti yang mak sudah mencucinya?
Ya. Kenapa?
Ia kotor.
Mak boleh potong bahagian itu.
Yu-bin, kamu pernah potong cili kembung?
Tak pernah.
Apa ini?
Itu...
Mak pergi ke pasar raya dan ini dijual murah.
Jadi, mak ambillah.
Mak beli semuanya untuk masak makanan yang sihat untuk kamu.
Ayah dah balik. Ayah!
Yu-bin!
Awak dah balik.
Mak tak pandai memasak.
Berbanding dengan apa yang saya fikir, ini
sangat mudah.
Mari tolong saya.
Mak bukannya bagus sangat.
Aduhai.
Baiklah. Mari kita lakukannya, Yu-bin.
Sayang.
Benarkah awak akan ikut?
Sudah tentu.
Okey, mari.
Okey.
Jurulatih saya telefon.
Saya perlu jawab panggilan ini. Kamu berdua berbuallah.
Ya, jurulatih.
Saya takkan boleh
terima awak sebagai teman wanita anak saya, Ae-ra.
Begitu.
Sebaliknya, saya akan anggap awak sebagai anak saya.
Saya boleh maafkan anak saya walau apa pun kesilapan yang dia buat.
Saya memikirkan idea ini untuk kepentingan saya sendiri,
jadi jangan terlalu terharu.
Cuma...
panggil saya mak.
Jadi, kalau awak berpisah dengan Ji-uk, kita tetap boleh jadi mak dan anak.
Saya tak pernah panggil orang begitu.
Saya tak pernah panggil sesiapa mak.
Panggillah saya mak sepuas hati.
Saya teringin ada anak perempuan memanggil saya mak.
Mak, apa pula yang mak cakap pada Ae-ra kali ini?
Aduhai.
Saya dah cakap tak apa, tapi mak yang nak dia datang.
Tak, Ji-uk. Bukan begitu.
Maafkan saya, Ae-ra.
Biar saya minta maaf bagi pihak mak.
Jangan menangis, Ae-ra.
Aduhai.
Sayang. Tak ada gunanya lahirkan anak lelaki.
Kamu patut ada anak perempuan.
Kamu semua.
Bagi filem seterusnya, kamu akan jadi lebih berani,
lebih seksi. Okey?
Okey?
Hei, Pengarah Cho. Ucaplah helo.
Mereka tak terkenal seperti isteri awak,
tapi ini adalah tiga orang terkenal yang memerintah industri filem dewasa
pada zaman 90-an.
Mereka dipanggil Voluminous Trio.
Helo.
Duduklah.
Apa yang awak buat? Duduk.
Okey.
Ini Pengarah Cho Hyeong-u.
Dia suami kepada idola kamu,
Puan Kang Gyeong-ja.
Awak suami Gyeong-ja?
Ini satu penghormatan besar.
Awak dah macam adik ipar saya!
Apa pun, Pengarah Cho. Kenapa awak duduk di sini?
Bukankah awak mengarahkan filem besar dengan peruntukan sepuluh bilion won?
- Apa? - Gyeong-ja dan kami tangkap
Park Si-o atau apa saja namanya dan ajar dia cukup-cukup.
Apa maksud awak?
Puas hati?
Baiklah. Boleh kita mulakan?
Encik Park. Sebenarnya,
saya benci semua benda yang membosankan.
Sebab itulah saya sediakan satu lagi acara.
Awak akan ikut?
Ya. Sudah tentu saya akan ikut.
Gyeong-ja, awak memang terbaik.
Tolong berikan hadiah.
Pilih apa saja yang awak nak.
Buka mulut.
Seronoknya dapat merenung awak
tanpa buat apa-apa kerja.
Si-o.
Bukankah seronok bermain begini sekali-sekala?
Encik Park, saya takkan ulang lagi.
Kalau awak tak buat semua yang tertulis atas ikrar ini,
kita berdua akan minum racun dan mati di tengah bandar.
- Faham? - Ya.
- Dan! - Dan.
Jangan berani guna mulut kotor awak itu
untuk panggil suami saya dungu
atau tak guna
sekali lagi.
Kalau tak, saya akan datang kepada awak
dan sebelum sesiapa dalam keluarga awak, keluarga saya atau orang lain dapat tahu,
saya akan patahkan leher awak.
Faham?
- Faham? - Faham?
Ya, saya faham. Saya faham, puan.
Tak guna.
Awak takkan jumpa wanita lain sepertinya pada zaman sekarang.
Perempuan mana yang sanggup buat sesuatu yang berbahaya untuk suami dia?
Gyeong-ja patut terima Anugerah Presiden.
Dia memang patut terima anugerah.
Tapi, kenapa awak tak buat penggambaran filem sepuluh bilion won itu?
Kenapa awak datang ke sini?
Betul?
Maaf,
tapi kita jumpa lagi.
Hyeong-u.
Macam mana dengan filem itu?
Saya cintakan awak.
Walaupun selepas saya mati,
saya hanya cintakan awak, Kang Gyeong-ja.
Berhenti... Biar betul.
Kenapa dengan awak?
Awak dah buat masalah, bukan?
Sayang.
Tolong bunuh saya.
Jangan tanya apa-apa soalan
dan bunuh saja saya.
- Tolonglah. - Apa?
Kenapa?
Awak menakutkan saya!
Kenapa awak tak beritahu saya
awak buat Park Si-o
tandatangan ikrar?
Kenapa awak tak beritahu saya?
Saya tak tahu itu sebabnya.
Kenapa awak tak beritahu saya?
Tak guna.
Bangun. Kaki awak akan kebas.
Siapa beritahu awak?
Pelakon-pelakon awak.
Saya jumpa mereka hari ini di pejabat Hong-ryeol.
Jadi, itu filem awak yang mereka sebutkan.
Hei, Hyeong-u. Saya nak tanya sesuatu.
Kalau awak fikir saya tidur dengan Park Si-o,
kenapa awak masih bersama saya?
Bukankah itu buat awak marah?
Sebenarnya...
Saya sangat marah sebab awak tidur dengan si tak guna itu,
tapi saya tahu awak begitu sayangkan saya sampai buat begitu.
Sebab itulah saya terima saja.
Sayang.
Terima kasih kerana kekal bersama
orang tak guna macam saya.
Dan saya minta maaf
sebab membuat kesimpulan melulu.
Baguslah awak tahu.
Buat kesimpulan melulu begitu lagi,
saya akan buat apa yang awak fikir saya buat.
Saya sayang awak.
Lapangkan hari awak esok. Kita perlu ke suatu tempat.
Kita perlu ke suatu tempat? Ke mana?
Dia nak belikan saya sut lainkah?
Okey.
Disebabkan Yu-bin lebih suka japchae daripada segalanya di dunia ini,
awak patut belajar ini dulu.
Okey.
Awak tak menyesal berehat daripada kerja?
Awak bekerja keras untuk jadi profesor. Awak patut teruskan saja.
Jadi ibu lebih penting bagi saya.
Awak jadi ibu dan ayah sehingga sekarang,
No comments yet. Be the first to leave one.