The Piano Lesson

The Piano Lesson

Download Malay Subtitle

Release info

The Piano Lesson my
A Commentary by KakifilemBot
Join https://t.me/kakifilem atau @Kakifilem Telegram untuk lebih banyak movies yang menarik

Tags

webdl
Published on: 2024-11-28
Downloads: 52
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

4 JULAI 1911

4 JULAI 1911 MISSISSIPPI

- Hei, nak. Kamu ingat cara bersiul? - Ya, ayah.

Kalau orang datang, kamu bersiul.

- Faham? - Ya, ayah.

Baiklah, nak.

- Pergi belakang. - Baik.

Baiklah, tolak dalam kiraan tiga.

- Tolak. Sedia? - Baiklah. Pergi.

TUHAN MERAHMATI AMERIKA

Budak! Keluar sekarang!

Rentung di neraka, Boy Charles!

Keluar sekarang!

Kami tahu kau di dalam! Keluarlah. Cepat.

Mana dia?

Tengok di hutan belakang.

Bakar semuanya!

25 TAHUN KEMUDIAN

Okey, Lymon, hidupkan!

Cepatlah. Hidupkan enjin.

Itu dia.

- Aku dah kata, mesti hidup. - Kau penipu.

- Kamu tahu ini ladang apa? - Saya tak tahu.

Ini ladang bunga matahari.

Okey.

Jom.

Di situ.

- Kalau mereka tidur? - Jangan risau.

Dalam berita lain, Jabatan Pertanian mengumumkan penemuan membimbangkan

yang pakar dakwa boleh memusnahkan

tanaman buah-buahan tahun akan datang.

Profesor Wilson memanggilnya penyakit Panama.

Dalam kenyataan awal bulan ini

yang mendakwa ia kini menyerang pokok pisang…

Hei, Pak Cik Doak!

Pak Cik Doaker!

- Hei, Berniece! - Siapa itu?

Buka pintu. Sayalah.

Siapa?

Saya!

- Boy Willie. - Buka pintu.

Pak cik dah nak tembak kamu tadi. Buat apa di sini?

Aku dah cakap, Lymon.

Ini Lymon. Pak cik ingat, Lymon Jackson dari kampung.

Ini Pak Cik Doaker. Lymon takut pak cik dah tidur.

- Ingatkan kamu di Mississippi. - Kami jual tembikai.

Ada lori di luar. Satu lori penuh dengan tembikai.

Mana Berniece? Hei, Berniece!

- Berniece tidur. - Kejut dia.

Dah tiga tahun saya tak jumpa kakak saya. Hei, Berniece!

Kamu dapat lori dari mana?

Lori Lymon. Saya kata, mari ambil tembikai dan bawa ke sini.

Boy Willie nak balik, tapi saya nak tinggal di sini.

- Tengok tempat ini. - Bawa aku ke sana dulu.

Banyaknya tembikai. Patutlah trak itu rosak.

Kenapa terjerit-jerit?

Hei, Berniece. Pak cik kata kakak tidur.

Saya kata, kakak patut bangun.

Kamu kecoh tak tentu pasal pada pukul lima pagi.

Tak boleh datang elok-elok. Kena buat bising.

Saya gembira jumpa pak cik.

Saya naik trak 2,800 km. Mesti kakak nak bangun dan jumpa saya.

Sekarang kakak boleh naik balik.

Ini Lymon. Kakak ingat Lymon Jackson.

Apa khabar, Berniece?

Rupa awak sama macam yang saya ingat.

Kenapa kamu semua perlu buat kecoh?

- Sampai buat jiran terjaga. - Kami nak berparti.

Pak cik, mana botol? Kami nak rai sesuatu. Hantu Yellow Dog dah bunuh Sutter.

- Apa? - Tanya Lymon.

Mereka jumpa dia esoknya. Dia lemas dalam periginya.

- Bila, Boy Willie? - Kira-kira tiga minggu lalu.

Saya dan Lymon dengar di Stoner County.

Kami ketawa. Kami rasa kelakar.

Lelaki tua segemuk 150 kg jatuh ke dalam periginya.

Orang cakap Hantu Yellow Dog tolak.

Kakak tak nak dengar.

Ada orang yang tolak dia ke dalam perigi.

Kami ada satu lori penuh tembikai.

- Lori mana? - Lori Lymon. Pak cik, mana botol?

Pak cik mesti ada botol di bilik pak cik.

Lymon beli lori itu untuk dia tidur.

Syerif cari dia. Stovall pun cari dia.

Dia tidur di dalam lori, mengelak mereka berdua.

Saya cakap, "Jom jumpa kakak aku."

Boy Willie, kamu dan Lymon nak balik bila?

Lymon kata dia tak balik. Selepas jual tembikai, saya balik.

Itulah yang kamu perlu buat. Kamu perlu buat cepat.

Kakak tak nak bising-bising di sini.

Nasib baik Maretha tak terjaga.

Itu pianonya?

Ya.

Tengok, Lymon.

Kau nampak semua ukiran itu? Itulah yang aku ceritakan.

Kau nampak semuanya diukir cantik dan digilap?

- Kau takkan nampak piano macam itu. - Ya, memang cantik.

Aku dah cakap. Mesti mahal kalau jual.

Boy Willie tak henti-henti cakap sepanjang perjalanan ke sini.

