The first 200 lines.
BERDASARKAN KEJADIAN SEBENAR
HARI PERTAMA
SABTU 23 JUN 2018
Rebut bola, Chai.
Awak boleh, Chai.
Ayuh, Chai. Jom kita makan.
BAN CHONG, THAILAND WILAYAH CHIANG RAI
Hei, Prem.
Mak awak beli kek SpongeBob untuk parti hari jadi awak.
Kek SpongeBob untuk budak kecil!
Janganlah buli saya.
Nak tahu ke mana kita akan pergi?
Jom pergi ke gua sebelum parti awak.
Ya, gua untuk budak yang diraikan!
Jom kita lumba ke taman.
Saya nak ikut awaklah.
Kita perlu cepat. Hari makin gelap.
Jurulatih, ayah saya akan masak untuk parti itu.
Saya dah janji akan tolong dia.
Awak anak yang baik. Kita jumpa di parti itu.
Okey. Jumpa pukul 7 malam nanti.
GUA THAM LUANG THAM LUANG - TAMAN HUTAN KHUN NAM NANG NON
Ayuh!
Hei, Arm!
Ayuh!
3.07 PETANG
RUANG 3 800 METER DARI PINTU MASUK
Ayuh, jalan perlahan-lahan.
Ini bahagian paling seronok.
Jalan lagi!
7.32 MALAM
Saya suruh Prem terus balik selepas latihan.
Kalau mereka singgah, cakap yang kita dah sedia untuk mulakan parti.
Maaf kerana saya lambat.
Kedai sibuk sangat.
Awak mak Chai, bukan?
Ya.
Saya nak tengok perlawanan mereka, tapi saya kena kerja.
Selamat tinggal.
Nampaknya mereka pergi ke gua.
-Semua sekali? -Ya.
Dalam hujan-hujan ini?
Tadi tak hujan.
Tumpang tanya.
Tidakkah kita patut jemput mereka di gua?
Nanti mereka basah pula.
Boleh mereka pergi ke gua lewat petang begini?
Hujan lebat dijangka melanda utara Thailand,
berikutan musim tengkujuh yang bermula awal.
Musim tengkujuh?
Selalunya ia mula pada bulan Julai.
Ini tak mungkin hujan musim tengkujuh.
Gua itu banjir setiap tahun.
Basikal Chai!
Kami ibu bapa yang telefon tadi.
-Ada kesan mereka? -Kami dah cari, tapi setakat ini saja.
Gua dah dipenuhi air.
Kami dah hubungi polis.
Ia dibanjiri air. Bagaimana mereka nak keluar?
Saya dah minta bantuan. Sabarlah dulu.
Mari masuk dan bantu mereka.
Bertenang, dan tunggu bantuan.
Chai!
Chai! Kamu dengar suara mak?
Chai!
Saya baru nak makan malam.
Maaf, gabenor.
Pasukan SEAL dah dikerahkan?
Mereka dah di lokasi, tuan.
12.47 PAGI
-Itukah mereka? -Ya.
-Helo. -Helo.
Ini Vern Unsworth.
Saya gabenor wilayah ini. Awak siapa?
Saya Kapten Arnont Sureewong.
SEAL Tentera Laut, tuan.
Pindahkan semuanya ke khemah.
Berikan maklumat terkini.
Orang saya akan masuk dengan peralatan skuba.
Ikut arah ini.
Lelaki ini tinggal berdekatan. Dia tahu selok-belok gua ini.
-Helo. -Helo.
Saya dah petakan seluruh bahagian gua ini.
Saya belum pernah masuk jika ia dibanjiri air.
Keadaannya berbeza. Awak gila jika awak nak cuba masuk.
Tapi ada banyak sudut sempit di dalamnya.
Sempit sangat, tapi ada juga ruang besar.
-Saya nak tunjuk ini kepada orang saya. -Ayuh.
Tuan, saya akan ambil makanan untuk tuan.
Baiknya awak.
Malam ini tentu memenatkan.
Mula pasang tali panduan dari sini.
RUANG 3 800 METER DARI PINTU MASUK
Gua ini dalam. Panjangnya beberapa kilometer
dengan beberapa laluan sempit.
Jika budak-budak itu masuk jauh ke dalam, kita mungkin tambah lagi beberapa jam.
Tapi saya percayakan pasukan SEAL.
5.06 PAGI
-Helo, gabenor. -Helo.
Pasukan SEAL dah keluar.
Kami tak jumpa budak-budak itu.
Kita dilanda banjir kilat.
Penglihatan sifar dan tiada ruang untuk bergerak.
Arus air terlalu kuat dan berubah-ubah.
Dah dua hari pasukan bola sepak itu terperangkap.
