Release info

[HīkariRaīders] My Family EP02 [1080p] [WEB-DL] may
A Commentary by linkinstreet
My Family Ep 2 DSNP Hotstar Ver (Malay)

Tags

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
1080
Published on: 2022-05-18
Downloads: 12
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Tolonglah! Pulangkan anak kami!

Urus niaga itu dah berakhir.

Sebaik saja kami pasti yang polis dah tiada,...

...barulah kami boleh sambung rundingan.

Ini peluang terakhir awak.

En. Akutsu, maaf kerana mengganggu.

Awak ada berita secara langsung di laman web syarikat awak?

Anak kami telah diculik.

Penculik beritahu kami mereka akan pertimbangkan rundingan...

...jika kami hapuskan polis sepenuhnya.

Bersama-sama, kami mahu buang polis daripada siasatan ini...

...dan berunding sendiri.

Kami sayang anak kami.

Tolong...

...kembalikan anak kami.

Hari 2: 30 Jam Sejak Narusawa Tomoka Diculik

Terima Kasih Untuk Segalanya, Ayah.

Saya tertanya-tanya jika kita buat keputusan yang betul.

Kita mesti tunjuk kepada penculik yang kita komited dalam hal ini.

Akira Akutsu: Jemputan Video Boleh buka talian, En. Narusawa?

Akutsu, terima kasih atas kerjasama awak.

Tiada masalah. Kalau ada apa-apa saya boleh bantu, beritahu saya.

Kita dah lama jadi jiran dan kawan keluarga.

Terima kasih.

Kami telah kumpulkan keputusan analisis dalam masa nyata.

Maaf mengganggu lewat malam, tapi boleh saya berkongsi?

Sudah tentu, silakan.

Hasil carian untuk kata kunci seperti nama syarikat awak,...

...Narusawa dan Sidang Media Penculikan tiba-tiba meningkat.

Apa respons mereka?

Lebih 90 peratus pengguna bersetuju.

Mereka yang ada anak sendiri boleh rasa empati dengan awak.

Ramai yang kata polis patut berundur.

Pertama sekali, inilah reaksi yang kami cari.

Tapi ini baru permulaan.

Seterusnya, kita mesti berdepan dengan polis.

Kalau Tomoka dibunuh, macam mana polis nak bertanggungjawab?

Maaf, tapi talian ini hanya untuk melapor.

Sudah tentu, Jabatan Shichirigahama...

...dan Pusat Komunikasi Polis Wilayah dibanjiri...

...dengan panggilan.

Orang ramai mula berkumpul.

Cari tempat untuk bina pangkalan, jangan hanya kenderaan.

Saya baru saja dipanggil oleh Ketua Penguasa Goto.

Saya tiada masa untuk ini.

Orang atasan tentu takut tentang siapa yang akan dipecat.

Kita juga patut bersedia untuk diabaikan buat sementara waktu.

Hal ini lebih serius daripada yang awak sangka.

Narusawa ada orang awam di pihak mereka.

Kalau kita menentang mereka, seluruh polis akan dikutuk.

Bukankah Katsuragi patut digugurkan daripada kes ini?

Dia mungkin akan mengamuk...

...dan diperbodohkan oleh Narusawa seperti ini.

Dia takkan buang kes ini begitu saja.

Dia tak tahu bila nak putus asa.

Tepat pada masanya. Silakan duduk.

Ini kepakaran mak saya.

Makanlah sementara masih panas.

En. Katsuragi, kita perlu berbincang.

Saya tonton siaran langsung awak. Macam awak nak, kami akan pergi.

Tapi tolong beri kami sedikit masa lagi.

Sekarang, kami menunggu surat-menyurat...

...daripada Ketua Penguasa dan Ketua Bahagian Khas.

Surat?

Ia ada kaitan dengan perjanjian media dengan syarikat media.

Jangan risau. Selamat menjamu selera.

Ayuh.

Keluarga Narusawa kata mereka mahu polis keluar...

...dan mereka sendiri berunding!

Polis patut berundur!

Ini dari ibu pejabat.

Kami akan teruskan siasatan, tak kira apa pun.

Penculikan wang tebusan tak boleh selesai jika polis tak terlibat.

Ini untuk Tomoka?

Atau ini untuk maruah awak?

Ini soal kewujudan polis!

Kita mesti tangkap penjenayah itu!

Tentu awak penat selepas buat penghantaran wang tebusan.

Air mandian dah sedia.

Tidak, tak mengapa.

Maaf. Boleh awak pergi sekarang?

Kita akan bertolak pagi esok.

Pagi?

Penculik mungkin takkan hubungi awak dalam masa terdekat.

Awak buat sesuatu yang tak pernah dilakukan, mereka akan tunggu...

...dan lihat apa yang akan berlaku.

Jadi tolonglah berehat.

Mulai sekarang, hanya awak berdua akan jawab telefon.

Sementara kita masih di sini, awak patut berehat.

Paling teruk, kalau penjenayah itu telefon, kami kejut awak.