Bosan dengar dia cakap tentang piano.

Pak cik, abang Sutter nak jual tanah.

Dia nak jual kepada saya.

Sebab itu saya datang.

Saya ada satu pertiga duit. Jual tembikai, dapat satu pertiga lagi.

Saya minta kakak jual piano itu dan duit saya cukup.

- Berniece takkan jual. - Saya akan pujuk dia.

Kalau dia tahu Sutter jual tanah, dia mesti setuju.

Kamu boleh lupakan saja. Berniece takkan jual piano itu.

Saya akan pujuk dia.

- Berapa banyak tanah Sutter yang tinggal? - 100 ekar. Tanah yang bagus.

Dia jual satu demi satu. Dia simpan tanah yang baik untuk dia.

Sekarang, dia perlu jual.

Abangnya datang dari Chicago untuk pengebumian.

Dia ada perniagaan peralatan air soda di Chicago.

Dia nak jual tanah itu, pak cik. Dia tak nak pening kepala.

Dia minta saya jumpa dia sebab keluarga kita dah lama kenal

dan kita berkawan baik,

jadi dia nak jual kepada saya.

Saya minta beri dua minggu.

Dia akan tunggu. Sebab itu saya datang.

Saya jual tembikai, pujuk kakak untuk jual piano itu,

campur duit itu dengan duit simpanan saya,

kemudian pergi ke sana, jumpa dia,

letak duit saya di atas meja,

ambil surat ikatan saya dan keluar.

Kali ini, saya dapat simpan kapas.

Upah orang untuk bekerja dengan saya.

Petik kapas saya, ambil benih saya dan jumpa lagi tahun depan.

Boleh tanam tembakau juga. Atau oat.

Kamu takkan dapat pujuk Berniece untuk jual piano.

Ingat Avery Brown dari kampung? Dia di sini sekarang.

Dia ajak Berniece kahwin selepas Crawley dibunuh.

Dah dua tahun dia di sini. Dia pengkhutbah sekarang.

Saya kenal Avery.

Dia kerja di rumah Willshaw dulu. Lymon pun kenal.

Ya, dia ajak Berniece kahwin.

Berniece asyik menolak, tapi dia tak putus asa.

Dia asyik pujuk.

Avery fikir lelaki kulit putih hebat. Padahal ada yang lagi miskin daripada dia.

Dia sepatutnya datang pagi nanti.

Berniece ikut dia ke bank untuk minta pinjaman buka gereja.

Sebab itu pak cik tahu Berniece takkan jual piano itu.

Dia pujuk Berniece untuk jual dan buka gereja.

Dia siap hantar lelaki itu.

Lelaki apa?

Lelaki kulit putih yang pergi ke rumah orang kulit Hitam untuk beli alat muzik.

Dia beli apa-apa saja.

Dram, gitar, harmonika, piano.

Avery hantar dia ke sini. Dia tengok piano itu dan jadi seronok.

Dia tawarkan harga yang tinggi.

Berniece menolak dan marah Avery sebab hantar dia.

Pak Cik Doaker!

Pak cik!

- Pak cik! - Berniece?

Berniece?

Bertenang!

- Apa jadi? - Tak apa. Pak cik ada.

Sudah. Duduk.

Sudah. Kenapa?

- Sutter… - Kenapa?

Sutter berdiri di koridor.

- Boy Willie? - Tak ada orang.

Boy Willie!

Pak cik, kenapa dengan dia?

- Kakak, kenapa? - Dia kata dia nampak hantu Sutter.

- Apa? Dia tak nampak Sutter. - Dia berdiri di situ.

Itu khayalan. Tak ada orang di sana.

- Tengoklah. - Pak cik percaya cakap kamu.

Berniece cakap dia nampak. Dia kata hantu Sutter di koridor.

- Dia tak reka. - Dia bermimpi. Dia tak nampak hantu.

Awak nak air? Ambil air untuk dia, Boy Willie.

Tak payah. Dia tak nampak apa-apa.

Pergi tengok. Maretha saja di atas.

- Biar Berniece cakap. - Saya tak halang.

- Cakaplah. - Saya…

Saya keluar dari bilik untuk turun

dan Sutter berdiri di koridor.

Bagaimana rupanya?

Rupanya macam Sutter. Macam rupanya sejak dulu.

Sutter sesat dari Big Sandy ke Little Sandy.

Macam mana dia ke Pittsburgh? Dia tak pernah dengar pun.

Biar dia cakap. Pak cik nak dengar.

Dia berdiri di sana dengan sut biru.

Dia tak pernah keluar dari Marlin County. Dia datang ke sini selepas mati?

Teruskan, Berniece.

Kalau betul kakak nampak dia, mesti kakak masih lari.

Jangan dengar cakapnya.

Dia pakai topi?

Cuma sut biru itu.

Dia berdiri dan pandang saya, sambil memanggil nama Boy Willie.

Kenapa nama saya?

Kakak rasa kamu yang tolak dia.

Apa yang kakak merepek?

Kakak ingat saya sembunyi dalam semak

dengan semua anjing yang ada di sana?

Saya menyorok

dan tunggu sampai dia jenguk ke dalam periginya,

kemudian saya lari dan tolak dia?

Lelaki tua seberat 150 kg.

Kenapa dia panggil kamu?

Dia tunduk untuk tengok periginya.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left