HARI KEDUA AHAD 24 JUN
Pihak berkuasa dah mengerahkan lebih 100 agensi kerajaan.
Dalam usaha seluruh negara untuk menyelamatkan mereka,
pihak sukarela turut sama membantu mengepam air keluar dari gua.
Pihak berkuasa rasa tertekan untuk cuba membantu mangsa dengan apa cara sekalipun.
Tuan Menteri.
Gabenor. Apa maklumat terkini?
Pengepaman air dah bermula.
Saya tahu.
Dengan pam terbesar di kawasan ini.
Saya dah pesan sendiri.
Penyelam masih belum berjaya masuk.
Airnya terlalu tinggi.
Bahagian yang dibanjiri air sempit dan sukar dilalui.
Arus air terlalu kuat.
Awak belum jumpa budak-budak itu dan tak tahu lokasi mereka?
Atau sama ada mereka masih hidup?
Saya tahu yang awak akan dipindahkan minggu depan,
tapi awak akan kekal di sini sehingga kes ini selesai.
-Orang kata awak tahu kawasan ini. -Ya.
Gua itu dibanjiri air. Ada budak-budak terperangkap di dalamnya.
Siapa awak?
Thanet Natisri. Saya jurutera air dari Bangkok.
Kerajaan suruh awak datang?
Tidak, saya datang sendiri, macam orang lain.
Kita kesuntukan masa dan tak boleh tunggu lagi.
Air hujan sedang membanjiri gua itu.
Ia datang dari atas, bukan bawah.
Kita perlu halang ia daripada masuk.
Saya perlu cari dan ubah haluan semua lubang mendap.
Ada banyak lubang macam ini.
HARI KE-5 RABU 27 JUN - COVENTRY, ENGLAND
Ya, John?
Rick, awak ikut perkembangan kejadian di Thailand?
Ada budak-budak terperangkap dalam gua.
Ya, tak sangat. Kenapa?
Bagaimana mereka masuk?
Entah. Ia tak sebut pun.
Kalau boleh berjalan masuk, jalanlah keluar.
Kerajaan Thai telah diberi senarai penyelam penyelamat.
Kita disenaraikan.
Itu gua apa?
Tham Luang.
Matthew, itu mak kamu.
-Matthew. -Okey.
Vern petakannya dua tahun lepas.
Ya.
Dah jumpa. Di sebelah utara.
Itulah guanya. Ya.
Ia gua pelawat biasa.
Ia nampak mudah, tapi Vern kata ia mustahil apabila banjir melanda.
-Sukar bagi Vern. -Ya.
-Kemas barang kamu, okey? -Okey.
Ada pasukan dikerahkan memanjat di seluruh gunung itu.
Buat lubang, cari…
Lubang?
-Sebentar. -Buat lubang? Mereka tak perlukan kita.
-Ayah, di mana pula kes kali ini? -Thailand.
Kamu dah ambil semua barang?
-Ya. -Ya? Mari peluk ayah.
-Jumpa lagi. -Ayuh, Matthew.
Jumpa lagi.
Terima kasih. Saya cakap jika saya pergi.
-Okey. -Maaf.
-Jumpa lagi. -Jumpa lagi.
Rick, kalau awak tak nak buat, saya akan hubungi Jason.
Hubungilah dia kalau awak mahu dia pergi.
Saya tak kata begitu. Saya lebih suka pergi dengan awak.
Saya nak sahkan,
betulkah kita tak dipanggil?
Ya, Vern cuma beri nama kita.
Kita patut bersiap, manalah tahu. Berkemaslah,
jika awak rasa awak akan pergi.
Saya bukan suka pun budak-budak.
Okey, Rick.
Ini misi menyelamat besar-besaran
yang melibatkan lebih 1,000 sukarelawan dari seluruh dunia.
Sukarelawan Thai disertai sukarelawan dari China,
Jepun, Amerika, Britain dan Australia.
Untuk mengurangkan paras air,
tentera Thai dan sukarelawan bekerja keras tanpa henti
untuk mengepam air dari gua.
Oleh sebab keadaan di dalam gua semakin teruk,
semua usaha menyelamat terpaksa ditangguhkan.
Hei, kawan-kawan, maafkan saya, tapi kita perlu jalan dari sini.
Ada lagi biskut kastard?
-Ambil satu saja, okey? -Ya.
Terima kasih.
Awak ambil dua?
Taklah.
Awak ambil dua.
Dua sekali gus. Macam budak.
-Macam budak? -Okey.
Ia bilik di sebelah kedai dobi. Saya nak ambil tangki. Jumpa di sana.
-Okey. Terima kasih. -Okey.
No comments yet. Be the first to leave one.