Boleh awak tinggalkan telefon awak di sini?

Apa?

Mulai sekarang, kita yang akan berhubung dengan mereka.

Saya faham.

Video sidang media itu telah ditonton lebih 12 juta kali.

Ramai orang mengkritik polis dalam talian.

Tentu sukar untuk teruskan siasatan begini.

Atau ini mungkin peluang yang baik.

Akutsu Sun Heights

Michiru Narusawa

Kami tunggu penculik hubungi kami Sila tunggu sehingga waktu itu

Ini yang dia maksudkan bila dia nak pinjam duit.

Apa patut kita buat?

Pentingkah semua itu? Wira kita akan buat sesuatu, bukan?

Kita tak perlu masuk campur.

Awak beri katil saya di sini.

Apa kata awak mandi?

Saya pasti Tomoka tak dapat ambil gambar.

Betul.

Tiada siapa telefon.

Tiada respons daripada penculik.

Saya pasti mereka akan telefon.

Jika tidak?

Jadi apa kita nak buat?

Berehatlah dulu.

Saya akan ambil alih tugas telefon.

Awak nak saya pergi?

Tak apa.

Saya akan tahan.

Hei, bangun!

Bukankah awak patut berjaga-jaga?

Hei, awak pun tertidur.

Apa pun, mari lihat di luar.

Apa?

Cepat. Tolong ke tepi.

Mari lihat ini.

Kemunculan langsung Presiden Narusawa dan isterinya Michiru...

...dalam program berita Internet, Buzz Click News, telah tular.

Pengumuman anak mereka diculik...

Ayah mangsa, ayah Tomoka, ialah Haruto Narusawa,...

...pengasas aplikasi popular, "Ribbit Walker".

Kami sayang anak kami. Tolonglah.

Malam selepas siaran, wartawan berkumpul di tempat kejadian.

Langsir tingkap ditutup.

Kami tak tahu apa yang berlaku di dalam tapi...

Selamat pagi.

Perjanjian media telah dilanggar.

Maksudnya?

Ia perjanjian lelaki budiman, jadi tiada tangkapan atau denda.

Pada pukul 2:00 pagi tadi, kami terima mesej...

...syarikat akhbar besar melanggar perjanjian media.

Dari situ,...

...satu demi satu syarikat lain telah melanggar perjanjian.

Kami dah beritahu media jangan dekati kami dalam siaran akhbar.

Saluran media utama marah kerana dikalahkan oleh berita Internet.

Sekarang, kita dalam perang media.

En. Narusawa, boleh kami dapatkan kenyataan sidang akhbar Internet?

Tak apakah?

Ia daripada penculik.

Ini daripada Unit Respons Mangsa. Panggilan masuk.

Jangan jawab telefon lagi.

Tapi awak tak dapat jejak lokasi mereka.

Helo. Adakah Tomoka selamat?

Polis masih ada di sana, bukan?

Ya,...

...tapi mereka dah nak balik.

Saya tonton sidang akhbar itu. Tolong hapuskan polis itu.

Adakah Tomoka selamat?

Biar saya dengar suaranya.

Saya takkan terima soalan atau permintaan.

Tolonglah, sekali saja. Tolong benarkan saya dengar suaranya.

Pertama, wang tebusan.

Apa patut kita buat?

Apabila polis dah tiada,...

...muat naik gambar baru di Instagram Michiru.

Kami akan hubungi awak.

Awak ada masa sehingga pukul 8:00 malam ini.

Kalau polis masih ada, Tomoka akan dibunuh.

Macam mana dengan Tomoka? Dia sedang makan? Dia cedera?

Tomoka.

Cik Michiru.

Awak tak apa-apa? Saya boleh hubungi pakar penjagaan mental.

Tak apa! Keluar dari sini!

Saya faham. Kami menunggu situasi seperti ini berlaku.

Situasi begini?

Awak beritahu penjenayah niat sebenar awak hapuskan polis.

Namun, mata media dan Internet berkumpul di sini.

Jika kami pergi, ia akan disiar secara langsung.

Realitinya, penyiasat akan ada untuk meneruskan kes ini.

Dengan buat begitu, kita boleh perdayakan penjenayah itu.

Awak rasa awak boleh lakukannya?

Jika kita tunggu di sini, peluang untuk misi menyelamat berjaya...

...meningkat dan bukan hanya awak berdua berunding dengan penculik.

Ini strategi terbaik untuk selamatkan Tomoka.

Fikir baik-baik.

Saya dah fikir masak-masak.

Teruskan.

Tolong keluar.

Saya faham.

Tak guna!

Nampaknya seorang penyiasat telah meninggalkan rumah.

Adakah awak seorang penyiasat?

Adakah Narusawa akan berunding dengan penculik tanpa polis?

Adakah polis akan pergi sekali gus?

Ibu Pejabat Siasatan Tempatan kepada Unit Respons Mangsa.

L2, bersedia.

Unit Respons Mangsa, terima.

- Di sana. - Maafkan saya.

Maafkan saya.

Terima kasih atas kerja keras awak.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left