Love Rain

Love Rain (사랑비)

Download Malay Subtitle

Specials

Release info

Love rain Ep14 malay sub
A Commentary by Dazai

Tags

other
Published on: 2019-04-14
Downloads: 41
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Saya mahu kenalkan awak berdua pada seseorang.

Siapa?

Anak lelaki saya.

Begitukah?

Dia dah sampai.

Jun.

Ucapkan hai.

Ini anak lelaki saya.

Dia selalu bercakap mengenai kamu.

Ini anak perempuan saya.

Gembira berjumpa dengan awak. Saya Seo Jun.

Makanan di sini memang sedaplah, mak. Kan?

Maafkan saya tentang hal ni.

Kamu terkejut ke?

Kamu ingat hanya kamu dan ayah kamu sahaja, kan?

Ayah tak terfikirkannya.

Kamu tak bersedia kah?

Mestilah, sebab itu.

Saya pun tak tahu juga.

Saya pun tak bersedia juga.

Betul ke?

Dia memang mempunyai iras seperti awak.

Betul ke?

Tujuan perjumpaan ini adalah...

ada sesuatu yang ingin saya sampaikan kepada kamu berdua.

Ha Na sudah tahu.

Ya, saya dah tahu.

Tapi saya masih belum buat pengumuman secara rasmi lagi.

Sebenarnya, ayah rancang hendak berjumpa dengan kamu dulu

dan kemudian dimasa lain kita semua berkumpul sekali.

Tapi kerana mereka berada dekat-dekat sini,

Ayah teruskan sahaja. Ayah harap kamu akan faham.

Jun. Ha Na.

Kami akan berkahwin.

Keempat-empat orang kita bersama begini,

bagus rasanya meluahkan semua ini.

Kita akan jadi satu keluarga.

- Keluarga. - Keluarga?

Ayah...

Satu keluarga. Itu sangat baik.

Saya sangat berharap yang kita akan jadi sebuah keluarga.

Saya membesar sendirian,

oleh itu saya selalu keseorangan.

Awak pun anak tunggal?

Ini sangat bagus, kan??

Tahniah kepada kamu berdua, saya sangat gembira.

Saya akan menunggu majlis perkahwinan kamu.

Maafkan saya.

Makanan di sini sangat sedap.

Awak tak jamah pun lagi makanannya.

Jun...

Taklah... Saya sedang makan ni.

Mungkin awak yang tak perasan.

Ayah tahu kamu tak selesa dengan ini semua. Tapi--

Ya. Sangat tak selesa.

Saya tak menghalang perkahwinan ini.

Teruskan dan berkahwinlah.

Bukankah ini yang ayah mahu dengar?

Saya dah tak kisah lagi sekarang.

Menjadi satu keluarga,

menarik juga bunyinya.

Kalau kita berjumpa lagi, saya akan buat begitu.

Maafkan saya.

Apa dia?

Adakah kamu kurang selesa dengan kami?

Kalau kami pergi,

boleh tak kamu pergi dan berbincang dengan ayah kamu?

Ayah kamu suka memendam perasaan.

Sebab tu dia tidak berapa pandai meluahkan perasaanya.

Saya rasa, ada benda yang dia benar-benar hendak beritahu awak.

Saya dah cakap apa yang nak saya katakan.

Sebenarnya...

Minta maaf.

Kerana mengecewakan kamu,

Saya minta maaf sangat-sangat.

Saya selalu hendak bertanya pada awak tentang ni.

Kepada kamu berdua,

cinta itu lebih penting dari segala-galanya ke?

Selepas berpisah,

tak boleh ke awak lupakan sesama sendiri dan teruskan kehidupan?

Mungkin kerana kami terlalu bergantung sesama sendiri.

Hati manusia...

kalau kita cuba untuk melupakannya,

kita akan adi semakin obses.

Dulu, saya tak tahu yang saya akan rasa macam ni.

Mak cik takkan pernah tahu

apa yang saya terpaksa lalui.

Saya ingatkan kita dah janji untuk tidak saling mengenali,

Sekarang awak kata kita akan jadi satu keluarga.

Terima kasih kerana tidak membantah perkahwinan mereka.

Bukankah itu apa yang awak mahu?

Kebahagiaan emak awak.

Dah lama tak jumpa, kan?

Jadi...

Awak gembira ke?

Ya, saya gembira.

Saya sangat gembira.

Baguslah

Lagipun, saya tak nak jadi keluarga awak.

Sama ada mereka kahwin atau tidak,

saya tak nak jumpa awak lagi.

Jadi awak akan rasa lebih baik dengan mengelakkan saya.

Makan lebih lagi. Awak dah makin kurus.

Saya tak apa-apa.

Jangan risau.

Makanan ini sangat sedap.

Makanlah.

Emak pun.

Ada sesuatu berlaku ke?

Kamu tak makan dengan betul beberapa hari ni, emak risau.

Awak habiskannya tak?

=Ya, semuanya dah dimakan.=

Baguslah.

Minggu ni kalau awak terus tak lalu makan,

Saya dah bersedia untuk menunjukkan kebolehan saya.

Penipu.

Awak cuma telefon sekali dan tak pernah datang melawat saya.

Kalau saya datang sendirian,

kejam sedikit.

Apa?

Tak ada apa-apa lah.

Saya nampak Seo Jun.

Kami siap makan tengahari bersama.

Dia tak nak langsung pandang saya semasa makan.

Dia cakap saya sangat kurus. Saya sangat marah, jadi saya hentikannya.

Jun memang macam tu.

Ada masalah ke?

Akhirnya kita bertemu juga.

Ayah saya, Ha Na, dan juga dia, mak Ha Na.

Dia sememangnya berbeza, tidak seperti mak aku.

Seon Ho. Kenapa aku ambil tak peduli?

Cinta, semua itu... bukannya apa-apa.

Aku ingat aku boleh bertahan.

Nampaknya mereka berdua dah bersedia untuk berkahwin.

Kesudahannya, kita semua akan menjadi satu keluarga.

Dengan Ha Na?

Sanggupkah aku berpisah dengan ibu aku? Dia akan membenci aku.

Jika mereka berdua berkahwin,

bukankah kami akan bersaudara?

Hidup seperti itu, mendengar khabar berita antara satu sama lain,

bertemu dari masa ke semasa,

dan mendengar berita perkahwinan masing-masing. Hidup seperti itu...

Seperti itu...

Joon.

30 tahun.

Menyimpan perasaan selama 30 tahun. Aku tak dapat bayangkannya.

Aku takut.

Awak suka dengan tempat ini?

Ya, suka sangat.

Saya dengar ia adalah satu cadangan yang spontan.

Terima kasih.

Kami juga mengharapkan pertunjukan fesyen akan datang.

Terima kasih. Tetapi, nampaknya macam ada salah faham sedikit sebelum ini.

Begitukah?

Ia hanya terlepas cakap.

Saya rasa pihak resort terlebih-lebih.

Dipecat atau apa yang tidak, ia tidak masuk akal langsung.

Ya. Saya telah memperbetulkannya.

Sejujurnya, secara peribadi, Cik Gim Yun Hui ialah orang yang penting untuk saya.

Kalau saya tahu, saya tak akan benarkan perkara ini terjadi.

Kalau dia seorang yang penting kepada awak secara peribadi...

Dia adalah emak kepada seorang gadis yang saya suka.

Jadi kalau awak tak kisah, boleh saya tanya apa hubungan awak dengan Cik Gim?

Kami adalah rakan sekolah. Dia akan berkahwin dengan bekas suami saya.

Saya rasa itulah salah fahamnya.

Bekas suami awak dan dia...

Ha Na!

Ianya benar.

Cuaca terlalu panas jadi ia berbunga awal.

Wah, cantiknya!

Awak boleh dengar tak apa yang mereka cakapkan?

Ha Na, berusaha.

Awak selalu cakap yang awak letih jadi saya sedang memberikan awak galakan.

Seonbae, berusaha!

Berusaha.

Macam ini barulah awak.

Awak sentiasa pakai sut beberapa hari ni. Nampak lebih mengancam.

Saya dengar dia ayah Seo Jun.

Cinta pertama mak awak sekarang.

Itu ke sebab awak putus dengan Seo Jun?

Perkahwinan mak awak, adakah awak masih nak berharap dengannya?

Mestilah.

Ya, mestilah. Saya gembira mengenainya.

Ha Na, kalau awak letih,

tidak kira bila-bila, awak boleh mengharapkan saya.

Bukankah saya dah macam ayah awak?

Oppa!

Awak buat apa ni?

Kamu dah sampai. Mi Ho belikan kita banyak benda.

Emak membantu dia sediakan risotto.

Satu tugas yang mudah, emak tak tahu kenapa dia minta bantuan emak.

Oh, kamu suka yang ni juga, kan?

Mak, saya dah lama tak lihat emak begini.

Kamu memang pandai menunjukkan emak ni jahat.

Cepat, pergi tukar baju.

Kenapa untuk 2 orang sahaja?

Kamu berdua berseronoklah. Mak sudah makan tadi.

Berseronoklah.

Terima kasih, Mak Cik.

Terima kasih untuk apa? Makan dan kemudian pergi.

More Malay subtitles for Love Rain

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left